logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 4 April 2018

XPDC Gunung Chepar di Lenggong Perak

Salam,

XPDC ke Gunung Chepar yang terletak di Lenggong Perak adalah trip bukan dalam jadual OGKL tapi menggantikan Gunung Duri atas sebab-sebab tertentu. Warga OGKL seramai 20 orang cuba mendaki gunung yang berketinggian 763 meter dari aras laut.

Kami berhenti di Petron Padang Rengas untuk berehat. Selepas ketua program Nizar atau Ferhad dan juru pandu arah Ainol melapor diri di balai polis kami tiba di permulaan trek di Kampung Ulu Chepor untuk meletak kereta dan sessi taklimat.

Laluan meletak kereta dialihkan kerana diberitahu ada lori akan lalu lalang nanti.

Tepat pukul 10 pagi seperti jadual kami bergerak di ketinggian 200 meter. Laluan melalui kebun orang dan ditutup dengan wayar-wayar. Kurang sejam setengah kami menuju ke tempat mengambil air terakhir. Selepas itu perjalanan mula menaik dan menaik. Ada satu tempat AJK kami ada di serang tebuan tapi keadaan beliau tidak kritikal.

Kami berhenti di Batu Kelawar@gua untuk makan tengahari. Selepas makan kami meneruskan perjalanan menaik lagi sehingga sampai ke Kem Shahrul dan menuju ke puncak pada pukul 5 petang. Puncak nya besar cuma beirut sudah hilang dilanggar gajah dan terdapat laluan binatang di sebelah sana. Sekitar 12 tengah malam ade khemah kami di serang semut besar yang datang entah mana. Malam ini hujan sikit-sikit tapi sekejap. 

Esoknya kami turun pukul 10 pagi. Kami tersesat beberapa kali namun dapat tiba di tempat letak kereta. Sebelum itu kami singgah makan tengahari selepas melaluo jambatan. Selepas makan dan berenti di masjid kami berpisah. Jalan dilaporkan agak sesak. 

Sekitar 1 pagi ramai yang baru tiba di rumah. Sekian perjalanan hari ini.

Gambar-gambar adalah dari rakan-rakan yang terlibat.  

singgah di Petron Padang Rengas untuk agih makanan 
rehat 5 minit 
dari jauh nampak puncak Gunung Chepar memanggil-manggil 

antara spesis-spesis yang ditemui

puncak view 
makan tengahari di Batu Kelawar



meneruskan perjuangan 
tiba di puncak dan menyaksikan tapak kemsite yang luas dan beirut yang rosak 
menyiapkan kelengkapan
pasang khemah di puncak

bergambar di puncak  

gambar kumpulan
bergerak turun kena loop dan regroup dan meneruskan perjalanan semula
panaskan kuah kacang masa tengahari sebelum keluar tak sampai 20 minit perjalanan dari sini


0 comments:

Post a Comment