Ekspedisi Gunung Daik
Gunung Daik Bercabang tiga
Jejak OGKL ke Kepulauan Riau untuk menawan Gunung Daik berjaya mendekati dan mendaki gunung yang sering disebut dalam pembayang pantun budi. Sahihlah gunung ini wujud dan bercabang tiga. Kejayaan OGKL turut diraikan oleh masyarakat setempat dengan majlis makan di Muzium Riau sebaik sahaja selamat turun dari gunung tersebut.
Photo Paei.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua,
Pantun masyarakat ini mungkin sinonim dijiwa rakyat Malaysia namun Gunung Daik yang seringkali disebut di dalam pembayang pantun rakyat ini masih asing malah sering menjadi tanda tanya samada ianya benar wujud atau pun sekadar pembayang pantun sahaja.
“Gunung Daik sememangnya bercabang tiga” itulah kata-kata pertama yang terungkap oleh kami setelah melihat Gunung Daik dengan mata kepala sendiri. Gunung yang terletak di Repulauan Riau-Lingga ini menjadi impian bagi ahli Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur bagi meneroka sebuah gunung yang baru dan masih jarang-jarang didaki oleh pendaki lain. Impian kami menggunung tinggi setinggi gunung tersebut.
Rakyat Indonesia amnya masih tidak mengenali gunung ini memandangkan pantun budi tersebut menggunakan pembayang yang berbeza. Masyarakat setempat pula hanya melihat gunung ini tanpa ada hasrat untuk menawan puncaknya. Faktor ketinggian gunung ini pula jauh lebih rendah dari senarai utama gunung-gunung tertinggi di Indonesia. Ketinggiannya hanya 1165m dpl, namun ia tetap berada didalam kelasnya yang tersendiri yang begitu istimewa, jika tidak masakan ianya diabadikan di dalam serangkap pantun yang begitu popular bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh Kepulauan Melayu termasuk Riau-Lingga.
OGKL dengan kekuatan 24 orang bukan sahaja menggalas cabaran untuk mendaki gunung ini malah turut berazam mengunjungi tempat-tempat bersejarah sekitar Kepulauan Riau-Lingga, mengunjungi tempat-tempat menarik serta mengenali masyarakat Daik dengan lebih dekat serta menjalinkan hubungan silaraturahim.
Perjalanan kami bermula dari Stesen Keretapi KL Sentral ke Johor Bharu. Seawal jam 8.30 malam kami telah berkumpul dan bertolak pada jam 10.00 malam. Jam 6.15pagi keesokannya, keretapi sampai di Stesen Keretapi Johor Bahru. Masing-masing bersiap untuk mandi dan menunaikan solat subuh sebelum kami menaiki teksi pada pukul 7.00 pagi menuju ke Pelabuhan Stulang Laut dan seterusnya bersarapan pagi di sana.
Jam 9.30pagi kami menaiki bot ke Tanjung Pinang, Pulau Riau dan tiba jam 11.15pagi waktu tempatan. Selepas makan tengahari yang amat mengasyikkan setelah berubah selera juadah kami bersiap sedia untuk bersiar-siar di Pulau Penyengat, Indonesia. Kira-kira 20 minit perjalanan dari Pengkalan Tanjung Pinang. Pengalaman menaiki bot bersiar-siar sambil menikmati keindahan Tanjung Pinang dari arah laut satu percutian yang menghiburkan walaupun keadaaan bot kami tidak semewah mana.
Pulau Penyengat kaya dengan sejarah lampau. Ianya dikatakan dimiliki oleh Engku Puteri, permaisuri kepada Sultan Mahmud kerana pulau ini dihadiahkan suaminya Sultan Mahmud Syah sebagai mas kahwin sekitar tahun 1801-1802.
Dari jauh tersergam indah sebuah masjid yang menjadi kebanggaan orang Melayu-Riau iaitu Masjid Raya Sultan Riau. Didalam masjid ini tersimpan khazanah-khazanah lama yang merupakan kitab-kitab kuno, serta kitab suci Al-Quran bertulisan tangan. Masjid ini pada asalnya didirikan dengan mengunakan bahan pelekat seperti campuran putih telur dan kapur dan ianya masih asli dan dapat dilihat di ruang utama masjid.
Kami merasakan amat bertuah kerana ekspedisi kali ini tidak semata-mata memfokuskan kepada mendaki gunung semata-mata sepertimana selalunya. Kami dibawa sekeliling Pulau Penyengat bagi melihat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan oleh mayrakarat lampau.
Pemandung pelancung kami adalah dikalangan ahli OGKL sendiri yang sudah biasa dengan persekitaran Pulau Penyengat menerangkan kepada kami satu persatu akan sejarah monumen-monumen lama yang ditinggalkan. Antara tempat-tempat bersejarah yang kami sempat kunjungi adalah Makam Engku Puteri, Makam Raja Haji dan Raja Jaafar, bekas Istana Sultan Abdurrakhman Muazzam Syah, Bekas Gedung Tengku Bilik, Kubu dan parit pertahanan serta Balai Adat Indra Perkasa yang terletak ditepi pantai menghadap laut lepas. Pemandangannya amat mempersona.
Hari berikutnya, seawal jam 5.30 pagi kami telah bangun, mandi, solat dan bersiap-siap bagi meningkalkan Asrama Haji yang menajdi tempat penginapan kami. Jam 8.00 pagi Angkutan Kota (van) sampai dan kami bertolak ke pelabuhan Tanjung Pinang. Sebelum menaiki feri, kami patut mengisi perut yang sudah berbunyi meminta diisi. Agak sukar mencari tempat makan yang diyakini halal disini. Kami memutuskan untuk bersarapan di sebuah restoren makanan segera yang bernama Fast Food Chicken 88. Ianya halal dan tanda harganya jelas kelihatan dan menyenangkan hati kami yang kerap kali ditekan dengan harga yang mahal setiap kali menjamu selera memandangkan kami orang asing disini.
9.30 pagi kami telah diarahkan berkumpul kembali ke jeti. Feri berlabuh tidak jauh dari jeti memandangkan keadaan air yang cetek. Ini memaksa kami menaiki “Pong-Pong” sejenis bot pancung untuk menaiki feri. Oleh kerana kami orang luar, sekali lagi kami ditekan dengan harga yang tidak munasabah. Berunding adalah perkara yang terbaik. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan feri mula meninggalkan Tanjung Pinang. Cuaca juga tidak begitu memberangsangkan dengan hujan mula turun dan ombak mula bergelora sekaligus menimbulkan rasa bimbang dihati kami. Apatah lagi ketika feri berlabuh ditengah laut.
Agak lama dan entah kenapa didalam hati tertanya-tanya. Keadaan laut tidaklah begitu membimbangkan ketika itu. Penantian satu penyiksaan, setelah kira-kira 30 minit tidak bergerak akhirkan feri memulakan perjalanannya kembali dengan tenang membelah lautan dan menyusuri jajaran kepulauan Riau di kiri dan kanan. Pemandangan sungguh indah dengan disajikan dengan perkampungan nelayan dan kehijauan laut di ribuan pulau yang berpenghuni mahupon tidak berpenghuni.
Perjalanan yang cukup panjang dengan banyak perhentian yang harus dilewati. Dari Tanjung Pinang menuju ke Pulau Bukit seterusnya ke Pulau Medang, kemudian ke Pulau Biru, diterus pula ke Rejai, bersambung ke Senayan dan destinasi terakhir Phancur yang turut menjadi destinasi kami yang seterusnya.
4.15ptg kami sampai di Phancur. Menikmati keindahan jeti Phancur serta menikmati hidangan makan tengahari aka minum petang disini. Jam 5.00 kami menaiki bot kecil lagi dengan memudik Sg. Resun. Pemandangan amat indah sekali. Kami leka menikmati keindahan alam semula jadi. Melalui Sg Resun mengingatkan kami situasi menaiki bot kecil di Taman Negara, Pahang. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 20 minit.
Sejurus selepas itu kami sampai disebuah jeti kecil di Desa Resun. Sesampainya disana kami mengambil kesempatan menunaikan solat jamak takhir disurau kecil ditepi sungai. Penduduk Lingga didiami kire-kire 60% umat Islam. Di Kepulauan Riau kami tidak merasa begitu asing kerana percakapan masyarakat disini lebih kurang sama kerana pengaruh Riau-Johor masih begitu kuat disini.
Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki pacuan 4 roda dan lori kecil menuju ke Kota Daik. Bunyinya umpama sebuah kota besar, tetapi Kota Daik hanyalah sebuah perkampungan biasa yang terletak kira-kira 45 minit dari Sungai Resun. Kota Daik asalnya adalah bekas Pusat Kerajaan Riau-Lingga hampir seratus tahun yang lampau.
Pembangunan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Tanjung Pinang. Dari sebuah Kerajaan besar Riau-Lingga, Pulau Lingga kini hanyalah sebuah pekampungan biasa. Namun penduduk setempat tetap tidak kalah dengan teknologi terkini. Malahan telefon bimbit mereka lebih canggih dari kami. Kami begitu kagum dengan usaha mereka untuk membangunkan dan memajukan desa mereka yang letaknya begitu jauh dari tanah besar. Biarpun dikatakan suara mereka “dihalang’ oleh jajaran gunung di Gunung Daik, namun itu tidak melemahkan semangat mereka untuk lebih maju kehadapan seiring dengan perkembangan zaman.
Hari beransur senja, perjalanan masih jauh. Gunung Daik masih belum kelihatan. Seringkali kami terjenguk-jenguk di jajaran gunung seumpama tidak sabar untuk menyaksikan Gunung Daik. Selama 3 hari perjalanan dari darat, laut dan sungai namun Gunung Daik masih begitu jauh untuk dinikmati keindahannya. Gunung Daik mula menampakkan dirinya. Hati girang tidak terkata hajat dihati hampir terlaksana. Esok menjadi saksi kami bakal mendaki gunung yang kami hajati.
Lewat senja kami sampai dirumah Mak Usu, saudara kepada pemandu pelancong kami Abok. Ianya boleh dikatakan homestay bagi kami. Sambutan yang diberi oleh penduduk setempat amat mesra. Penduduk disini saling tidak tumpah seperti masyarakat baik dari segi budaya, pertuturan, adat, mahupon sajian makanan. Malam itu kami dikunjungi oleh ketua kampung serta orang kuat masyarakat Kota Daik.
Makan malam disediakan dan kami makan beramai-ramai serta beramah mesra bagi menguatkan lagi ukhwah Islamiah antara dua rumpun Melayu yang sekian lama telah terpisah jauh. Sebahagian peserta lagi sibuk menolong di dapur untuk penyediaan makanan semasa pendakian dengan diketuai oleh AJK OGKL.
Hari ke-4, seawal jam 4 pagi kami telah bangun untuk persiapan diri. Kami kenalah bergilir-gilir untuk mengunakan bilik air. Jam menunjukkan 6 pagi tetapi hari telah mula cerah. Waktu Indonesia Barat yang lebih awal sejam dapat kami sesuaikan diri dengan baik. Sarapan Nasi Goreng disediakan oleh Mak Chu sungguh sedap sekali. Apatah lagi dihiasi dengan keropok dan telor goreng maka semakin lajulah kami menyuap nasi ke dalam mulut. Sementara itu AJK OGKL juga sibuk menyediakan bekalan makanan tengahari ketika mendaki.
Jam sudah menunjukkan 8.00 pagi dan lori kecil sudah datang untuk mengangkut beg kami. Ramai orang datang bagi menunjukkan sokongan moral mereka kepada kami. Dari rumah Mak Chu jelas kelihatan Gunung Daik. Cuaca begitu baik sekali. Jarak diantara rumah mak Chu dan Objek Wisata Gunung Daik tidaklah begitu jauh. Kira-kira 15 minit sahaja. Sepanjang berjalan kaki kami leka mengambil gambar dan merakamkan keindahan Gunung Daik dari kejauhan. Bagi penduduk setempat, Gunung Daik juga dikenali sebagai Gunung Lingga.
Setibanya di Objek Wisata Gunung Daik ( gerbang bermulanya pendakian), kami telah memulakan upacara bacaan doa selamat oleh Penghulu Kota Daik. Pendakian awal sangat santai. Kira-kira sejam setengah trek hanyalah mendatar sahaja. Sekali sekala kami terserempak dengan jejaka-jejaka gagah pengangkut kepingan kayu balak. Kagum dengan semangat dan jati diri yang ada pada diri mereka bagi mencari sesuap nasi.
Kami dikhabarkan oleh guide kami bahawa penduduk di Lingga masih bersih dari kes pencuri dan perompak. Tidak ada kebimbangan dalam diri mereka untuk meninggalkan harta benda dimana-mana kerana ianya selamat dari dikhianati. Taraf hidup yang tidak ada yang terlalu kaya dan tidak ada yang terlalu miskin menjadikan tiada jurang yang dalam antara penduduk desa.
Tidak lama selepas itu kami tiba di Sungai Lubuk Fatimah. Airnya begitu jernih sekali yang begitu mengujakan hingga ada teman kami pura-pura terjatuh di dalam air. Masing-masing kehairanan melihatkan keasyikkan beberapa teman bersuka-sukaan bermain dengan air sungai. Peserta lain pula begitu asyik merakamkan Gunung Daik dari arah tengah sungai kerana disinilah Gunung Daik jelas kelihatan utk dirakam didalam kamera mahupon dikotak ingatan. Perjalanan diteruskan lagi kira-kira 30 minit selepas itu kami perlu menyeberangi sungai dan sekali lagi teman kami yang ‘hantu air’ terjun ke dalam sungai.
Perjalanan kami juga diekori dan ditemani oleh seekor anjing betina yang tidak diketahui tuannya. Begitu setia anjing ini mengikuti kami dari jauh. Kami namakannya Munah walaupon ada diantara kami yang memanggilnya Joni. Tak kisahlah asalkan jangan menggigit sudah!
Selepas menyeberangi sungai yang ke-3 penjalanan sudah mula mendaki. Sedikit demi sedikit jarak antara peserta semakin menjauh. Yang dihadapan mendorong jurupandu arah terus kedepan, perserta ditengah mengekalkan kelajuan malar, manakala peserta dibelakang mengekalkan kemengahan dan banyak berhenti lelah.
Apa pun dengan bantuan walkie talkie sebanyak 4 biji yang dibawa sedikit sebanyak tidak memperlihatkan jarak yang cukup menjauh. Walkie Talkie juga digunakan untuk bergurau senda serta membakar semangat sahabat-sahabat yang tertinggal jauh dibelakang. Gurau senda yang diselangi berbalas pantun cukup memeriahkan pendakian kami.
Kami tiba di kemsite Gunung Daik kira-kira pukul 1.30 petang. Sementara menunggu peserta dibelakang sampai kami memasak air, mendirikan khemah, memasang fly dan makan tengahari. Keadaan kemsite yang berakar dan tidak rata tidak memungkinkan kami mendirikan khemah. Hanya sebijik khemah dapat didirikan dan yang lainnya tidur dibawah fly dan hammock sahaja.
Jam 3 petang kami mula bersiap-siap untuk mendaki ke puncak. Jarak diantara kemsite ke puncak kira-kira 2 jam. Pergerakkan lebih laju dan lancar kerana bebanan sudah ditinggalkan dikemsite. Kira-kira 5.30 petang kami sampai dikaki batu juram Gunung Daik. Ketua ekspedisi mengistiharkan setakat ini sahaja pendakian kita kerana sedari awal kami menyedari Gunung Daik puncaknya sukar didaki kerana untuk menakluki puncaknya memerlukan kepakaran dalam bidang memanjat dinding batu pula. Kami mencuba sejauh mana yang kami boleh lakukan dan tidak akan mengambil risiko-risiko yang boleh membahayakan nyawa mana-mana ahli ekspedisi.
Setakat ini hanya seorang pendaki dari Belgium yang telah berjaya menakluk Gunung Daik. Ekspedisinya memakan masa selama 12 hari dengan 3 hari dihabiskan hanya untuk set route untuk rock climbing. Tebingnya terjal dan basah serta merbahaya untuk didaki.
Selain daripada itu Gunung Daik juga dikenali sebagai nama Puncak Mahkota. Sungguh tepat sekali gelaran itu kerana dari kejauhan Gunung Daik yang mempunyai 3 puncak sememangnya kelihatan bagaikan sebijik mahkota. Cabang tertinggi disebut sebagai “Gunung Daik”, cabang yang menengah pula disebut sebagai “Penjantan” manakala cabang yang terendah dikenali sebagai “Cindai Menangis”
Dahulunya Gunung Daik bercabang 3 apabila patah satu maka tinggallah dua cabang yang jelas. Kenapa dan mengapa cabang Gunung Daik ini patah boleh dibaca didalam Cerita Rakyat kepulauan Riau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Patahnya Gunung Daik” karangan Drs. Abd Razak, M.PD.
Berada di atas gunung membuat kami seronok bergambar tanpa henti dengan memberi pelbagai aksi samada terbang, meniarap mahupun berbaring dikubang babi tanpa disedari. Hari beransur senja, para photographer handalan OGKL masih tidak jemu-jemu merakamkan keindahan pemandangan. Masing-masing berlumba-lumba memperlihatkan kepakaran dan berusaha memberikan gambar yang terbaik dan tercantik bagi memenangi pertandingan photo terbaik yang diadakan diperingkat dalaman kelab sahaja.
Hari beransur gelap, ramai ahli sudah turun ke kemsite. Tinggal jurufoto-jurufoto masih menunggu dan tercari-cari lokasi terbaik merakamkan pemandangan diwaktu senja. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke panggal lengan. Jarak perjalanan ke sini cukup jauh dan tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja dengan merakam keindahan alam sepuas hati.Kami turun dari batu juram kira-kira jam 7.30 malam. Perjalanan lancar sampai ke kemsite.
Hari seterusnya, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Diwaktu begini memang enak tidur dan menarik sleeping beg. Tapi ada juga dikalangan ahli yang sudah bangun semata-mata mahu mencari sudut terbaik merakam aksi rakan-rakan yang tidur. Pukul 5 pagi seorang demi seorang mula bangit untuk menunaikan fardhu Subuh dan menunggu matahari terbit untuk merakam gambar. Malangnya kabus tebal hingga menutupi sinaran cahaya matahari.
Setelah bersarapan kami bergegas bersiap memandangkan langit mula mendung. Hujan mula turun rintik-rintik dan tidak berlengah lagi kami melangkah meninggalkan tapak perkhemahan G. Daik. Kami harus sampai awal memandangkan kami juga berhasrat untuk melawat Air Terjun Resun yang begitu popular ketika di bulan Safar dimana ramai pelawat akan datang ke air terjun ini untuk mandi Safar pada setiap tahun.
Sebaik sahaja kami tiba kembali di kaki G. Daik. Beg kami tinggalkan di Pej. G. Daik dan berjalan pula ke air terjun Resun. Setiba di air terjun, terus kami berendam dan memanjakan badan. Sesuai sekali buat kami yang baru kepenatan mendaki gunung.
Kepulangan kami ke Kota Daik sekembali dari gunung, disambut dan diraikan dengan kenduri di Muzium Mini Lingga. Sempat juga kami melihat barangan-barangan di dalam muzium. Antara objek menarik disini adalah, rangka gajah laut yang terdampar semasa tsunami di Aceh selain barangan-barangan purba dan klasik sumbangan penduduk setempat.
Hari terakhir kami disini, perasaan sedih dan pilu menyelubungi kami sebaik sahaja meninggalkan bumi Daik serta saudara yang baru kami jalinkan ukhwah. Dalam perjalanan pulang, bot kami melintasi P. Pandan yang berada jauh ketengah laut. Cabaran dan pantun budi G. Daik tidak kami lupakan. Budi yang baik dikenang jua.
EKSKLUSIF:
Pulau Pandan jauh ketengah
Kerabat OGKL, Azizan Zolkipli, sudi berkongsi gambar Pulau Pandan yang dirakam serta zoom semasa perjalanan pulang xpdc G.Daik, OGKL 2006. Pulau ini sebahagian dari pulau-pulau di Kepulauan Lingga, Indonesia. Kedudukannya yang jauh ketengah membuatkan sahabat-sahabat OGKL sudah tertidur kepenatan dalam bot.
Teks: Khairinah Chumari
Ahli Ekspedisi

suka saya baca artikel ni. seolah berada bersama team ekspedisi. adakah punya peluang mendaki kesini??
ReplyDeletewallahualam..
"Agak sukar mencari tempat makan yang diyakini halal disini. Kami memutuskan untuk bersarapan di sebuah restoren makanan segera yang bernama Fast Food Chicken 88." Bio benar???? Kat tanjung pinang kan??
ReplyDelete