logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Thursday 28 March 2019

Minda Semasa 28 mac 2019

Tuesday 26 March 2019

Minda Gunung 27 Mac 2019

#MINDAGUNUNG Episod 1: Pacat
27 Mac 2019 oleh Biro Pendidikan OGKL

Minda Trivia 26 mac 2019

#MindaTrivia 26 Mac 2019
"Anda ada trivia menarik untuk dikongsi? Hubungi AJK2 kami untuk bersama menyebar ilmu."



INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN & SALAM TAKZIAH


Assalamualaikum dan salam rekreasi.
Mendapat perkhabaran yang mendukacitakan bahawa salah seorang daripada peserta XPDC JERANGKANG OGKL kami yang lalu, NURWADIAH AZIZAN telah pergi menghadap Pencipta pada jam 9.07 pagi tadi, akibat terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya pada ahad petang, 24/03/2019 lepas.
Sehubungan itu, kami dari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) ingin merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Nurwadiah Azizan. Kami doakan segala urusan pengebumian Allayarhamah Nurwadiah Azizan dipermudahkan olehNya dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Semoga ahli keluarga Nurwadiah juga turut diberikan kesabaran dan redha dalam menerima berita pemergiannya ini. Ameen Ya Rabbal Alamin
Jenazahnya akan disemadikan di Peserai, Batu Pahat, Johor pada hari ini.
Sekian.
Kredit info : Syairah Diyana Binti Malek (rakan Nurwadiah Azizan)

Monday 18 March 2019

Minda Gunung 20 mac 2019

#mindagunung

OGKL ingin memperkenalkan slot perkongsian ilmiah didalam page rasmi dan platform media sosial yang lain seperti FB, twitter dan instagram setiap hari Rabu.

Mendapat ilham dari Al-Quran iaitu gunung-ganang sebagai pasak bumi yang memiliki pelbagai fungsi selain minat utama penubuhan OGKL terhadap arena pergunungan.

Gunung diceritakan didalam Quran sebagai tersimpannya air, membiaknya pelbagai flora dan fauna, laluan mencari kebenaran, kemudian air terkandung didalam batuan tadi mengalir menjadi anak air dan membentuk sungai-sungai dan terus bersatu di lautan.

Di samping itu juga, berdekatan air bermulanya penempatan-penempatan dan akhirnya membentuk tamadun-tamadun agung seperti Kedah Tua, Sungai Batu(500 tahun sebelum masehi), Beruas, Gangga Negara, Melaka, Maya, Gangges, Mesopotamia, Indus, Mesir Kuno di sungai Nil, Hwang Ho, Irrawadi, Mekong dan banyak lagi.

Jika ada rakan-rakan yang mahu turut berkongsi, bolehlah diberikan maklumat kepada barisan AJK bagi sesi 2019/2020.
    
“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)


Carta Organisasi Kelab Sessi 2019-2020



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Sehubungan dengan kelangsungan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur 2019 pada 3 Mac yang lalu, berikut adalah barisan MT, AJK dan AJK Sokongan (yang telah dilantik secara bersama oleh pihak MT) untuk mengemudi gerak kerja kelab bagi penggal 2019/20
Pengerusi : Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini
Naib Pengerusi : Shahruizwan Sharudin
Setiausaha : Mohamad Alif Mu'adz Amrus
Bendahari : Mustafa Kamal Saedon
AJK Lantikan
Muhamad Azim Jalil
Mohd Khairul Nizam Ismail
Izwan Muhamad Shukor
Nur Atina Razali
AJK Sokongan
Muhammad Nizar Syawal Hamid
Rosmawati Hamzah
Ahmad Qois Zawawi
Mohd Khalili Zakaria
Nur Aliani Che Sab
Nurfarhana Amiruldin
Azizan Azman
Amir Abidin
Zaidatul Farhana Ahmad Yatim
Mohamad Sofian Abdul Wahab
Muhammad Syahmi Shamshun Baharin
Juruaudit
Mohd Hafez Zulkefey'
Faiz Zaidan Ali
Penasihat
Zainudin Lot
Tahniah bagi semua yang terpilih. Semoga diberi izinNya untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi sebuah organisasi yang bakal diwarisi sampai bila-bila. Diharap kita dapat bekerjasama untuk membawa OGKL ke dimensi yang lebih luas di samping menjadi gedung ilmu dalam arena pergunungan dan pengembaraan.
Khazanah Alam Warisan Rekreasi.

XPDC Gunung Berantai


TARIKH : 20 APRIL 2019
LOKASI : MARAN, PAHANG
KOS : RM100 (AHLI), RM110 (BELUM AHLI)

Assalamualaikum & Salam Rekreasi.. Seruan untuk pendaki pecinta alam sekalian untuk meluaskan pengalaman dan pedoman ke Gunung Berantai, Kuala Sentul, Maran, Pahang.

Apa lagi, para peserta diperlukan untuk misi tak mustahil ini. Jika inginkan kelainan serta mahu abadikan kenangan indah dalam sejarah pendakian, ayuh JANGAN TUNGGU!!! sahut cabaran bersama kami.

Hubungi AJK OGKL berikut bagi sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan tempat :
📞 Azizan (017 285 2958)
📞 Ijam (018 202 3079)
📞 Zulfadli (017 616 2894)

Deposit penyertaan bernilai RM50 (besertakan resit) hendaklah dilakukan sebelum 10.4.2019 dan bayaran penuh sebelum 15.4.2019 ke akaun berikut

Name: Azizan Azman
No akaun : 162058781137
Nama bank : Maybank

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran
🔮 Jurupandu Arah
🔮 Permit
🔮 Sarapan, Makan Tengahari
🔮 Insurans perjalanan
🔮 Pengurusan
🔮 First aid kit (asas)
🔮 Pengangkutan (KL - Maran - KL) *bertolak dari LRT Gombak pada 19 April 2019 (11 malam)

Ayuh hubungi no tertera untuk mengesahkan tempat anda!

#ogkl #oranggunungkualalumpur #khazanahalamwarisanrekreasi #gunungberantai #outdoor #hiking #camping

Sunday 17 March 2019

Laporan Gunung Biong

Salam ,

puncak biong

Setelah 14 tahun bersama OGKL, kali ini saya dipilih oleh tuan presiden untuk menjadi ketua ekspedisi ke Gunung Biong di Sauk jajahan Kuala Kangsar, Perak. Cabaran nya adalah menyediakan costing, serta mencari peserta yang sedikit tegar kerana Gunung Biong bukan biasa-biasa.

Ada peserta yang menarik diri 2 minggu dan sehari sebelum, serta ada yang tanya boleh daypack ke.

Ada juga yg terpaksa ditolak kerana fizikal tidak mengizinkan kerana trek kami ini adalah menaik sahaja.

Kami berkumpul di LRT Gombak mcm biasa. Selepas jam 11 kami bergerak menuju ke Petron Kuala Kangsar. Sekitar pukul 4 pagi peserta berikut nya dari Machang Kelantan Northahar Nawi tiba dengan menaiki bas melalui laluan grik ini. 

Selepas solat subuh, barang ration diatur untuk dipikul oleh semua peserta seramai 15 orang termasuk pengerusi Saudara Zulfadli Husni dan setiausaha Muhammad Alif Mu'adz Amrus.

Kami bergerak ke Kampung Ngor yang terletak di kiri selepas simpang di Sauk. Pukul 8.40 pagi kami bergerak dalam 15 minit menuju ke pintu rimba selepas untuk perjalanan terus menaik setinggi 600 meter. 

Menuju ke check point pertama pada pukul 10.30 pagi, seperti kata guide Muhamad Nizar@Ferhad, akan ada yang krem dan tekaan beliau tepat.

Seorang lagi guide Muhamad Ainol Azlif Azman menyatakan gunung ini hanya berjiwa kental sahaja yang mampu menyerap tekanan menaik. Kami tiba di check point 2 pukul 12.30 untuk makan tengahari 

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke puncak Mandi Angin sekitar pukul 2.45 petang. Perjalanan ke Last water point dalam 3 jam lagi perjalanan menurun sehingga ke paras 950 meter. Di sini air banyak di ambil untuk masak dan diri sendiri.

Selesai semua selesai kami bergerak ke atas dalam 170 meter untuk ke kemsite Ramli pada pukul 6.15 petang.

Makan malam disediakan oleh AJK masakan. Apapun saya kurang sihat kerana masalah kesihatan.

Menurut kata Ainul, kami perlu bergerak seawal 6 pagi dan solat selepas sungai besar.

Esok nya kami bergerak ke atas lagi dan berhenti rehat untuk solat subuh, Selepas berkumpul kami bergerak lagi menuju ke puncak dan tiba di ketinggian 1218 meter pada pukul 9 pagi. Alhamdullillah semua sampai. 

Selepas sarapan pagi dan bergambar kami turun ke kemsite Ramli pukul 11.30 pagi. Selepas makan tengahari sejam kemudian baru kami bergerak ke puncak Bukit Mandi Angin pukul 2.45 tengahari.

Syukur kami tiba di check point satu dan sungai sebelum gelap. Kami tiba di tempat letak kereta pukul 7.45 malam. Selepas berbincang kami menuju ke tol Kuala Kangsar untuk bersiap dan menghantar Northahar yang menaiki bas di laluan grik ini.

Selepas makan malam di simpang Kuala Kangsar, kami bergerak menuju ke haluan masing-masing.
Sekian xpdc untuk kali ini.











dah lama yag sampai sejak tahun 1985 lagi




puncak mandi angin
kemsite ramli

Disediakan oleh Ketua Program

Tuesday 12 March 2019

Kolaborasi OGKL dengan SMK Dato Bahaman

Salam ,

Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua, Staff dan pelajar kepada SMK Dato Bahaman dari Lancang Pahang, yang seramai 41 orang di atas kejayaan mereka mendaki ke puncak 🔺Bukit Lentang (821m), pada 9 Mac 2019 semalam atas kerjasama bersama Haji Azam Zaki, guide dari Raub, Pahang.. 
Terima kasih kepada semua para AJK yg terlibat sepanjang aktiviti berlangsung. Pendakian yg bermula jam 9.00 pagi telah berjaya ditamatkan pada jam 7.00 petang.
Semoga berjumpa di lain aktiviti.
KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI
Perlukan perkhidmatan aktiviti outdoor? Kami bersedia untuk anda.









Saturday 2 March 2019

XPDC TRANS PANTI


TARIKH : 6-7 APRIL 2019
LOKASI : KOTA TINGGI, JOHOR
KOS : RM170 (Ahli), RM180 (Belum Ahli)

Assalamualaikum & Salam Rekreasi..

Seruan untuk anak-anak ibu kota untuk meluaskan kuasa ke jajahan takluk Johor Darul Ta'zim! 3 puncak Panti (Barat, Timur dan Tengah) dan keunikan Batu Tenggek menjadi taruhan! Apa lagi, para peserta diperlukan untuk misi tak mustahil ini. Jika inginkan kelainan serta mahu abadikan kenangan indah dalam sejarah pendakian, ayuh JANGAN TUNGGU!!! sahut cabaran bersama kami.

Hubungi AJK OGKL berikut bagi sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan tempat :
📞 Azim (013 756 5451)
📞 Rosmawati (012 964 4970)
📞 Qois (019-4492990 )

Deposit penyertaan bernilai RM100 (besertakan resit) hendaklah dilakukan sebelum 20.3.2019 dan bayaran penuh sebelum 027.03.2019 ke akaun berikut

Nama: Muhamad Azim Bin A Jalil
No akaun : 704 2611 425
Nama bank : CIMB

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran
🔮 Jurupandu Arah
🔮 Permit
🔮 Sarapan, Makan Tengahari
🔮 Insurans perjalanan
🔮 Pengurusan
🔮 First aid kit (asas)
🔮 Pengangkutan (KL - Kota Tinggi- KL)

*bertolak dari KL 5 April 2019 (11 malam)
.
Ayuh hubungi no tertera untuk mengesahkan tempat anda!

Friday 1 March 2019

MINAMI ALPS (KITADAKE & AINODAKE) & FUJI




TARIKH : 8 - 16 Sept 2019

LOKASI : Yamanashi Prefecture, Jepun
KOS : RM 1,890 (Ahli), RM1,990 (Belum Ahli)
CADANGAN PENERBANGAN :
KUL-HND (AirAsia Flight D7 552; 8 Sept 1425 hrs atau lebih awal)
HND-KUL (AirAsia Flight D7 523; 16 Sept 2345 hrs atau lebih lewat)



Assalamualaikum & Salam Rekreasi..


Ayuh sertai kami menjelajah wilayah yang kaya dengan gunung-ganang di Jepun, iaitu Yamanashi Prefecture!
Di wilayah inilah tersergam kehebatan Japanese/Minami Alps dan juga gunung ikonik Jepun, Fuji.
Ikuti kembara OGKL ke Kitadake (3,195 m) dan Ainodake (3,189 m); gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi Jepun; di banjaran Minami Alps serta sudah pastinya, pendakian ke Gunung Fuji, sebagai penutup pengembaraan.



Mohon letak jangkaan yang tinggi, dan bawa kamera terhebat dalam simpanan anda!!


Hubungi AJK OGKL berikut bagi sebarang pertanyaan dan tempahan tempat:
📞 Mustafa - 017-304 4325
📞 Aliani - 016-794 0203
📞 Zulfadli - 017-616 2894



Deposit penyertaan adalah bernilai RM400, dan bayaran secara ansuran sebanyak RM230 setiap bulan boleh dibuat dalam tempoh 7 bulan bermula dari Februari 2019. Baki bayaran hendaklah diselesaikan 45 hari sebelum tarikh XPDC. Segala bayar transaksi hendaklah dibuat ke akaun berikut


Name: MUSTAFA KAMAL SAEDON
No akaun : 164294358110
Nama bank : MAYBANK



Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran
🔮 Urusetia & Jurupandu Arah
🔮 Permit Pendakian
🔮 Pengangkutan Awam Yang Tertera Dalam Itinerari XPDC
🔮 Penginapan Sepanjang XPDC
🔮 T-Shirt XPDC



Ayuh hubungi no tertera untuk pengesahan tempat anda!