logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday, 3 September 2013

L09: Laporan G. Cantik-G.Centuk Topo Reading Class


Cerita Sikit 

Salam Rekreasi;

Alhamdulillah program terakhir sebelum bulan ramadhan ini berjaya dilaksanakan walau tarikh asal terpaksa ditunda.

Jam 10 pagi ahli-ahli mula berkumpul di Restoren Teratai, Dayabumi, KL, konvoi bergerak ke BOH Plantation. Jam 3 semua sampai di BOH-MNS Field Study Center. Lepas pekena welcome drink jam 4:15 ptg pendaki-pendaki mula trekking melalui pohon-pohon teh. Yang kejar puncak sekejap aja dah sampai di sempadan hutan. Yang suka layan panorama yang cantik, kena pula cuaca tidak berkabus, layan berfoto aja, ditambah pula selingan atas kepala, kapal terbang ala-ala zaman perang dunia kedua asik melintas aja. pergh!.

Laluan hutan G. Cantik nampak seperti dah lama tak ada kumpulan yang masuk. Tebas bagi mudah sikit lebih-lebih lagi buat adik A'afia Amra, 2 tahun & kakaknya Ayra Adeena 5 tahun. 20 minit termasuk menebas dah sampai puncak. kalau tak tebas 10 minit nie. Sesekali bergilir pengasuh melayan dan adakalanya mengendong anak berdua ni. Terima Kasih.

Lepas G. Cantik ke G. Centuk pula. Mossy forest pula puncak dia. Tak jumpa pun tanda trigo di puncak ni. Kawasan puncak penuh belumut. Ada beberapa ahli yang cuba dapatkan kepastian dengan membesarkan radius. Sahih tiada puncak lain. Lepas official declare puncak. Bergambar beramai-ramai termasuk si Combi, anjing pengiring. Pulang hari dah masuk senja. Yang awal dapat sampai sebelum gelap. yang belakang dekat jam 8 kabarnya.



Sekali lagi kejutan budaya. Water heater guna gas memasak disediakan di kamar mandian. Pandai-pandailah masing-masing gunakannya. Lepas pakai pakaian malam. berkumpul di Conferance room. Ketua memasak dan pembantu dah sibuk di dapur conferance room. Tunggu makan malam sempat juga layan foto-foto siang tadi dari kamera Azad.

Nasi ayam jadi santapan makan malam kami. Suhu dalam bilik sekitar 21 darjah celcius tak berapa menyejukkan kami. Suasana malam dihanggatkan lagi dengan senda-gurau. Cik Sasky,20 atau nama Melayu dia Saskiah, gadis berbangsa Inggeris kerakyaan Hong Kong ini agak kurang berbicara dan nampak kesejukan serta selubung dengan gebar.

Jam 10:40 kelas asas membaca peta topo dimulakan. Taaruf atau sessi memperkenal diri secara ringkas jadi agenda pertama. Apip memulakan kuliah terus diajukan pelbagai soalan ingin tahu dari ahli-ahli yang ada. Sedangkan silibus belum habis lagi.

Hampir jam 12 malam kelas masih lagi hangat. Bagus perhatian, tumpuan dan minat yang ditunjukkan. Tekak terasa kering. Minuman malam dan biskut disaji semasa kelas berehat. Kelas malam diteruskan untuk pelajar-pelajar sudah berusia, yang kurang berminat diberi ruang untuk pergi tidur. Majoriti masih lagi mahu dihabiskan kuliah walau jadual esok jam 8 pagi nak mula praktikal mendaki ke G. Beluat.

Kuliah diteruskan hingga habis silibus jam 1 pagi. Semangat pelajar-pelajar untuk meneruskan lagi kelas amat memberansangkan. Latihan teori diberi bagi menduga, membiasakan dan sebagai latihan buat pelajar. Jam 2 pagi baru kelas tamat selepas semua jawapan latihan dibincangkan satu-persatu walau tenaga pengajar menawarkan untuk membincangkan jawapan yang musykil sahaja. Jarak G. Centuk dari G. Cantik 50m sahaja, beginilah jawapan dari pelajar-pelajar, tak lari dari puncak yang dideclare siangnya. Tiada kesangsian lagi.

Pagi di tengah ladang teh, Lembah Bertam memang seronok, lebih-lebih lagi kurang kabus. Yang nak berfoto sempat mendaki lagi ke ladang teh. Yang tidur tak ingat-ingat dekat jam 10 baru muncul. Sarapan pagi yang tersedia dah sejuk baru semua datang menjamah.

10:15 pagi mula ke G. Beluat. Pelajar-pelajar masih belum menonjolkan diri untuk mengepalai praktikal. Menaiki kereta kami bergerak ke arah G. Beluat. Dari jalan berturap ke jalan tidak berturap. Lajak lagi ke jalan tanah merah sejauh yang mungkin.

Masih diladang teh jam 11:20 pagi mula mendaki kemudian tembus kembali ke jalan berturap di atas ladang teh. Dari jam 12 tgh, sambil berjalan sambil berfoto, lebih -lebih lagi foto kapal terbang yang semakin dekat terbang di atas kepala. Tengahari baru sampai di G. Beluat. Sekali lagi terpegun bila berada di landasan kapal terbang di atas gunung. Proses bergambar cukup lama.

Titik puncak sebenar tak dapat dijejak memandangkan ada tak cukup masa. Jangkaan 1 jam paling laju untuk ke puncak yang kelihatan dari denai berhampiran landasan kapal terbang. Puas bergambar di landasan dan kapal terbang. Sempat juga berbual dengan pemandu yang berhenti rehat makan tengahari.

Langkah pulang ke kereta agak laju. ada yang berlari. ada yang berjalan. Jam 2:50 ptg sampai ke BOH-MNS FSC kembali. Mandi dan kemas barang. Majlis penutup yang ringkas. 3:40 ptg bersurai.

-Apip Embi-

0 comments:

Post a Comment