logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 17 May 2013

L05: Gunung Gagau

Ekspedisi Gunung Gagau

Tarikh: 8-13 Febuari 2005
Tempat: Terengganu

Gunung Gagau merupakan satu gunung yang jarang kita dengar pendakiannya. Gunung yang  berada di Hutan Tasik Kenyir menjadi senarai untuk didaki ahli OGKL. Berada di kawasan Taman Negara Pahang yang telah di wartakan sebagai kawasan lindungan menjanjikan panorama yang indah dan cabaran yang hebat. Akhirnya Febuari 2005 Kelab OGKL cuba merialisasikan cabaran Gunung Gagau. Ikuti coretan peribadi kisah pengembaraan OGKL ke gunung ini.


08.02.2005 (Selasa)
9.00 - 11.00pm
:
Hentian Putra, Taman Jaya, PJ
Ieda dan Rizal sampai kat sana dalam pukul 9.45 malam. Fahmi, Fakrul dan Bob sibuk membahagi ration kepada setiap peserta. "BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING". Kak Fazid sibuk menerima panggilan dan membuat pangilan kepada peserta yang tak tahu direction tempat tersebut. Ration di bahagikan kepada setiap peserta. "MAKAN SEDAP, KENA LE BAWAK RATION LEBIH". Kelihatan beberapa rakan XPDC yang ieda tidak kenali. Tak pelah nanti kita akan berkenalan jugak kan. Tunggu punya tunggu bas yang di nanti tiba juga akhirnya. Lawa basnya, bas Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Bas dah sampai tapi masih ada peserta yang belum sampai. Bila di hubungi dalam tren katanya - Hafez. 

11.00pm - 12.00am
:
Bas bertolak dari hentian Putra menuju ke Tasik Kenyir. Si Fakul dan Fahmi orang yang sibuk dok mengira bilangan ahli XPDC takut ada yang tertinggal. Kak Fazid lak sibuk ngan dokumen2 untuk XPDC ini. Keadaan yang awalnya riuh rendah dengan gelak tawa dan guruaan antara kami semua beransur menjadi sunyi sepi coz time to sleep. Berbagai aksi dapat di lihat.

09.02.2005 (Rabu)
12.00am - 7.00am
:
Masih dalam perjalanan menuju ke Tasik Kenyir. Ieda asyik terjaga je sebab rasa lamanya perjalanan. Dah letih dah tido, tapi orang lain ieda tengok asyik dan khusyuknya tido. Adakah mereka semua bermimpi yang INDAH2. Jelousnya. Kenapa ieda tak lena seperti diorang semua. 

Bas berhenti di petrol pump untuk ahli XPDC menambah ration (peribadi) untuk di gunakan sepanjang XPDC. Panggilan toilet lebih memanggil untuk di kunjungi. Ahhhh....bukan hanya aku yang setia dengan mu. Ketika bas mahu meneruskan perjalanan secara tiba-tiba terdengar jeritan "Eh Hafiz mana ? ,.....ada yang dah start gelak dah...asyik tertinggal je mamat sorang nie. Walau bagaimana pun kami semua tetap menunggu. Nampak kelam kabut si Hafiz. Perjalanan sekali lagi berhenti di R & R Gambang utara. (Maaf masa tidak dapat di pastikan, mata mengantuk). Yang tido tido le, yang turun gie minum, minum jugak. Ieda dah gelisah dah nak turun tapi kak Leha lena, malas nak kacau. Tapi akhirnya .....jeng...jeng turun jugak, nampak Kak Nita baru balik dari sembahyang Isyak.

Ieda gie masuk solat isyak sorang2 kat surau tu. Masa masuk tu tak le takut sangat tapi bila dah start sembahyang, tetiba rasa semacam je. Dalam ati dok teringat macam mana le kalau waktu beri salam tu ada orang lain selain ieda, macam cerita yang ieda pernah baca dalam Mastika. Iskkkkk selisih tak nak le ieda alami cam tu.

Lebih kurang pukul 6.20 pagi kami sempai ke Masjid Kuala Berang untuk menunaikan solat subuh. Ramai jugak orang yang bersembahyang. Kelihatan juga beberapa bas sekolah, rombongan seperti kami agaknya. Lepas kesemuanya selamat mendirikan solat subuh kami menuju ke sebuah kedai makan. Rasanya kenalan kepada pak cik bot tu. Sedap gak makan kat situ. Kan Che Din kan ....???. Teringat lak pasal nasi kuning....nak tahu tak apa...rupanya pulut Hai lain padang lain belalang lain negeri lain panggilnya. Apa-apa sahaja lah Labu.

8.00am -10.00am
:
Perjalanan di teruskan ke Tasik Kenyir. Perancangan awal kami akan menaiki bot dari Pengkalan Gawi tetapi kami terus ke Pengkalan Jenagor....perjalanan melaluai beberapa buah kg dan menyusuri tepian tasik kenyir yang indah. Memang best permandangan kat kawasan nie. Kami akhirnya menjejakkan kaki ke pintu masuk utama ke kawasan Tasik Kenyir. Sementara si Fahmi menyelesaikan urusan dengan guard tersebut ieda dan beberapa rakan sempat bergambar di Singboard dan tepi tasik Kenyir.Kami berkumpul sementara menantikan kedatangan bot yang akan membawa kami ke kaki gunung Gagau.

10.00am - 1.30pm
:
Bot sampai. Kami semua begitu ghairah untuk menaikinya. Seronok siottt...First2 naik semua sibuk bergambar. Pose tu pose nie. Macam-macam pose ada. Bila dah naik bot, masing-masing buat keja sendiri leee. Ada yang mengelamun, ada yang tido, ada yang berborak. Ieda mengabil kesempatan untuk berborak dengan bot man. Apa yeeekkk namanya ieda pun dah lupa dah. Bot man tu pendiam sikit orangnya. Susah betul nak ajak berborak. Tanya pasal gng Gagau, senang je jawapannya. "Ada 14 bukit kena lalu". Iskk dalam ati dok fikir mampu ke ieda nak daki gng nie. Gengam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang menyelup perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Menarik betul permandangan yang di hadiahkan kepada kami semua. Ieda betul-betul tertarik. Termenung menyaksikan kebesaran Allah s.w.t. Tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Betul ke ? Kami berhenti seketika di Tanjung Mentong. Dengar khabarnya ada insan yang tak tahan nak ke toilet yeeee... Betul ke Kak Fazid ? Bila tiba di Tanjung Mentong, boleh di katakan semua peserta xpdc turun untuk melepaskan hajat sama ada kecil dan besar. Chalet di sini cantik juga dengan permandangan yang membelakangkan tasik kenyir. Menarik, tapi kesuraman keadaan yang ieda tak berapa suka. Sunyi dan suram. Takut le kalau dok sorang-sorang. Perjalanan di teruskan menuju ke sungai Cicir.

Haaaa....perjalanan kali nie, menyaksikan balak-balak yang tersangkut di antara satu sama lain dalam kelompok yang banyak. Ada jugak balak-balak yang dah mati tapi masih kekal di dalam air. Cantik. Kelihatan juga pemancing yang datang dengan keinginan untuk mengalami sendiri pengalaman memancing di Tasik Kenyir. Kami di fahamkan sewa bot untuk memancing adalam RM 800.00 untuk 3 hari 2 malam. Menarik tu - Fakrul Selalu menggunakkan perkataan nie.

1.30pm -1.00am
:
Kami semua selamat sampai di Camp site Sungai Cicir. Semua dah start packing barang, makan, tukar baju, sembahyang dan apa-apa yang patut untuk memulakan tracking ke camp site Pak Chow. Perjalanan di jangka selama 5 jam. Fahmi dah mula bising2. mengingatkan kami supaya bersiap sedia untuk trekking. Kami mendengar taklimat daripada guide yang di lantik iaitu Encik Rosli dan 2 lagi pembantunya. Alhamdulilah semuanya mendegar taklimat dengan tekun, tak caya !!!!!

Sebelum memulakan tracking, bacaan doa di baca oleh sapa yeeekkk...tak ingat dah. Sorry leee. Encik Rosli akan jadi sweeper dan 2 guide lagi akan menjadi lead kepada kami semua. Permulaan tracking lagi kami telah di hadiahkan dengan terpaksa melalui berkali-kali rumpun buluh. Perjalanan yang rancak menjadi semakin slow bila kami semua dah ala-ala letih dan lesu. Kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana guide kami tidak dapat mengecam trek yang sebenarnya. Dalam ati ieda dok berdoa agar perjalanan kali nie selamat pergi dan selamat balik, nak tahu sebab apa.......ieda beritahu kat mak hanya nak gie Tasik Kenyir je.

Dalam keriuhan bila berhenti take 5 ada je cerita-cerita yang keluar bagi memeriahkan suasana yang agak keletihan. Haaa....ada gak yang bawak air oren siap tayang kat semua orang lagi heeee...heeee...sapa nie yeeee En. Azaruddin. Walaupun perjalanan terhenti beberapa kali tapi kami semakin cekal untuk menawan puncak gng Gagau. Mana taknya teringat kata-kata si Juice....."Ieda gie gng Gagau alamatnya mengagau leeee."- Tak pe Juice, Ieda akan butikan bahawa dengan OGKL insyallah akan berjaya. Kami telah tersasar dari trek yang sebenar...berhenti kat trek yang menCANAK ke bawah. Guide dan beberapa rakan xpdc mencari dan mengesan kembali trek yang telah hilang. Sebenarnya kami telah tersalah trek dan terpaksa berpatah semula.

Pihak urusetia mengambil keputusan untuk berhenti bagi menghormati azan magrib, (walaupun tak dengar). Kami rest lama gak sebab guide, Fahmi dan beberapa ahli xpdc menjejaki trek untuk ke camp Pack Chow. Waktu nie kami hampir kehabisan bekalan air dan kebetulan hujan turun dengan ala-ala renyai. Masak air dan jadilah air teh. Best ohhh...tak caya tanya le kat kitorang semua. Betul tak Fakrul ?

Masa nie jugak kami mengambil kesempatan untuk meluruskan kaki dan pinggan yang mohon sangat-sangat supaya berehat seketika. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Sambil tu ada juga cerita-cerita yang keluar dari orang-orang yang berpengelaman mengenai apa yang terjadi kepada kami semua. Ieda kena marah dengan Abboy, sebab cakap "kita dah tersesat jalan" - Betul jugak tu, bila dalam keadaan seperti ini kita tidak sepatutnya melemahkan semangat dan mental rakan-rakan yang lain. Yang paling baik adalah diam. Teringat la kata-kata pak presiden "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN".

Terdengar bunyi letupan mercun...menandakan yang group tersebut telah menemui jalan untuk ke camp site di mana di situlah kami akan bermalam. Alhamdudilah....... Malam nie kita overtime...kata si Fahmi. Overtime pun overtime le asalkan sampai ke tempat yang di tuju. Mana taknya kami telah kehabisan bekalan air dan badan dah berlengas mintak supaya di bersihkan. Trek untuk ke camp Pak Chow betul-betul mencabar kami mana taknya kami terpaksa merendah kegelapan malam dengan suluhan lampu torch light.

Part yang paling mencabar bila kami terpaksa menurun bukit yang agak mencanak dengan berpandukan tali yang di ikat antara pokok dan pokok yang lain. Keadaan tanah yang licin juga mengingatkan kami supaya lebih berhati-hati. Sesekali terdengar jeritan daripada sweeper supaya kami memperlahankan langkah kerana telah terpisah dengar group di belakang. Dari hadapan kelihatan cahaya lampu torch light, menarik gak nie...sebab trek yang kami laluai berbengkang bengkok. So cahaya lampu tersebut seolah-olah menari-nari. Memang menarik.

Dari jauh kedengaran bunyi desiran air yang mengalir. Alhamdudilah dan dekat nak smapai dah rupanya. Akhirnya kami semua selamat sampai ke camp Pak Chow pada pukul 10.15malam. Seperti biasa le kalau dah sampai ke camp site, pasang khemah, mandi dan apa lagi makan le. Bagi kami para peserta apa lagi mandi le, tapi pihak ajk terutama kak Fazed, Fahmi, Che din dan Fakrul terpaksa melaksanakan satu lagi tanggujawab iaitu masak untuk kami semua. Tq very much.

Ieda, kak Mar, Mek, kak Liza, dan kak Nita tak melepaskan peluang untuk mandi manda. Best betul dengan air yang sejuk sampai ke tulang, tapi menarik sangat. Sambil mandi siap kaki kena gigit, gigit main-main dengan ikan. Best tau. Malam tak dapat tengok ikan-ikan tu, tunggulah siang, ieda nak tengok banyak ke ikannya.

Menu kami malam nie :- Nasi jagung, Ayam masak kurma, Sayur Campur & Papodom. Memang best mana taknya perut dah lama, tapi ieda paling takut makan dalam hutan, takut sebab tak reti nak buang air besar dalam hutan. Terpaksalah Ieda control. Lepas dah makan apa lagi tido leee...

10.02.2005 (Khamis)
8.30am-10.30am>
:
Masing-masing baru bangun tido, tapi ieda rasa ajk mesti bangun awal mana taknya, kena masak lagi untuk kami. Iskk terharunya. Esok awal-awal lagi ieda turun ke sungai, sah memang banyak ikan. Pagi nie jugak guide kami sempat memancing ikan. Dapat ikan Kelah. Dapat ke ieda rasa ikan tu. Nak gak rasa...orang kata sedap.

Menu kami pagi nie ialah :- Nasik goreng kampung. - Nasi yang di masak oleh Che Din waktu semua orang dah melelapkan mata malam semalam. Che Din nie memang best leee. Siap ada cerita lagi di sebalik nasi yang di masak. Haaa...nak tahu kena leee baca balik catatan Che Din dalam mailing list atau interview je Che Din. Kak Fazid dan Fahmi sibuk lagi memasak untuk kami tapau makan tengah hari. Menu ialah :- Bihun sup.

10.30am-1.45pm
:
Setelah segalanya siap sedia, kami sekali lagi terpaksa BerKAYUH ke camp site B. Perjalanan kali nie agak landai berbanding semalam, tapi kerap kali terhenti-henti sebab banyak betul pokok tumbang dan guide sendiri blur dengan trek yang patut di lalui. Yang bestnya kami semua terpaksa melangkah satu balak yang melintang di tengah-tengah trek kami. Mana yang tinggi senang lee, ieda terkial-kial jugak le. Mana taknya balak tu besar sungguh. Tepi-tepi tu pulak banyak pokok duri. Terpegang jugak lah duri tu. Kami akhirnya selamat sampai ke camp site B lebih kurang pukul 1.45 petang. Alhamdudilah.

1.45pm-6.45pm
:
Pasang khemah, makan dan sekali lagi si Fahmi mengingatkan kami bahawa perjalanan ke puncak terpaksa di teruskan ari nie. Takut bila esok kami semua makin penat sebab perjalanan yang lagi jauh dan panjang. Apa-apa sahaja yang baik kami akan ikut, maklumlah mereka semua dah lebih berpengalaman. Kami bertolak menuju ke puncak gng Gagau tepat pukul 2.30petang. Kali nie perasaan melonjak-lonjak untuk menjejakan kaki ke puncak gng di mana bersempadan dengan 3 negeri. Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Kali nie kami di fahamkan bawa trek agak menCANAK dari trek yang semalam kami lalui. Dalam ati dok fikir mampu ke ieda ? Insyallah...kami berhenti seketika di last water point. Air berwarna kekuningan. Nak tak nak kena gak tapau air untuk bekalan ke puncak. Perjalanan di teruskan dan kami terpaksa melalui permatang yang agak panjang. Ieda dok check lumut. Pegang-pegang lumut tu kering, belum sampai ke aras yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Ieda on trek dengan Azaruddin dan on the way bertemu dengan kak Fazid. Teringat kata-kata Yasir "Ieda dapat jalan depan kak Fazid pun dah kira ok dah". Tapi tak leh lah Sir, kak Fazid dah otai. Ieda junior.

Kami sama-sama menyusuri permatang yang agak panjang sambil berborak-borak. Fahmi dah jauh ke hadapan. Kak Fazid menunggu jeritan dari puncak yang di janjikan oleh Fahmi. Jalan-jalan tak dengar gak lagi....isk mental kena kuat. Guide kami telah menunjukkan batu sempadan 3 negeri. Ambil gambar di batu sempadan tersebut dan perjalanan teruskan. Dah lalui permatang kena turun plak...lepas naik tu baru le kami lalui satu kawasan yang betul-betul buat ieda terpesona. Kan kak Fazid kan ? Ada gambar yang kami ambil tapi dari camera Amri. Amri mana gambar tu ? ieda nak tau...Camera Ieda ada pada abang Mat Norr.

Ieda tumpang beg dia. Pukul 5.45 kami selamat sampai ke puncak Gng Gagau yang tak berapa besar. View tak nampak sebab kabus tebal. Hajat hati nak lihat keindahan tasik kenyir dari puncak gng, tapi hampa. Tak pe lah...Group terakhir yang sampai pukul 6.20. Seisi berfoto. Di sebabkan puncak yang kecil seisi berfoto tersebut terpaksa di pecahkan kepada 2 kumpulan, group wanita dan group lelaki.

6.45pm-9.45pm. : Perjalan turun ke camp site B. Perjalanan yang memaksa kami OVERTIME lagi malam nie. Kak Fazid berlari-lari mengikut jejak guide. Kak Fazid cucuk guide. Seronok tengok kak Fazid nie. Cergas dan ceria jeeee on trek. Ieda try nak ikut cara kak Fazid, tapi still tertinggal kat belakang. Kami terpaksa berhenti di satu kawasan untuk menghormati azan magrib dan menunggu rakan-rakan di belakang. Unggun api di hidupkan. Dalam kegelapan malam ieda paling takut ngan pacat. Naik tanpa di sedari. Gatal tu yang ieda tak tahan.

Bila semua dah berkumpul seketika riuh juga mana taknya dengan lawak-lawak yang keluar dari mulut abang Bob di sokong oleh rakan-rakan yang lain. Perjalanan di teruskan lagi, kami tiba di camp site B dalam pukul 9.45 malam. Rehat seketika dan masing-masing mengambil kesempatan untuk mandi. Memang best mandi setelah seharian tak jumpa dengan air. Haaa.......waktu mandi nie pun ada cerita yang tersendiri. Si Mek nya cerita...heeee...heeee...Mek mana leee Mek yeee. Moga kita di pertemukan lagi di lain xpdc.

9.45pm-12.00pm
:
Menu malam nie :- Nasi putih, kari ikan masin dengan terung, Sup sayur dan keropok sayur. Best...Kak Fazid memang pandai masak. Sorry Che Din, di Bantu oleh Che Din dan Fahmi. Si Fakrul dok kemas ration-ration. Bagus betul leee. Malam nie sekali lagi kami makam sahur. Haaa...malam nie Ieda dapat makan ikan kelah goreng yang di pancing oleh guide di camp site Pak Chow. Berselera sungguh ahli xpdc makan. Seronok tengok. Sekelompok kat sana. Sekelompok kat sana. Dah makan apa lagi time to slep le. Tido, sekali lagi best.

11.02.2005 (Jumaat)
11.00am-2.30pm
:
Menu pagi nie :- Nasi putih, rendang daging dan sambal belacan. Sementara tu kak Leha, kak Mar masak bihun goreng untuk tapau makan tengah hari. Bersiap sedia untuk perjalanan pulang ke camp site di tepi Tasik Kenyir. Tapi kami di ingatkan perlu berhenti di camp Pak Chow untuk makan tengah hari. Sekali lagi ieda nak ikut jejak kak Fazid. Tapi hampa.... Group pertama yang sampai ke camp Pak Chow, Guide (Of course le), Fakrul, Kak Fazid, Amri, Kak Nita, Faizal, dan ieda. Kami sempat le mandi-mandi dan guide tersebut sempat gak le mancing ikan. Memang best le mandi kat sungai nie. Di temani oleh ikan-ikan yang riang berenang kesana sini. Banyak tau ikan-ikan tu. Ieda siap nak tangkap dengan tudung lagi tapi tak dapat.

Kami dapat maklumat yang ada seorang peserta injured. Tapi kami semua dok berteka teki sapa leee... Lebih kurang 1/2 jam, group yang kedua sampai. Rupanya kak Liza yang injured. Kesihan dia.... Dalam dok rehat sambil makan tengah hari, Fahmi dan Che Din sibuk dok membahagi kandungan beg kak Liza. Yealah kan...tak kan orang sakit kena pikul beg yang berat. Tapi ieda tak ambik pun...sebab Fahmi kata LELAKi. Yang pasti baju basah kak Liza tu yang buat beg berat. Apa-apa pun perjalanan terpaksa di teruskan. Ieda tolong urut kaki kak Liza. Cian dia, mesti sakit sebab sampai menangis. Teringat ieda kes kaki ieda kejang masa kat gng Kenderong. Kak Leha dan Che Din menyasikan air mata di gng pertama Ieda. Tapi gng Kenderong membawa seribu satu kenangan yang tak akan berulang.

2.30pm-5.45pm : Sekali lagi terpaksa berKAYUH ke camp site terakhir. Haaa...tu bukit yang kami turun di malam hari. Puhhhhh CANAK giler. Nak tak nak kena leee jalan dan terus jalan. Tension bila dari bawah tengok orang atas...iskkk bestnya dah sampai kat atas. Lepas 2 bukit yang CANAK giler tu kami berehat seketika bagi menghilangkan lelah. Beberapa ahli dah terpisah dari group di belakang. Haa..masa nie kami di guide oleh Uncle Pa. Fakrul, Faizol, Kak Fazid, Amri, Faizal dan Ieda adalah kelompok yang di hadapan.

Kami berhenti beberapa kali sebab dah tak confiden denga trek yang dilalui. Tapi kami ikut plate Gng Gagau Challenge. Sah betul... dalam keadaan hujan, perjalanan di teruskan dengan hanya satu azam lagi iaitu nak sampai ke camp site Tasik Kenyir. Sambil trekking sambil borak, Kak Fazid dan Fakrul menyakinkan ieda yang trek ke Tahan, bukit malang lebih kurang macam nie leee. Tapi Ieda tak yakin lagi untuk ke Gng Tahan, walaupun ada peluang yang datang. Insyallah di lain tahun le kot. Now nak try gng yang rendah-rendah dulu. G7 dalam impian, sama ada menjadi kenyataan atau tidak, biarlah masa yang menentukan.

Masa on trek dengan Fakrul, asyik mengenakan ieda jeee. KAYUH...KAYUH...jangan tak KAYUH...geram jeee. Tapi mental kena kuat. Kak Fazid memecah keheningan kami semua bila menyatakan yang dia terdengar bunyi bot. Yeee...keeee ? Haaa..lama tu ieda lak nampak air Tasik Kenyir. Si Fakrul menyatakan ada satu lagi bukit yang betul-betul mencanak sebalum sampai ke camp site. Sahaja jeee. Benci betul, mata ieda tak pernah lagi menipu ieda Cuma kadang kala tak nampak je. Akhirnya kini pasti, kami telah selamat sampai ke tempat yang di tuju. Alhamdudilah. Rehat jap...pacat banyak betul la kat sini. Iskkk geli betul. Ieda berebut camp site dengan si Faizal. Akhirnya Faizal beralah dan ambil camp site di belakang sikit dari camp site yang ieda pilih tu. Kak Fazid plak menyokong ieda.

Mandi kat tasik tu, tapi airnya berbau sikit. Lepas mandi, relaks lagi and dalam pukul 6.45 petang group termasuk swepper sampai ke camp site. Semunya selamat sampai. Sekali lagi thank go God. Malam nie sure menjanjikan satu malam yang membawa seribu satu kenangan bila Kak Mar dan Mek menyatakan terasa kelainan. Faham-faham je la yeeee...

Menu malam nie :- Nasi Putih, telur dadar, ikan masin dan sup sayur. Zaidi buat unggun api dan kami mendapat ikan yang di hadiahkan oleh bot man kami. Ikan tasik...apa yeeee nama ikan tu, sorry ieda dah lupa. Ikan tu kami bakar. Best....Mungkin inilah hadiah kami setelah berjaya menawan gng Gagau. Kami di kejutkan dengar berita ada bot karam. Bot memancing, terlebih muatan. Alhamdudilah tiada kehilangan nyawa. Setelah seisi menjamu selera...malam nie je betul-betul di namakan makan malam.

Yang ieda ingat Cuma Encik Rosli. Mata pun dah berat...apa lagi tidolah. Sebelum tu gie buang apa-apa yang patut. Nampak Fahmi, Che Din, Bob, Hafez. basuh pinggan kat tepi tasik. Bila mata dah ngantuk apa lagi tidolah....Panas betul tido kat khemah, tapi terpaksa la. Terdengar perbualan si Rizal dan Zaidi macam-macam cerita keluar. Sorry bukan nak mencuri dengar tapi memang terdengar. Boleh le plak si Rizal berborak ngan orang.

12.02.2005 (Sabtu)
7.00am-12.00am
:
Awal pagi lagi dah bangun, coz kami di fahamkan bahawa bot akan datang pada pukul 9.00am. Menu sarapan :- Roti Nan dan kuah dalca. Kemas mana-mana yang patut dan apa lagi siap le naik bot. Kami akan singgah di Gua Bewah, yang mana merupakan satu tarikan Tasik kenyir. Ieda terpaksa menumpang cahaya torch light dari orang lain kerana bateri torch light ieda memang dah kong giler. Malap je. Sebut pasal bateri, lupa lak nak ucapkan tima kacih pada Bob. Kami di fahamkan terdapat satu lagi gua di bawah gua Bewah tetapi telah di tengelami air. Nama gua tersebut Gua Taat. Dengarnya ada insan membuat luahan hati kepada Che Din. Kalau nak tahu nie kena jumpa ngan Che Din.

Setelah selesai menjelejah Gua Bewah perjalanan di teruskan ke Pengkalan Jenagor. Sampai ke sana, bas dah setia menanti kami. Ucapkan terima kasih kepada bot man dan lambaiaan akhir kami kepada mereka. Insyallah berjumpa lagi kita di lain xpdc. Gng Gagau lagi ke ? Iskkk tak sanggup mengagau. Selamat menaiki bas, singgah di pengkalan Gawi. Membeli sourviner untuk kawan dan diri sendiri. Makan di tepi tasik, fuhhh memang best.

Sekali lagi bas berhenti untuk membenarkan kami membeli belah di pekan apa yeeeekk...lupa lak nak Tanya apa nama pekan tu. Rasanya Kuala Berang. Ada gak yang memborong keropok dalam kuantiti yang banyak. Tapi yang paling best dalam bas dok sibuk baca paper. Maklumlah dah terpisah dengan dunia luar salama 4 hari. Mek dan guide turun kat Kuala Berang. Kami meneruskan perjalanan ke KL. Dalam bas apa lagi tido leee.

12.00am-1.30am
:
Kami selamat sampai ke KL Sentral lebih kurang pukul 1.30pagi. Masing-masing mencari alternative untuk pulang ke rumah. Thanks sekali lagi kepada abang Bob sebab sudi menumpangkan ieda ke BTR. Mungkin itulah tanggujawab pihak ajk, Fahmi dan Kak Fazid terpaksa menguruskan sapa yang menumpang sapa. Thanks a lot. Akhirnya XPDC Tasik Kenyir dan Mendaki Gunung Gagau TAMAT di sini. Moga berjumpa lagi kita di lain xpdc.

Di kesempatan ini Ieda ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urusetia dan ieda ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas kesalahan sama ada secara sedar dan tidak sedar. Ieda hanya insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Apa-apa pun mengenali kalian semua merupakan satu memori dalam hidup ieda.


AJK :  1. Fahmi Bin Mohd Tauhid (Ketua)
          2. Fazidah Binti Ahmad (Cheff)
          3. Fakhrul Annuar Bin Ahmad Zabidi (Lead)
          4. Khairuddin Bin Mohd Nor (Sweper)
Peserta :
1. Ab Faizal Ali Bin Ab Bari - Abboy
2. Amrin Bin Ibrahim
3. Appaduria A/L Kuppusamy - Uncle Appa
4. Assari Bin Yusof - Model
5. Azaruddin Bin Md Tarmizi
6. Maskamah Binti Hj. Hadri - Kak Mas
7. Mohamad Noor Majid - Abg Mat Nor 
8. Mohd Faizal Mohd Nor 
9. Mohd Zaidi Bin Mardzuki - Zaidi
10. Norliza Binti Ismail - Kak Liza
11. Norita Binti Abdul Manaf - Kak Nita
12. Hajah Zaleha Binti Abu Samah - Kak Leha
13. Zarida Binti Hj. Mahmud - Ieda
14. Mohd Hafez Bin Zulkefey - Hafez
15. Nik Adhiati Binti Nik Ismail - Mek
16. Wahidah Takinee Binti Mokhtar
17. Mohamad Faizul Bin Abdullah
18. Ahmad Sharizal Bin Masuri
19. Mohd Fazli Ibrahim - Abg Bob   

Catatan peribadi :-
Zarida Binti Haji Mahmud
Kosijaya Didactic Sdn. Bhd.

1 comments:

  1. salam boleh saya dapatkan number phone guide gunung gagau?

    ReplyDelete