logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday 25 February 2020

Kembara OGKL Korea Selatan 2.0


TARIKH : 28 OKT - 4 NOV 2020
LOKASI : Seoul & Gangwondo
KOS : RM935 (Ahli), RM995 (Belum Ahli)
.
CADANGAN PENERBANGAN :
Air Asia
KUL - ICN - KUL (KL - Seoul - KL)
28 Okt : 1450 - 2220 hrs (_atau lebih awal_); D7 508
4 Nov : 2335 - 0455 hrs (_atau lebih lewat_); D7 509
.
Assalamualaikum & Salam Rekreasi.. .
Kembara 'road-trip' dari satu taman negara ke satu taman negara..
ketika musim luruh, tatkala gunung-ganang diselimuti dedaun merah~
Seoraksan (Ke-3 Tertinggi Korea Selatan)
Taebaeksan (Ke-6 Tertinggi Korea Selatan)
Odaesan (Ke-7 Tertinggi Korea Selatan)
.
Mohon letak jangkaan yang tinggi! .
Hubungi AJK OGKL berikut bagi sebarang pertanyaan dan tempahan tempat:
📞 Zulfadli (017 616 2894)
📞 Mustafa (017 304 4325)
.
Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran
🔮 Trip Koordinator
🔮 Permit Taman Negara
🔮 Penginapan di Seoul (Guesthouse) dan Taman-taman negara (Auto-Camp)
🔮 Pengangkutan DARAT
.
Ayuh hubungi no tertera untuk pengesahan tempat anda!
.
#kitaadamisi
#misikitabelumselesai






Wednesday 19 February 2020

MInda Trivia 19 Feb 2020

#MINDATRIVIA 19 FEBRUARI 2019
Tahukah E-waste beri kesan pada kesihatan alam sekitar dan juga manusia.. Ambillah langkah supaya ianya tidak menjejaskan alam sekitar dan kehidupan seharian kita ðŸ’»
#mindatrivia



Wednesday 12 February 2020

Minda Trivia 12 Feb 2020

#MINDATRIVIA 12 FEBRUARI 2020
Pernahkah anda melalui Rawang Bypass? Mungkin ada yang bertanya kenapa dibinanya laluan sebegitu.. Ada yang mengatakan demi menjaga alam sekitar yang kian hari kian tenat tapi ada juga sebab lain yang mungkin kita tidal tahu.. Jom ketahuinya dengan lebih lanjut ðŸ›£️
#mindatrivia


Monday 10 February 2020

Laporan Gunung Angus

Gunung Angus OGKL
8 februari 2020

Gunung Angus OGKL (8.2.2020)
Alhamdulillah, kami dari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur seramai 24 orang termasuk guide berjaya sampai ke puncak Gunung Angus dengan selamat.
Perjalanan menaiki pacuan 4 roda yang mampu meredah jauh hingga menghampiri permatang gunung mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Dari situ kami meneruskan ke puncak.
Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, kami dihiburkan dengan muzik hutan yang indah. Lantai hutannya amat selesa untuk kaki melangkah. Sedar tidak sedar dalam masa 3 jam kami sudah sampai di puncak.
Perjalanan turun ke kaki gunung pula mengambil masa 1jam setengah. Rezeki kami dipermudahkan lagi apabila pacuan 4 roda yang kami naiki menemukan jalan singkat ke jalan besar. Hanya 1jam sahaja kami habiskan untuk keluar dan tiba di masjid.
Ringkasan:
Jumaat 7.2.2020
11:30 pm (Jumaat) bertolak dari LRT Gombak
Sabtu 8.2.2020
2:00 am Tiba di Masjid At Taqwa, Felda Kota Gelanggi 2
7:40 am Bertolak ke starting point
10:00 am Tiba di starting point
1:00 pm Tiba di puncak Gunung Angus
3:00 pm Turun
4:40 pm Menaiki 4x4 ke masjid
5:50 pm Tiba di masjid
7:30 pm Bersurai

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada:
Semua peserta Gunung Angus OGKL.
Guide Cikgu Mohd Awi dan rakannya Syukor.
AJK yang banyak membantu, Shahruizwan Ibnu Sharudin, Amir Abidin, Jant Rock.
AJK yang memberi sokongan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas trip.
Pejabat Hutan Daerah Jerantut.
Pacuan 4roda Jerantut.
Masjid At-Taqwa Felda Kota Gelanggi 2.

Kerjasama yang tak berbelah bagi dari semua pihak saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH.
Saya sebagai Ketua Program kali ini memohon maaf atas segala kekurangan dalam anjuran program kali ini.

Semoga Kita Berjumpa Lagi.
Khazanah Alam Warisan Rekreasi





























Saturday 8 February 2020

Mesyuarat Agong Tahunan ke 24



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Jemputan buat semua ahli kelab untuk sama-sama meluangkan masa hadir ke mesyuarat tahunan kelab.
Selain dari menunaikan tanggangujawab dalam pengundian untuk perlantikan ajk baru bagi sesi 2020/2021, ini juga adalah masa terbaik untuk kita sama-sama merapatkan silaturrahim.
Jumpa kalian disana.😉

XPDC G. YONG YAP VIA GEPEH HILIR


Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera.
Orang Gunung Kuala Lumpur berbesar hati menjemput anda bersama-sama mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap via Gepeh Hilir. Jom rasai keseronokan menaiki pacuan 4x4 menikmati keindahan Kampung Orang Asli,  panorama semulajadi banjaran Gunung menghijau.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran:
RM130 AHLI
RM150 BELUM AHLI

Bayaran termasuk:-
Permit memasuki hutan simpan,
Pacuan 4 roda,
Ration, Sarapan dan makan tengahari hari pertama,
Snack (jajan),
Guide,
Basic First Aid,
Pengurusan.

Bayaran deposit sebanyak RM130 ke akaun
Maybank Berhad
Mohd Khalili Zakaria
162740111086

sebelum penyertaan penuh.
Bayaran penuh perlu diselesaikan sebelum atau pada 11 March 2020.

Tentantif Ringkas:
20/03/2020
09.30:PM Berkumpul di LRT Gombak
10.00:PM Bertolak ke Masjid Bawong, Sungai Siput (perjalanan lebih kurang 3 jam)
12.00:AM tiba diMasjid Bawong. Pembahagian Ration dan berehat.

21/03/2020
5.30:AM Bersiap sedia diMasjid Bawong
** solat subuh (ikut waktu semasa)
6.50:AM bergerak ke "trailhead"
08.30:AM tiba di "trailhead", briefing dan mula pendakian.
16.00:PM tiba di Kem Pondok
Dirikan khemah untuk bermalam.
Berehat dan tidur.

22/03/2020
0300:AM Bangun dan Bersiap untuk "Daypack ke Puncak G. Yong Yap
0320:AM Bergerak ke G. Yong Yap
0620:AM Berhenti Solat Subuh
0700:AM Tiba di Puncak Yong Yap
Bersarapan, Bergambar.
0830:AM Mula turun ke Kem Pondok
1030:AM tiba di Kem Pondok dan bersiap untuk pulang.
1130:AM Mula bergerak turun ke "Trailhead"
1430:PM Tiba di "Trailhead"
Menaiki powil ke Masjid Kg. Bawong.
1630: tiba di Masjid Bawong, bersiap dan makan sebelum pulang.

Nota: Tentatif ini adalah anggaran perjalanan. Sebarang perubahan tertakluk kepada cuaca dan keadaan semasa.

Wednesday 5 February 2020

Minda Trivia 5 Feb 2020

#MINDATRIVIA 5 FEBRUARI 2020
Anda kenal pokok senduduk? Bukan hanya cantik dipandang tapi boleh digunakan sebagai alternatif dalam menyembuhkan luka.. Jom ketahui fakta menarik mengenainya ðŸŒ¸
#mindatrivia