logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday 20 November 2019

Minda Trivia 19 Nov 2019

#MINDATRIVIA 19 NOVEMBER 2019
Ayuh sesama kita mengasingkan sisa makanan serta barang yang boleh dikitar semula menggunakan tong kitar semula yg digunakan.. moga maafaatnya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang ðŸ’ªðŸ’ª



Tuesday 12 November 2019

XPDC Lawit Batil

EKSPEDISI LAWIT BATIL Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dengan kerjasama Kelab Gagau Kemaman (KGK)
25-28 Oktober 2019
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang akhirnya diizinkanNya untuk melihat dan menjejak kaki ke Gunung Lawit dan Gunung Batil. Biarpun bukan puncak tertinggi, tetapi Gunung Lawit merupakan gunung yang bernama tertinggi di Terengganu. Ia merupakan impian bagi beberapa insan yang berjiwa halus dan yang mencari kelainan. Ianya tidak mudah dijejaki dan perjalanan yang agak sukar memberi cabaran kepada Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dan Kelab Gagau Kemaman (KGK) untuk menganjurkan misi ini bersama pada tarikh 25-28 Oktober 2019.

4 hari bersama-sama di dalam belantara ditempuhi dengan sabar dan tabah. Bersabar dengan diri sendiri dan juga trek yang kadang-kadang menguji ketahanan fizikal diri. Semua peserta sangat komited dan proaktif. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Yang berilmu tak lokek berkongsi sesama rakan-rakan. Yang sentiasa riang gembira tak kira masa tanpa jemu menjadi penghibur di kala penat lelah berjalan, mendaki dan kadang-kadang berguling. Semuanya tunggak kejayaan trip kali ini.
Saya mewakili kelab OGKL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama teraju utama KGK Encik Hamdan Azmi serta penunjuk arah iaitu Encik Effendi, Ropi, Roy, Ijat serta Hazim. Terima kasih juga kepada semua AJK; yang bertugas Jant, Ajib, Ijam dan Parok, juga AJK yang membantu pengurusan sebelum trip. Trip ini membawa seribu makna serta pengalaman baru pada kami selaku AJK. Banyak ilmu yang dapat dipelajari, banyak kawan yang dapat dikenali. Semoga jalinan ukhwah diteruskan dengan restu Ilahi.
Terima Kasih Daun Keladi,
Semoga Kita Berjumpa Lagi

TEAM LAWIT BATIL OGKL-KGK 2019
1. Hamdan
2. Bakhtiar
3. Nik Fakhri
4. El Jed
5. Husamuddin
6. Hafiz
7. Sani
8. Farhana
9. Fahmi
10. Hasnain
11. Azman
12. Nazri
13. Hairul
14. Intan
15. Fairuz
16. Asyikin
17. Syafiq
18. Jimmy
19. Hazan
20. Habsah
21. Amy
22. Yuen
23. Khoo
24. Jason
25. Alan
26. Wani
27. Simon
28. Julie
29. Amra
30. Parok
31. Ijam
32. Haziq
33. Jant
34. Rose
35. Hazim
36. Izzat
37. Roy
38. Ropi
39. Effendi



























Monday 4 November 2019

FINAL COUNTDOWNNNNN Family Day OGKL 2019 .... ayuhhhhhh


Sunday 3 November 2019

Minda Trivia 30 Okt 2019

#MINDATRIVIA 30 OKTOBER 2019
Fakta menarik mengenai puncak-puncak tertinggi di Indonesia ⛰️

Friday 1 November 2019

Minda Trivia 31 Okt 2019

#MINDATRIVIA 31 OKTOBER 2019
Pernah dengar kisah letusan Gunung Tambora? Dan sehingga kini, ia masih kekal aktif ðŸŒ‹ðŸŒ‹ðŸŒ‹

Laporan Trip Lawit-Batil


EKSPEDISI LAWIT BATIL Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dengan kerjasama Kelab Gagau Kemaman (KGK)

25-28 Oktober 2019

Biarpun bukan puncak tertinggi, tetapi Gunung Lawit merupakan gunung yang bernama tertinggi di Terengganu. Ia merupakan impian bagi beberapa insan yang berjiwa halus dan yang mencari kelainan. Ianya tidak mudah dijejaki dan perjalanan yang agak sukar memberi cabaran kepada Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dan Kelab Gagau Kemaman (KGK) untuk menganjurkan misi ini bersama pada tarikh 25-28 Oktober 2019.

Pada malam 24.10.19, team dari Kuala Lumpur bertolak menuju ke Kampung Pulau Panjang, Jertih. Tiba di sana seawal pagi Jumaat dan berkumpul di sebuah surau untuk pembahagian ration sambil menunggu lori dan pacuan 4 roda membawa ke kebun kelapa sawit. Sebelum tiba di lading sawit, kami menikmati sarapan di sebuah gerai di tepi jalan. Di situ pemilik gerai yang bernama Kakti, sudah siap sedia membungkus makanan tengahari kami bersama teh O ais.

Lebih kurang jam 12 tengahari selepas taklimat ringkas kami mula berjalan menuju ke pintu rimba dan berhenti di checkpoint pertama di tepi sungai Keruak untuk menunaikan solat zohor/asar. Meneruskan perjalanan dan tiba di kemsite pada jam 10 malam.

Perjalanan untuk hari kedua, kami bermula dari kemsite pada jam 9:45pagi ke Punca air sebelum ke Puncak Batil. Hujan mulai turun rengai-rengai kadangkala lebat sehingga petang. Mungkin untuk memenuhi lopak air yang menjadi punca air bagi trip kali ini. Semua berjaya tiba di kemsite kedua pada jam 5 petang. Khemah dipasang merata tempat sehingga ada yang menghampiri puncak berikutan tiada kawasan lapang yang mencukupi untuk 39 orang pendaki.

Hari ketiga paling mencabar. Selepas bergambar di Puncak Batil, kami meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Lawit pada jam 10:45 pagi. Cuaca sangat baik dan nyaman mengiringi kami menikmati keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan ke puncak Lawit. Ramai yang terleka dan menghabiskan banyak masa mengambil foto kenang-kenangan dan menghirup air dan udara yang bersih sepanjang perjalanan, Sebelum tiba di puncak, kami rehat sebentar di Kem Siam yang terletak antara lembah Batil-Lawit. Di sini terdapat punca air yang mengalir ke arah sungai kecil tidak jauh ke bawah yang dijumpai oleh Abang Bakh.

Setelah tiba di Puncak Gunung Lawit lebih kurang jam 1:30 tengahari. Setelah menikmati makan tengahari dan bergambar, kami mulai turun pada jam 3 petang. Tiba semula di kemsite pada jam 6 petang dan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Kemsite pertama kami. Pada jam 1 pagi, kami tiba di kemsite kami yang pertama.

Hari terakhir agak tenang sedikit. Masing-masing bergurau senda bergembira sambil mengemas untuk pulang. Jam 12 tengahari kami semua mulai turun ke kaki gunung. Cabaran di sini semestinya trek pacak dan berlumpur. Masing-masing macam baru lepas berkubang mengejar kerbau di sawah. Tiba di sungai Keruak pada jam 4 petang dan mengambil kesempatan untuk membersihkan diri dan solat zohor/asar di sini. Kesemua peserta tiba semula di lokasi menunggu lori pada jam 5 petang. Kemudian lori singgah di kedai Kakti untuk menikmati pisang, labu dan tapai ubi goreng beserta teh O ais.

Setelah berkemas dan membersihkan diri, masing-masing menjamu selera sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing.

Saya selaku Ketua Program mewakili kelab OGKL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama teraju utama KGK Encik Hamdan Azmi serta penunjuk arah iaitu Encik Effendi, Ropi, Roy, Ijak serta Hazim. Terima kasih juga kepada semua AJK; yang bertugas Jant, Ajib, Ijam dan Parok, juga AJK yang membantu pengurusan sebelum trip. Trip kerjasama ini membawa seribu makna serta pengalaman baru pada kami selaku AJK. Banyak ilmu yang dapat dipelajari, banyak kawan yang dapat dikenali. Semoga jalinan ukhwah diteruskan dengan restu Ilahi.

Terima Kasih Daun Keladi,
Semoga Kita Berjumpa Lagi
-KP Lawit Batil-

TEAM LAWIT BATIL OGKL-KGK 2019
1. Hamdan
2. Bakhtiar
3. Nik Fakhri
4. El Jed
5. Husamuddin
6. Hafiz
7. Sani
8. Farhana
9. Fahmi
10. Hasnain
11. Azman
12. Nazri
13. Hairul
14. Intan
15. Fairuz
16. Asyikin
17. Syafiq
18. Jimmy
19. Hazan
20. Habsah
21. Amy
22. Yuen
23. Khoo
24. Jason
25. Alan
26. Wani
27. Simon
28. Julie
29. Amra
30. Parok
31. Ijam
32. Haziq
33. Jant
34. Rose
35. Hazim
36. Izzat
37. Roy
38. Ropi
39. Effendi