logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday 30 June 2013

L06: Berita Pendek 2006

Trans CH 
OGKL mulakan tahun 2006 dengan bersantai mendaki gunung.
20 pendaki Orang Gunung Kuala Lumpur memulakan tahun 2006 dengan bersantai di atas gunung-gunung di Cameron Highland. G.Perdah - G.Jasar dan G. Berembun didaki dalam masa sehari. Aktiviti BBQ dan lawatan sekitar CH memeriahkan lagi aktiviti .





Riang-Ria Hari Raya OGKL 
Program hari Raya OGKL akan dijayakan di Desa Anthurium, Tanah Rata Cameron Highland pada 18 dan 19 Nov. Kemeriahan berkumpul di Cameron Highland berserta keluarga memang seronok. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menyeronokkan diserikan dengan hadiah-hadiah yang tak kurang hebat.




Team Endau Rompin Suksess
"trip yg paling enjoy.........layannnnnn" Arey.
"mmg best betul.........:). trekking sikit, makan, mandi, trekkking sikit, makan, mandi, tido...begitulah rutin selama 4H 3M di sana...happening laaa...hehehe" Deeno.
"Memang Best..
Alhamdulillah, cuaca pun cantek,
Makan pun sodap..
geng2 yg turut serta hapening..
view memukau, air jernih, sejuk dan nyaman..
apa lagi nak.. banyak yg kami dapat di Endau-Rompin.." Jusrixaldo




Recce Team OGKL di G. Tambuyukon - G. Trusmadi
7 ahli OGKL telah berjaya menjejaki kaki ke puncak kedua gunung ini. Gunung ke-2 dan ke-3 tertinggi di Malaysia ini menjanjikan pemandangan Kinabalu dari sudut berlainan serta cabaran pendakian yang mesti dirasai. Kisah dan pengalaman pendakian ini akan dikongsi di Perjumpaan Mingguan Kelab, ketahuilah perjalanan dan pengalaman untuk pendakian anda pula.




Cabaran Sg Nenggiri berjaya dilepasi
OGKL mengharungi cabaran Sg. Nenggiri dan sempat  berkelah Pantai Kuala Jendera. Keseronokan bersaing dikalangan peserta yang masing-masing bersemangat mendayung.




Team Proton Edar berjaya ke Puncak G. Ledang
Pendaki dari Team Proton Edar seramai 54 orang bersama Pendaki-pendaki Pengiring dari OGKL seramai 14 telah berjaya ke G. Ledang pada 3-5 Mac 2006. Kumpulan pertama tiba dipuncak sekitar jam 5 petang dan julat 1 jam dengan kumpulan terakhir. TAHNIAH!


Wednesday 26 June 2013

L06: Sessi dgn Wira Everest


Sessi Ramah Mesra dgn Wira Everest (solo)

Pada hari Jumaat 18 Ogos 2006, jam 9.00 malam bertempat di hadapan Restoren Teratai Dayabumi, En. T.Ravichandran iaitu pendaki Everest solo pertama Malaysia dan di rantau Asia Tenggara ynag melalui Utara-Tibet dengan berbesar hati sudi meluangkan masa bersama OGKL. Beliau telah berjaya menawan puncak everest dan memacakkan jalur gemilang pada 16 Mei 2006 yang lalu. Dengan kejayaan beliau telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga setanding dengan pendaki antarabangsa yang lain. Anak Malaysia juga mampu menjayakan dan mencapai hasrat negara bagi membuktikan Malaysia Boleh!

Meriah sungguh suasa malam itu apatah lagi diserikan dengan juadah tak tak seberapa dari ibuk eRyn... dan dijuga dirai dengan lagu Heppy Birthday to eRyn.. heheheh.. dah lepas daaaa... sajek jek suka-suka masak Kek Batek dan Puding Triffles.

Satu pengalaman yg hebat dan buleh dijadikan pedoman untuk pendaki-pendaki OGKL yg nampaknya begitu bersemangat untuk mengikuti jejak langkah Wira everest kita... Yeahhhh! 




Monday 24 June 2013

L06: AGM ke-10

Mesyuarat Agung ke-10, 2006
Majlis Mesyuarat Agung ke-10 Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur serta Majlis Penyerahan Banner Ekspedisi Kalapatar-E.B.C yang diadakan di Bilik Merbok, Majlis Sukan Negara berjalan dengan lancar. Barisan kepimpinan OGKL yang diundi membariskan kembali ajk sebelumnya bagi jawatan AJKT dan majoriti ajk lama masih kekal setelah diundi untuk menyandang jawatan ajk.

Ucapan Presiden

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih atas sokongan semua dan saya mengambil jawatan ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Saya sebenarnya tidak kesah siapa yang akan terajui kelab (OGKL). Walau siapa pun yang menerajui kelab, saya tetap akan memberi sokongan untuk kelab.

Saya harap anda dapat berkerja bersama saya. Harapan saya untuk dapat meneruskan program-program mantap untuk tahun ini seterusnya tahun hadapan. Sama-samalah kita saling bantu-membantu.

Jadikan minat kita dalam aktiviti rekreasi gunung ini sebagai satu platform untuk bersatu-padu. Dari ramai-ramai rakyat Malaysia, hanya sekitar 3000 orang sahaja pengiat aktiviti mendaki ini. Kemana kita pergi, lambat laun suatu masa kita akan tersua juga. Jagalah peribadi, adab, tuturkata dan hubungan kita sesama pengiat aktiviti mendaki ini. Saya tidak mahu sebab kelab atau minat kita berpecah-belah.

Tahniah juga buat barisan kepimpinan baru. Selamat bekerja. Terima kasih juga kepada hadirin yang melapangkan masa menghadirkan mensyuarat agung hari ini.

Sekian,wassalam

Deeno



Thursday 20 June 2013

L06: Trans G.Gerah - G.Bieh

Trans G. Gerah - G. Bieh

‘ALAH BISA, TEGAR BIASA’…Ungkapan ini sudah sebati dalam diri semua pendaki dan kepada semua peminat aktiviti rekreasi ini.Ianya menjadi satu semangat yang kuat untuk mereka merealisasikan matlamat sesuatu ekspedisi. Itulah yang di pegang oleh pendaki tegar yang menyahut cabaran mendaki Gunung Gerah (6,898 kaki) dan Gunung Bieh (6,800 kaki) pada 28 Januari hingga 3 Febuari 2006 lalu yang dianjurkan oleh kelab rekreasi yang dikenali ramai iaitu Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur. Seramai 11 orang peserta telah mengikuti pendakian pada kali ini 10 orang dari Kuala Lumpur dan seorang dari Penang. Berikut adalah catatan perjalanan ekspedisi yang kami jalankan :-

27 Januari 2006 :

Kami dimaklumkan oleh penganjur, peserta hendaklah berkumpul di tingkat 2, Stesen KLSentral jam 9.00 malam. Lantas, tanpa membuang masa saya terus melangkah keluar menuju ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh sudah kelihatan beberapa orang peserta dan beberapa orang ahli kelab yang datang untuk memberi semangat kepada peserta pendakian.Terdapat juga beberapa buah kelab rekreasi yang turut berada di KLSentral ini kerana mereka juga mempunyai program pada tarikh yang sama. 

Jam di tangan menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami mula meninggalkan KLSentral dan kawan-kawan menuju ke Stesen keretapi Sungai Siput kerana mengambil saudara Zaidi yang datang dari Penang. Perjalanan menaiki van yang di pandu sendiri oleh ketua kelab iaitu saudara Zainuddin (deeno) ini agak perlahan kerana tarikh perjalanan kami ini kebetulan hampir dengan perayaan tahun baru cina, jadi kenderaan penuh sesak sepanjang lebuhraya utara/selatan. Kami berhenti berehat seketika di perhentian RNR Ladang Bikam. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke stesen keretapi Sg.Siput. Perak

28 Januari 2006 :

Jam 2.30 pagi, kami selamat tiba di stesen keretapi dan kelihatan saudara Zaidi sudah lama menunggu. Ada juga beberapa pendaki yang masih menunggu pengangkutan untuk membawa mereka ke lokasi pendakian. Tanpa melengahkan masa, kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Pekan Lasah, di mana kami akan bertukar pengangkutan untuk masuk ke perkampungan orang asli Kampung Lerlar. Setibanya di Lasah, kami terus bersiap, mengagihkan peralatan perkhemahan yang di bawa. 

Setengah jam kemudian, pemandu 4WD yang dikenali sebagai Ah Hi tiba untuk membawa kami ke Kampong Lerlar. Selesai urusan pembayaran dengan pemilik 4WD ini, kami terus di bawa masuk ke kampong Lerlar. Pukul 4.30 pagi, kami mula bergerak ke kampong Lerlar. Awal perjalanan, kami sudah rasakan cabarannya, empat jam perjalanan menaiki kenderaan ini membuatkan kami agak bosan. Melayan laluan berbukit, merentas sungai membuatkan kami hampir loya.Tetapi ini adalah satu cabaran untuk mereka yang belum pernah merasai keadaan ini.Sejuknya hingga ke tulang.

Jam 8.30 pagi, kami tiba di Kampung Lerlar.Sementara itu pengarah ekspedisi iaitu saudara Hadzrey (arey) pergi mendapatkan jurupandu orang asli peserta yang lain terus menyiapkan kelengkapan untuk memulakan perjalanan. Berita malang yang kami terima, jurupandu yang dikatakan akan membawa kami ke tempat dijanjikan tidak ada di sini. Lantas Arey mengarahkan kami bersiap dan membuat sedikit senaman ringkas. Plan kedua terpaksa digunakan dengan mengambil jurupandu dari Kampong Agik yang dikenali sebagai Pak Uda. Tapi kata Arey, “ini nasib..Kalau ada orangnya,adalah….kalau tak,kita naik sendiri”. 

Kami mula bergerak ke kampong Agik pada jam 9.30 pagi. Pada amatan saya, kami perlu merentas sebuah bukit sahaja,tetapi jangkaan saya tersasar jauh. Selesai merentas satu bukit,kami menyeberangi sungai yang agak besar dan deras.Perjalanan diteruskan lagi, kami makin pelik kenapa kami belum tiba di kampong Agik. Rupa-rupanya,kampong ini terletak betul-betul di dalam kawasan hutan. Tepuk dahi dibuatnya mendengar penerangan dari saudara Rafaie (paie) yang juga merangkap sebagai pembantu program ini. Hendak ataupun tidak,perjalanan harus diteruskan. 

Kami berhenti makan tengahari di Kem Lebah. Selasai makan dan solat kami meneruskan perjalanan ke simpang kampong Agik.Perjalanan ke simpang ini agak santai kerana treknya tidak begitu susah.Tiba saja di tempat tersebut,Paie memberitahu saya,satu jalan lagi adalah laluan bagi pendaki yang selesai mendaki dari Gunung Ulu Sepat. Langkah diteruskan ke destinasi seterusnya.Tercungap juga dibuatnya melayan laluan mendaki ke Bukit Panorama.

Sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh nyamuk hutan dan agas yang mendiami kawasan hutan ini. Jam 7.00 malam,kami tiba di bukit Panorama ini. Pada ketinggian 4040 kaki dari paras laut ini kelihatan Gunung Ulu Sepat tetapi tidak pasti dari arah hadapan atau belakang. Kami melepasi waktu maghrib dan mula bergerak pada jam 7.40 malam.Empat peserta telah sampai seawal 7.00 malam kerana ditugaskan untuk menyediakan kawasan perkhemahan.

Kali ini kami terpaksa melayani trek menurun dalam keadaan gelap dan berbekalkan lampu suluh. Kami di sambut oleh Paie lalu di bawa ke kawasan perkhemahan. Belum terfikir untuk berehat kami di arah menyeberangi 2 sungai dengan meniti laluan kayu balak tumbang. Tercabar rasanya kerana kegelapan malam.Tetapi,ianya perlu diteruskan.Tiba di kawasan perkhemahan, kami terus dijamukan dengan makan malam dan diarahkan tidor seawal yang mungkin.

29 Januari 2006

Seawal 6.30 pagi kami telah dikejutkan dari lena mimpi malam. Sarapan disediakan oleh Paie & Fahmi. Dalam kelekaan peserta mengemas peralatan & kawasan kemah, saya terpandang 1 orang lelaki orang asli yang datang dari arah bukit dalam samar-samar lalang yang tinggi. Inikan Pak Uda dalam benak hati saya berkata. Arey menyapa lelaki berkenaan. Memang benar, ini adala jurupandu kami iaitu Pak Uda. 

Kami diarahkan segera bersiap dan menuju ke hadapan rumah Pak Uda. Kami melakukan senaman ringan sementara menunggu Pak Uda pula bersiap. Sempat juga kami bergambar kenangan di hadapan rumah buluh yang hanya tinggal 2 buah sahaja di kampong Agik. Menurut carita Pak Uda, kesemua penduduk Kampung Agik telah berpindah ke kampong yang telah dirancangkan oleh kerajaan. Selesai penerangan ringkas oleh ketua program, kami memulakan perjalanan seterusnya iaitu Kem Sarsi dengan menyusuri kebun ubi gajah yang menjadi sumber makanan harian masyarakat orang asli selain dari hasil sungai dan tumbuhan lain dari hutan. 

Perjalanan agak laju kerana trek yang landai. Lebih kurang 1 jam kami menyusuri Sungai Agik. Kami di beritahu perjalanan selepas ini agak mencanak. Kami meneruskan perjalanan dengan melayani bukit bukau, sungai untuk sampai ke kem ini. Sekali lagi kami tiba lewat di kawasan perkhemahan. Syukur,tepat jam 10.00 malam kami tiba di kem Sarsi. Makan malam telah tersedia. Selesai makan kami diarahkan berehat dan tidur seawal mungkin. Kepenatan membuatkan kami terlena dengan pantas.

30 Januari 2006

Seperti hari yang lepas, 6.30 pagi adalah masa yang telah disetkan untuk kami bangun dan berkemas. Kami sempat berborak dengan Pak Uda, katanya “ hari ni, hari jadi yek…” . Kami mengucapkan selamat hari lahir kepada Pak Uda tetapi tidak pasti yang ke berapa tahun. Selesai sarapan pagi kami mula bergerak jam 10.00 pagi meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Gerah. Sajian pertama perjalanan kami ialah Bukit Good Morning. Belum sempat panas badan kami,peluh membasahi baju kerana kami diarahkan berjalan ke kawasan berlumut (pematang) tanpa henti. 1 jam lebih perjalanan, kami tiba di permatang. 

Melihat lumut-lumut hijau membuatkan kami hilang penat dan terus melangkahkan perjalanan menyusuri laluan yang memukau pandangan. Kami berehat betul-betul di tengah permatang untuk makan tengahari, agak lama juga kami berehat kerana kami di jangka sampai ke puncak sebelum matahari terbenam. Indah ciptaan tuhan. Terpukau dengan kejadian yang dijadikan olehNya. Sedang mata melayan lumut-lumut hijau, kami terdengar jeritan rakan kami yang telah sampai ke Puncak Gunung Gerah. Dalam hati berkata tidak jauh lagi perjalanan kami. Langkah di hayun sepantas mungkin. 

Sungguh menakjubkan, kelihatan deretan pelbagai spesis Periuk Kera yang tersidai di dahan-dahan pokok. Makin lama perjalanan, kami tiba di kawasan pohon renek(bonsai).Makin jelas suara rakan di puncak berborak tentang perjalanan hari ini. Kami selamat tiba ke puncak jam 5.00 petang.Belum sempat berehat, mata terpandang sesuatu yang menarik. Sebiji periuk kera berukuran saiz lengan manusia. Besar sungguh!!!.sebagai peminat tumbuhan ini, saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar tumbuhan ini sebagai koleksi periuk kera yang pernah saya jumpa. 

Terdapat beirut dan batu sempadan yang memisahkan 3 buah negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang. Terpukau mata memandang. Kelihatan Gunung yang sering di daki oleh pendaki iaitu gunung disekitar banjaran Titiwangsa, Gunung Chamah & Ulu Sepat. Ini adalah di antara gunung yang mencapai ketinggian lebih dari 7000 kaki selain Gunung Tahan. Dalam mata dijamahkan dengan pemandangan yang indah, kami di kejutkan dengan kehadiran sahabat pendaki dari kumpulan lain yang baru sahaja tiba ke puncak gunung ini. 

Malam yang agak sejuk tidak memaksa kami untuk menyediakan santapan yang enak. Nasi putih, ayam masak merah bersama Nescafe panas menjadi pengalas perut untuk malam ini. Selesai makan, kami teruskan agenda dalam jadual ekspedisi. Sesi suaikenal ini mengeratkan lagi hubungan antara kami. Jelas terpancar kegembiraan di wajah semua peserta. Gelak tawa di sulam dengan tiupan angin yang sejuk membuatkan kami agak lewat tidur. Selesai semuanya, kami diarahkan tidur dan bersedia untuk perjalanan esok. Suhu 14.5 darjah dari ketinggian 6,898 kaki dari paras laut ini membuatkan kami tidak tidur lena.

31 Januari 2006

Dalam kesejukan pagi, kami di paksa bangun untuk persiapan ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Bieh. Selesai sarapan pagi, kami bergambar kenangan di Puncak Gerah. Selasai semuanya, kami mulakan perjalanan ke puncak Gunung Bieh.

Setengah jam perjalanan, kami diberitahu untuk meninggalkan beg yang kami galas pada satu tempat dan berjalan dengan berbekalkan air dan makan ringan untuk ke Gunung Bieh. Kalau mengikut sahabat kami yang telah sampai ke gunung ini pada tahun 1998 lalu, 3 jam masa perjalanan diperlukan untuk ke Gunung Bieh. Tetapi, jangkaan kami meleset kerana kami terpaksa menambah 1 jam lagi bagi operasi pembersihan trek yang semak. 4 jam dalam trek, kami tiba di Gunung Bieh. Tetapi tidak ada Beirut, Cuma batu sempadan sahaja. Kawasan puncak gunung Bieh ini seakan-akan sama dengan Puncak Gunung Liang Timur di Tanjung Malim, Perak.

Selesai bergambar, kami bergegas ke tempat beg galas kami ditinggalkan. Tanpa membuang masa kami ke lokasi seterusnya iaitu Kem Ubat Nyamuk. Deruan air Sungai Gerahmemecah kesunyian petang. Seawal jam 5.30 petang kami tiba di kem ini. Spesis nyamuk hutan yang banyak menyambut kehadiran kami di kem ini. Bantuan kepakaran Pak Uda untuk menghidupkan api diperlukan bagi menghalau serangga ini. 

Peluang membersihkan badan tidak disia-siakan walaupun air sungai Gerah ini sejuk di tahap beku kerana kem ini terletak pada ketinggian 5050 kaki dari paras laut. Senja berlalu, nyamuk semakin menganas menyerang kami. Bekalan ubat nyamuk yang di bawa oleh Arey diperlukan sebagai pembunuh serangga ini. Kami dijamukan dengan hidangan tomyam daging, daging masak kicap, telur dadar,nasi putih dan teh tarik sebagai santapan untuk malam ini. Badan direhatkan setelah selesai semua kerja dan kelengkapan untuk perjalanan esok disediakan.

01 Febuari 2006

Bulan kedua untuk tahun 2006, kami teruskan langkah untuk pulang ke Kampung Agik. Perut di alas dengan bihun tomyam bersama teh tarik sebagai sarapan pagi sebelum kami meneruskan perjalanan. Bekalan tengahari telah diagihkan kepada semua peserta kerana kami akan berhenti untuk makan tengahari, semuanya dalam masa sendiri. Sekali lagi kami perlu mengemas dan menebas laluan lama yang digunakan oleh orang asli untuk memburu ataupun mencari hasil hutan. 3 jam kami berjalan tanpa henti kerana trek yang tidak begitu susah. Pelbagai jenis kulat, cendawan, tumbuhan yang kami temui. 

Tepat jam 12.00 tengahari, kami berhenti berehat. Perjalanan kami diteruskan dengan melalui kawasan berbukit bukau. Merentasi sungai. Perjalanan kali ini agak membosankan kerana kami terpaksa melayani bukit-bukit untuk sampai semula ke Kampung Agik. Lewat 6.00 petang kami semua selamat tiba di hadapan rumah Pak Uda. Saya juga sempat memetik pucuk-pucuk ubi kayu di sepanjang laluan ke rumah Pak Uda untuk dijadikan ulam sebagai santapan malam nanti. Bekalan kayu ubi dan keledek bakar telah disediakan oleh isteri Pak Uda untuk kami semua. 

Malam ini kami di jamu dengan hidangan yang menarik,ulam pucuk ubi, kari sardin, ikan masin dan Nescafe ‘O’ panas membuka selera kami. Pak Uda juga di jemput makan untuk bersama. Selesai makan, mata dilelapkan & badan direhatkan. Dalam sedang menyiapkan tempat untuk merebahkan badan, hujan mula turun, kelam-kabut sebentar kami kerana beg kami semua berada di luar tanpa penutup beg. Selesai semuanya, kami semua terus melelapkan mata.

02 Febuari 2006

Hari kedua dalam bulan febuari ini memang di tunggu oleh semua peserta ekspedisi ini. Kami bersiap lebih awal . Nasi lemak panas menjadi sarapan pagi kami. Dalam pada kesibukan kami mengemas,Pak Uda sempat menunjukkan hasil tangan untuk dijualkan kepada kami. Beberapa orang peserta sempat membelek dan membeli untuk dijadikan barang kenangan dari Kampung Agik. Perjalanan kami diiringi Pak Uda yang secara kebetulan hendak ke rumahnya berhampiran dengan Kampung Lerlar. 

Perjalanan kami harus dipercepatkan kerana 4WD yang akan membawa kami ke Lasah akan tiba pada jam 2.00 petang. 5 jam kami berjalan menaiki bukit, menyusuri sungai, akhirnya kami tiba di Kampung Lerlar tepat jam 2.00 petang dan kelihatan Ah Hi telah lama tiba. Selesai saja menyusun beg di dalam kenderaan pacuan ini, kami terus bergerak meninggalkan Pak Uda & kampong Lerlar dengan kenangan pendakian yang indah. Tiba saja di Lasah, kami bergegas ke stesen bas berdekatan untuk mengambil bas di mana kami perlu ke stesen keretapi Sg.Siput.

Pukul 6.00 petang adalah masa terakhir untuk bas ini di kawasan ini beroperasi. Kami terus di bawa terus ke Pekan Sungai Siput. Sejurus tiba kami terus ke stesen keretapi. Sambil menunggu ketibaan keretapi ini, kami mengambil kesempatan membersihkan badan, berehat dan menjamu selera di restoran yang berhampiran.

Kami memulakan perjalanan jam 1.00 pagi untuk ke Kuala Lumpur.Keletihan yang amat sangat membuatkan kami terlena dengan pantas. Tepat jam 6.50 pagi, 3 febuari 2006, kami selamat tiba di Stesen Keretapi KLsentral.

Sesungguhnya, ekspedisi kali ini banyak meninggalkan kenangan yang susah untuk dilupakan

Sekian Lapuran oleh
Mohd Khairulhazri b. Ramli
Ahli Ekspedisi

Bersama Guide - Pak Uda



Tuesday 18 June 2013

L06: Ekspedisi Gunung Daik

Ekspedisi Gunung Daik



Gunung Daik Bercabang tiga
Jejak OGKL ke Kepulauan Riau untuk menawan Gunung Daik berjaya mendekati dan mendaki gunung yang sering disebut dalam pembayang pantun budi. Sahihlah gunung ini wujud dan bercabang tiga. Kejayaan OGKL turut diraikan oleh masyarakat setempat dengan majlis makan di Muzium Riau sebaik sahaja selamat turun dari gunung tersebut. 
Photo Paei.   

   Pulau Pandan jauh ke tengah, 
   Gunung Daik bercabang tiga;
   Hancur badan dikandung tanah, 
   Budi yang baik dikenang jua,

Pantun masyarakat ini mungkin sinonim dijiwa rakyat Malaysia namun Gunung Daik yang seringkali disebut di dalam pembayang pantun rakyat ini masih asing malah sering menjadi tanda tanya samada ianya benar wujud atau pun sekadar pembayang pantun sahaja.

“Gunung Daik sememangnya bercabang tiga” itulah kata-kata pertama yang terungkap oleh kami setelah melihat Gunung Daik dengan mata kepala sendiri. Gunung yang terletak di Repulauan Riau-Lingga ini menjadi impian bagi ahli Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur bagi meneroka sebuah gunung yang baru dan masih jarang-jarang didaki oleh pendaki lain. Impian kami menggunung tinggi setinggi gunung tersebut.

 Rakyat Indonesia amnya masih tidak mengenali gunung ini memandangkan pantun budi tersebut menggunakan pembayang yang berbeza. Masyarakat setempat pula hanya melihat gunung ini tanpa ada hasrat untuk menawan puncaknya. Faktor ketinggian gunung ini pula jauh lebih rendah dari senarai utama gunung-gunung tertinggi di Indonesia. Ketinggiannya hanya 1165m dpl, namun ia tetap berada didalam kelasnya yang tersendiri yang begitu istimewa, jika tidak masakan ianya diabadikan di dalam serangkap pantun yang begitu popular bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh Kepulauan Melayu termasuk Riau-Lingga.

OGKL dengan kekuatan 24 orang bukan sahaja menggalas cabaran untuk mendaki gunung ini malah turut berazam mengunjungi tempat-tempat bersejarah sekitar Kepulauan Riau-Lingga, mengunjungi tempat-tempat menarik serta mengenali masyarakat Daik dengan lebih dekat serta menjalinkan hubungan silaraturahim.

Perjalanan kami bermula dari Stesen Keretapi KL Sentral ke Johor Bharu. Seawal jam 8.30 malam kami telah berkumpul dan bertolak pada jam 10.00 malam. Jam 6.15pagi keesokannya, keretapi sampai di Stesen Keretapi Johor Bahru. Masing-masing bersiap untuk mandi dan menunaikan solat subuh sebelum kami menaiki teksi pada pukul 7.00 pagi menuju ke Pelabuhan Stulang Laut dan seterusnya bersarapan pagi di sana.

Jam 9.30pagi kami menaiki bot ke Tanjung Pinang, Pulau Riau dan tiba jam 11.15pagi waktu tempatan. Selepas makan tengahari yang amat mengasyikkan setelah berubah selera juadah kami bersiap sedia untuk bersiar-siar di Pulau Penyengat, Indonesia. Kira-kira 20 minit perjalanan dari Pengkalan Tanjung Pinang.  Pengalaman menaiki bot  bersiar-siar sambil menikmati keindahan Tanjung Pinang dari arah laut satu percutian yang menghiburkan walaupun keadaaan bot kami tidak semewah mana. 

Pulau Penyengat kaya dengan sejarah lampau. Ianya dikatakan dimiliki oleh Engku Puteri, permaisuri kepada Sultan Mahmud kerana pulau ini dihadiahkan suaminya Sultan Mahmud Syah sebagai mas kahwin sekitar tahun 1801-1802.

Dari jauh tersergam indah sebuah masjid yang menjadi kebanggaan orang Melayu-Riau iaitu Masjid Raya Sultan Riau. Didalam masjid ini tersimpan khazanah-khazanah lama yang merupakan kitab-kitab kuno, serta kitab suci Al-Quran bertulisan tangan. Masjid ini pada asalnya didirikan dengan  mengunakan bahan pelekat seperti campuran putih telur dan kapur dan ianya masih asli dan dapat dilihat di ruang utama masjid.

Kami merasakan amat bertuah kerana ekspedisi kali ini tidak semata-mata memfokuskan kepada mendaki gunung semata-mata sepertimana selalunya. Kami dibawa sekeliling Pulau Penyengat bagi melihat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan oleh mayrakarat lampau. 

Pemandung pelancung kami adalah dikalangan ahli OGKL sendiri yang sudah biasa dengan persekitaran Pulau Penyengat menerangkan kepada kami satu persatu akan sejarah monumen-monumen lama yang ditinggalkan. Antara tempat-tempat bersejarah yang kami sempat kunjungi adalah Makam Engku Puteri, Makam Raja Haji dan Raja Jaafar, bekas Istana Sultan Abdurrakhman Muazzam Syah, Bekas Gedung Tengku Bilik, Kubu dan parit pertahanan serta Balai Adat Indra Perkasa yang terletak ditepi pantai menghadap laut lepas. Pemandangannya amat mempersona.

Hari berikutnya, seawal jam 5.30 pagi kami telah bangun, mandi, solat dan bersiap-siap bagi meningkalkan Asrama Haji yang menajdi tempat penginapan kami. Jam 8.00 pagi Angkutan Kota (van) sampai dan kami bertolak ke pelabuhan Tanjung Pinang. Sebelum menaiki feri, kami patut mengisi perut yang sudah berbunyi meminta diisi. Agak sukar mencari tempat makan yang diyakini halal disini. Kami memutuskan untuk bersarapan di sebuah restoren makanan segera yang bernama Fast Food Chicken 88. Ianya halal dan tanda harganya jelas kelihatan dan menyenangkan hati kami yang kerap kali ditekan dengan harga yang mahal setiap kali menjamu selera memandangkan kami orang asing disini.

9.30 pagi kami telah diarahkan berkumpul kembali ke jeti. Feri berlabuh tidak jauh dari jeti memandangkan keadaan air yang cetek. Ini memaksa kami menaiki “Pong-Pong” sejenis bot pancung untuk menaiki feri. Oleh kerana kami orang luar, sekali lagi kami ditekan dengan harga yang tidak munasabah. Berunding adalah perkara yang terbaik. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan feri mula meninggalkan Tanjung Pinang. Cuaca juga tidak begitu memberangsangkan dengan hujan mula turun dan ombak mula bergelora sekaligus menimbulkan rasa bimbang dihati kami. Apatah lagi ketika feri berlabuh ditengah laut. 

Agak lama dan entah kenapa didalam hati tertanya-tanya. Keadaan laut tidaklah begitu membimbangkan ketika itu. Penantian satu penyiksaan, setelah kira-kira 30 minit tidak bergerak akhirkan feri memulakan perjalanannya kembali dengan tenang membelah lautan dan menyusuri jajaran kepulauan Riau di kiri dan kanan. Pemandangan sungguh indah dengan disajikan dengan perkampungan nelayan dan kehijauan laut di ribuan pulau yang berpenghuni mahupon tidak berpenghuni.

Perjalanan yang cukup panjang dengan banyak perhentian yang harus dilewati. Dari Tanjung Pinang menuju ke Pulau Bukit seterusnya ke Pulau Medang, kemudian ke Pulau Biru, diterus pula ke Rejai, bersambung ke Senayan dan destinasi terakhir Phancur yang turut menjadi destinasi kami yang seterusnya.

4.15ptg kami sampai di Phancur. Menikmati keindahan jeti Phancur serta  menikmati hidangan makan tengahari aka minum petang disini. Jam 5.00 kami menaiki bot kecil lagi dengan memudik Sg. Resun. Pemandangan amat indah sekali. Kami leka menikmati keindahan alam semula jadi. Melalui Sg Resun mengingatkan kami situasi menaiki bot  kecil di Taman Negara, Pahang. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 20 minit.

Sejurus selepas itu kami sampai disebuah jeti kecil di Desa Resun. Sesampainya disana kami mengambil kesempatan menunaikan solat jamak takhir disurau kecil ditepi sungai. Penduduk Lingga didiami kire-kire 60% umat Islam. Di Kepulauan Riau kami tidak merasa begitu asing kerana percakapan masyarakat disini lebih kurang sama kerana pengaruh Riau-Johor masih begitu kuat disini. 

Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki pacuan 4 roda dan lori kecil menuju ke Kota Daik. Bunyinya umpama sebuah kota besar, tetapi Kota Daik hanyalah sebuah perkampungan biasa yang terletak kira-kira 45 minit dari Sungai Resun. Kota Daik asalnya adalah bekas Pusat Kerajaan Riau-Lingga hampir seratus tahun yang lampau. 

Pembangunan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Tanjung Pinang. Dari sebuah Kerajaan besar Riau-Lingga, Pulau Lingga kini hanyalah sebuah pekampungan biasa. Namun penduduk setempat tetap tidak kalah dengan teknologi terkini. Malahan telefon bimbit mereka lebih canggih dari kami. Kami begitu kagum dengan usaha mereka untuk membangunkan dan memajukan desa mereka yang letaknya begitu jauh dari tanah besar. Biarpun dikatakan suara mereka “dihalang’ oleh jajaran gunung di Gunung Daik, namun itu tidak melemahkan semangat mereka untuk lebih maju kehadapan seiring dengan perkembangan zaman.

Hari beransur senja, perjalanan masih jauh. Gunung Daik masih belum kelihatan. Seringkali kami terjenguk-jenguk di jajaran gunung seumpama tidak sabar untuk menyaksikan Gunung Daik. Selama 3 hari perjalanan dari darat, laut dan sungai namun Gunung Daik masih begitu jauh untuk dinikmati keindahannya. Gunung Daik mula menampakkan dirinya. Hati girang tidak terkata hajat dihati hampir terlaksana. Esok menjadi saksi kami bakal mendaki gunung yang kami hajati.

Lewat senja kami sampai dirumah Mak Usu, saudara kepada pemandu pelancong kami Abok. Ianya boleh dikatakan homestay bagi kami. Sambutan yang diberi oleh penduduk setempat amat mesra. Penduduk disini saling tidak tumpah seperti masyarakat baik dari segi budaya, pertuturan, adat, mahupon sajian makanan. Malam itu kami dikunjungi oleh ketua kampung serta orang kuat masyarakat Kota Daik.

Makan malam disediakan dan kami makan beramai-ramai serta beramah mesra bagi menguatkan lagi ukhwah Islamiah antara dua rumpun Melayu yang sekian lama telah terpisah jauh. Sebahagian peserta lagi sibuk menolong di dapur untuk penyediaan makanan semasa pendakian dengan diketuai oleh AJK OGKL.

Hari ke-4, seawal jam 4 pagi kami telah bangun untuk persiapan diri.  Kami kenalah bergilir-gilir untuk mengunakan bilik air. Jam menunjukkan 6 pagi tetapi hari telah mula cerah. Waktu Indonesia Barat yang lebih awal sejam dapat kami sesuaikan diri dengan baik. Sarapan Nasi Goreng disediakan oleh Mak Chu sungguh sedap sekali. Apatah lagi dihiasi dengan keropok dan telor goreng maka semakin lajulah kami menyuap nasi ke dalam mulut. Sementara itu AJK OGKL juga sibuk menyediakan bekalan makanan tengahari ketika mendaki.

Jam sudah menunjukkan 8.00 pagi dan lori kecil sudah datang untuk mengangkut beg kami. Ramai orang datang bagi menunjukkan sokongan moral mereka kepada kami. Dari rumah Mak Chu jelas kelihatan Gunung Daik. Cuaca begitu baik sekali. Jarak diantara rumah mak Chu dan Objek Wisata Gunung Daik tidaklah begitu jauh. Kira-kira 15 minit sahaja. Sepanjang berjalan kaki kami leka mengambil gambar dan merakamkan keindahan Gunung Daik dari kejauhan. Bagi penduduk setempat, Gunung Daik juga dikenali sebagai Gunung Lingga.

Setibanya di Objek Wisata Gunung Daik ( gerbang bermulanya pendakian), kami telah memulakan upacara bacaan doa selamat oleh Penghulu Kota Daik. Pendakian awal sangat santai. Kira-kira sejam setengah trek hanyalah mendatar sahaja. Sekali sekala kami terserempak dengan jejaka-jejaka gagah pengangkut kepingan kayu balak. Kagum dengan semangat dan jati diri yang ada pada diri mereka bagi mencari sesuap nasi. 

Kami dikhabarkan oleh guide kami bahawa penduduk di Lingga masih bersih dari kes pencuri dan perompak. Tidak ada kebimbangan dalam diri mereka untuk meninggalkan harta benda dimana-mana kerana ianya selamat dari dikhianati. Taraf hidup yang tidak ada yang terlalu kaya dan tidak ada yang terlalu miskin menjadikan tiada jurang yang dalam antara penduduk desa. 

Tidak lama selepas itu kami tiba di Sungai Lubuk Fatimah. Airnya begitu jernih sekali yang begitu mengujakan hingga ada teman kami pura-pura terjatuh di dalam air. Masing-masing kehairanan melihatkan keasyikkan beberapa teman bersuka-sukaan bermain dengan air sungai. Peserta lain pula begitu asyik merakamkan Gunung Daik dari arah tengah sungai kerana disinilah Gunung Daik jelas kelihatan utk dirakam didalam kamera mahupon dikotak ingatan. Perjalanan diteruskan lagi kira-kira 30 minit selepas itu kami perlu menyeberangi sungai dan sekali lagi teman kami yang ‘hantu air’ terjun ke dalam sungai. 

Perjalanan kami juga diekori dan ditemani oleh seekor anjing betina yang tidak diketahui tuannya. Begitu setia anjing ini mengikuti kami dari jauh. Kami namakannya Munah walaupon ada diantara kami yang memanggilnya Joni. Tak kisahlah asalkan jangan menggigit sudah!

Selepas menyeberangi sungai yang ke-3 penjalanan sudah mula mendaki. Sedikit demi sedikit jarak antara peserta semakin menjauh. Yang dihadapan mendorong jurupandu arah terus kedepan, perserta ditengah mengekalkan kelajuan malar, manakala peserta dibelakang mengekalkan kemengahan dan  banyak berhenti lelah. 

Apa pun dengan bantuan walkie talkie sebanyak 4 biji yang dibawa sedikit sebanyak tidak memperlihatkan jarak yang cukup menjauh. Walkie Talkie juga digunakan untuk bergurau senda serta membakar semangat sahabat-sahabat yang tertinggal jauh dibelakang. Gurau senda yang diselangi berbalas pantun cukup memeriahkan pendakian kami.

Kami tiba di kemsite Gunung Daik kira-kira pukul 1.30 petang. Sementara menunggu peserta dibelakang sampai kami memasak air, mendirikan khemah, memasang fly dan makan tengahari. Keadaan kemsite yang berakar dan tidak rata tidak memungkinkan kami mendirikan khemah. Hanya sebijik khemah dapat didirikan dan yang lainnya tidur dibawah fly dan hammock sahaja. 

Jam 3 petang kami mula bersiap-siap untuk mendaki ke puncak. Jarak diantara kemsite ke puncak kira-kira 2 jam. Pergerakkan lebih laju dan lancar kerana bebanan sudah ditinggalkan dikemsite. Kira-kira 5.30 petang kami sampai dikaki batu juram Gunung Daik. Ketua ekspedisi mengistiharkan setakat ini sahaja pendakian kita kerana sedari awal kami menyedari Gunung Daik puncaknya sukar didaki kerana untuk menakluki puncaknya memerlukan kepakaran dalam bidang memanjat dinding batu pula. Kami mencuba sejauh mana yang kami boleh lakukan dan tidak akan mengambil risiko-risiko yang boleh membahayakan nyawa mana-mana ahli ekspedisi. 

Setakat ini hanya seorang pendaki dari Belgium yang telah berjaya menakluk Gunung Daik. Ekspedisinya memakan masa selama 12 hari dengan 3 hari dihabiskan hanya untuk set route untuk rock climbing. Tebingnya terjal dan basah serta merbahaya untuk didaki.

Selain daripada itu Gunung Daik juga dikenali sebagai nama Puncak Mahkota. Sungguh tepat sekali gelaran itu kerana dari kejauhan Gunung Daik yang mempunyai 3 puncak sememangnya kelihatan bagaikan sebijik mahkota.  Cabang tertinggi disebut sebagai “Gunung Daik”, cabang yang menengah pula disebut sebagai “Penjantan” manakala cabang yang terendah dikenali sebagai “Cindai Menangis”

Dahulunya Gunung Daik bercabang 3 apabila patah satu maka tinggallah dua cabang yang jelas. Kenapa dan mengapa cabang Gunung Daik ini patah  boleh dibaca didalam Cerita Rakyat kepulauan Riau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Patahnya Gunung Daik” karangan Drs. Abd Razak, M.PD.

Berada di atas gunung membuat kami seronok bergambar tanpa henti dengan memberi pelbagai aksi samada terbang, meniarap mahupun berbaring dikubang babi tanpa disedari. Hari beransur senja, para photographer handalan OGKL masih tidak jemu-jemu merakamkan keindahan pemandangan. Masing-masing berlumba-lumba memperlihatkan kepakaran dan berusaha memberikan gambar yang terbaik dan tercantik bagi memenangi pertandingan photo terbaik yang diadakan diperingkat dalaman kelab sahaja.

Hari beransur gelap, ramai ahli sudah turun ke kemsite. Tinggal jurufoto-jurufoto masih menunggu dan tercari-cari lokasi terbaik merakamkan pemandangan diwaktu senja. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke panggal lengan. Jarak perjalanan ke sini cukup jauh dan tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja dengan merakam keindahan alam sepuas hati.Kami turun dari batu juram kira-kira jam 7.30 malam. Perjalanan lancar sampai ke kemsite. 

Hari seterusnya, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Diwaktu begini memang enak tidur dan menarik sleeping beg. Tapi ada juga dikalangan ahli yang sudah bangun semata-mata mahu mencari sudut terbaik merakam aksi rakan-rakan yang tidur. Pukul 5 pagi seorang demi seorang mula bangit untuk menunaikan fardhu Subuh dan menunggu matahari terbit untuk merakam gambar. Malangnya kabus tebal hingga menutupi sinaran cahaya matahari.

Setelah bersarapan kami bergegas bersiap memandangkan langit mula mendung. Hujan mula turun rintik-rintik dan tidak berlengah lagi kami melangkah meninggalkan tapak perkhemahan G. Daik. Kami harus sampai awal memandangkan kami juga berhasrat untuk melawat Air Terjun Resun yang begitu popular ketika di bulan Safar dimana ramai pelawat akan datang ke air terjun ini untuk mandi Safar pada setiap tahun.

Sebaik sahaja kami tiba kembali di kaki G. Daik. Beg kami tinggalkan di Pej. G. Daik dan berjalan pula ke air terjun Resun. Setiba di air terjun, terus kami berendam dan memanjakan badan. Sesuai sekali buat kami yang baru kepenatan mendaki gunung. 

Kepulangan kami ke Kota Daik sekembali dari gunung, disambut dan diraikan dengan kenduri di Muzium Mini Lingga. Sempat juga kami melihat barangan-barangan di dalam muzium. Antara objek menarik disini adalah, rangka gajah laut yang terdampar semasa tsunami di Aceh selain barangan-barangan purba dan klasik sumbangan penduduk setempat.

Hari terakhir kami disini, perasaan sedih dan pilu menyelubungi kami sebaik sahaja meninggalkan bumi Daik serta saudara yang baru kami jalinkan ukhwah. Dalam perjalanan pulang, bot kami melintasi P. Pandan yang berada jauh ketengah laut. Cabaran dan pantun budi G. Daik tidak kami lupakan. Budi yang baik dikenang jua.

EKSKLUSIF: 
Pulau Pandan jauh ketengah

Kerabat OGKL, Azizan Zolkipli, sudi berkongsi gambar Pulau Pandan yang dirakam serta zoom semasa perjalanan pulang xpdc G.Daik, OGKL 2006. Pulau ini sebahagian dari pulau-pulau di Kepulauan Lingga, Indonesia. Kedudukannya yang jauh ketengah membuatkan sahabat-sahabat OGKL sudah tertidur kepenatan dalam bot.

Teks: Khairinah Chumari
Ahli Ekspedisi 


Saturday 8 June 2013

L06: Ekspedisi G. Benom

Ekspedisi G. Benom

Jumaat, 22 Dis 06
Kami bertolak dr KL jam 10++mlm .Terima kasih pada yang mengantar & melambai... biasa la bila cuti 3 hari pasti jalan nak keluar dari KL punyalah sesak. Apapun kami selamat sampai ke Kg. Sg. Klau, Raub jam 1++pagi. ...dari sini terus naik 5 biji 4WD hardcore ke Lata Berembun. Perjalanan selama sejam yang menyiksakan. Kami umpama kena ayak kaw2 atas 4WD. Nasib baik 4WD kami naiki lepas juga melalui trek yang licin & lunyai tu. Terus kami bermalam d Lata Berembun.

Sabtu, 23 Dis 06
Bangun sarapan, stretching sikit, kendian pukul 9++ terus mula trekking. Kebetulan masa ni ada lagi satu geng dari KL pun masuk dlm 20 org. Campur2 dr GO. Diketuai Budin & Reen. Mereka terpaksa menapak dari jambatan bawah sebab Hilux mereka tersangkut dekat tempat yang licin tu. Kesian woo, nasib baik semuanya bersemangat waja..terus jugak menapak ke Lata Berembun...

Masa mula-mula trekking dah pacak tak hingat. Dalam linkungan 1 jam berjalan kami sudah lost trek.  Tuju punya tuju terus sampai air terjun. Terpaksa backtrack semula. Masa nak patah balik ada yang jatuh terhantuk batu, tangan terhentak batu lah, pipi tergesel batu pun ada ...almaklumlah jalan merentasi sg berbatu.. :)

Sampai di sungai terakhir dalam pukul 1++tgh. Masa ni geng lagi satu tu dah di depan dah coz sebab mereka memang rancang naik ikut trek baru. Ogkl rancang nak naik trek lama. Sepatutnya trek tu berpecah di sini tapi mungkin dah jarang org pakai, guide kitaorg tak jumpa trek tu. Bila jadi macam tu saya putuskan untuk ikut trek baru. Bukan apa, bila pikir2 balik tak perlu pikirkan sangat pasal trek yang mana, yang penting sampai puncak...secara tak langsung saya pulak yg jd guide secara tak rasmi..hahaha..

Buat pengetahuan, ini kali ke-3 saya naik dari trek Kem Bulat(2001 & 2002) cuma bila tahu ada kumpulan lain(Reen) naik juga tarikh yang sama kami cuba ubah ikut trek lama sebab campsite kat atas tu sempit - Kem Bulat (sempena nama Bulat masa recce thn 2001 dulu..) masa ni kelajuan xkresma junior - briee, pejai, amad, najib memang tak dapat dibendung lg...:) (takpe ada 2hari lg.mcm2 bole jd..hangpa tunggu!!hehehe) sampai di last water point(LWP) pukul 7++mlm. Sebelum LWP ni kami ada jumpa 2 orang dari group Reen dah tersadai tepi trek..husband&wife (Abg Safwan & Kak Ima)..kami kata "pelan2 kayuh bang..layannnn"..hahaha

Di LWP budak-budak yang sampai awal sudah terus shoot ke Kem Bulat. Dalam 4 org termasuk xkresma junior...hampeh betoi..:).tak bertindak mengikut arahan langsung..hehehe apapun sejarah berlaku di LWP, bila kami masak centralized untuk 30 orang punya makan..menu: nasi+ayam goreng bawang+sayur lemak kobis+kopi O=energy!! lepas makan terus cergas trek ke Kem Bulat..lawan tetap lawan..mana boleh suka-suka hati nak tidur atas trek geng..rosak la reputasi macam ni..hahaha

Pukul 10malam kami naik sampai saja di permatang jumpa 2 abang guide yang dah tersadai buka fly tepi trek...jadi lagi sekali sejarah berlaku bila guide terpaksa ditinggalkan tidur tepi trek..hahaha...maaf abg guide.. kami tiada pilihan..:)..peserta 31 orang terus trekking & sampai Kem Bulat 2pagi..layannnn...tebas lebih kurang, terus port di situ..syukur muat juga untuk semua orang.. nasib baik team lagi satu sahabat2 juga..jadi, kongsilha apa yg patut..:))

Ahad, 24 Dis 06
Kami terjaga pukul 7++pagi...almaklumlah malam dah OT baik punya...pagi susah nak bagun..:). Lepas sarapan, jam 10pagi kami mula trekking freehand ke puncak. ...trekking yang biasanya 2jam jadi 3.5jam paling cepat ..mungkin sebab tenaga banyk habis hari sebelumnya..:) sampai puncak pukul 1.30 tgh..syukur sampai ke puncak benum..

Kami tunggulah disana sampai semua geng lain sampai...layan view yang cun dari helipad tepi puncak tu..lepas layan bergambar dan sebagainya..masa ni ada lagi satu group Cina dari KL naik dari trek lama yg telah dibarukan..masuk dari simpang sebelum Lata Berembun. Dalam 27 org..semuanya peramah laa..best layann..sekitar jam 4ptg kami mula turun semula ke Kem Bulat..

Saya & Hafiz baby paling last smpai kul 8mlm..dia kejar saya lari,dia kejar saya lari..tau2 dah smpai campsite..kan baby kan...hehehe menu mlm tu: nasi grg kg+daging masak kicap+papedom+teh O= kenyang&mengantuk...zzzzzz...mimpi balik Shah Alam..hehehe

Isnin, 25 Dis 06
lps sarapan,dlm kul 8++ turun kem LWP..air dah habis laa...yg mana jln dulu semua shoot tak hingat..kalo naik 6-7jam, turun dlm 2++jam jer...bukan smpai ke LWP jer, tp terus ke sg last tu...fuh power giler..hehehe..nmpaknya xkresma junior mmg tak mkn saman..sbg denda yg mana laju2 tu telah berjaya diperlahankn secara paksa...caranya: kena sweep peserta paling slow sekali...tak boleh tidak..hahaha..apapun tq coz semuanya patuh dgn arahan..lps lunch mihun sup terus turun ke Lata Berembun..dlm kul 5pm semua smpai termasuk mmber2 dr team lagi satu...lps terjun tiruk puas2, settle packing semua, buat suaikenal sikit then terus naik 4wd keluar ke sg Klau..smpai dlm kul 7.30pm bas blm smpai..kul 9.15pm bas smpai terus menuju ke pekan raub, mkn2 terus balik KL...12++am smpai KL & terus ke destinasi masing2...

trip yg memang happening, penuh adventure, penuh kasih sayang, penuh semangat juang, penuh pengertian...tahniah buat semua!!!! 

p/s 
1. kengkawan warga GO lead by reen & budin, gua caya sama lu org semua...mcm ni punya trip kalo bertembung pun mmg syok..mcm satu family..tahniah kerana semua peserta yg kita bwk menjunjung penuh etika rekreasi & pergunungan...kwn2 takmau lawan...InsyaAllah ada peluang kita jumpa di lain trip k...:) 
2. semua peserta Benum jgn lupa, kita semua jumpa hari Jumaat minggu pertama tahun depan di rest.YZ dpn CM...teh tarik utk perjumpaan pertama ni kelab akan sponsor..AZAMMM!!! :)

salam calar balar,
deeno 

ni antara rekod yg sempat catatkan... 

1. peserta teramai utk trip benum..ikut kata uncle 4wd tu ler...:) 
2. masak mkn mlm mcm kenduri utk 30++org atas trek jer.. 
3. tinggalkan guide tido kat trek..sblm ni mana penah woi!! :) 
4. kem bulat sebenarnya bole di huni lebih dr 50org..hahaha 
5. peserta smpai puncak tp guide tak sampai..:) 
6. ogkl membawa 18org 'bukan ahli' ke trip ni - lebih dr separuh peserta ahli 
7. gng benum merupakan gng pertama bagi 4-5 org peserta xpdc 
8. bilangan Ajk ogkl tersikit yg mengikuti xpdc - hanya tiga org ajk utk peserta seramai 28org...; deeno, yassir,arey 
9. puncak benum dinaiki oleh seramai 80org dlm 1hari dlm 3kumpulan berlainan

Azizan


Thursday 6 June 2013

L06: Program Derma Darah OGKL 2006

Program menderma darah di Tabung Darah Negara

Sepanjang tahun 2006 Kelab OGKL telah 3 kali menjalankan program derma darah dari kalangan ahli-ahli dan keluarga ahli. Program ini dijayakan dengan bantuan staff di Pusat Tabung Darah Negara. Pihak Kelab berasa bangga dengan penglibatan semua.

1. Program Derma Darah Januari 2006
Orang Gunung Kuala Lumpur turun ke Tabung Darah Negara 7 Januari lalu untuk menderma darah. Rekod menderma kepantasan darah keluar dicatatkan dibawah 10 minit untuk mengeluarkan 450ml darah. Ada juga darah yang keluar dengan malas menjankau masa setengah jam untuk jumlah darah yang sama. Pihak kelab OGKL mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua.


2. Program Derma Darah April 2006
Alhamdulillah, kempen derma darah anjuran OGKL pada 22 April 2006 yang lalu telah mendapat sambutan yg menggalakkan dari semua. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kerana sudi sama-sama kita menderma darah. Ada juga yang tak boleh menderma kerana mempunyai masalah yg tertentu tetapi datang memberi sokongan kepada rakan2 lain. Tak lupa juga kepada Waheeda kami ucapkan terima kasih kerana memberi layanan yang baik dan cenderamata dari PDN. 

3. Program Derma Darah Julai 2006
Kempen derma darah anjuran OGKL pada Sabtu 22 Julai warga OGKL telah berjaya menderma darah di Pusat Tabung Darah Negara. Berbagai aksi dihari kejadian. Terima kasih kepada warga OGKL yang turut hadir memberi sokongan dan kepada Saudara Yasir dan Pn Sarimah kerana telah menjemput kami makan tengah hari di kediaman beliau.


Monday 3 June 2013

L06: Trans Chamah - Ulu Sepat

OGKL berjaya mengharungi cabaran mendaki dari G. Musang dan keluar di Sg. Siput dalam ekspedisi yang dinamakan Trans G. Chamah - G. Ulu Sepat pada 23 Jun (mlm) hingga 28 Jun (subuh).

Jumaat, 23 Jun 06

Dengan bertungkus-lumus, saya pun dah uruskan semua keperluan untuk menjalankan program ini dengan kerjasama daripada AJK-AJK hebat ogkl; CHE DIN, JUS, FAZID, IEDA, JUMAT, KECIK, BULAT, FAHMI.

Semua peserta dihendaki berkumpul di Perhentian Putra pada 10:00 malam. Tiket menunjukkan Bas Transnational akan bertolak pada 11:00 malam. Sahabat-sahabat lain pun berturut-turut sampai dengan BEG KARRIMOR....DEUTER........ ada  sedikit bergaya ......

Selepas periksa semua makanan, peralatan khemah, kami pun menuju ke arah tempat bas. Presiden OGKL, DEENO, memberi sepatah dua kata sebelum kami menaiki bas. Sahabat-sahabat yang datang bagi sokongan menyampaikan ucapan SELAMAT buat kami sekali lagi. Dalam bas, saya mula kutip baki pembayaran daripada peserta yang belum lansai. Adzmin duduk di sebelah saya pertama kali jumpa sahabat baru ini seperti biasa kami saliang perkenal diri dan mula bersembang.

PHEW.....Masa untuk rehat....lelaplah....tunggu apa lagi!!!!

Sabtu, 24 Jun 06

Semua peseta dah Zzzzzzzzzz. Bas akhirnya berhenti di tempat MELAPOR. Semua turun ke kedai untuk minum, borak-borak & pergi tandas kecuali Adzmin seorang saja masih Seronok lentok dalam bas. Pandang pada jam tangan saya, dah 3.00 pagi, rasa ada kepenatan sikit tapi gembira dalam hati sebab destinasi kami GUA MUSANG sudah hampir dekat.

Tanya-tanya abang pemandu itu, 1/2 jam sampai destinasi. Lelap sekejap mata, rasa dekat sangat tapi dah 1/2 jam bas berjalan. Sebaik saja tiba, kami pun turun bas dengan pantas sebab banyak benda dari dalam bas kena dikeluarkan. Tempoh perjalanan ini ambil mesa Iebih kurang 5 jam. Ada kedai minum di sebelah stesen SHELL tempat kami turun. Kami pun jalan kaki ke sana bersama-sama. Siaran Lansung World CUP baru hen dak bermula, sahabat-sahabat tidak sabar hendak tonton, masing-masing mencampak saja beg di sebelah gerai, ada yang pesan KOPI 1 ada yang pesan,TEH TERIK 1!!

Ha.....saya kena agih semua makanan sekali Iagi untuk pasti semua peserta dapat sambil dibantu Kecik. Semua tidur dalam wakaf yang berada di depan kedai selepas perlawanan habis.

Sampai masa saya tempat tidur dalam wakaf sudah penuh pula. Saya guna teknik, BUKA-BENTANG-TIDUR di sebelah wakaf pun jadilah.

Bangun pagi....gosok gigi..cuci muka......pukul 7:30pagi, semua peserta dah bangun sambil mengemas kini beg sendiri. SEMANGAT betul. Angkat telefon bimbit, hubungi Abg Asri, kabarnya dia akan sampai selepas hantar anak ke sekolah. HONDA ACCORD dah sampai, itu Abg Asri. Kali pertama jumpa Abg Asri, muka mesra dah bagi kita 1 kredit. Semua bagi salam kepada Abg Asri dan mengenalkan diri sendiri.

''4x4 janji 8:30pagi sampai sini”, Abg Asri cakap. Perut dah berbunyi pula, kami pun membuat keputusan pergi bersarapan pagi. Beg galas pula ???? Ha.........semua masuk ke dalam kereta Abg Asri. Kita berjalan kaki ke kedai  yang diperkenalkan oleh Abg Asri. Nasi lemak, Nasi Daging Salai, Nasi Ayam Kentang, Nasi Ikan Aro.......piIihan banyak, Saya ingin cuba Nasi Ikan Aro, itulah dia. Tiba-tiba saya teringat plastik bungkus dan gelang getah yang lupa dibeli sebelumnya untuk bungkus makanan tengah hari, hari kedua dan seterusnya dalam perjalanan trekking. Saya dengan Kecik pergi cari kedai runcit berdekatan.

Dah pukul 9.00pagi, kami masih menunggu 4x4 yang sudah janjikan di dalam wakaf sambil bersembang. Abg. Asri sudah banyak kali buat panggilan telefon tapi tiada orang jawab. Sahabat-sahabat mula rasa bosan sampai ada yang tertidur. Kami berbincang dengan kawan Abg. Asri selepas dapat tahu ejen itu ingin Iepas tangan macam itu saja. Abg Asri mencadangkan kami berkhemah di tepi sungai dulu, kami terpaksa ikut saja sebab selagi 4x4 tidak sampai kami tiada pilihan.

Kami bentang groundsheet di sebelah sungai selepas pilih Iokasi yang sesuai dan memang merancang bermalam di sini. Masa untuk  tengah hari, saya pun nak mula masak mushroom soup, tugas ini diserahkan kepada Kecik dan Jumat, saya kena buat laporan ekspedisi di Balai Polis Gua Musang ditemani Abg. Asri. Selepas selesai, tayar kereta Abg Asri pula pancit. Aduh......BAD DAY-Iah. Tiada alat yang sesuai dalam kereta menyebabkan kami tidak boleh tukar tayar gantian. Nasib baik dapat bantuan kawan Abg. Asri, masalah ini baru selesai jam 1.30tgh, saya pun mula rasa Iapar, Abg Asri hendak hantar tayar bocor itu ke kedai tayar dahulu. Cuaca panas, saya dengan Abg Asri pergi minum seketika. Kemudian beli barangan peribadi Fairos -- ubat nyamuk, sabun cuci dan balik ke campsite. Abg Asri pulang ke rumah dan rehat.

Makan tengahari roti perancisi + mushroom soup, Abg Asri sampai tempat kami dan maklumkan 4x4 sudah sampai. Kami boleh meneruskan perjalanan ke POS SIMBOL. Semua bersemangat semula dapat berita yang baik itu. Bayar baki 4x4, kemudian 4x4 mula bergerak masuk ke destinasi sebaik saja kami mengucapkan selamat tinggal kepada Abg Asri. Masa Iebih kurang 2.30ptg.

Dalam 4 jam perjalanan ini, kami menghadapi masalah menyeberang sungai yang titi balaknya sudah jatuh ke bawah. Masalah ini selesai dengan cepat dengan bantuan Azhar, Ramli, Fairos, Kecik, Jumat, Amir sebab kami hendak tiba di POS SIMBOL secepat mungkin. Setelah sampai POS SIMBOL masa 5.45ptg. Sasaran kami hari ini ialah SG. REKOM. Dapat dua orang guide iaitu orang asli POS SIMBOL - En.Ramli & Angah yang membawa kami terus ke SG.REKOM. 6.30ptg kami mula trekking. Semua orang pun hendak kena panahan KILAT dulu sebelum gerak, 1...2...cHeesSeeeeeeee

Perjalanan mula dengan naik bukit, turun bukit. Saya perlahan saja tapi kekal begitu....angin bertiup dengan kuat semasa melalui permatang, kawasan terdedah. Dah 3 1/2 jam trekking, bermakna kami akan sampai 1/2 jam Iagi ikut kata En.Ramli. Tiba-tiba walkie-talkie Kecik dah jatuh semasa naik bukit, take 5 bersama-sama sementara tunggu Kecik pergi cari dengan Azhar. Nasib baik dah jumpa Walkie-talkie, jika tidak tak tau-lah Deeno akan buat apa, ha! kami teruskan saja walaupun dah 1 jam telah Iepas. Semua peseta nampak penat sebab hari pertama, Iagipun tidur yang tak cukup. Angin masih bertiup. ”move move move dah SEJUK” saya laungkan.

Semua gerak dengan senyap saja. Nampak dah piawai ke??? Tak tau berapa lama sudah trekking saya nampak ada orang flash dengan Iampu suluh di atas depan dalam rumah. Haaaaaa..kita dah sampai. Inilah dia – Kg. SG.REKOM.

11mlm, 5 jam telah dipakai untuk sampai ke sini. Rehat sekejap. Saya, Kecik, Jumat pun kena mula memasak. Saya memang nak keringkan badan tapi masa tidak izinkan. Hari pertama punya menu ialah AYAM MASAK MERAH (Yap) +SUP SAYUR (Jumat) + NASI PUTIH +TEH'O (Kecik). Siap makan malam pada 12.00 am. Sebab OT yang Melampau ini, ada yang Iupakan terus rebah. Saya dan Jumat terus masak nasi goreng untuk sarapan+ t/hari bekal untuk esok sehingga 2pagi baru ZZZzzzz. Terasa seperti hari yang panjang............ZZZZZzzzzzzzzzz

Ahad, 25 Jun 06


9.30pagi baru mula trekking, sudah Iari sikit dari jadual asal perjalanan. Semua nampak SEGAR.  Sarapan nasi goreng yang SEDAP, tenaga sudah pulih sikit. Kami akan bermalam di PUNCAK G.CHAMAH malam ini. UPHILL sedang menunggu kita dengan mengucapkan SELAMAT PAGI. 11:30pg kami sampai di KEM. BUNGA PAKMA. Tak nampak BUNGA PAKMA pun!!! Take-10 dan terus ke KEM. TONGKAT ALl. Hanya 2 jam trekking sudah sampai. Jumpa sahabat-sabahat ber KILAT di tepi sungai, saya pun tidak mengalah, berKILAT juga.

Selepas lintas sungai, kami semua berehat dan makan tengahari. Masa 1:30tgh. Saya minta Angah tolong cari Tongkat Ali tapi dia kabar tidak jumpa pula; sebenarnya dia pun baru pertama kali jadi guide. Rasa ada sikit kecewa!!! Ini LAST WATER POINT, semua kena angkat 1 botol 1.5Lt air untuk dapur, tak bawa air = tak payah !! Lupakan pasal tongkat ali itu, saya pun mula SAPU peserta yang terakhir ke destinasi, 3:00ptg.

Dalam perjalanan ini, main UPHILL saja, NO CHANCE TO SAY NO!!!!  Dah 6:30ptg, kami masih tidak sampai Iagi. Nampaknya JAUH Iagi, tertanya-tanya dalam hati saya ?????? sudah 4 jam trekking. Kita berada di tempat tinggi saya mula rasa sejuk. Jumpa Amir dan Ramli, saya dengan Rizan pun berhenti sekejap keluarkan Iampu suluh dan jacket untuk meneruskan ke PUNCAK. Angah dan Jumat berada di belakang kita, Jumat dah rasa peeing, nak Ielap 10 minit.

''Kami dah sampai'' masa 7.00mlm, suara Kecik dari walkie-talkie menyatakan. 8:30mlm kami semua sudah sampai di puncak, saya salin baju serta-merta dan sapu bedak. Sudah 2 hari tidak mandi, ada rasa sedikit tidak selesa. Selepas itu, saya masuk dapur jadi CHEF. Menu malam ini ialah RENDANG DAGING Yap + JELATAH Jumat + NASI PUTIH + TEH'O Kecik. SPECIAL CHEF - Amir, tolong potong cili merah, nenas tapi nenas tinggal sikit saja sebab banyak isi telah dikupas dengan kulit sekali, GAGAL. Tikus di sini pandai curi , ration disimpan ditempat tidur antara saya dengan Jumat. Semua bersama-sama, tiada siapa yang tak hadir malam ini. Sarapan pagi esok ringkas saja, malam ini boleh tidur awal. Pukul 12:00 mlm semua dah baring!

Isnin, 26 Jun 06

Hari ini mula trekking 9.30pg juga. Sarapan pagi - mushroom sup+roti kebab. Semua bergila-gila tangkap gambar di atas PUNCAK CHAMAH dengan digital camera yang canggih..Brand SONY......BENQ.....NIKON..PENTAX....OLMYPUS. Azhar punya paling unik, comel, sebiji scuba diving camera dengan plastic body, rasa macaw TOY.

Kesian Amir, camera SONY dia sudah jatuh, sedih betul. Semua turun ke KEM TONGKAT. ALI setelah puas bersinggah di puncak Chamah. SG. PERES, sasatan kami hari ini. Semalam UPHILL, malah hari ini main DOWNHILL saja sehingga ke KEM TONGKAT ALI. Saya dan Jumat sampai 1:30tgh. Kecik tengah masak air panas untuk MAMEE TOM-YAM. Amir, Ramli, Rizan dan Angah sampai 2:30ptg. Kami bertolak pada 3:30ptg. 5.30ptg sampai KEM. BUNGA PAKMA dan 6.30ptg sampai SG.REKOM. Hari dah semakin geIap.

Nak pergi SG. PERES perlu 3 jam lagi tapi mungkin 4 jam sebab trekking malam. Kami semua hendak bermalam di SG.REKOM, itulah keputusan kami. Tambah pula, En. Ramli beritahu trekking malam ke SG. PERES bahaya dan tidak sesuai. Saya baru ingat balik apa yang CHE DIN dah beritahu, FLASHBACK!!! SHOWTIME bagi kita 3 orang nak mula Iagi - MASAK. Menu malam ini ialah DAGING MASAK KICAP + SAYUR GORENG + NASI PUTIH. SPECIAL CHEF - Ramli. Saya tengah cari bahan-bahan yang perlu untuk masak dalam semua plastic ration, serah bagi Ramli. Cari-cari DAGING MASAK KICAP tak jumpa, rasa tak ada. Ramli pun keluarkan private ration - Sardin, Kari Ayam dalam paket ganti DAGING MASAK KICAP.

YEH......Hari ini kami dapat mandi. Saya pergi mandi selepas lauk siap, tinggal nasi saja tengah masak. Nasi siap, semua mahu menikmati lauk yang dimasak oleh Ramli, LULUS!! Selepas itu, masak MIHUN GORENG-sarapan + t/hari bekal untuk esok. Apa yang DEENO bagi tau saya sedang berlaku, orang asli datang hantar ubi kentang, cerita panjang dan minta RM50.00 pula semasa kita sibuk goreng mihun. Saya pun bagi begitu saja sebab kita pun dah singgah sini 2 malam, ini tempat dia, apa kita boleh buat!!!. 12tgh dah siap semua baru pergi mimpi, harap dapat tidur Lena. GOODNITE, SG..REKOM!!

Selasa, 27 Jun 06

Bangun !! bangun !!! Semua bangun awal hari ini, rehat yang cukup semalam.  MIHUN GORENG+TEH'O. siap packing, bersih tempat tidur sebab kami bermalam di dalam rumah orang asli. Rumah ini dah kosong, sekarang sudah jadi tempat persinggahan pendaki. Hari ini paling awal, 7.30pg mula jalan. Trek memang teruk, summit, banyak semak, dahan berbanding dengan trek CHAMAH, bersih dan selesa. 3 jam sampai Sg. PERES, 10:30pg. Take 10, terus perjalanan ke KEM MAGGIE tapi bukan KEM RETAK.

Kami sudah kesuntukan masa. UP...UP...AII the way...Whoa, asyik naik saje, benci betul. Bila baru boleh sampai KEM SEMPADAN'?? Tepat pukul 1tgh, kami sudah sampai KEM MAGGIE. Tangkap gambar, rehat sekejap, makan tengah hari. Fairos, Mas tengah masak Maggie. Bau sedap betul, semua sudah Iaparlah. Saya pinta sedikit Maggie daripada Fairos ikut nafsu saya. Amir, Rizan, Ramli, Guide pun mula masak maggie pula. “SAMPAI KEM MAGGIE, MESTILAH MAKAN MAGGIE”, kata Azhar. Tak makan bermakna tak pernah sampai sini ha-ha!!! Beg Amir berat, dia sudah keluarkan kurma untuk kami, saya makan sambil buat bekal, JUMAT pun sama juga.

Perut dah kenyang. Masa untuk kayuh...Kayuh, jangan tak kayuhl! Naik, turun, naik, turun dalam 10 kali???? Tak tau berapa kali naik turun, kita belum sampai lagi. Hari dah gelap, Iampu suluh kami keluarkan. Saya sampai SG. LEPIR pukul 7:30mlm, JUMAT, RIZAN dan Angah dibelakang saya. Hampir 8:30mlm, Jumat sampai, seterusnya RIZAN, ANGAH, 9.00mlm. Sebelum mereka sampai, kami bincang nak naik puncak ULU SEPAT malam ini juga.

Saya, Jumat, Kecik, Ramli masak, kami semua dah rasa selesa dan lega. ''NAIK ESOKLAH'', Mas cakap. Semua bersetuju dengan senyap saja, jadi-lahl! Saya dengan Jumat pergi mandi sementara Ramli tengah masak dan juga Kecik. MENU IKAN BILIS BERLADA+SAYUR GORENG+NASI PUTIH, PUCUK ULAM RAJA YANG DIPETIK OLEH JUMAT DAN PUCUK UBI PEMBERIAN ORG ASLI TELAH MASUK KE DALAM PERUT KITA. Seperti biasa, masak lagi, Ml GORENG + lempeng ta pau untuk esok. Hampir 12am, kami 4 orang-Ramli, Jumat, Kecik, saya siap pergi tidur.

Rabu, 28 Jun 06

Panaskan MI GORENG semalam, bancuh teh ‘o. Semua peserta kemas beg masing-masing. 8.00pg naik ke puncak ULU SEPAT. Naik lagi!!! Saya rasa sejuk, Jumat, Angah di belakang saya. Jumpa Rizan di depan. Bukit......bukit......naik...... naik....Sampai puncak pukul 11.30pg, saya AKHIR sekali. Sebelum sampai, trek dekat puncak semua hancur, BENCI. Masa untuk Iepas semua lumpur agak makan masa ini sebab nak elak ini, elak itu.

Rehat sekejap, makan sikit, minum NESCAFE!!! Ha.....ha........dah complete G7. Dengan mood yang gembira pergi cari Jumat  dan KILAT bersama-sama sebab kami 2 dah complete G7. Jumat happy sampai bogel pule .......tapi atas badan saja. Jangan fikir yang bukan-bukan-lah. Semua tengah relaks, minum, makan, berborak. Guide nak kita turun pukul 12:30tgh. Semua siap masuk sessi sambar dulu, turun pada 1:00tgh.

Next check-point, SG. LEWENG, slang sedap betul nak baca perkataan ini-''LEWENG''!! Saya dan Ramli akhir sekali, Angah dah hilang, tak tau mana sudah pergi. Kami turun sambil bersembang sehingga tak perasan dah masuk simpang kiri sebab ada 2 simpang di tengah jalan sana, PHEW! Jumpa Amir, Rizan, Jumat. Kami semua sampai destinasi bersama-sama, 4:30ptg. Guide sedang berbual dengan orang asli sana. Saya bersih kaki tangan, kasut sekali di tepi sungai. Air sejuk, jernih menghilangkan ngantuk saya. Tapi saya tetap nak Ielap sekejap..........

Jam 5 suku kami bertolak ke POS KEMAR. Trek agak confuse sebab banyak simpang baru, nasib baik guide kita dah tutup semua. Orang depan Iaju gila sampai bayang pun tak dapat pijak, tinggalkan saya, Jumat, Rizan belakang. Dah masuk waktu malam, kami 3 orang saja masih hala ke depan. Tiada jawapan dari walkie-talkie Kecik selepas saya cuba contact dia beberapa kali, percaya dia pun tak sampai lagi.

Trek balak ni panjang agak bosan Iagipun kita dah penak. Rasa tak habis-habis pun. Dengan speed yang Iaju, kami 3 harap dapat jumpa Kecik & gerak sama-sama. Lebih kurang 9:45mlm, kami dah jumpa mereka tengah masak di tengah jalan. Campak beg di sebelah jalan dan duduk. Rehat seketika itu, kami rasa Iapar dengan bau maggie itu. Maggie dah hulur ke depan kami untuk mamanaskan perut + Kopi Tongkat Ali. SEDAP SANGAT kedua-dua benda ini dalam sesaat itu!!! ''1 jam Iagi sampai POS KEMAR, cakap Guide Ramli. Aduh......nak kayuh Iagi.....malaslah selepas kenyang.

Bahu saya melecet, kaki rasa penat, semua rasa tension belum sampai lagi. 10:30mlm, semua sedia jalan perlahan-Iahan. Ketika sampai simpang, kita dah nampak rumah-rumah. Belok kanan, kita pergi Kg. Lelar. Selepas tanya penghulu, rumah tumpangan dah penuh. 11:00mlm, kita terpaksa bentang ground-fly di kawasan lapang, depan rumah orang kampong. Tempat itu agak Iuas & selesa.

Masak Iagi apa yang tinggal saja TELUR KETCHUP + TELUR DADAR + SAYUR CAMPUR GORENG + NASI PUTIH. Kecik masak nasi, air panas dan buat TEH SUSU. Saya potong sayur dulu. Ramli, Jumat ambil alih, saya pergi mandi. Tempat mandi berada di belakang rumah ini. Mandi dengan air sungai, SEJUK. Setelah siap, saya pergi panggil semua, masa untuk makan ''MESSTIN! MESSTIN! MESSTIN!” Habis makan, nak tidur-loh, kemas-kemas semua ration, dah 1:30pg. 4X4 janji 9.00pg esok.

Khamis, 28 Jun 06

Hari ini bangun paling Iewat, 7:30pg. Masak air panas, buat cekodok. Siap semua dah pupal 9:30pg, 4x4 tak ada lagi! Saya mula risau apa yang berlaku pada hari pertama akan berulang lagi. 10:30pagi, Kecik dan Fairos nak pergi POS KEMAR tengok 4x4 sementara tunggu mereka sana ke. Lama mereka berdua tidak balik, Saya dan Jumat pergi cari,jam 12tgh. Tak jumpa mereka, saya, Jumat patah batik.

Rasa tak boleh tunggu lagi, jumpa 4x4 lain Ialu, saya tahan saja dan minta tolong. Orang kampong itu janji OK, DEAL-lah!!! Balik ke tempat itu, member-member tengah baring, Ielap, bersembang. Kecik dan Fairos balik pada masa itu, tumpang motosikal orang kampong. ''Sebenarnya POS KEMAR jauh Iagi'' Kecik cakap sambil senyum, macam tak percaya!! Selesai bayaran dengan guide Ramli, kami ucapkan selamat tinggal sekali dengan Angah. 2 orang ni pun teman kita harungi segala selama 5 hari. Terima kasih, bang!!

Kita pun naik 4x4 keluar ke Kg. Lasah. Perjalanan ambil masa 3 jam. Jumpa Syafi, 4x4 yang kita janji semasa berhenti di tepi jalan, kita teruskan saja setelah tolak Syafi punya pinta. Syafi telah menerangkan keadaannya dan minta maaf kemudian dia pun cabut. Dalam 4x4, Azhar nyanyi Iagu apa ''TAPAK,TUMIT,PUNGGUNG-Iah'', saya rasa kelakar. Keadaan itu macam DUN WORY, B HAPPY! Enjoy your life. Kita pergi LINTANG melalui Kg. Lasah.

Singgah di masjid mandi, tunggu bas di bas stop keluar ke SG.SIPUT. Balai Polis Lintang di sebelah masjid, saya, Kecik pergi melapor diri bahawa XPDC kelab OGKL sudah tamat dan semua selamat. Tengah tunggu bas, saya, Azhar minum di kedai depan saja. Bas sampai, kami naik. Sessi gambar mula Iagi dalam bas. Fairos telah diKILAT semasa dia Ielap, Mas sikit pun jadi tapi tiba-tiba dia terjaga pula.

1 jam sampai SG.SIPUT, kita nak naik bas ke IPOH di tepi jalan. Sampai IPOH, kena naik bas Iagi pergi MEDAN GOPENG. Aduh, banyak kali naik bas, turun bas. Kita turun di bas stop, masa itu Iepas waktu kerja, TRAFFIC HEAVY. Bas dah penuh, turun pun susah. Beg kami jadi masalah, terpaksa campak keluar dari tingkap bas, RUSH!! Perhentian Bas di sebelah, kita cross saja. Pergi gerai yang Azhar biasa pergi, duduk & pesan, 6:30ptg.

Saya pergi beli tiket dengan Rizan selepas order. Transnational kaunter menunjukkan 1 jam 1 bas tapi saya nak 8:30mlm agar sampai KL pun 11:30mlm, peserta ada 1/2 jam Iagi untuk naik kenderaan awam. Bas Konsortium jadi pelihan saya, 8:30pm. Balik ke gerai tunggu makan, ada yang order sate, saya tambah kerang bakar & sate Iagi untuk kita sebagai '' CELEBRATION '' XPDC tamat ke peringkat akhirnya.

Bas bertolak 8:30mlm. Naik bas terus tidur selepas kira 1, 2, 3...............10. Hanya Azhar tak ikut kita, dia balik kampong. Bas punya air-cond memang sejuk, kuat. Nasib haik ada bawa jacket, saya kesian budak yang tak kena di sebelah saga rasa kesejukan sebab dia pakai seluar pendek. 11 :30mlm dah sampan PUDURAYA, KL. Banyak kereta berkumpul di sana jadi sesak. Pemandu teksi cari makan time, ramai hala ke kita semasa turun dari bas, keadaan huru-hara. Bersalam kepada semua pun bersurai. Jumat hantar saya, Kecik balik dengan semua peralatan, khemah kelab. Kita dah back to civilization!!! Saya kena kerja keesokan harinya.

P/S:

Saya nak ucap ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya menjalankan program ini dengan lantar terutamanya Abg.Asri, Jumat, Kecik, Ramli,Che Din, Fazid, leda dan juga semua CUS peserta Amir, Mas, Adzmin, Azhar, Fairos, Rizan, tak ada kalian  punya sokongan, CUS tak akan jadi. OGKL Boleh!!!!!

ARIGATOGOZAIMASUI!!!

Laporan disediakan oleh : terencecancook up
Foto Hiasan

Saturday 1 June 2013

L06: Majlis Berbuka Puasa OGKL


Majlis Berbuka Puasa OGKL penuh Muhibbah
Syukur majlis buka puasa OGKL berjalan dengan lancar & jayanya. Terima kasih atas kehadiran warga OGKL baru & lama memeriahkan majlis. Yang dah bertahun tak jumpa pun ada turun. Walaupun tarikh yang sama mungkin ada 3-4 jemputan lain, namun kehadiran rakan2 ke buka puasa OGKL amat dihargai. Makanan yg dibawa habis dikongsi bersama. Alhamdulillah makanan & minuman mencukupi untuk hampir 60org yang hadir. Takde membazir langsung..:) . Deeno.


Bersama orang lama
Usrah orang gunung
juadah