logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday 27 May 2020

Minda Trivia 27 Mei 2020

🌟 KHAS SEMPENA HARI RAYA! 🌟 .
Walaupun tahun ini disambut dengan besederhana, ia dinasihatkan juga untuk menjaga pengambilan makanan pada Syawal ini. Moderate is the best way to go 😉👌🏻
. .
#Syawal
#SalamLebaran
#Mindatrivia
#kitajagakita
#stayathome
#oranggunungkualalumpur #khazanahalamwarisanrekreasi


Wednesday 20 May 2020

Minda Trivia 20 Mei 2020

DINOSAUR DI MALAYSIA ? 😱
Menarik tentang MindaTrivia hari ini mengenai penemuan fosil dinasaur bukan di luar negara, tapi di Malaysia 🇲🇾 Mungkin anda pernah terbaca penemuan yang telah dilakukan ketika ekspedisi pada tahun 2014 di Terengganu. Satu penemuan yang bersejarah 🦕

Thursday 14 May 2020

Minda Trivia 14 Mei 2020

BUNGA OLEANDER
Pernahkah anda mendengar tentang bunga Oleander ? Nampak cantik dan kecil mekar. Namun, jaga-jaga kerana bunga ini BERACUN 😱 Hari ini, MindaTrivia akan berkongsi sedikit info menarik tentang bunga Oleander ini. Mungkin pada masa akan datang, kita nampak di laman sekolah atau kawasan perumahan, kita harus berjaga-jaga kerana ia boleh membawa maut 😨

Thursday 7 May 2020

Minda Trivia 7 Mei 2020

SEGAR TAK IKAN TU ?
.
MindaTrivia hari ini berkongsi sedikit info menarik tentang ikan. Masih segar ke ikan yang anda beli tu ? 🐟👀
.
#Mindatrivia
#kitajagakita
#stayathome
#oranggunungkualalumpur #khazanahalamwarisanrekreasi


Friday 1 May 2020

Minda Trivia 1 Mei 2020

1 MEI 2020
.
Posting Hari Pekerja tahun ini amatlah istimewa kerana kita bukan sahaja menyambut pekerja pekerja biasa. Tetapi kita memberi dedikasi khas kepada pekerja barisan hadapan (frontliner) yang berjuang tanpa rasa penat lelah. Baik dari doktor, jururawat, polis, askar, posmen, cleaner mahupun rider penghantar makanan sekali pun. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda 👏🏻🙌🏻
.
Selamat Hari Pekerja.
.

Selamat Hari Buruh

1 MEI 2020
.
Posting Hari Pekerja tahun ini amatlah istimewa kerana kita bukan sahaja menyambut pekerja pekerja biasa. Tetapi kita memberi dedikasi khas kepada pekerja barisan hadapan (frontliner) yang berjuang tanpa rasa penat lelah. Baik dari doktor, jururawat, polis, askar, posmen, cleaner mahupun rider penghantar makanan sekali pun. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda 👏🏻🙌🏻
.
Selamat Hari Pekerja.
.

Wednesday 29 April 2020

MInda Trivia 29 April 2020

Langkah perjagaan diri sepanjang Covid-19
PKP Covid-19 di Malaysia telah masuk ke fasa ke 4 sekarang,seperti yang kita semua telah sedia maklum graf peratusan kes telah menunjukkan penurunan kes terbaharu dan peningkatan kes yang telah sembuh,ianya adalah keputusan yang positif buat negara kita buat masa sekarang.Malaysia sedang dalam proses pemulihan sekarang untuk memutuskan rantaian covid-19 di seluruh negara...
Bersamalah kita sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan yang telah pihak KKM keluarkan walaupun kes telah berkurangan dan sentiasa peka untuk menjaga kesihatan kita supaya negara kita dapat bebas dari covid-19 satu hari nanti...inshaAllah
MALAYSIA BOLEH🇲🇾


Thursday 23 April 2020

Selamat Menyambut bulan Ramadhan

Tibanya bulan keampunan yang dinanti-nantikan smua umat islam pada tahun ini. Alhamdulillah kita diberi peluang bersua dgn bulan ramadhan skali lagi walaupun dalam waktu yang getir ini.

Sedikit sederhana suasana bulan puasa tahun ini namun tidak menghalang kita dari memaksimakan ibadah dan amal kebaikan.

Ramadan yang penuh kemuliaan ini semoga ibadah yang dilakukan mendapat keredhaan-Nya serta ganjaran dunia akhirat kelak. In shaa Allah ✨

Selamat berpuasa dan Ramadhan Kareem. .

#ogkl
#oranggunungkualalumpur
#khazanahalamwarisanrekreasi 
#salamramadan
#StayAtHome
#kitajagakita

Wednesday 22 April 2020

Minda Trivia 23 April 2020

Minda Trivia kembali lagi ! Dalam waktu pandemik ini kami ingin berkongsi sedikit info mengenai virus Covid-19. Yang penting kebersihan diri, penjarakan sosial dan kekal berada di rumah. Semoga semua berada dalam keadaan selamat dan sejahtera 🏡


Tempatan Jualan Amal Covid-19

Assalammualaikum & Salam Pergunungan. 

Penularan wabak pandemik COVID-19 telah merebak kesuluruh dunia termasuk negara Malaysia, ramai yang terjejas dari segi ekonomi akibat limitasi Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang bermula dari 18 Mac lalu.
Sejajar dengan itu pihak Kelab telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu jualan amal baju sublimation bercorak batik dan tulisan jawi. Untuk makluman, SEMUA keuntungan jualan tersebut akan disumbangkan kepada individu-individu yang terkesan sepanjang (PKP).

Semoga usaha ini mendapat kerahmatan dariNya serta didoakan  segala urusan anda dipermudahkan serta murah rezeki.

Tidur siang beralas bantal,
Tidak berbaju berkain pelekat,
Jika kita hidup saling beramal,
Nescaya hidup mendapat berkat.

Untuk tempahan sila click borang online dibawah. 

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada mana-mana AJK.

KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI



Tuesday 21 April 2020

*22 APRIL HARI BUMI SEDUNIA*

Ketika masyarakat dunia dilanda wabak kini,
Bumi sedang pulih dengan semula jadinya.
Air semakin jernih,
pokok menghijau semakin melebat,
Dan haiwan kembali ke habitat.
Dan Bumi, sedang tumbuh sihat.

Wednesday 15 April 2020

OGKL Throwback Series: Trans Payung & Gunung Banang ⛰

Alhamdulillah, OGKL telah membuka tirai tahun 2020 dengan mengadakan pendakian di selatan tanah air iaitu Negeri Johor atau dikenali dalam kalangan netizen sebagai JDT.
Trip kali ini dikategorikan santai tetapi padu! Mana tidaknya, selepas pendakian seawal pagi ke Bukit Payung di Parit Raja, pendakian yang disertai 3 orang ajk kelab dan 13 orang peserta meneruskan cabaran pendakian ke Gunung Banang yang terletak berdekatan bandar Batu Pahat. Dengan mengunakan khidmat saudara Sem'z Juon sebagai jurupandu, peserta terakhir berjaya tiba di kaki Gunung Banang lebih kurang pada pukul 4 petang.
Keadaan trail untuk kedua-dua lokasi boleh dikira sebagai santai dan sangat sesuai untuk pemula. Ambil mood tahun baru orang kata. Tiada punca air di kedua-dua jalur pendakian dan mengambil masa selama 3-4 jam untuk diselesaikan.
Selain dari aktiviti pendakian ini, peserta juga telah mengambil peluang ini untuk turut mencuba juadah istimewa di Batu Pahat. Antara kedai makan yang sempat disinggahi termasuklah Asam Pedas Ibu dan Mee Racun Tulang. Namun agak kecewa, kerana niat untuk bersantai melihat matahari terbenam di Pantai Minyak Beku seusai ekspedisi tidak dapat diteruskan kerana kedai telah pun tutup.
Secara keseluruhannya, para peserta amat gembira dengan ekspedisi kali ini. Masakan tidak, trip santai dan makan sedap adalah impian setiap pendaki. 😂








Sunday 22 March 2020

Koleksi Video OGKL 2020


Gunung Angus Oleh Faizal FBK

Tuesday 17 March 2020

Carta Organisasi Kelab Sessi 2020-2021


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sehubungan dengan kelangsungan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur yang ke-24, pada 8 Mac yang lalu, berikut adalah barisan Majlis Tertinggi, AJK Utama dan AJK Sokongan (yang telah dilantik secara bersama oleh pihak MT) untuk mengemudi gerak kerja kelab bagi penggal 2020/2021.
Penasihat: Zainudin Lot (Deeno)


Pengerusi: Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini (Zul)
Naib Pengerusi: Rosmawati Hamzah (Cikgu Ros)
Setiausaha: Mohamad Alif Mu'adz Amrus (Alep)
Bendahari: Mustafa Kamal Saedon(Kem)

AJK Utama:
Mohd Khalili Zakaria (Khal) FB: Khal El
Mohd Khairul Nizam Ismail (Ijam)
Khairunnisa Binti Muhammad (N.)
Siti Fatimah Binti Meskam (Times) FB: Times Bayek
Muhammad Azim Bin A Jalil (Ajim) FB: Azim Jalil

AJK Sokongan:
Mohamad Sofian Abdul Wahab (Parok)
Mazrizal Bin Mohd Tajuddin (JantRock)
FB: Jant Rock
Jumiati Binti Jasuri (Mia) FB: Mia Jasuri
Habsah Binti Harun (Habsah) FB: Habsah Harun
Muhammad Syahmi Shamshun Baharin (Mente)

Juruaudit 1: Nurfarhana Amiruldin (Hana)
Juruaudit 2: Nor Faira Mokhtar FB: FeeRa MokHtar

Webmaster: Amir Abidin FB: Amir Abidin
Tahniah bagi semua yang terpilih. Semoga diberi izinNya untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi sebuah organisasi yang bakal diwarisi sampai bila-bila.
Diharap kita dapat bekerjasama untuk membawa kelab ke dimensi yang lebih luas di samping menjadi gedung ilmu dalam arena pergunungan dan pengembaraan.
Khazanah Alam Warisan Rekreasi