logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday 20 December 2014

Mount Fuji Merdeka Trip with OGKL (Yoshida Trail)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Buat pertama kalinya, OGKL akan menganjurkan program pendakian ke Negara Matahari Terbit, GUNUNG FUJI yang merupakan gunung tertinggi di Jepun berketinggian 3,776.24 m (12,389 ft) dan berada di Kepulauan Honshu. Ia merupakan salah satu daripada "Tiga Gunung Suci" (三霊山 Sanreizan) bersama-sama Gunung Tate dan Gunung Haku. Gunung Fuji juga menjadi simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar, selain sebagai tempat bersejarah, dan disenaraikan di dalam Senarai Warisan Dunia pada 22 Jun 2013.

Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Mount_Fuji

Program adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 - 31 Ogos 2014.
Tempat : Jepun
Gred : B (menurut penilaian kelab OGKL)
Bilangan Peserta: 20 org sahaja
Bayaran : RM 790 (Ahli), RM 860 (Bukan Ahli)

Maklumat penerbangan :
Pergi :
Khamis 27hb Ogos 2015 – D7522 1430(KUL)-2230(HND)
Kuala Lumpur – Haneda

Balik :
Isnin 31hb Ogos 2015 - D7523 2345(HND)-0610(KUL)
Haneda - Kula Lumpur


Kos meliputi pengangkutan semasa program kumpulan, penginapan (2 malam), guide, sijil, group first aid kit, serta pengurusan (hanya ground arrangement).

*Kos TIDAK termasuk makan, tiket penerbangan, city site-seeing, shopping, serta perkara yang berada diluar jadual kumpulan
*Kos berdasarkan anggaran semasa, pertambahan kos semasa program adalah secara perkongsian bersama.

Makluman serta komitmen peserta:
- kepada yang berminat, sila maklumkan ke urusetia program, pengambilan peserta berdasarkan pertimbangan kelab.
- Bayaran deposit RM300 diperlukan selewat-lewatnya 6 MAC 2015. Bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum 5 OGOS 2015.

Urusan pendaftaran boleh terus menghubungi urusetia program berikut:

Zahid : 012-620 3706  FB : Fish Cake
Ayong : 012-620 3731  FB : Sha Ain Ramli
Ajib : 012-942 3732 FB - Arejib Kenya

Bayaran deposit/penuh boleh dibank-in kedalam akaun Maybank - 1621 0652 4710 – Norsharaini Binti Ramli

Sila buat pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran.
Simpan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran untuk pengesahan

*Tentatif akan dimaklumkan kemudian

~Khazanah Alam Warisan Rekreasi~