logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday 19 December 2017

Berkayak Menyusuri Sungai Perak - OGKL



Assalamualaikum dan Salam Kembara buat semua penggemar rekreasi. Setelah agak lama kami menyepi dari aktiviti kayak, kini kami kembali. Jom ramai2 kita berkayak menyusuri sungai perak yang pasti menjanjikan pengalaman yang menarik.

Perjalanan akan bermula dari Dataran Sayong, Kuala Kangsar sehingga ke De Tebin Bota di Bota Kanan. Jarak lebih kurang 50++KM. Sepanjang perjalanan kita akan melawati beberapa tempat menarik antaranya Masjid Ubudiah dan laksa Kuala Kangsar, Pulau Sayung dan sebagainya.

Lokasi : De Tebin Bota (4.345687, 100.880504)
Tarikh : 20 - 21 Januari 2018

Itenarari Ringkas:

19/1/2018 (malam)
Berkumpul di stesen LRT Gombak dan bergerak ke De Tebin Bote

20/1/2018
Bergerak ke Kuala Kangsar bersama Lori membawa kayak ke start point dan mula berkayak menyusuri Sungai Perak ke De Tebin Bota

Bermalam di De Tebin Bota

21/1/2018
Aktiviti bebas di De Tebin Bota dan pulang ke KL

Yuran Penyertaan : 
Ahli OGKL: RM180
Bukan Ahli OGKL: RM200
Deposit : RM80 
*deposit tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri
Tarikh bayaran penuh : 15 Januari 2018

Bilangan Peserta: 20 Orang

Bayaran Meliputi:
* Pengangkutan (KL- De Tebin Bota - KL)
* River Guide
* Sewa Kayak
* Transit De Tebin Bota - Kuala Kangsar
* Rescue Bot
* Penginapan satu malam di De Tebin Bote (Khemah/Fly)
* Makanan Sepanjang Program
* Group 1ST AID KIT
* Insuran Perjalanan
* Pengurusan

Bonus:
Dapat pelajari teknik asas kayak dari jurulatih berkelayakan
Dapat melawati tempat2 menarik sekitar Sungai Perak
Dapat ilmu dan perkongsian pengalaman dari orang2 lama
Kalau ada rezeki dapat makan durian (hihi)

Sila hubungi AJK berikut untuk maklumat dan tindakan lanjut :
1. Jay (FB jay hamid) : 012 6863831
2. Hadri (FB hadri aswad salim) : 012 918 3949
3. Ad (FB muhammad nizar) : 017 3183418

Deposit dan bayaran penuh boleh dibuat ke akaun:
Abdul Jalil B Abdul Hamid
1642 2102 2547 (Maybank)

Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami untuk menimba pengalaman berkayak di Sungai Perak! 

~ KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI ~

#OGKL #2018OGKL25YEARS #since1993 #kayaksungaiperak

Sunday 17 December 2017

Sekitar gambar-gambar Paintball di Action Sport Kemensah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gambar-gambar sekitar acara paintball yang berlangsung di Melawati hari ini. OGKL bukan sekadar mendaki sahaja tapi ada aktiviti sampingan.



































Gambar-gambar dari Ijam, Sharu dan lain-lain

Friday 8 December 2017

Keratan Akbar lama di awa penubuhan OGKL

Keratan Akbar lama di  awa penubuhan OGKL

OGKL Trans Bintang : Revisit


Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera,

Dengan rasa kerendahan diri, pihak OGKL ingin menjemput semua pendaki untuk bersama-sama menggapai BINTANG bukan di langit, tetapi bersama-sama mencipta memori di Trans Bintang. Perjalanan pendakian sempadan Perak - Kedah ini merangkumi Gunung Bintang False, Gunung Bintang Selatan, Gunung Bintang dan Gunung Bintang Utara.

Maklumat pendakian adalah seperti berikut:

Tarikh : 14/2/2018 - 18/2/2018
Lokasi : Selama, Perak - Baling, Kedah
Gred : A+ (mengikut penilaian OGKL dan sumber yg asli)
Peserta : 22 orang max (pengesahan tempat berdasarkan deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)
Tarikh tutup penyertaan : 1/2/18 (Jumaat)/Penyertaan Penuh

BAYARAN
RM 360 :AHLI
RM 380 :BUKAN AHLI
Deposit : RM 200

Bayaran Meliputi:
* Pengangkutan dari KL – Taiping / Selama, Baling – KL (perubahan pengakutan akan dimaklumkan)
* Guide
* Peralatan perkhemahan
* Permit
* 4WD
* Ration sepanjang trip
* Insurans perjalanan (Perjalanan dari KL-Taiping/Baling - KL)

Sila hubungi AJK-AJK berikut utk pengesahan tempat, pertanyaan dan sebagainya:

Mustafa Kamal - FB : Mustafa Kamal Saedon / Phone : 017 304 4325
Ahmad Zufadli - FB : Zulfadli A Husaini / Phone : 017 616 2894
Rosmawati Hamzah - FB : Semut Merah / Phone : 012 964 4970
Muhammad Shafeeq - FB : Sekapek Sapex / Phone : 013 222 2834
Muhammad Nizar @ Ferhad - FB : Muhammad Nizar / Phone : 017 318 3418

Deposit dan bayaran penuh boleh dibuat ke akaun:
Mustafa Kamal Bin Saedon
7012404778 (Cimb Bank)

#OGKL
#2018ogkl25Tahun
#OGKLsince1993

Thursday 7 December 2017

Annapurna Base Camp via Poon Hill, Sempena #25Tahun OGKL


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Annapurna Base Camp (4130 Meter) via Poon Hill (3210 Meter); Sempena #25TahunOGKL

Anjuran bersama Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) & Kelab Jelajah Alpine (ACM)

Tarikh : 7 – 19 September 2018 (12 Hari 11 Malam)

Kos Trip:
RM 2,300 (Ahli)
RM 2,500 (Bukan Ahli)
Deposit RM 500
Option Bayaran Ansuran Bulanan : Januari – Julai 2018 (RM290 Sebulan untuk tempoh 7 Bulan)

Kos meliputi
- Pengurusan pengangkutan darat Kathmandu – Nayapul – Kathmandu
- Penginapan 11 malam Hotel/Hostel
- Fullboard Meals Breakfast, Lunch & Dinner sepanjang Trek
- Porter Kumpulan untuk peralatan kumpulan (2:1 Ratio)
- Guide/Jurupandu Arah
- Permit & Tiket ke Kawasan Projek Konservasi Annapurna (ACAP)
- Perkhidmatan BONUS
- Sesi Konsultansi Peralatan, AMS & Pendakian Altitud Tinggi oleh Jurulatih Everest.
- 1 Trip Latihan Pendakian Daypack di sekitar Selangor PERCUMA.

Kos TIDAK meliputi
- Tiket penerbangan KUL – KTM – KUL
- Visa (Jika perlu)
- Insurans Perjalanan & Evakuasi
- Pengangkutan Pergi-Balik Lapangan Terbang
- Meals di Kathmandu
- Peralatan dan Kelengkapan peribadi
- Tips untuk Porter & Guide

Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan juga tempahan boleh hubungi AJK berikut

Ahmad Zufadli – FB : Zulfadli A Husaini / Phone : 017 616 2894
Abdul Jalil – FB : Jay Hamid / Phone : 012 686 3831


#OGKL
#2018ogkl25Tahun
#OGKLsince1993

Saturday 2 December 2017

Laporan Trans Kerjul-Sanggul-Namnam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena menghampiri acara penutup pendakian dan penutupan hutan di beberapa negeri di hujung 2017 ini, OGKL merancang mengadakan trip adhoc ke Gunung Kerjul dan Sanggul yang terletak di Behrang, Perak pada 24 novermber lalu. Kekuatan seramai 24 orang bertemu di LRT Gombak pukul 10 malam. Ada yang datang jauh dari Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh dan Machang Kelantan semata-mata ingin mencari trip yang dikategorikan sebagai hardcore terutama menghampiri musim tengkujuh yang mencabar ini.

Rancangan tertunda sejak 2013 semasa arwah Nabil merintis trek. Selepas ketiadaan arwah Nabil, tiada rekod kemasukan sehinggalah awal tahun 2017. Tapi sejak beberapa minggu ini terdapat 3 kumpulan datang mendaki sini. Ini kerana jarak menaiki 4wd sudah dikurangkan dari 6 jam ke 2 jam sahaja.

Kami berkumpul di Tol Behrang sebelum berhenti di satu basecamp yang menempatkan satu kumpulan rekreasi dinamakan Delta Outdoor Malaysia atau DOM.

akak-akak bersiap sedia 

Selepas subuh dan sarapan pagi kami menaiki 2 biji 4wd menuju ke Pos Tenau. Jalan pada mulanya berbatu-batu tetapi apabila hampir tiba di pos, jalan grable bertukar ke jalan tar.

kolam air panas

Dalam perjalanan ini jugak terdapat pot untuk main water rafting di Kampung Hulu Slim serta kolam air panas.

sampai ke Pos Tenau

Selepas bertemu dengan penghulu di Pos Tenau, 4wd menghantar kami ke depan lagi untuk menjimatkan masa. Selepas tiba serta briefing tentang aturcara perjalanan, kami bergerak pukul 10.30 pagi sekitar ketinggian 900 meter diketuai oleh guide DOM iaitu Azizul Fitri atau panggilan manjanya Megu dan sweeper Mohd Hafifi Mohd Nor atau Mat Pie.

Briefing dari pemangku KP 

senaman ringkas

Selama lebih kurang 5 kilometer kami berjalan termasuk meredah/cross sungai dan trek melalui laluan sungai, laluan kami membelok ke kiri menamatkan jalan balak.

awal-awal redah sungai

10 minit selepas simpang, kami jumpa sebuah pondok orang asli di kanan laluan.

Megu tanya kabar

Sekitar pukul 1 tengahari, kami tiba di Kem Gajah Mati selepas mengharungi 6 laluan sungai. Di sini kami makan tengahari serta merancang mengambil air atau turun selama 30 minit di kemsite nanti.

trek yang masih asli

Selepas solat, kami bergerak pukul 2 petang menuju ke simpang 3 selepas 50 minit berjalan. Selang 15 minit kemudian kami berhenti di simpang Y iaitu simpang ke kiri menuju ke Gunung Kerjul. Sekitar 30 minit kami tiba di puncak yang beketinggian 1451 meter dan berkordinat di latitude: 4°6'53.28", 
longitude: 101°30'36.72".

kami di puncak Gunung Kerjul



Selesai bergambar di puncak Gunung Kerjul kami turun semula ke simpang Y untuk bergerak ke kanan pula. Pergerakan mencari air oleh penebas-penebas menemui kegagalan kerana tiada punca air.

tak cukup tidur

Perjalanan menuju ke kemsite kami berpisah kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan awal tiba pukul 6 petang dan beberapa rakan turun mengambil air dengan jarak 30 minit turun. Menjelang pagi agas mula menyerang dan ada yang lebam-lebam dan tidak tidur diganggu serangan makhluk kecil ini. Selepas sessi takruf dan selesai makan kami tidur.

pagi di puncak Sanggul

Esok kami mula bersiap dan bergerak ke puncak Gunung Sanggul pukul 7 pagi.

kemsite sawit 

Perjalanan selama 1 jam setengah menaik sahaja. Di ketinggian 1658 meter dan berkordinat di latitude4°7'57.72", longitude: 101°30'20.16" pemandangan 360 darjah sangat menarik perhatian.


Namun terdapat banyak semut di puncak ini jadi kami perlu berhati-hati.

di puncak Gunung Sanggul
banyak periuk kera tumbuh di puncak-puncak gunung

Selepas tiba di puncak Gunung Sanggul, ada ura-ura untuk meneruskan perjalanan ke gunung yang tidak berada dalam senarai iaitu Gunung Namnam. Dalam topo ada satu petak sepanjang 1.3 kilometer harus dilalui untuk ke sana. Setelah mendapat arahan dari penebas di depan, kami bergerak tapi kami perlu turun dalam 200 meter dengan laluan masih baru dan sempit.

kena merangkak dan menunduk 

Kami turun naik dan meredah belukar yang agak kasar. Dalam separuh perjalanan, kami melalui beberapa puncak tipu dan beberapa puncak pemandangan atau puncak view serta mossey forest yang digambarkan pemandangan dalam hutan yang tidak tercemar dan cantik menghijau.

trek cantik

Di laluan ini juga terdapat beberapa batu sempadan antara Perak dan Pahang.

peta topo ke Gunung Namnam
Kami tiba di puncak Gunung Namnam yang berketinggian 1481 meter dan tiada beirut sekitar pukul 11.45 pagi. Kordinat nya adalah latitude: 4°8'36.96", longitude: 101°30'11.51" Kami cuba mencari plet tapi tak jumpa. Puncaknya rata dan tiada khusus menyatakan puncak nya yang betul. Kata Megu kami adalah kumpulan pertama tiba di sini. Tidak jauh dari sini ada satu lagi gunung iaitu Gunung Lohay yang berketinggian 1422 meter namun kami tidak sempat untuk meneruskan.

di puncak Gunung Namnam
Mereka semua juga adalah guide dan ada group sendiri iaitu Mountain AD Adventure
Megu dan Matpie

Setelah puas bergambar kami bergerak turun pukul 12.20 tengahari. Kami tiba di puncak Gunung Sanggul semula pukul 2 petang sambil menunggu rakan-rakan yang penat di belakang.


Hujan mula turun sebelum tiba di Kem Sawit. Cikgu Ros segera menyiapkan makanan sebelum kami turun pukul 5.30 petang.

suasana pemandangan di laluan sanggul-namnam 

Trek yang mula licin dan rakan-rakan di belakang nyata merungut tiada tempat untuk menahan dari terjatuh. 

Nizar masak air dulu sebelum bergerak keluar

Kami berehat agak lama di Kem Gajah Mati sambal Nizar memasak teh untuk rakan-rakan di belakang tiba.

meredah buloh di waktu malam 

Selesai solat dan minum teh pukul 8.30 malam kami bergerak keluar merentasi semula 6 laluan sungai. Sekitar pukul 11.30 malam kami tiba di Pos Tenau dan 4wd sudah lama menunggu kami.

tiba di 4wd tapi setting beg tak betul

Kami menaiki 4wd menuju ke basecamp DOM semula. Ada yang bersiap mandi di sebelah yang terdapat satu paip dan ada yang ke masjid. Selepas makan, kami pun pulang ke haluan masing-masing.

lepas bersiap pesan makanan di restoran yang masih buka 

Mengakhiri trip kali ini pihak OGKL berbesar hati ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jalinan kerjasama baik yang diberikan oleh wakil Delta Outdoor Malaysia atau DOM sepanjang pertemuan ini dan pihak OGKL juga berharap akan dapat meneruskan aktiviti lain bersama DOM pada masa hadapan .

Sekian

Rangkuman video dari Faizal FBK

Bagi yang teringin mengadakan ekspedisi ke Gunung Kerjul dan Sanggul serta meneruskan haluan ke Gunung Namnam, boleh la menghubungi ahli-ahli Delta Outdoor Malaysia iaitu Megu(017-5393680), Arif(017-3124639) dan Mat Pie(013-9205940) atau layari facebook DOM di sini.



Alamat : No 1, Jalan Slim Lama, Rumah Tamu Diamond Creeks, Behrang Ulu 35960 Behrang Stesyen, Perak,

#2018 OGKL 25 Tahun