logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday 30 December 2016

Koleksi Video OGKL 2016




Gunung Jirisan, Korea Selatan
Gunung Chondong oleh Faizal FBK
XPDC beraya di Gunung Serundum oleh Faizal FBK
Gunung Gagau Oleh Faizal FBK
Trans Gandik Oleh ZulFazli

Saturday 18 June 2016

Iftar OGKL 2016

Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 18 Jun 2016 (Sabtu)
Masa : 6:30 pm -11:55 pm
Tempat : Nurfarm Agro Homestay, Jalan Kuari 43100, Batu 12, Hulu Langat
Tema : Pakaian Melayu Tradisional


Sekitar persediaan majlis sebelum berbuka:










p/s:credit pic to fb ijam n kak eryn


Selamat berbuka kepada semua.

Monday 6 June 2016

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa..

Tuesday 24 May 2016

Minda Environmentalist 7



Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Dianggarkan bahawa 50,000 spesis haiwan dan tumbuhan hutan hujan tropika PUPUS setiap tahun. Angka itu bersamaan 137 spesis setiap satu hari, atau 6 spesis setiap satu jam.

- Minda Environmentalist -

Saturday 30 April 2016

Minda Environmentalist 6


Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Setiap tahun, negara2 berstatus maju dan membangun (termasuk Malaysia) membazirkan sejumlah 222 million tan sisa makanan yg dilonggokkan di pusat2 pelupusan sampah. Jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah jika kita ingin memproses makanan untuk keseluruhan benua Afrika, tidak termasuk negara2 yg sedang berperang.

- Minda Environmentalist -

Selamat Hari Pekerja kepada semua


Selamat hari pekerja kepada semua. Mendaki juga merujuk kepada pekerjaan bak kata pepatah, takde kerja cari kerja. 😆

Semoga semua aktiviti yang anda lakukan mendapat rahmat dariNya. Selamat pergi dan pulang. 


Monday 4 April 2016

AGM OGKL 2016 -2017


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Mesyuarat Orang Gunung Kuala Lumpur sessi 2016 - 2017.

Penasihat                : Zainudin Bin Lot
Pengerusi               : Mohd Shukri Bin Ghazali
N.Pengerusi           : Mohd Hadri Aswad Bin Salim
Setiausaha              : Razman Bin Arsad
Bendahari               : Mohd Khairul Nizam Bin Ismail
Ajk                         : Abd Jalil Bin Abd Hamid        
: Ahmad Zulfadli Bin Ahmad Husaini 
: Mohamad Alif Bin Abdullah
: Muhammad Shafeeq Bin Mohd Safian
: Rosmawati Binti Hamzah
AJK Sokongan       : Muhammad Haziq Bin Yahya
: Muhammad Nizar Bin Syawal
: Mazrizal Bin Mohd Tajuddin
: Mohd Shamil Bin Samad
: Shahruizwan Bin Sharudin
: Mohd Khalili Bin Zakaria

: Nur Aliani Binti Che Sab

Monday 29 February 2016

Hadiah Ekslusif OGKL 2016



Assalamualaikum dan salam rekreasi
HADIAH
Ekslusif buat rakan-rakan ahli OGKL tahun ini, kami ingin menghadiahkan anda Baju-T Eksklusif "Loyalty Version" sebagai tanda penghargaan kami terhadap penglibatan, keterusan dan kesetiaan anda bersama OGKL. Keluaran pertama akan diagihkan pada Mesyuarat Agung (AGM) OGKL pada 27hb Mac 2016 ini, jadi apa yang perlu anda lakukan untuk dapatkan hadiah istimewa ini?
1. Perbaharui/jelaskan yuran keahlian 2016 sebanyak RM20 setahun SEBELUM 19hb MAC 2016.
2. Bayaran yuran boleh dibuat kepada nombor akaun di bawah:
Maybank 162106524710 NORSHARAINI RAMLI
*Simpan resit sebagai bukti
3. Hubungi Norsharaini Ramli (Ayong) di 012-620 3731 atau FB Sha Ain Ramli.
4. Maklumkan bahawa anda sudah jelaskan bayaran yuran dan beri saiz baju. **Material baju adalah cotton.
5. Hadir AGM OGKL pada 27hb MAC 2016 untuk dapatkan Baju-T Eksklusif "Loyalty Version" anda.
***Rakan-rakan yang belum menjadi ahli boleh mendaftarkan diri setelah memenuhi syarat-syarat keahlian. Syarat-syaratnya adalah telah menyertai program-program rasmi kelab sebanyak 3 kali***

Sunday 28 February 2016

Minda Environmentalist 5


Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Setiap tahun, negara2 berstatus maju dan membangun (termasuk Malaysia) membazirkan sejumlah 222 million tan sisa makanan yg dilonggokkan di pusat2 pelupusan sampah. Jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah jika kita ingin memproses makanan untuk keseluruhan benua Afrika, tidak termasuk negara2 yg sedang berperang.

- Minda Environmentalist -

Tuesday 23 February 2016

Minda Environmentalist 4



Assalamualaikum & Salam sejahtera


Kita menghasilkan 30 billion tan gas karbon dioksida setiap hari, dan hanya 50% drpd jumlah tersebut yg mampu disedut oleh hutan2 & lautan yg semakin hilang & tercemar. Baki 50% lg hanya berlegar2 menyelimuti atmosfera dan memanaskn Bumi.

- Minda Environmentalist -

Sunday 21 February 2016

OGKL #pickitup Sg Pisang 21 Feb 2016

32 guni/plastik
48 sukarelawan
1 misi

Terima kasih kepada semua yang menyertai OGKL #pickitup di Sg Pisang. Jasa dan budi anda semua hanya tuhan yang mampu membalasnya.

Pihak penganjur memohon maaf diatas kekurangan dn kesilapan di masa sebelum, semasa, dan selepas program.

Jumpa lagi di lain event. Terima kasih
Sorotan gambar dan peristiwa boleh lihat di FB OGKL.

~khazanah alam warisan rekreasi~

Sunday 31 January 2016

Minda Environmentalist 3


Assalamualaikum & Salam sejahtera

97% drpd jumlah air di Bumi adalah air masin lautan dan 2% lagi adalah ais beku yg trperangkap di kutub dan glasier. Hanya 0.003% shj adalah air tawar semulajadi yg mnjadi sumber hidup utama manusia sejagat. Namun lebih separuh drpd 0.003% trsebut sudah pun tercemar.

- Minda Environmentalist -

Thursday 21 January 2016

Santai Meneroka ke Trans Gandik OGKL

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


Sebagai Warga Pendaki tegar kita tidak lari dari mencari sesuatu yang baru. Kami di OGKL ingin merealisasikan impian anda... Anda inginkan gunung yang 'rare', masih dara, tidak terlalu 'hardcore', TRANS?, DAYPACK? (kali ni bukan daypack trip 2H1M) :) ~ Julung2 kalinya kami bawakan Ekspedisi Trans Gandik...

Ekspedisi kali ini melibatkan 3 gunung yang terdapat di daerah Ringlet. Mengikut peta gunung-gunung ini adalah, Gunung Bunting - Gunung Tanggung - Gunung Gandik.

Laluan Trek berdenai... jelas dan mudah di daki bersambung antara tiap gunung. Jangan risau tiada tempat merbahaya untuk mengambil gambar merakam kenangan... apa yang lebih penting adalah anda merasai sendiri keindahan denai dan keunikan hutan ini.

*Kemungkinan akan ada aktiviti tambahan sekiranya berkesempatan

Santai Meneroka ke Trans Gandik

Tarikh: 26 Februari (mlm) - 28 Februari 2016
Lokasi: Ringlet, Cameron Highland

Bayaran:
Ahli OGKL: RM140.00
Bukan Ahli OGKL: RM160.00
Deposit: RM80.00

Peserta: 24 orang (sila sahkan tempat anda dengan pembayaran deposit)
Tarikh tutup: 19 Februari 2016 (JUMAAT)
Gred: C mengikut penilaian OGKL

Bayaran meliputi Guide, Peralatan perkhemahan, permit, insuran, Makanan semasa ekspedisi, Pengangkutan (KL-Cameron Highland - KL), Groups First Aid Kits & TSHIRT XPDC

pendek kata ALL IN ~

Sila hubungi AJK berikut:
Nizar(ad) - 017 318 3418: FB Muhammad Nizar
Ajib- 012 942 3732: FB - Arejib Kenya
Cikgu Ros - 012 964 4970: FB - Semut Merah

Pembayaran MBB 162151677725 MUHAMMAD NIZAR 

Sila maklumkan selepas pembayaran dibuat & simpan slip pembayaran untuk pengesahan.

*Semua peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.

*Semua peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1.5 liter bekas air untuk kegunaan memasak.

Tentatif: TBC

-Khazanah Alam Warisan Rekreasi-

Wednesday 20 January 2016

Ogkl Roadtrip ke Krabi & Hiking Naga Peak, Thailand.


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Tahun baru 2016 bakal tiba tidak lama lagi...dengan ini Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) ingin menjemput untuk menyertai program Roadtrip Ke Krabi & Hiking Naga Peak, Thailand...

Berikut adalah butiran aktiviti :-

Tarikh : 04hb (mlm) - 08hb Feb 2016 (Chinese New Year)
Lokasi : Krabi, Thailand
Peserta : 16 orang minimum & 20 orang maximum.
(pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)

Tarikh tutup : 31 Januari 2016

Bayaran :
Rm 500 (ahli)
Rm 550 (bukan ahli)
Deposit : Rm250
BAYARAN MELIPUTI
- Pengangkutan kereta KL - KRABI - KL
- Insurans Perjalanan
- Insurans Daftar kereta
- Permit aktiviti
- Emerald pool
- Penginapan
- Island Hopping
- Snorkeling

BAYARAN TIDAK TERMASUK
- Makanan sepanjang trip
- Shopping

Sebarang perkara boleh berurusan dengan AJK :-

1. Ijam - 018-2023079 / FB Mohd Khairul Nizam
2. Man - 017-3149540 / FB Razman Arsad

Bayaran deposit atau penuh boleh dibuat ke dalam akaun:

MAYBANK
114478062715
MOHD KHAIRUL NIZAM
Sila sahkan pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran dan maklumkan kepada AJK yang bertugas sekiranya sudah membuat bayaran dan simpan resit untuk pengesahan.

**Tentatif program akan dimaklumkan kemudian

Sekian, Terima kasih


AGM OGKL ke-20 2016



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat AHLI-AHLI OGKL.

Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2016 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 MAC 2016 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 12.00pm – 5.30pm

Agenda:
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2015
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2015
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2016/2017
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain

Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/email/whatsapp ke nombor di bawah.

Razman –
Tel : 017-3149540
FB : Razman Arsad
Email: g_man2877@yahoo.com


Hadiah misteri menanti AHLI bertuah yang hadir!! Jangan lepaskan peluang ini!!


PickItUp Sungai Pisang oleh OGKL & #pickitup Initiative



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bersempena kempen yg diterajui oleh #pickitup Initiative, kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) berbesar hati menyambut baik kempen tersebut dengan penganjuran program pembersihan #pickitupSelangor di Air Terjun Sungai Pisang, Gombak.
Berikut adalah butiran program;

Tarikh : Ahad, 21 Feb 2016
Masa : 8 AM
Tempat : Air Terjun Sungai Pisang
Butiran Program : TBA (Secara kasarnya, program pembersihan akan bermula dari Pusat Rekreasi Alang Sedayu, dan sepanjang trek hingga ke Air Terjun Sungai Pisang.)
Penyertaan : Terbuka
Kos : Tiada bayaran (Makan & Minum adalah tanggungan sendiri)
Peralatan : Tali, Plastik & Guni Sampah akan dibekalkan.

Sila berhubung dengan AJK bertugas untuk penyertaan.
AJK :
1. Zul (FB - Zulfadli Ahmad Husaini; 017 6162894)
2. Hadri (FB - Hadri Aswad Salim; 012 9183949)

Ini adalah satu langkah yang kecil, berpaksikan niat yang besar. Semoga usaha sekecil ini dapat membina kekuatan untuk diteruskan pada skala yang lebih besar nanti, demi memelihara dan memulihara warisan semulajadi dunia, serta menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar kepada para penggiat rekreasi.

#pickitup #pickitupSelangor #ogkl

Minda Environmentalist 2


Assalamualaikum & salam sejahtera

Bayangkan anda menempuh perjalanan penuh ranjau ribuan kilometer selama berbulan2, dan sebaik shj tiba, sedang dlm kepenatan, anda dapati destinasi anda sebenarnya sudah musnah, dan anda kehilangan sumber makanan, tpt brteduh dn tpt mmbesarkn anak2. Musibah itulah yg sdg melanda lebih 300 spesis burung migrasi dunia hari ini.

- Minda Environmentalist -


Kembara Hari Kebangsaan OGKL ke Jirisan & Seoraksan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ayuh lebarkan sayap pendakian anda bersama OGKL ke Korea Selatan sempena Hari Kebangsaan 2016.

Kembara 7 hari 6 malam ini bakal menjelajah Taman Negara Gunung Jirisan & Gunung Seoraksan, gunung ke-2 dan ke-3 tertinggi Korea Selatan.

Perjalanan program secara kasar adalah seperti berikut :
Tarikh : 26 Ogos - 1 September 2016
Lokasi : Jirisan National Park, Gyeongsangnam Province & Seoraksan National Park, Gangwon Province
Penyertaan : Terbuka
Bayaran : RM840 (Ahli OGKL), RM880 (Bukan Ahli OGKL)

Maklumat Penerbangan
Pergi :
Jumaat 26 Ogos 2016
Flight Air Asia D7518 (Kuala Lumpur to Busan)
0115 (KUL) - 0830 (PUS)

Balik :
Khamis 1 September 2016
Flight Air Asia D7507 (Seoul to Kuala Lumpur)
0935 (ICN) - 1505 (KUL)

Kos meliputi pengangkutan darat sepanjang perjalanan program, penginapan sepanjang program, guide, group first aid kit, serta pengurusan (hanya ground arrangement).

*Kos TIDAK termasuk makan minum sepanjang program, tiket penerbangan, city site-seeing, shopping, serta perkara yang berada diluar jadual kumpulan
*Kos berdasarkan anggaran semasa, pertambahan kos semasa program adalah secara perkongsian bersama.

Kepada yang berminat, sila maklumkan urusetia program, tertakhluk kepada pertimbangan kelab.

Deposit : RM300 selewat-lewatnya 30 APRIL 2016
Bayaran Penuh : Perlu dijelaskan selewat-lewatnya 30 JULAI 2016

Sila hubungi AJK berikut untuk pendaftaran
Zul : 0176162894 : FB - Zulfadli A Husaini
Zahid : 0126203706 : FB - Fish Cake
Cikgu Ros : 0129644970 : FB Semut Merah

Bayaran Deposit/Penuh boleh dibuat ke akaun
Maybank 162085532923 - Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini

Pastikan anda membuat pengesahan tempat dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran, dan simpan slip pembayaran untuk rujukan dan pengesahan.

*Tentatif akan dimaklumkan kemudian kepada peserta yang komited.

~Khazanah Alam Wawasan Rekreasi~

Tuesday 12 January 2016

Minda Environmentalist

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Secara purata, 2000 batang pokok ditebang setiap satu minit di hutan Amazon sahaja. Jumlah tersebut bersamaan dengan keluasan 7 padang bola setiap satu minit. Jumlah itu masih belum diambil kira penebangan hutan tropika di seluruh dunia.

- Minda Environmentalist -