EKSPEDISI LAWIT BATIL Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dengan
kerjasama Kelab Gagau Kemaman (KGK)
25-28 Oktober 2019
Biarpun bukan puncak tertinggi, tetapi
Gunung Lawit merupakan gunung yang bernama tertinggi di Terengganu. Ia
merupakan impian bagi beberapa insan yang berjiwa halus dan yang mencari
kelainan. Ianya tidak mudah dijejaki dan perjalanan yang agak sukar memberi
cabaran kepada Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dan Kelab Gagau Kemaman (KGK)
untuk menganjurkan misi ini bersama pada tarikh 25-28 Oktober 2019.
Pada malam 24.10.19, team dari Kuala Lumpur
bertolak menuju ke Kampung Pulau Panjang, Jertih. Tiba di sana seawal pagi
Jumaat dan berkumpul di sebuah surau untuk pembahagian ration sambil menunggu
lori dan pacuan 4 roda membawa ke kebun kelapa sawit. Sebelum tiba di lading
sawit, kami menikmati sarapan di sebuah gerai di tepi jalan. Di situ pemilik
gerai yang bernama Kakti, sudah siap sedia membungkus makanan tengahari kami
bersama teh O ais.
Lebih kurang jam 12 tengahari selepas
taklimat ringkas kami mula berjalan menuju ke pintu rimba dan berhenti di
checkpoint pertama di tepi sungai Keruak untuk menunaikan solat zohor/asar.
Meneruskan perjalanan dan tiba di kemsite pada jam 10 malam.
Perjalanan untuk hari kedua, kami bermula
dari kemsite pada jam 9:45pagi ke Punca air sebelum ke Puncak Batil. Hujan
mulai turun rengai-rengai kadangkala lebat sehingga petang. Mungkin untuk
memenuhi lopak air yang menjadi punca air bagi trip kali ini. Semua berjaya
tiba di kemsite kedua pada jam 5 petang. Khemah dipasang merata tempat sehingga
ada yang menghampiri puncak berikutan tiada kawasan lapang yang mencukupi untuk
39 orang pendaki.
Hari ketiga paling mencabar. Selepas
bergambar di Puncak Batil, kami meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Lawit
pada jam 10:45 pagi. Cuaca sangat baik dan nyaman mengiringi kami menikmati
keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan ke puncak Lawit. Ramai yang
terleka dan menghabiskan banyak masa mengambil foto kenang-kenangan dan
menghirup air dan udara yang bersih sepanjang perjalanan, Sebelum tiba di
puncak, kami rehat sebentar di Kem Siam yang terletak antara lembah
Batil-Lawit. Di sini terdapat punca air yang mengalir ke arah sungai kecil
tidak jauh ke bawah yang dijumpai oleh Abang Bakh.
Setelah tiba di Puncak Gunung Lawit lebih
kurang jam 1:30 tengahari. Setelah menikmati makan tengahari dan bergambar,
kami mulai turun pada jam 3 petang. Tiba semula di kemsite pada jam 6 petang
dan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Kemsite pertama kami. Pada jam 1
pagi, kami tiba di kemsite kami yang pertama.
Hari terakhir agak tenang sedikit.
Masing-masing bergurau senda bergembira sambil mengemas untuk pulang. Jam 12
tengahari kami semua mulai turun ke kaki gunung. Cabaran di sini semestinya
trek pacak dan berlumpur. Masing-masing macam baru lepas berkubang mengejar
kerbau di sawah. Tiba di sungai Keruak pada jam 4 petang dan mengambil
kesempatan untuk membersihkan diri dan solat zohor/asar di sini. Kesemua
peserta tiba semula di lokasi menunggu lori pada jam 5 petang. Kemudian lori
singgah di kedai Kakti untuk menikmati pisang, labu dan tapai ubi goreng beserta teh O ais.
Setelah berkemas dan
membersihkan diri, masing-masing menjamu selera sebelum bertolak pulang ke
destinasi masing-masing.
Saya selaku Ketua
Program mewakili kelab OGKL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat terutama teraju utama KGK Encik Hamdan Azmi serta penunjuk
arah iaitu Encik Effendi, Ropi, Roy, Ijak serta Hazim. Terima kasih juga kepada
semua AJK; yang bertugas Jant, Ajib, Ijam dan Parok, juga AJK yang membantu
pengurusan sebelum trip. Trip kerjasama ini membawa seribu makna serta
pengalaman baru pada kami selaku AJK. Banyak ilmu yang dapat dipelajari, banyak
kawan yang dapat dikenali. Semoga jalinan ukhwah diteruskan dengan restu Ilahi.
Terima Kasih Daun
Keladi,
Semoga Kita Berjumpa
Lagi
-KP Lawit Batil-
TEAM LAWIT BATIL
OGKL-KGK 2019
1. Hamdan
2. Bakhtiar
3. Nik Fakhri
4. El Jed
5. Husamuddin
6. Hafiz
7. Sani
8. Farhana
9. Fahmi
10. Hasnain
11. Azman
12. Nazri
13. Hairul
14. Intan
15. Fairuz
16. Asyikin
17. Syafiq
18. Jimmy
19. Hazan
20. Habsah
21. Amy
22. Yuen
23. Khoo
24. Jason
25. Alan
26. Wani
27. Simon
28. Julie
29. Amra
30. Parok
31. Ijam
32. Haziq
33. Jant
34. Rose
35. Hazim
36. Izzat
37. Roy
38. Ropi
39. Effendi
0 comments:
Post a Comment