logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday, 9 March 2020

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke 24

Assalamualaikum dan salam rekreasi buat semua.
Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat agung tahunan kelab kali ke 24 pada tarikh 8 Mac 2020 bertempat di Insitut Sosial Malaysia.
Jutaan terima kasih pada semua ahli lama dan ahli baru yang sudi memberi masa dihujung minggu, mengorbankan masa, memberi komitmen yang tinggi atas dasar sedar dan faham akan kelestarian dan kesinambungan perjalanan kelab dalam dunia rekreasi. Syukur masih ada yang ambil kisah dan cakna dengan perkembangan kelab.
Syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya, mesyuarat dapat dijalan dengan suasana kekeluargaan dan harmoni. Terima kasih kepada sumbangan tenaga, masa dan wang kepada AJK sesi 2019/2020. Jasa kalian kepada kelab tiada nilainya. Tidak lupa juga pada Abg Deeno sebagai penasihat kelab yang banyak meberi bimbingan dan nasihat dalam melancarkan perjalanan kelab. Terima kasih abg deeno.Diharapkan terus menyokong kelab dalam apa jua situasi dan konsep memberi adalah lebih baik dari menerima seharusnya tersemat di hati kalian.
Akhir sekali, tahniah pada semua barisan AJK yang baru dilantik. Tunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Janganlah anggap tanggungjawab yang diberi sebagai beban sebaliknya galas tanggungjawab ini sebagai fardu kifayah yang perlu dilakukan dengan hati yang tulus dan ikhlas.
Berikut ialah senarai nama barisan AJK Kelab bagi sesi 2020/2021:
Pengerusi : Ahmad Zulfadli Bin Ahmad Husaini (Zul)
Naib Pengerusi: Rosmawati Binti Hamzah (Ros)
Setiausaha : Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus (Alep)
Bendahari : Mustafa Kamal Bin Saedon (Kem)
AJK : Mohd Khairul Nizam Bin Ismail (Ijam)
: Mohd Khalili Bin Zakaria (Khal)
: Muhammad Azim Bin A Jalil (Ajim)
: Khairunnisa Binti Muhammad (N.)
: Siti Fatimah Binti Meskam (Times)





0 comments:

Post a Comment