Salam,
Pada 6 April 2019 yang lepas, Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) telah
mengadakan satu aktiviti mendaki Trans Panti di daerah Kota Tinggi. Ekspedisi mendaki kelolaan
OGKL yang julung kali diadakan di selatan tanah air ini, diketuai oleh saudara Azim Jalil dan
dibantu oleh saudara Sofian Wahab dan saudara Qois Zawawi. Seramai 27 orang peserta
termasuk kru telah menyertai pendakian kali ini dan dipandu oleh Encik Nizam Sharif dari NZ
Outdoor sambil dibantu oleh 2 orang kru NZ Outdoor.
Seawal 9.30 malam, sehari sebelum para peserta yang menaiki van sudah mula
menunggu van di TBS. Seramai 7 orang peserta menaiki van yang disediakan manakala yang
lain memilih untuk bergerak sendiri. Perjalanan dari KL ke Masjid Kota Tinggi mebngambil masa
selama lebih kurang 4 jam. Peserta yang terawal tiba di masjid ialah Azrah pada pukul 4.00 pagi
manakala Alia menjadi peserta terakhir yang tiba pada pukul 7.00 pagi.
Usai melakukan solat subuh, para peserta mula bergerak ke kedai makan pada pukul 6.45
pagi. Sarapan nasi lemak dan teh o panas telah disediakan bagi melicinkan urusan sarapan.
Pada pukul 7.15 pagi, para peserta mula bergerak ke tempat parking untuk menaiki lori. Pek
makanan tengahari dan snack juga turut diedarkan ketika ini. Lebih kurang 8.00 pagi, lori mula
bergerak menuju titik permulaan mendaki. Sebanyak dua lori telah digunakan untuk memastikan
keselesaan peserta mengharungi 1 jam perjalanan menaiki lori.
Lori telah tiba di titik permulaan pada pukul 9.00am. Selepas sedikit sesi taklimat dari
ketua program dan pihak NZ Outdoor, sesi regangan badan telah diadakan dengan diketuai
saudara Azim. Selsai sesi regangan badan, bacaan doa oleh saudara Awwab telah diadakan
untuk untuk mendapatkan keberkatan sepanjang perjalanan kami nanti.
Perjalanan dimulakan pada pukul 9.10am. Checkpoint pertama yang bakal ditempuh oleh
para peserta ialah Batu Tenggek. Pada fasa ini, peserta dihidangkan dengan trek memanjat di
sepanjang perjalanan. Mengikut penilaian ketua program, tahap kesusahan untuk fasa pertama
ini ialah A-. Trek ini agak menguji stamina para peserta terutamanya yang masih belum tidur di
sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur. Kerap terdengar komen-komen nakal seperti, “Kata
santai!”, bergema sepanjang perjalanan. Ketua program hampir mati akal untuk memotivasikan
para peserta. Akhirnya selepas 2 jam 15 minit perjalanan dan beberapa kali berhenti mengambil
nafas, para peserta selamat tiba di Batu Tenggek pada pukul 11.25am.
Selepas selesai sesi penggambaran di Batu Tenggek, perjalanan diteruskan lagi pada
pukul 12.00pm menuju checkpoint kedua, Panti Utara. Pada fasa kedua ini, keadaan trek yang
sangat landai berjaya menaikkan kembali moral para peserta. Ketua program juga turut berasa
lega apabila para peserta kembali menyanyi riang dan bertepuk tampar sepanjang perjalanan.
Namun jauh di sudut hati, ketua program turut mengeluh selepas dimarah ketika trek menaik
namun tidak dipuji ketika trek landai. Trek yang landau ini juga turut dihiasi dengan pemandangan
pokok-pokok berbatang kecil di sepanjang perjalanan. “Spot ini macam di CBL la!”, ulas salah
seorang peserta. Mereka turut tidak melepskan peluang untuk mengambil gambar di sepanjang
trek.
Namun begitu, akibat terlalu santai berjalan di sepanjang trek, hampir kesemua peserta telah terlepas papan tanda menunjukkan puncak Panti Utara. Hanya ketua program yang kebetulan berada di belakang sekali tiba di lokasi papan tanda lebih kurang pada pukul 12.25pm dan berpeluang mengambil gambar di puncak ini. Keadaan puncak yang hampir-hampir sama tinggi dengan trek juga tidak membantu sama sekali.
Para peserta bergambar di tengah trek
Pelbagai aksi lucu para peserta
Pokok periuk kera
Cendawan beracun
Papan tanda Panti Utara
Ketua Program di puncak Panti Utara
Namun begitu, akibat terlalu santai berjalan di sepanjang trek, hampir kesemua peserta telah terlepas papan tanda menunjukkan puncak Panti Utara. Hanya ketua program yang kebetulan berada di belakang sekali tiba di lokasi papan tanda lebih kurang pada pukul 12.25pm dan berpeluang mengambil gambar di puncak ini. Keadaan puncak yang hampir-hampir sama tinggi dengan trek juga tidak membantu sama sekali.
Tepat pada pukul 12.50pm, para peserta mula tiba di puncak Panti Timur. Ketua program
telah mengambil keputusan untuk berhenti berehat lama di sini bagi memberi peluang kepada
para peserta untuk makan tengahari dan menunaikan solat zohor. Alas duduk telah dibentangkan
dan ramai dari para peserta mengambil peluang ini untuk baring dan melepaskan lelah di dada.
Kru juga telah menyediakan minuman panas, teh O, untuk para peserta. Namun sedikit kecil hati
dirasakan oleh pembuat teh O apabila minuman yang dihidangkan telah menerima kecaman
akibat kurang manis dan dibandingkan dengan air yang disediakan oleh pakar membuat teh O
OGKL iaitu saudara Ijam. “Sudahlah penat memikul air, sudah dibuat dikecam pula.” Getusnya di
dalam hati. Selama satu jam telah digunakan untuk berehat di sini. Sebelum bergerak, para
peserta telah bergambar kenangan di papan tanda Panti Timur.
Papan tanda Panti Timur
Para peserta berehat melepaskan lelah
Gambar kenangan peserta di Panti Timur
Tepat pada pukul 2.00pm, perjalanan diteruskan lagi menuju Panti Tengah. Keadaan
peserta yang baru sahaja menyantap nasi putih lauk ayam kicap dan berulamkan dua biji epal
kembali segar dan bersemangat. Keadaan trek pada fasa ketiga ini adalah turun naik namun
tahap naik dan turunnya tidak terlalu jauh. Para peserta telah dihidangkan dengan pemandangan
gunung-ganang di sekitar kawasan itu serta pemandangan bandar Kota Tinggi. Malang tidak
berbau, selepas sejam perjalanan seorang peserta, Fiza, telah mula diserang kekejangan otot
dan perjalanan mula menjadi agak lewat. Namun dengan kekuatan semangat dan urutan oleh
Encik Nizam, Fiza tetap meneruskan perjalanan dengan sengihan. Para peserta telah telah
berjaya berkumpul di puncak Panti Tengah pada pukul 4.00pm.
Para peserta berehat di view spot
Sessi mengurut Fiza
Bergambar kenangan di puncak Panti Tengah
15 minit, itulah adalah masa yang diambil untuk menyelesaikan urusan bergambar di puncak Panti Tengah sebelum perjalanan disambung menuju Panti Barat pada pukul 4.15pm. Ini kerana menurut perkiraan, perjalanan telahpun lewat selama sejam dari jangkaan asal. Perjalanan ke Panti Barat juga adalah landai namun dihiasi pelbagai tumbuh-tumbuhan meliar termasuk rengas. Peserta sangat berhati-hati ketika melalui trek ini untuk mengelakkan kecederaan. Akhirnya pada pukul 4.45pm semua peserta berjaya dikumpulkan di check point terakhir ini. Semua peserta telah mengambil peluang ini untuk berehat lama dan menikmati pemandangan. Antara pemandangan yang dapat dilihat dari puncak ini ialah bandar Kota Tinggi, Gunung Muntahak dan Gunung Sisek.
Papan tanda puncak Panti Barat
Peserta bergambar kenangan
Pemandangan dari puncak Panti Barat
Bersantai di puncak Panti Barat
Qois bersama peserta cilik
Pangkin di pucak Panti Barat
Peserta bergambar kenangan di puncak Panti Barat
Akhirnya selepas puas bergambar di puncak Panti Barat, perjalanan menuju ke parking kereta menjadi fasa terakhir dalam siri pendakian pada kali ini. Perjalanan turun bermula pada pukul 5.45pm dan sebelum perjalanan menurun sebenar bermula, para peserta telah diuji lagi kali ini dengan trek teknikal 90 darjah yang memerlukan bantuan tali untuk turun. Rata-rata peserta berjaya turun dengan selamat namun terdapat beberapa peserta yang terlalu gayat sehingga memerlukan bantuan para peserta lain untuk turun. Selepas pelbagai rintangan dan drama dilalui, peserta terakhir berjaya turun dari trek teknikal ini pada pukul 6.20pm. Perjalanan fasa terakhir ini hanya menemukan trek menurun sahaja dan peserta terakhir selamat tiba di kawasan letak kereta pada pukul 8.20pm. Peserta telah bersama-sama bergerak ke masjid untuk mengurus diri, makan malam di kedai makan berkaitan dan bergerak ke homestay yang disediakan pada pukul 11.00pm. Semuanya selamat, Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment