logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday 31 August 2013

L08: Berita Ringkas 2008


Diskaun 10% barangan Lafuma untuk ahli OGKL 

Untuk makluman, pihak Lafuma berbesar hati untuk menawarkan discount 10%
terhadap sebarang pembelian barangan Lafuma (bagpack/haversack) di outlet
Lafuma, Bangsar kepada semua ahli OGKL. Disamping itu juga, untuk
pembelian barangan Millet (bagpack/haversack),anda boleh mendapat diskaun
hingga 25%.

Diskaun utk pembelian ini adalah sah sehingga CNY nanti.
Untuk mendapat diskaun, sila maklumkan kepada sales asst. anda ahli kelab
OGKL. Pihak Lafuma akan memeriksa dari senarai keahlian OGKL untuk
mengesahkan anda layak menerima diskaun bg sebarang pembelian yang dibuat.





Aktiviti pembuka 2008: Basic Outdoor Training II - (BOT II)

Syukur program BOT II telah pun selamat dilaksanakan. Tahniah atas
sokongan para peserta dalam menjayakan program ini. Begitu juga kerjasama
erat antara OGKL-Puncak Event dalam memastikan kelancaran program ini
untuk mencapai objektifnya.

Semoga ilmu asas rekreasi ini akan dimanfaatkan sebaiknya dalam kegiatan
outdoor anda pada masa-masa yang akan datang.Adalah menjadi harapan kelab
juga untuk melihat semua ahli mempunyai asas rekreasi yang baik dalam
bidang ini. Semoga apa yang dipelajari turut dikongsikan dengan
rakan-rakan lain yang tidak turut serta.

Bagi pihak kelab, kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang
kekurangan atau kelemahan dalam menganjurkan program BOT II ini.Jumpa lagi
di BOT yang akan datang!!!






Kempen Derma Darah
Pihak krew ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian rakan sekalian bagi menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN) pada hari Sabtu lepas. Lebih 25 orang yang hadir dan separuh daripadanya berjaya melepasi berat menderma iaitu 45kg. Manakala bagi rakan yang tidak melepasi had menderma juga turut serta memberikan semangat kepada rakan-rakan yang “cuak” dengan darah dan juga jarum suntikan. 







Corporate Trip Organised by OGKL
Basic Outdoor Training (BOT) - Proton Edar

Lembaran tahun 2008 dimulakan dengan BOT. Seramai 25 orang peserta dari Proton Edar mengesahkan penyertaan bagi aktiviti Biro Rekreasi Kelab Proton Edar. Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) diberi amanah mengelola BOT dengan kerjasama dari Puncak Event Sdn Bhd.






Team Recce Gunung Panggang Paku Berjaya!
Gunung ni terletak di Hulu Jelai, Lipis, Pahang. Apip, Pak Sheikh, Herol & Wak Jan Alhamdulillah, trip semua selamat, selamat sampai puncak yang dituju, selamat kembali ke rumah masing2. Photo mungkin tak banyak. dan tak dapat nak tunjuk keadaan sebenar. Cerita cukup banyak. Terima kasih buat isteri dan sahabat2 yang memberi sokongan.




Mesyuarat Agong OGKL 2008
Syukur alhamdulillah, kelab ogkl telahpun selesai melaksanakan AGM bagi sessi pemilihan pucuk pimpinan ogkl bagi tahun 2008. Buat yang dipilih tahniah diucapkan, manakala yang tidak terpilih teruskan menyokong barisan kepimpinan baru. Moga berkat sokongan serta tolak ansur semua, kelab ogkl akan bertambah teguh dari masa kesemasa.

Tak lupa buat semua ahli yang menghadiri agm ogkl, berbanyak terimkasih diucapkan. Tanpa kehadiran anda semua pastinya agm tidak dapan berjalan dengan lancar. Rata-rata yang hadir kelmarin pastinya berbau harum pagi ini dengan shower gel adidas yang diberikan sebagai menghargai kehadiran anda di agm.;) Namun goodies yang disertakan semasa agm terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan peranan yang dimainkan oleh semua ahli.




XPDC Terjah Gunung Hitam
11.00 pg : Paking kereta kaki gunung Itam - 700ft/kaki dari aras laut.
4.00 ptg : Puncak Gunung Itam - 4040ft/kaki dari aras laut




Laporan Ekspedisi G. Chamah - G. Ulu Sepat
Cuti umum CNY kalau tak ada aktiviti memang tak sah. Kalau ada aktiviti tak ada cerita pun tak sah. yang sahnya ikuti




Gunung Swettenham Sukses!
TAHNIAH kepada pendaki2 yang mencari penyakit menyertai XPDC Sweettenham yang berjaya menawan puncak swettenham. TAHNIAH semua.. ANDA BOLEH! IMPOSSIBBLE IS NOTHING!!
Gunung Swettenham yang mempunyai ketinggian 6434ft ini terletak bersempadan antara negeri Pahang & Kelantan. Details tentang gunung boleh dilihat di:




OGKL JUARA BOWLING KHK
SEKALUNG TAHNIAH utk wakil OGKL yg bermain boling di Kejohanan Boling
anjuran KHK pada 01 mac 2009. Mereka telah menjadi JUARA keseluruhan, dan utk
makluman, Kak Nita memenangi Top Score Wanita.. and tidak lupa juga otai bowling kita chikong score terbanyak dalam group kita tapi kalah tipis jer bagi kategori lelaki by 6 point... tak per la lagipun tangan dia tengah sakit... FYI total grp score 1672 tuk 3 game semuanya... Average 500++ per game. TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH!!





Gunung Peninjau : Trip yang sangat canak bagi aku
Pada pagi 5hb Julai 2008 bertempat di Restoran Teratai, Bangunan Dayabumi, peserta-peserta Trip OGKL ke Gunung Peninjau telah pun berkumpul bersama deretan kereta-kereta yang akan menyertai "Car-Pooling" ke Hutan Rekreasi Chepor, Chemor- Perak.





OGKL cuba khemah LAFUMA edisi 2009
Lafuma Malaysia telah memberi peluang OGKL mencuba khemah edisi 2009 di Pantai Kelanang sempena perkelahan BBQ. Khemah-khemah setiap satunya berlainan model, jenis dan bentuk bukan saja menarik perhatian 60 orang warga OGKL yang hadir malah mencuri perhatian pengunjung yang melintas kawasan khemah tersebut. 


BBQ seafood Kelanang amat meriah 
Acara makan-makan bermula!Udang XXL masak merah yang sedap, ikan bakar yang garing, sotong yang manis & kenyal, ikan cencaru+pari+kembung dll yang menunggu untuk dicecah air asam, pepahat yang kecil isinya tp
lazat, serta kerang bakar enak! Berbaloi nampaknya penantian BBQ Seafood bermodalkan RM10..:)



OGKL di Uhuru Peak, Mt. Kalimanjaro
Age turn to 61 but mountaineering not to turn off. Appasamy most known as Uncle Appa reach Uhuru Peak, Mt Kalimanjaro, Africa's higest point using hard & most challenging trail.



Corporate trip: Standard Chartered Bank staff enjoy at Mt. Besar Hantu
Kelab OGKL organise trip for them 2 times, 26-27 April & 10-11 May. Most of the participant which is Philippines named themself as Pinoy's dedicate the expedition





Ziarah Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan
Arryazua dan beberapa teman OGKL yang lain telah ziarah rumah anak yatim Baitul Ehsan, di Padang Terap, Kedah.



Ekspedisi BSAW (Bromo-Semeru-Arjuna-Walirang) Indonesia

BSAW: Kepulangan dirai di LCCT disambut meriah
Sungguh Meriah! terasa seperti artis di malam gala berjalan di atas karpet merah. Cuma pakaian dan wajah saja tak seglamer mereka.. tanpa secalit mekap pun hanya yg ada bekas sopakan yg tidak la begitu ketara & itulah “hadiah” yg begitu bermakna bagi kami.. [Nina]. Banner 'IMPOSSIBLE IS NOTHING' direntang di LCCT. Kegamatan suasana di LCCT turut menarik perhatian orang ramai yang berada disitu.

BSAW: Kesemua pendaki berjaya ke puncak Mahameru, G. Semeru, G. Bromo, G. Arjuna & G. Walirang
Satu sejarah besar 2008, ekspedisi besar yang terdiri pelbagai peringkat umur dari 60an hingga 20an membuktikan usia bukan penghalang untuk menyahut cabaran ini. Lebih memeranjatkan Uncle Yusuf, 64 menjadi pendaki ke-10 berjaya ke puncak Mahameru.

BSAW: Tajaan dari PowerBar & ADIDAS
Pihak kelab telah pun mendapatkan tajaan dari dua organisasi korporat diatas. Antara barangan yang akan diedarkan kepada peserta ketika  berada di LCTT ialah PowerBar berperisa Pisang serta minuman tenaga berperisa oren, strawberri serta fruit punch. Manakala tajaan dari Adidas merupakan sehelai rainjacket@windbreaker untuk kegunaan peserta semasa disana.




Corporate outdoor expedition organised by OGKL 
OGKL organised trip, Mount expedition for corporate company, Proton Edar to Mt. Irau the mossy forest. 38 member from Proton Edar with 7 support crew from OGKL and a few crew from Biro Rekreasi Kelab Proton Edar.




when the tigers don't distribute cars..yet went to irau instead
bukan rimau betul ye..but proton edar staff from Kelab Rekreasi Proton Edar made a trip to Gunung Irau on 19-20th April. About 33 Edar people joined this corporate trip organized by OGKL. Besides Abang Apip, Tok Gajah, Adzmin, AmyBurgers, Yaser, Sherrie, Kak Ieda, I represented OGKL as one of the ajk's as well. Ramli pulak president Kelab Rekreasi Proton Edar....also worked really hard to make things flow smoothly. Alhamdulillah...everything went well. walaupun hujan di tengah malam sampai lenjun sleepingbag ku...but as long as the journey was a safe one for everyone, it doesn't matter anymore. Seems like semua pun seronok je...yeayy.. [arryazwa]



Majlis Berbuka Puasa OGKL di Rindu Alam

Syukur majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Makanan pun banyak sungguh varietynya... sampai tak tau nak makan mana dulu..hehehe..mungkin ni nikmat & berkat berbuka posa bersama-sama warga ogkl semua,kenyang makan &  minum juadah yang dibawa bersama.
Terima kasih memeriahkan suasana, seramai 68 orang yang hadir tak termasuk anak2 kecil. Sempat juga kita solat berjemaah di ruang yang kukup, paling lama makan berjemaah. Alhamdulillah melimpah ruah rezeki kita ye' pelbagai jenis juadah dah berjenis-jenis jus buahan hasil tangan hairul.

Yg ringan tulang bantu di tempat membasuh. Senang majlis berjalan lancar walau pada mulanya agak bersesak di meja makan. Tuan rumah sediakan bekas kosong tup tup makanan bukan takat tak cukup bekas tapi tak cukup meja. perghhh. 



Majils Aidilfitri OGKL & Sambutan 15 tahun penubuhan kelab.
Majlis yang diadakan di Rimba Kayangan, kediaman Fahmi & Fazid dihadiri lebih 80 orang ahli serta 30 orang anak-anak ahli. Bekas-bekas Pengerusi kelab, Kamil, Adenan, AJK-AJK lama, ahli-ahli lama, ahli-ahli baru serta beberapa pengiat-pengiat outdoor yang lain turut memeriahkan majlis. 





Kumpulan pendaki terbesar OGKL di Puncak G. Bt Puteh
OGKL yang dibarisi hampir 40 orang pendaki mengharungi cabaran pendakian ke puncak G. Bt Puteh, tanpa seorang pun gagal menjejaki puncak walau turut dibarisi 2-3 pendaki baru. Semangat kerjasama & setiakawan dari semua ahli ekspedisi amat membanggakan. Cabaran tak terhenti di puncak gunung sebaliknya, jadual turun dari puncak dalam sehari turut menjadi cabaran terutama buat mereka yang baru dan kurang cergas mental dan fizikal lebih-lebih lagi di musim hujan. Sekali lagi semangat setiakawan, sedia menanti berjam-jam mereka yang tertinggal di belakang dapat dibanggakan.




Demo Hammock OGKL depan Central Market, Kuala Lumpur
Batch pertama hammock OGKL yang ditempah telah pun sedia awal bulan Nov yang baru lepas. Sessi demo selain penyerahan kepada mereka yang telah menempah diadakan semasa perjumpaan mingguan OGKL. 

Tengok photo di sebelah. Deeno menunjukkan logo kelab di baby hammock. Hammock turut ditambat pada pokok pinang di sisi Central Market (Jalan Pasar) untuk tontonan ahli kelab dan orang ramai. Suasana malam yang agak kelam tak menjadi halangan untuk pameran ditengah ibukota hingga ke tengah malam. 



Bowling OGKL 2008
Bowling OGKL 2008 telah pun berlangsung dengan jayanya malam semalam. Sekitar 50++ warga ogkl turut serta dalam kejohanan tahunan ini, namun yang bermain hanya 36 manakala selebihnya menjadi penonton & tukang sorak. Memang meriah! memang gamat! penuh emosi! penuh strategi! Permainan dimulakan sekitar jam 9.30pm selepas taklimat ringkas dari Chikong selaku ketua penyelaras. Bermula dengan pendaftaran yang dikendalikan Nina, agihan baju & kudapan berjalan lancar serta mengikut masa yang ditetapkan. Bermain dalam 3game setiap seorang,memang menguji kekuatan tangan & mental peserta baru terutamanya. Aksi cuci longkang,terlepas bola, terhempas bola, strike, jeritan, sorakan semuanya silih kedengaran. Peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan (4 orang setiap pasukan) melalui cabutan semasa pendaftaran. Setiap kumpulan dinamakan sempena nama gunung-gunung G7..manakala dua lagi mengambil nama gn Nuang serta gn Tambuyukon. Permainan berakhir sekitar jam 11.30pm. Selain hadiah utk pemenang acara bowling, terdapat juga hadiah untuk kategori kurang penting.



OGKL @ adidas: Run For Love
Tahun 2008, Kelab OGKL yang menerima sejumlah kad jemputan untuk penyertaan Adidas, Run For Love di Taman Tasik Permaisuri, Tapak A, Cheras, KL. 14hb Disember 08, beberapa ahli OGKL tidak melepaskan peluang dengan aktiviti rekreasi ini. Pihak Kelab turut mengambil kesempatan menjadikan latihan pertama untuk program Trans Titiwangsa Reverse V2. 




White Water Rafting Sg. Slim penutup aktiviti rasmi OGKL 2008
Hampir sepanjang tahun, OGKL sibuk mendaki, penutup aktiviti 2008 OGKL sempat laksanakan aktiviti White Water Rafting (WWR) di Sg. Slim. Tunggu catatan riang-ria tidak lama lagi... 

Wednesday 7 August 2013

L08: Ekspedisi G. Tahan 08.08.08


Kata Pengantar:
Tarikh 8hb Ogos 2008, atau lebih dikenali sebagai 08.08.08, mungkin merupakan tarikh keramat bagi sebahagian besar penduduk dunia. Bagi pengamal ‘feng shui’, susunan tiga angka lapan merupakan angka ‘ong’ atau bertuah mereka. Ramai mengabdikan tarikh ini melalui cara tersendiri, ada yang bertunang, tidak kurang juga yang mendirikan rumahtangga. Sukan Olimpik Musim Panas Beijing 2008 yang gilang gemilang juga dimulakan pada tarikh ini. 

Idea untuk ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL ini terlintas di minda saya pada tahun 2007. Saya pernah menyuarakan idea ini kepada saudara Fahmi yang merupakan seorang ahli MT OGKL. Apabila jadual aktiviti OGKL 2008 dikeluarkan, saya agak terkejut apabila melihat ianya dimasukkan sebagai aktiviti bagi bulan Ogos. Pucuk dicita, ulam mendatang. Saya mula merancang jadual kerja & cuti dari awal tahun bagi membolehkan diri untuk menyertai program ini.

Beberapa bulan sebelum ekspedisi, saya dan saudari Nina telah dilantik sebagai Pengarah Program untuk ekspedisi ini. Pada mulanya terasa sukar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini kerana belum pernah menjejakkan kaki ke Gunung Tahan. Ditambah dengan pekerjaan saya yang selalu ditugaskan untuk kerja luar, membuatkan pembahagian masa antara kerja & perancangan serta perlaksanaan ekspedisi begitu payah dirasakan.

Mujurlah rakan – rakan dalam MT & AJK OGKL serta rakan – rakan penggiat rekreasi lain banyak membantu, terutamanya dalam memberi info bagi merangka jadual perjalanan serta perkara berkaitan logistik. Pada saudari Nina dan saudara Zulhelmi (Amy) selaku AJK penganjuran program ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL dan juga encik Bakaruddin (Din Kulop) selaku guide, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada mereka kerana telah banyak membantu saya sepanjang ekspedisi ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik mereka. 

Catatan perjalanan ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL ini telah disediakan oleh saudari Rabi’atun. Secara peribadinya saya telah meminta beliau menyediakan catatan perjalanan untuk ekspedisi ini kerana beliau merupakan peserta yang paling ‘junior’ dari segi pengalaman dalam pendakian. Sudah pastinya pelbagai cerita menarik dimuatkan menurut
perspektif beliau sebagai seorang yang baru menjinakkan diri dalam bidang rekreasi luar.

Salam rekreasi,

Azizan Zolkipli @ Wakjan
Pengarah Program Tahan 08.08.08 OGKL

ni pula catatan perjalanannya.
Cerita asal oleh Rabia, dgn tambahan citer oleh Nina.
Saya pulak memeriksa tarikh & masa serta edit bahasa. Maaf sbb ada bahasa rojak, saje nak bagi bersahaja dgn mengekalkan keaslian bahasa oleh penulis asal.

Harap korang semua terhibur dgn citer ni, selamat membaca...

5 Ogos 2008, Selasa.
KL Sentral – Merapoh:

Semua ahli ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL yang terdiri daripada Wak Jan, kak Nina, Amy, abg Azmin, abg Vijay, Pojie, Hadri, Wan, abg Am dan aku berkumpul di KL Sentral untuk menaiki keretapi menuju ke Merapoh. Kami berkumpul di restoran KFC, di situ juga ration dan peralatan diagihkan kepada semua peserta.

Jam 8.30 malam kami bergerak sambil memberikan lambaian ‘ala ratu cantik’ kepada rakan OGKL yang menghantar. Dalam tren keadaan agak riuh dengan kehadiran kami. Kalau dah geng ‘belanda’ tu mana-mana pun jadi. Kami berborak tanpa henti, kemudian bergerak ke kafe tren untuk membasahkan tekak manakala aku terus belasah nasi goreng telur mata yang tak begitu menaikkan nafsu makan, tapi terpaksa ditelan sebab dah terlalu lapar.
Aku dan Kak Nina cabut awal ke tempat duduk untuk melaksanakan sesi tidur, sejuk giler aircond, nak tidur pun seksa. Aku siap lengkap pakai glove lagi hehehe. 

Tidur punya tidur sedar-sedar baru sampai Gemas, semua pakat turun beli nasi lemak bungkus yang dikatakan sedap.
Pada mulanya aku malas nak beli tapi akhirnya terjebak juga membeli bihun goreng, ahaksss ... Lepas makan kami berjemaah sambung tidur semula. Sedar lagi sekali ingatkan dah sampai Merapoh tapi tidak, tren berhenti agak lama untuk memberi laluan kepada tren yang datang dari arah bertentangan. Kami sampai di stesyen Merapoh pada jam 9.00 pagi, lewat 3 jam dari waktu yang dijadualkan. Adatlah kalau naik tren ni ...

Hari pertama, 6 Ogos 2008, Rabu
Merapoh – Sg. Relau - Kuala Juram - Kem Kor:

Di Merapoh, kami menanti kedatangan Abg Roslan, orang yang bertanggungjawab membawa kami ke Pejabat Hutan Taman Negara Sg Relau untuk urusan pendaftaran dan declare barang serta peralatan yang dibawa. Sebelum bergerak ke Sg Relau, kami sepakat menerjah kedai makanan yang ada untuk bersarapan. 

Selesai mengisi perut, kami di bawa terus ke Pejabat Hutan Sg Relau. Perjalanan mengambil masa setengah jam sahaja. Sepanjang perjalanan pelbagai cerita yang Abg Roslan khabarkan kepada kami termasuklah gambar ikan kelah daripada kameranya. Teruja melihat ikan kelah, banyak giler !!

Setibanya di Pejabat Hutan, sesi punggah memunggah barang dan peralatan pun bermula. Semua harta yang ada perlu diisytiharkan. Bagi beginner macam aku ni memang menghadapi simptom blur ‘tahap dayak’, sampai plastik gula-gula yang cinonit pun diambil kira. Sabar je la, dah procedure macam tu jadi kenalah ikut.

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami gerak menaiki powil (4WD) Abg Roslan menuju ke Kuala Juram iaitu starting point untuk ke Gunung Tahan. Sementara menunggu guide kami iaitu Din Kulop bersiap kami di bawa melawat kawasan larangan memancing ikan kelah yang begitu meriah. Kemudian tanpa melengahkan masa, kami memulakan senaman regangan yang diketuai oleh Din Kulop. 

Selesai senaman diikuti bacaan doa oleh Hadri, perjalanan kami dimulakan tepat pada jam 12.00 tengahari. Kalau mengikut itenerary yang diberikan oleh Wak Jan, ada dicatitkan yang kami perlu berjalan sejauh mungkin untuk hari pertama ni. Aduhaii krem kaki gue !! Perjalanan agak santai tapi terpaksa melintas beberapa sungai sehinggalah tiba di Kuala Luis kami berhenti seketika untuk membedal tapauan makanan tengahari. 

Sesi ‘dapur haram’ pun bermula. Selesai lunch kami meneruskan perjalanan yang boleh dikatakan jalan bahagia tapiii kakiku tak berapa nak bahagia, lutut dah mula lembut.

Akhirnya lebih kurang jam 6.30 petang kami tiba di Kem Kor, Alhamdulillah lepas seksa hari ini dan nasib baik sampai sebelum Maghrib. Say “NO” to Overtime (OT) please ahakss!! Sampai je semua sibuk memasang khemah dan menyediakan makan malam. Selesai mandi dan makan, sesi perkenalan pun bermula. Banyak jugak cerita serta pengalaman yang dikongsi bersama termasuklah cerita daripada guide kami Din Kulop. Disebabkan terlalu letih semua tidur awal.

Hari kedua, 7 Ogos 2008, Khamis.
Kem Kor – Permatang – Kubang – Belumut – Bonsai – Botak:

Sambil menikmati sarapan yang disediakan oleh chef Nina, Din Kulop memberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan yang akan kami lalui pada hari ini. Hati aku dah berdebar-debar, perasaan seram sejuk dah menerjah, tak dapat nak membayangkan trek pacak yang bakal ditempuhi itu. Redha je laa ...

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami memulakan langkah kaki. Layan punya layan tup tup, SURPRISE !!! Aduhai pacaknya! Aku mula memotivasikan diri, tiba trek pacak, pandang bawah untuk bagi mental tak bersepai, kalau tidak mau aku patah balik ke Merapoh huhuhuhu. 

Perjalanan kami diteruskan hingga ke Permatang, dari Permatang menuju ke Kubang dan di sini kami menikmati makanan tengahari yang telah ditapau. Kemudian meneruskan perjalanan ke Belumut. Hmm...memang kena la dengan namanya sebab begitu banyak sekali lumutnya, bukat setakat lumut, treknya pun berlopak serta ditakungi air, silap langkah memang terperusuk masuk ke dalam lah kaki tu. 

Jalan punya jalan sampai di Bonsai, boleh tahan cantik view kat sini, semua pokok lebih kurang tinggi kami je (paras lelaki dewasa la kot, takdela rendah macam aku ni hahahaa). Masa ni semua dah agak pewai tapi masih lagi boleh bergerak, guide tak kasik buat khemah kat sini sebab takde punca air jadi nak tak nak kenalah cargas gerak ke Botak. Maka nya malam ni kita OVERTIME !!! Cuaca dah semakin gelap, perjalanan masih jauh huhuhu sedihnyaaaaaaaa ...

Akhirnya jam 11 malam kami tiba di kem Botak. Boleh dikatakan semua kepewaian gara-gara dilanda hujan sejak petang tadi. Cuaca pun sejuk tahap ‘parkinson’, uihh ya ampun!! Walaupun parkinson namun semua tetap bekerjasama pacak khemah & flysheet. 

Masa nak keluarkan ration ada terjadinya insiden yang memalukan diri aku. Semua sibuk cari garam sambil menjerit ”Mana garam, sape pegang garam??” Aku yang baru nak keluarkan ration terus lenggang kangkung menuju ke arah mereka sambil berkata dengan penuh konfiden ”Nah gula ...” lalu disambut oleh Abg Am. Tiba-tiba Abg Am bersuara dan tak pepasal aku kena bahan hanya kerana ration yang ku sangka GULA itu adalah GARAM!! Aduh, dah le tulisan kat plastik tu punya besar tertulis GARAM, sah pewai melanda diriku ini, hehehehe sorry geng!! Lepas makan malam semua cabut tidur melalui mimpi-mimpi indah zZzZzZz ...

Hari ketiga, 08.08.08, Jumaat.
Botak – Puncak Tahan – Kem Gedong:

Seawal jam 9 pagi (awal ke? Ahakss...), aku bangun & menikmati keindahan alam ciptaanNya. ”Subhanallah” itulah ayat yang mampu aku katakan setelah melihat keindahan alam yang memang cantik dengan matahari mulai terbit, view gunung-ganang rasa tak puas memandang.

Seperti hari sebelumya, selepas sarapan, packing & melakukan sedikit senaman ringan, kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Tahan, azaaaaamm!! Kalau dilihat dari Botak, rasa macam dekat je puncak Tahan tu, alahh kira kacang je la ... sekali jalan, hambik habuan, dah rasa macam mau mangkat!!! Huhuhuhu ...

Akhirnya lebih kurang jam 12.15 tengahari kami mencatat sejarah bertarikh 08.08.08 berada di puncak gunung Tahan !! Alhamdulillah, tak sia-sia pengorbanan dan kepenatan yang dilalui. Tiba-tiba aku terasa sebak apabila menyaksikan dengan mata kepala sendiri keindahan alam ciptaanNya, memang cantik !! Dan aku akui, sebab itulah ramai yang sanggup bersusah payah memanjat Gunung Tahan kerana kita pasti akan merindui suasana yang aman damai ini. Lama jugak kami lepak dipuncak, maklumlah bukan selalu dapat ke sini. 

Kami minum ‘air kemenangan’ dan masing – masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan. Yang menariknya, kami memegang ‘nombor keramat’ 08.08.08 untuk dikongsi bersama rakan OGKL dan rakan-rakan lain nanti (saja bikin panas ... ). 

Seperkara yg menarik kat atas puncak dan di kem-kem yang kami lalui adalah toilet free, tiada bayaran diperlukan, anda cuma perlu cangkung & nikmatilah keindahan alam semulajadi. Tapi jangan lupa angkut air sebab tak semua tempat ada air. Di puncak juga terdapatnya tapak kaki seperti di Gunung Datuk, tapi di sini tapaknya lebih lebar. Siapa punya tapak lah yang tertinggal hehehehe ...

Perjalanan diteruskan menuju ke kem Gedong. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan yang dipenuhi dengan pokok periuk kera kecil berwarna putih kemerahan yang sangat cantik. Perjalanan kali ini sama seperti semalam iaitu melalui trek lapang dan terbuka. Kami berhenti untuk lunch di satu tempat terbuka sebelum sampai di Bukit Berapit. Ketika inilah Kak Nina membuat satu panggilan kepada Abg Deeno. Riuh rendah dibuatnya. 

Tiba di Bukit Berapit kami berehat lagi dan selepas mendapat info mengenai jarak perjalanan serta keizinan dari guide maka sekali lagi ‘dapur haram’ dibuka ( boleh gitu ?? Ehehehe ... ). Kami menikmati meggie & air teh berperisa mangga (hmmm syedaappp...) sambil menikmati keindahan alam dari Bukit Berapit, perghhh aman damai... Dari sini juga kita boleh lihat Kem Padang yang sudah ditumbuhi pokok- pokok hijau kerana telah lama tidak dilalui oleh pendaki. 

Puas bergambar kami beredar sehingga ke kawasan serpihan jet pejuang terhempas pada zaman Perang Dunia ke-2 (kalau tak salah laaa...). Kami mengambil peluang bergambar di sisi bangkai jet pejuang itu untuk kenangan peribadi dan juga tatapan rakan-rakan lain hehehehe .... Perjalanan ke kem Gedong tidak begitu jauh daripada bangkai jet pejuang ini.

Sampai di kem Gedong, pasang khemah serta flysheet dan terus memulakan aktiviti memasak yang diketuai oleh chef Nina. Kawan - kawan lelaki memulakan kerja mencari dan menceduk air hasil daripada lopak-lopak yang ada di situ bagi digunakan untuk memasak dan kegunaan lain. Selepas makan aku tidur awal sebab dilanda keletihan yang amat sambil mengenangkan apa lagi nak jadi esok huhuhuhu...


Hari keempat, 9 Ogos 2008, Sabtu.
Gedung – G.Reskit (GR) – G. Tangga 15 (GT15) – Pangkin – Kuala Teku (KT):

Seperti biasa pagi kami dimulakan dengan breakfast dan aktiviti rutin lain. Tapi kali ini suasana dirasakan begitu menggembirakan sekali dengan cuaca yang cantik, view yang indah. Kelihatan sana sini rakan- rakan membawa cawan atau botol untuk mendapatkan air daripada lopak bagi menggosok gigi. Seronok sangat melihat suasana sebegini.

Guide memaklumkan perjalanan hari ni agak jauh dan kami akan melalui banyak gunung sebelum tiba di Kem Teku untuk bermalam.  Memang perjalanan hari ini sangat mencabar, treknya berbatu-batu dan berakar, kena panjat dicelahan batu sebelum tiba di Gunung Tangga 15 (GT15). 

Tangga pertama yang dilalui bikin jiwaku bergolak seperti dilanda ribut taufan. Perasaan gayat menerjah, tangga pertama yang wajib dilalui ini terlalu tinggi dirasakan, ku pandang ke bawah, aduhh sayup je. Masa turun tu ketaq jugak la lutut ni, perasaan takyah nak cerita, masa ni lah ada rasa nak terkucil, memerut, kira semua rasa adalah tapi ku tahan jebat !!! Bila dah berjaya sampai bawah aku tarik nafas lega. 

Selepas beberapa minit trekking, aku terpaksa melalui tangga–tangga yang lain lagi dan lagi sehingga menyebabkan aku lupa untuk membuat kiraan bilangan tangga serta jumlah anak tangga yang dilalui gara-gara ‘ketaq kulop’ (ayat sebenar ‘ketaq lutut’ tapi gara-gara seram punya pasal sampai tersasul daa ...).

Daripada GT15 ke Gunung Reskit (GR), dari GR ke Gunung Pangkin (GP) dan akhirnya ke Kem Teku (KT). Aduhh jauh lagi... Perjalanan hari ni agak membosankan sebab terlalu banyak layan trek turun, tambahan pulak kaki dah mula menjerit mintak tolong. 

Aku tanya pada Din Kulop ketika berehat di kem Pangkin Bawah, ”Jauh lagi ke?”. Jawapan dia yang bisa membuatkan aku terkelu dan tersengih ialah ”Kalau tak angkat beg memang tak gerak la kita” hehehehe, terkena aku !! Jadi tanpa banyak songeh, selesai je lunch kami cargaaaaaaass!! 

Oh ya ada kisah lucu yang nak dikongsi bersama. Din Kulop guide kami yang best itu telah terkantoi dengan Wak Jan ketika dia sibuk membersihkan telur yang pecah di dalam begnya. Tanpa di sangka-sangka, Kak Nina memerhatikan tingkah laku Wak Jan dan tiba-tiba Kak Nina tergelak besar apabila Wak Jan mengangkat bekas gas biru sambil menunjukkan permukaan sebelah bawahnya yang tertulis dengan perkataan ”DIN KULOP PUNYER”. Aduhh lawak sungguh !!! Patutla semasa di GT15 Din Kulop senyap je bila aku tersasul sebut ayat tu, rupanyer gelaran dia daaa ... aduh mak lawak sungguh!! Dan akhirnyer Din Kulop telah menjadi ‘bahan utama’ kami pada hari itu dan seterusnya.

Akhirnya sampai juga kami di Kem Teku (KT) pada jam 8.00 malam, dengan sedikit OT.  Seperti biasa naikkan flysheet, pasang khemah dan sediakan makan malam. Lepas tu apalagi aku pun terjun sungai la, fuhhhh bestnyer dapat mandi, almaklumlah dalam hutan ni bukan selalu dapat mandi hehehehe... 

Malam tu semasa makan malam kami turut menikmati ‘air sarsi original’ (kami kikis sikit kulit pokok sarsi masa turun tadi). Agak sedap cuma ada rasa herba sikit. Aktiviti biasa, lepas makan, borak ala kadar dan kemudian aku terus masuk tidur. Tengah malam tu aku terjaga ketika hujan turun dengan lebatnya. Dalam hati berdoa agar hujan kembali reda sebab sekiranya hujan turun dengan lebat dan air naik kemungkinan besar perjalanan tidak dapat diteruskan kerana perjalanan esok akan melintas dan melalui sungai.

Hari kelima, 10 Ogos 2008, Ahad.
Kuala Teku (KT) – Kuala Puteh (KP) – G. Rajah (GR) – Kem Tengah (KT):

Alhamdulillah, hujan malam tadi hanya sekejap dan perjalanan kami boleh diteruskan tanpa apa–apa halangan. Seperti biasa pagi kami dimulakan dengan sarapan dan aktiviti rutin yang lain.  Kami juga telah dimaklumkan oleh guide bahawa perjalanan kami hari ini akan melalui 8 batang sungai.

Perjalanan agak membosankan, kena redah 8 batang sungai, sampai naik kembang kuku kakiku ni, kemudian melalui batu-batuan di tepi sungai yang teramat lah licin, silap sikit memang terseliuh la jawapnya. Amy banyak membantu aku ketika melintas sungai, nak tak nak aku terpaksa pegang beg dia, kalau tidak confirm basah kuyup. Disebabkan cuaca hujan malam tadi, ada beberapa sungai yang mempunyai kedalaman tahap paras pinggang dan arus deras. Nasib baik ada tali disediakan untuk berpaut, takdelah rasa terlalu gayat. 

Tiba di Kem Putih (KP), macam biasa rehat sekejap dan sesi ‘dapur haram’ pun bermula. Patut la tempat ni diberi nama Puteh, airnya sangat jernih, putih bersih. Perjalanan diteruskan menuju ke Gunung Rajah(GR).

Lebih kurang hampir jam 7.00 malam kami tiba di puncak gunung Rajah (GR), sementara berehat sambil menghormati kedatangan waktu Maghrib, Amy dan Wak Jan sepantas yang mungkin membuka ‘dapur haram’. Ketika ini terjadinya insiden yang pada aku agak kelakar lah. Amy dan Wakjan ingin menguji dan mencabar sejauh manakah masa terpantas untuk Hadri memanaskan air dan seterusnya menyediakan air minuman. 

Semasa Hadri nak menyalakan api, entah macam mana tetiba api dapur menyambar terus terkena ‘jambul cari makan’ si Hadri, hmmm apa lagi terbakar la jambul kawan tu. Takde siapa pun yang menunjukkan reaksi simpati, kami semua bantai gelak berjemaah tak ingat dunia sampai sakit perutlah Selesai menghabiskan minuman lebih kurang dalam jam 7.30 malam, kami pun meneruskan perjalanan ke Kem Tengah.

Akhirnya lebih kurang jam 8.15 malam kami tiba di Kem Tengah untuk bermalam. Di campsite, seperti biasa kami naikkan flysheet, pasang khemah dan menyediakan makan malam. Malam tu kami berborak macam trip dah selesai je, semuanya bergembira kongsi pengalaman. Cuaca malam tu agak panas, ramai yang melepak dan tidur di bawah flysheet kecuali aku dan Kak Nina masuk ke kepompong (khemah), berpeluh-peluh kami dalam khemah, macam buat sauna pulak.

Hari keenam, 11 Ogos 2008, Isnin.
Kem Tengah (KT) – Melantai – Kuala Tahan

Hari ni merupakan hari terakhir bagi kami semua mengakhiri ekspedisi yang boleh dikatakan seronok tapi agak memeritkan, mental beb !! Rutin di waktu pagi seperti biasa, breakfast dan packing barang. Kemudian perjalanan ke kem Melantai pun bermula. Sepanjang perjalanan, kami melalui 27 bukit dengan keadaan trek yang turun dan naik, sampai naik krem kakiku ini. Akhirnya kami tiba di Melantai dan berehat untuk menikmati makanan tengahari. Ada yang makan tepi sungai dan terjun mandi. Pada mulanya 2-3 orang je yang mandi, sekali lepas kena racun, habis semua gedebushhh!! Tak tahan dugaan tengok kawan-kawan bergembira mandi hehehe ...

Selesai mandi, perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Tahan dengan trek sejauh 12km. Trek permulaan banyak turun naik dan kemudian menemui jalan bahagia yang tiada berkesudahan.. Terasa jaaaaaaaaaaaauhhh sangat!! Paling menggembirakan hati bila tengok signboard ”Kuala Tahan 2km”, yeeehaaaa bestnyerrr !!! 

Masa tu walaupun kaki dah lenguh tapi kerana ingat dah nak sampai, masing-masing berdesup, laluan berbukit bukau pun diredah dengan penuh senyuman. Jalan punyer jalan punyer jalan, tak sampai-sampai lagi, rasa macam dah berjalan lebih 5km, aduhh Tipah Tertipu !!! Nak tak nak perjalanan harus diteruskan.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di Kuala Tahan. Alhamdulillah, azab dah selesai, esok tak ada lagi benda yang perlu difikirkan. Kami terus pasang khemah dan membersihkan diri. Sepantas yang mungkin kami cargas berjemaah untuk menikmati makan malam di restoran terapung yang terletak diseberang sungai. 

Sebelum bergerak, kak Nina ada mengingatkan pada kami supaya simpan beg di dalam khemah bagi mengelakkan barang-barang dari disondol oleh khinzir. Masa tu aku dah keletihan memang dah tak terfikir nak kemas beg, dalam kepala duk terbayang makanan yang sedap-sedap dan disebabkan itu aku tak perasan pesanan Kak Nina tu.

Makan malam kami hari itu ditaja oleh abg Adzmin sempena meraikan tamatnya himpunan pendakian gunung –gunung G7nya. Selesai makan kami singgah sekejap di kedai souvenir berhampiran Masing-masing membeli stok makanan dan minuman untuk di’belasah’ pada malam itu. 

Malam tu aku seronok sangat. Perut dah kenyang, esok dah tak perlu redah jalan yang meletihkan, dapat merasa naik bot walaupun sekejap tapi siapa sangka malang tidak berbau menanti aku apabila tiba di campsite. Kelihatan barang-barang aku bersepah dan beg aku?? HILANG !!! 

Kelam kabut aku dibuatnyer. Tak sangka bukan aku seorang aje yang kena, Wak Jan pun sama tapi beg dia tak hilang cuma isi kandungannya bertaburan disana sini. ‘Skuad pengesan beg’ ditubuhkan dengan segera dengan diketuai oleh Abg Am. Cari punyer cari ... jumpa dalam semak berhampiran sungai. Habis koyak rabak zip beg aku. Masa tu keluarlah macam-macam ayat yang tak sepatutnyer dituturkan sampai semua yang ada terkejut mendengarnyer, sebab  marah punyer pasal. 

‘Skuad menyamak beg’ ditubuhkan segera, kawan – kawan pun terus turun ke sungai berdekatan bagi mengadakan sesi samak dengan diketuai oleh Hadri. Untuk info, akibat dari kejadian inilah beg aku digelar ‘Lafuma B’ manakala beg Wak Jan ‘Deuter K’. Nasib, nasib...

Selesai sesi samak menyamak, kami pun lepak berborak sambil menikmati kudapan (french fries & keropok) serta air kotak/tin yang di’tapau’ tadi. Ada la seekor khinzir yang begitu rajin mengusha kami dengan harapan dapat diberi makanan barang dua–tiga ketul. Sorry naik loriiii, mampus tak layan. 

Pada masa tu juga ada la berlaku satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Ada la seorang hamba Allah ni (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan hehehehe ...) sampai tunggang terbalik ‘tergolek dog’ berlari nak memanjat tunggul gara-gara khinzir datang mengintai. Giler lawak beb!! Ehehehehe ... 

Selesai sesi borak, kami terus berkemas untuk tidur. Semua beg dan peralatan diletak atas rak tong sampah atau disangkut atas pokok untuk mengelakkan dari disondol.

Hari ketujuh, 12 Ogos 2008, Selasa.
Kuala Tahan – Jerantut – Pekeliling, Kuala Lumpur:

Pagi tu kami bangun seawal jam 7 pagi untuk mandi dan bersiap-siap. Selesai mengemaskan barang, kami menuju ke Pejabat Perhilitan Taman Negara untuk urusan yang berkaitan. Selesai urusan tersebut yang dilakukan oleh Wak Jan dan kak Nina, kami menuju ke kafe yang terletak bersebelahan pejabat untuk menikmati sarapan pagi. Selesai bersarapan, kami bergerak ke arah jeti untuk ke seberang sungai dengan menaiki bot dan selepas itu kami berjalan kaki sedikit untuk ke perhentian bas. Bas yang akan kami naiki bagi menuju ke Jerantut tiba hampir jam 10.00 pagi. Kelihatan beberapa pemuda dari suku kaum orang Asli turut menaiki bas itu. Pada mulanya kami rancak berbual di dalam bas tapi selepas 10 minit keadaan dalam bas kembali tenang aman damai gara-gara semua pendaki telah dibuai mimpi.

Tiba di Jerantut lebih kurang jam 12 tengahari. Masing – masing melilau mencari tempat penjualan tiket bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang untuk ‘pusing–pusing’ pekan Jerantut dengan berjalan kaki. Tiket pulang berjaya dibeli dengan waktu bas berlepas dijadualkan pada jam 2.30 petang. Sementara menanti ketibaan bas, kami berjemaah ke restoran yang berdekatan untuk makan tengahari. Beg – beg kami ditinggalkan di tempat agen penjualan tiket untuk memudahkan perjalanan. Pada mulanya kami bercadang nak makan KFC tapi hasrat terbantut gara-gara tulisan besar tertera ”UNDER CONSTRUCTION” huhuhuhu melepasss ...

Jam 2.30 petang bas kami bergerak meninggalkan Jerantut. Sepanjang perjalanan kami melelapkan mata. Sedar-sedar dah sampai di hentian Pekeliling, Kuala Lumpur jam 5.30 petang. Yang kelakarnya, kami termanggu-manggu dan masing – masing dilanda blur ketika turun di Pekeliling. Macam tak percaya inilah hutan batu yang kami huni selama ini. Bising, pencemaran serta hiruk piruk adalah merupakan lumrah kehidupan di Kuala Lumpur. Ketenangan jiwa selepas seminggu berada
dihutan rimba telah rosak dengan sekelip mata huhuhu ...

Beberapa orang antara kami ada yang balik dan kebanyakkannya menuju ke KL Sentral untuk menikmati ayam goreng KFC. Mahu balas dendam sebab tadi tak dapat nak makan semasa di Jerantut.. Ramai juga rakan OGKL yang datang ke KL Sentral menyambut kepulangan kami pada malam itu. Terima kasih semua. Akhirnya jam 10 malam kami bersurai dengan pelbagai kenangan yang terpahat dan tersemat kukuh di jiwa setiap peserta.

Terima kasih pada semua rakan OGKL yang memberikan semangat untuk kami
semua.

Disediakan oleh:
Rabi’atun Ismail
Peserta program Tahan 08.08.08 OGKL


Thursday 1 August 2013

L08: Eksplorasi Air Terjun Berkelah - Jerangkang


6 -8 Jun 2008 OGKL dengan trip ke air terjun, Air Terjun Berkelah & Air terjun Jerangkang di Maran, Pahang. Seramai 14 orang dipimpin Apip, Wak Jan, Muzammil, VJ, Sathi, Seline, Azad, Wan Pojie, Nurul Ain, Abg Zaini, Cuna, Faizal EBC, Sarah & Azreen.


Jumaat - (6 june 2008 ) 7pm.

Sehabisnya waktu bekerja ku, sepantas kilat ku meninggalkan desktop secepat mungkin sebelum boss ku datang bersama masalah-masalah baru yang perlu di follow up.. sepantas mungkin, aku bergegas ke Taman Desa untuk mengambil Sarah. Kira-kira jam 8.30mlm, kami bergegas ke Central Market (CM). Cuak juga takut lambat sampai nanti.. sebaik saja sampai di CM agak kabur-kabur sebab macam musykil yang mana satu YZ heheh.. Jadi, selepas cubaan menelepon beberapa orang, dah dapat agak mana satu YZ. Maka kami berdua pun ke sana.

Setelah dengar-dengarnya ramai yang belum sampai lagi, aku dan Sarah pun melepaklah makan malam. Lepas dah makan, nampaklah seorang demi seorang peserta-peserta “Trip Santai -Air Terjun Berkelah & Jerangkang" masuk ke restoran YZ tu. (kami teka aja itulah pesertanya dari segi saiz beg-beg sekalian yang sangat besar). Masa tu ala-ala nak ke belakang jumpa all the participants tapi sebab saya ni pemalu orangnya ahahaha. Maka membatalkan hasrat untuk sementara. Bukan pemalu sebenarnya, tapi lambat warming up dengan orang-orang yang tak berapa nak kenal.

Selepas sudah lama duduk melepak di depan restoren dan peserta-peserta lain lepak di belah belakang, Abg Apip ( ketua expedisi) pun call kami. “meh lerr join ramai-ramai kat belakang nih” katanya. Mesti dia cam kenapa tak turut beramai-ramai di belakang? Maaf kami ni malu-malu kucing eheeh.. 

Sesudah berbual-bual sekejap, kemudian ada briefing pasal trip dan di situ baru ku tahu rupanya kalau kos perjalanan dah tulis “carpool cost included” maksudnya orang sediakan kereta, maka ku yang sangat kabur ini sudah macam agak cuak. Takkan nak tinggalkan kereta Pican ku di lorong yang gelap lagi meragukan itu. Maka ku bertanya untuk bawa juga Pican ku. Boleh bawa Pican, tapi minyak cover sendiri. tak apa. ok aja. Sebab terasa salah sendiri, sebab tak tanya betul-betul ehehhe.. tapi sedap juga bawa kereta sendiri sebab beg campak dengan senang hati di bonet Pican ku yang sangat cute ahahah…

Apapun, perjalanan bermula kira-kira jam 10.30mlm dari KL, (2 keter, 1 Pajero dan + Pican ku yang tiba-tiba masuk list. Maaf organizer. saya tak tau. Jadi adalah beberapa tempat-tempat perjumpaan sebelum sampai di Exit “Sri Jaya” (satu Exit lepas Temerloh) ehhh jap.. was it Temerloh ke Maran?? errk,, ilang ingatan kejapp ( forgive my Sanguinness huhu :P).. 

Dipendekkan pengenalan cerita yang tak perlu ini.. kami pun masuklah ke lorong yang nak masuk ke Taman rekreasi Air Terjun Berkelah, Pahang. Tidak ku sangka rupa-rupanya jalannya agak mencabar juga untuk kereta comel ku ehehhe.. akan tetapi nasib baik kereta comel ku agak tinggi maka agak berjaya jugalah melalui jalan berlubang-lubang itu. Siap ada jalan runtuh tu. Bila sampai kawasan jalan runtuh tu semua penumpang-penumpang kereta kena keluar ehehehe.. jalan kaki. Pemandu ajalah naik kereta sebab takut “kejejakan” yang hebat akan berlaku heheheh… Maka dipendekkan lagi cerita, lepas jalan-jalan hebat itu, kami tiba di campsite tepi sungai kira-kira jam 3.30pg. Siap-siap khemah semua. Maka semua masuk beradu kira-kira jam 4.30pg.

Sabtu ( 7 June 2008 ) - 6.30 pagi

Kira-kira 6.30pg ala-ala terjaga kesejukan sikit. Masa memula nak tidur tak adalah sejuk. Siap kepanasan lagi dalam khemah, tapi agaknya dah mula berembun sumua sejuk woo. Nasib baik pakai stokin, kira-kira memang tidur-tidur ayam selama 2 jam aaa.. ok fast forward lagi. Selepas semua orang bangun, makan, basuh muka kami memulakan trekking naik ke air terjun Berkelah. 

Jalan mula-mula memberi harapan tinggi sebab jalan ala-ala moden, siap trek simen semua ehehehe. Dalam hatiku… “kalaulah sampai atas jalan begini.. :P”.. ala-ala lepas 5-10 minit jalan (maaf ni hanyalah anggaran perasaan ku sebab ku tak tengok jam pun). Maka trekking luar jalan simen pon bermula. Jalan-jalan awal masih memberi harapan padaku, sebab ala-ala “walk in the park” (ikut term si Faizal). Jalan dan jalan.. wooo.. berhenti di 1st waterfal.. wwuuuuu lawa. Air hijauu. Sempat main cecah-cecah air kejap. Dalam hati masing-masing mesti semua tak sabar nak mandi kat grand waterfall kat atas.. wuuu.. lepas 1st waterfall sudah mula aksi panjat memanjat sikit. Tak apa, masa ni boleh tahan lagi.

Dan kemudian, tibalah part batu-batu yang sangat banyak dan licin. Masa ni agak cuak-cuak jugalah katakan. 1st time memanjat batu batu sambil melihat lubang-lubang besar di tepi... wooo cuak... ala-ala macam eerkkk.. kalau tergelicir boleh menangis ni ehehhe.. but hey after around 2 hours, we all made it.. (rasanya the timing might be more than 2 hours kot.. sebab trip santai maka kami banyak berhenti tangkap gambar waterfall…). Elok-elok sampai atas, hujan sudah mula turun renyai-renyai. Masing-masing duduk termenung berteduh bawah batu besar ala-ala gua ehheeh.

Lepas aksi ala-ala menunggu kira-kira setengah jam kot.. masing-masing buat keputusan nak turun mandi. Maka di sinilah bermula penukaran status “Gred C” trip santai ini mula bertukar menjadi “Cuak dan Cemas” untukku. Masa baru-baru nak masuk mandi manda dekat sungai tu, tiba-tiba abg apip jerit suruh semua naik.. ”air Naik, Air Naik”.. erk.. masa tu semua cepat-cepatlah paut pada tali yang sudah mereka ikatkan (untuk memudahkan peserta melintasi air yang deras) dan berjalan menuju ke tepi, dan di kala ini, air yang sangat deras sudah menolakku ( yer aku yang sangat berat ini pun boleh ditolak dengan arus air yang sangat kuat itu). 

Mula-mula memang cuba tahan kaki kat batu besar sket tepi tuh. tapi entah macammana tergelincir juga dan dikala itu kaki ku terangkat dan air sudah menolakku dengan hebatnya. Bila kaki terangkat, tak jejak bawah, air kuat, tak sempat pikir nak kocak kaki. tangannku berpaut cepat pada tali tu. Dan memang nasib baik tak lepas tali tuh. kalau tak ada agaknya aku sampai bawah air terjun dalam masa hanya suku daripada masa kami daki. uhuhu.. Masa tuh nasib baik lah wak jan sempat tahan aku dari belakang dan aku boleh berdiri semula sambil memaut tali.. huhuhuh.. tapi-tapi lepas tuh.. wak jan pula nak hanyut sikit kena tolak air tu... nasib baik sempat tarik wak jan.. kalo idak.. uhuhuh… air yang menakutkan details sepenuhnya tak dapat diceritakan sebab tiada gambar dalam kamera mekasey Encik Azizan(wak jan) sebab cepat menyelamatkan saya.. huhuhu


Air sungai yang pada asalnya berwarna kehijau-hijauan jernih, bertukar warna menjadi coklat teh susu dalam masa yang sangat singkat.. air turun 2 kali ganda derasnya. wooo menakutkan okay. Pendekkan cerita lagi lepas tu kami terkandas bawah batu ala-ala gua kira2-3 jam kot.. ntahlah.. lupa nk tengok jam. Tapi agak lamalah sebab kene tunggu air kurang deras.

kira2 jam 4-4.30 kut, bila agak-agak selamat nak cross sungai, maka kami mula turun ke bawah.. woohh.. perjalanan turun sangat banyak agenda slide meluncur turun batu ehehhe.. sebab ku tak konfiden ngan grip sandalku, maka better be carefull than sorry kan? so bila agak-gak cuak nak turun batu je, slide. Tapi rasanya trip turun agak cepat sebab kami tak banyak berhanti, tapi ada satu part air terjun tu sempatlah kami berendam kira-kira 10 minit, sementara tunggu geng belakang sampai. tapi masa ni air memang dah teh susu sepenuhnya.

Dipendekkan cerita lagi (wah panjang nih nak muat semua dalam satu entri). sampai bawah. berendam lagi. then salin baju dan bergegas keluar dari area Berkelah. park kereta dekat tepi kedai makan dan naik lori pergi area Jerangkang pula. Woooo... Naik lori kira-kira 40 minit. Memang New Experience and menarik ehhehe.. ala pekerja asing dok berlonggok ramai-ramai di belakang lori ehehhehe. Jalan yang ala-ala roller coaster yang penuh hentakan ahahaha.. but it was fun... yeahh.. 

Sampai Jerangkang, semuar siap-siap ambil barang, dan masa tuh baru perasan beg ration tak bawa rupanya ehehehe.. trajedi betul. cam ala-ala stranded jauh dari civilization ahahah.. but no worries, geng-geng ogkl ni kreatif menyelesaikan masalah... eheh malam tuh kami makan bubur dengan ayam panggang hasil kombinasi ration-ration yang terselamat hihik..

Lepas dinner, ade sessi suai kenal ehehhe.. since ade 14 orang aja so tak adalah lama mana sessi suai kenal ni ehehe.. soklan paling banyak diajukan oleh abg Zaini yang mula-mula mengenalkan diri dia pada saya and sarah sebagai “abg John”. waaahhh.. rupa-rupanya nama dia zaini ehehhe.. boleh kata sumer orang dapat satu soklan dari abg zaini nih heheheh.. bila sampai turn dia.. Semua orang macam tak tau nak tanya apa pula. Lepas suaikenal and briefing sedikit dari abg apip, maka sumua masuk beradu ehehe.. woo.. malam ni memang tidur sungguh-sungguh tapi every few hours terjaga sebab tangan lenguh ahahah.. around 7.30pg barulah ala-ala membangunkan diri keluar khemah.

Ahad ( 8th June 2008 ) 7.30 am

Bangun, keluar khemah, sambil mengajukan soklan kepada Muzamil ” Sungai kat belah mana ek?”

Soklan ku tidak dijawab tetapi di beri statement ”Laa nk teman gi toilet ke?” Hampeh standard la kalau orang tanya sungai mana di pagi hari maknanya nak gi toilet? ahahahah.. tak apa memang hobi encik muzamil mengacau segala peserta yang ada.. ok forward forward.. pagi tu breakfast ala-ala sumbangan orang ramai dan kompilasi barang-barang yang ada hehehe.. siap ada kek wooo.. Orang laincamping mana ada kek.. kami camping santaiii ehehhe... lepas makan, kemas-kemas sikit, naik lah bukit sikit pergi waterfall jerangkang. this time track tak ada panjat-panjat eheeheh. lalu jalan biasa. tapi canak sket aa.. masa mula-mula jalan, hujan dah start renyai-renyai.

Masa ni hatiku berbisik.. “Janganlah air deras lagik.. saya nk mandi air terjun nih huhuhuhu” bila sampai aja air terjun (kira-kira 15 minit perjalanan), hujan sudah turun dengan agak lebat.. kami melihat air terjun dengan wajah sedih... wooo woo hujan.. janganlah deras.. memula ingat nak ajak aja sarah turun lepas tangkap-tangkap gambar dan mandi di sungai bawa tu. (ala2 tak kira nak mandi gak ahahah).. sekali tak lama lepas tu hujan pun berhenti, maka kami panjat laa sikit batuan yang ada dan naik ke kolam air di atas sedikit dan mandddiiiiiii.. weehuuuu.. 

Akhirnya selepas 2 hari boleh berendam ehehe.. as usual, ku bila mula-mula nak masuk air memang agak lembab sebab seejukkkkkkk.. ala-ala rendam kaki... kemudian masuk pinggang.. thennnnn.. lama sikit baru rendam terus aahaha.. tapi lepas aku dah rendam terus tuh, jawabnya lamalah dok dlm air tuh tak mau keluar-keluar eheheh... sronokknya mandi manda ahahha.. sudah dapat statement dr abg apip ”woo… rupanya budak ni hantu air” heheheheh.

Lepas dah ala-ala berendam sakan, minum-minum sket, tangkap-tangkap gambar beramai-ramai, maka kami pun turun lah.. adelah aksi-aksi slide slide sebab licin eheheh.. camner lah derang nih sumer leh jalan selamber je hebattt... ku memang tokleh... maka ku slide je ehehehh ... sampai campsite.. kami mandi second round pula... ni ala-ala mandi puas.. siap-siap sabun shampoo segala ahahaha ooopppsss...

Pendek cerita. lepas siap-siap semua, aktiviti menunggu lori yang tak kunjung tiba pula eheheheh.. masa tunggu lori, masing-masing duduklah bersembang.. then tiba-tiba dengar bunyi dari jauh… masing-masing dah angkat kepala ingat lori sampai... waaaa.. tertipu... rupa-rupanya ada 2 scrambler naik entah buat apa entah bising-bising situ... prektis pemende agaknya... lepas tertipu skali.. kira-kira setengah jam lepas tuh, skali lagik scamblers ituh menipu kami... tapi tak lama lepas kena tipu kali kedua.. lori pon sampai… maka kami naiklah lori selama 40 minit juga.. tapi this time boleh tengok keliling sebab siang.. ehehhe semlm tak nampak sangat sebab gelap :p..

sampai di luar… masing-maisng menyerbu nasi, kelaparan ehehhe.. habis makan, ade post mortem.. then sumer pulangg….wwuuuu wuuuu.. sronotttt.. tp sob sob dh nk kene pulang.. esok pagi kijer.. sob sob…

woo.. kuku kaki sudah nyawa2 ikan. bulan lepas 2 toenails sudah biru dan hitam sebab langgar kasut yang hebat masa turun gunung.. this time, kuku kaki dah nyawa2 ikan sbb terlanggar batu masa aksi hanyut semlm… tadi dah cam buat2 usaha nk cabut kuku tuh.. sudah rendam dalam air panas.. tp masih ade serpihan hujung yang lekat lagik kat isi.. maka tak sampai hati nk tarik… maka kuku ku masih di situ melekat ala2 tak ikhlas..(hopefully mlm ni masa tidur tanpa sedar akan terlanggar apa2 and tercabut tanpa sedar)

Dipetik dari blog azreen 

- azreen -