logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 11 October 2013

Keahlian OGKL

Keahlian OGKL

Syarat-syarat Keahlian OGKL Keahlian Kelab ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kesihatan fizikal, berumur 18 tahun ke atas, tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur serta terlebih dahulu DI SYARATKAN menyertai TIGA (3) program anjuran kelab sebagai BUKAN AHLI sebelum memohon keahlian dari kelab. 

Hanya permohonan pembaharuan ahli, serta permohonan keahlian sebelum April 2009 terkecuali dari syarat di atas. 

Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan. Setelah menerima permohonan itu, Setiausaha hendaklah mengemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. 

Jawatankuasa mengikut budi-bicaranya boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa memberi sebarang sebab. 

Seseorang penuntut Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli kelab tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Naib Canselor Universiti berkenaan. 

Setiap ahli hendaklah memperbaharui keahlian pada bulan pertama setiap tahun (keahlian adalah mengikut tahun semasa). 

Keahlian Seumur Hidup 
Untuk keahlian seumur hidup, pemohon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kelab iaitu, mestilah berumur 18 tahun ke atas, telah bergiat aktif dalam kelab melebihi tempoh LIMA (5) tahun, tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah, menjelaskan yuran keahlian seumur hidup, serta memnuhi syarat keahlian diatas. 

Ahli Kehormat 
‘Ahli Kehormat’ dipilih melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kelab berdasarkan sumbangan serta penglibatan seseorang ahli yang telahpun melebihi tempoh SEPULUH (10) tahun aktif dalam mengikuti program-program anjuran kelab. ‘Ahli Kehormat’ menurut definisi kelab ini berhak mendapat keistimewaan yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa kelab dari masa ke semasa.

Pemberhentian Pemecatan
Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak lebih dari empat bulan dengan sendirinya terlucut keahliannya. Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak lebih dari tiga bulan akan menerima peringatan daripada Setiausaha atau wakilnya dan hak keahliannya akan digantung sehingga tunggakan yurannya dijelaskan. 

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab hendaklah memberi notis pemberhentiannya seminggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutangnya.

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dalam cara mencemarkan nama baik Kelab atau salah laku atau terlibat dalam kegiatan yang bersalahan dengan undang-undang negara boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam suatu tempoh yang munasabah oleh Jawatankuasa. 

Sebelum tindakan tersebut diambil, ahli berkenaan hendaklah diberitahu sebab-sebabnya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang menerang dan membela dirinya. Kuasa pemecatan dan penggantungan keahlian akan diputuskan oleh Jawatankuasa. Keputusan yang dibuat adalah muktamad.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. as salam tn2.ana berminat nk join OGKL..camner nk join? blh antar borang jd ahli ke emel ana: joetore02@yahoo.com.
    nama penuh: johari shaari...tgk dlm gambar2 ramai budak muda 30an & 40an..ana 60an blh join ke apa syarat2 nye.tq.(tel.no.019-7906906).jazakallah.

    ReplyDelete
  3. blh daftar online tak? cuba nk search tp tak jumpa...tlg ana ckit camner nk join...tq bro AJK..

    ReplyDelete