logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday, 21 December 2024

Bowling OGKL 2025

 *PENGUMUMAN AKTIVITI AWAL TAHUN*

📢
Assalamualaikum wbt dan salam rekreasi kepada semua khususnya ahli group OGKL.
Dengan rasa penuh hormat, Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur kali ini ingin menganjurkan kejohanan bowling OGKL 2025 secara santai-santai bagi mengeratkan lagi sillaturrahim sesama kita. Terbuka kepada semua yang ingin turut serta tak kira ahli atau pun bukan ahli. Marilah kita sesama memeriahkan kejohanan bowling santai OGKL ini. Setiap penyertaan akan di beri medal penyertaan dan peserta terbaik lelaki dan perempuan akan di beri trofi kemenangan.
(Setiap penyertaan di sediakan kasut dan 2 pusingan game untuk setiap orang).
🎳
*Berikut adalah butiran pertandingan*
*Tarikh* : 26 January 2025
*Lokasi* : Alam Lanes Kuala Lumpur https://maps.app.goo.gl/MgcD7xAa2fkwYNxTA
*Gred* : tiada gred hanya santai-santai je..hee
*Waktu* : 9:30am.
*Tarikh tutup* : 10 Januari 2025.
Sebarang info boleh berurusan dengan AJK :
1. Opie - 011 10060491
2. KD - 010 5556035
Bayaran : RM 40 (tiada deposit boleh terus buat pembayaran).
Pembayaran termasuk: 2x game, kasut, medal, hamper bagi pemenang
Bayaran penuh boleh dibuat ke dalam akaun:
*MAYBANK*
*1522 1901 1336*
*Siti Syoffia Binti Yahaya*
Sila sahkan pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran dan maklumkan kepada AJK yang bertugas setelah bayaran dibuat (beserta gambar resit bayaran).
📅
*Berikut adalah tentatif ringkas*
*26 Januari 2025*
*(9:30am)*
👉🏽
Berkumpul dan mendaftar/nama di masukkan mengikut kumpulan (kumpulan akan di susun oleh penganjur)
*(10:00am)*
👉🏽
Permainan di mulakan mengikut kumpulan (markah di kira untuk kumpulan dan individu)
*(12:00pm)*
👉🏽
Dijangka permainan tamat(kiraan markah akan di buat penganjur)
*(12:30pm ke 1:00pm)*
👉🏽
Penyampaian hadiah mengikut kumpulan dan individu.
*(1:00pm)*
👉🏽
Aktiviti tamat
*Kategori Pemenang
😘
🏆
Juara Keseluruhan Lelaki
🏆
Juara Keseluruhan Wanita
🏅
Juara Keseluruhan Berkumpulan (3 Peserta)
🎳
Anugerah Longkang
😎
Anugerah Peserta Paling Sporting
_p/s : Segala pindaan tentatif akan dimaklumkan kepada peserta mengikut keperluan semasa dan keadaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan AJK bertugas ataupun mana-mana AJK OGKL 2024/2025._
Sekian.
"KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI"



0 comments:

Post a Comment