Mesyuarat Agung ke-11, 2007
Majlis Mesyuarat Agung ke-11 Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur yang diadakan di Bilik Merbok, Majlis Sukan Negara berjalan dengan lancar. Barisan kepimpinan OGKL yang penggal 2006/2007 diberi mandat untuk terus memimpin kelab. Namun setiausaha kelab, Pn Zarida menarik diri atas sebab-sebab kekangan komitmen dan diambil alih oleh Cik Sarina setelah bersaing mendapat undian terbanyak. Kerusi ajk-ajk 2006/2007 yang tidak hadir diganti oleh muka-muka yang turut meyakinkan.
Ucapan Presiden
Assalamualaikum WBT.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya bertemu lagi kita dlm AGM OGKL untuk tahun ini.
OGKL memasuki tahun ke14 bermula penubuhannya pada tahun 1993.Banyak pengalaman pahit manis yg telah dilakar sepanjang 14tahun menjadi satu kelab yang menaungi rakan2 rekreasi di KL yang meminati xtvt luar (outdoor).
Dari mendaki gunung, berakit, WWR, menggua, berkhemah dan lain2 xtvt, ogkl ternyata telah berjaya menjadi satu platform yg menyatukan peminat rekreasi berlainan latar belakang, bangsa,agama dan status.Disaat banyak persatuan,kelab serta kumpulan2 rekreasi yg wujud sezaman dgn Ogkl yang kebanyakkan telah berkubur atau tidak aktif, OGKL dilihat masih lagi relevan dgn persekitaran rekreasi pada hari ni & berada dalam 'kelas' yang tersendiri. Tanpa asas kukuh yang telah ditanamkan pada masa penubuhannya, serta sikap toleransi & kerjasama warga ogkl dari dulu hingga kini, tidak mungkin ogkl akan terus bertahan hingga ke hari ini. Bak kata pepatah "untuk memulakan sesuatu itu adalah lebih mudah berbanding untuk menerus & mengekalkannya"
OGKL telah pun memasuki fasa baru sejak penubuhannya.Program2 yang dirancang bukan hanya berlegar disekitar Malaysia, tetapi juga telah menjangkau ke Indonesia, dan Nepal.Pada tahun2 yang lepas, OGKL telahpun mengatur trip ke EBC, Gn Merapi-Singgalang, Gn Daik, Gn Kerinci dan lain2 lagi. Walaupun kurang mendapat pembiayaan dari pihak JBSWP, namun atas inisiatif & minat serta komitmen, para AJK & ahli OGKL telah berjaya meneroka peluang2 untuk berekreasi di lokasi2 baru yang sesuai dgn masa,belanja & keluarga.
Seiring dengan peningkatan & perubahan teknologi, kelab OGKL telah mara setapak lagi dengan adanya lawan web kelab:www.ogkl.com.my sebagai wadah utk ahli serta penggiat rekreasi utk saling mendapat maklumat & manfaat dlm dunia tanpa sempadan. Kewujudan mailinglist juga berperanan besar dlm mengukuhkan hubungan dan interaksi sesama ahli.Semoga sesuatu yg bermanfaat seperti ini akan berterusan selamanya.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua AJK OGKL yang telah bertungkus lumus merencana serta merealisasikan setiap program yg dirancangkan.Tanpa sedikit masa, & tenaga yang dicurahkan, nescaya rancangan hanya tinggal rancangan tanpa pelaksaan.Untuk ahli OGKL, sokongan dari anda semua merupakan pencetus semangat utk kami merangka & meneroka program2 yg akan menjadi sejarah manis buat kita semua!
Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari bagi pihak JawatanKuasa OGKL tahun 2006 andaikata tersalah kata & perilaku sepanjang kami menjalankan amanah ahli & kelab.Sebagai tanda ingatan, hayatilah kata2 hikmat ini "jangan tanya apa yang kelab telah sumbangkan untuk kita, tetapi tanya diri kita apa yang telah kita sumbangkan utk kesinambungan kelab yang kita sayangi"
Salam Rekreasi,
Deeno

0 comments:
Post a Comment