*Batu Bujang Lelo : Kalau Tak Scam Tak Sah!*
Cabaran aktiviti Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) diteruskan lagi di Batu Bujang Lelo, Sungai Talan Kuala Pilah Negeri Sembilan. En Along Akina merupakan ketua kampung sungai talan & pengasas yang membuka laluan batu bujang lelo dilantik untuk memandu kami seramai 35 peserta yang terdiri daripada 28 dewasa dan 7 kanak-kanak untuk kali ini.
Dengan jarak lebih kurang 800 meter, peserta mula berjalan kaki dari masjid sungai talan ke starting point. Sebetulnya, meletak kenderaan di bahu jalan yang sempit berdekatan pondok daftar dibenarkan berbanding perlu berjalan kaki jauh dari masjid. Lantas mendegar maklumat ini, rata-rata peserta terus memarahi KP kerana sengaja membuli peserta supaya berjalan jauh. Begitulah, kalau tak scam tak de cerita untuk diceritakan ke anak cucu nanti. 😁😁
Sebilangan peserta ada yang buat load carrying training ke puncak untuk trip CBL anjuran OGKL pada 24 Julai 2026. Walaupun ketinggian Batu Bujang Lelo setaraf bukit, gambaran keseluruhan trek pendakian adalah pacak dari awal sampai akhir. Pun begitu, semua tahap pendaki dari yang tidak fit sehingga fit boleh mendaki di trek ini kerana ia amat sesuai untuk semua lapisan tahap pendaki.
Menarik untuk diterokai disini adalah keunikan batu di puncak & batu yang bertindih antara satu sama lain yang membentuk seakan gua. Kami berpeluang untuk meneroka setiap keunikan di Batu Bujang Lelo menjadikan setiap pendakian ada cerita tersendiri.
Selesai mendaki, agenda diteruskan lagi menuju ke Jeram Tengkek untuk merehatkan kaki & badan sambil berendam merasai kesegaran air sungai yang mengalir. Sedikit kekecewaan untuk kami bergambar dan berendam di puncak air terjun Tengkek kerana ada aktiviti abseiling dilakukan. Terpesona dengan cara orang asli membakar tanpa menggunakan jaring, KP sempat beramah mesra bersama orang asli dari Kampung Orang Asli Puting, Segamat Johor yang berkelah di Jeram Tengkek.
Terima kasih kepada Along Akina selaku local guide OGKL pada ekspedisi kali ini kerana menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Bahkan berkongsi pengalaman hidup & maklumat tambahan mengenai hutan dan dunia hiking.
Untuk Aus (Ketua Program) & krew yang bertugas (Bella,Korap), terima kasih kerana sudi anjurkan pendakian mesra lapisan tahap pendaki ke Batu Bujang Lelo. Untuk kesemua peserta.Tahniah & Syabas!!
*Next Trip – Gunung Alai photoshoot trip 15/8/2026 on x on?*😁😁
Kelab juga bersedia menerima ekspedisi peribadi untuk diuruskan.
Berminat dengan ekspedisi anjuran kelab? Jom ikuti kami di media sosial:
📢Facebook Group
https://www.facebook.com/share/g/19QbNL7b1z/
📢Whatsapp Group
https://chat.whatsapp.com/F64SwjMGbZmB7dh4Tyxman?s=cl&p=a&ilr=1
📢Telegram
https://t.me/OrangGunungKL
📢Tik Tok
https://www.tiktok.com/@ogkl_1993?_r=1&_t=ZS-97yY5DcdWJp
https://www.instagram.com/orang.gunung.kuala.lumpur?igsh=NG5oZGM4YXF1M3E2




























0 comments:
Post a Comment