#mindagunung
OGKL ingin memperkenalkan slot perkongsian ilmiah didalam page rasmi dan platform media sosial yang lain seperti FB, twitter dan instagram setiap hari Rabu.
Mendapat ilham dari Al-Quran iaitu gunung-ganang sebagai pasak bumi yang memiliki pelbagai fungsi selain minat utama penubuhan OGKL terhadap arena pergunungan.
Gunung diceritakan didalam Quran sebagai tersimpannya air, membiaknya pelbagai flora dan fauna, laluan mencari kebenaran, kemudian air terkandung didalam batuan tadi mengalir menjadi anak air dan membentuk sungai-sungai dan terus bersatu di lautan.
Di samping itu juga, berdekatan air bermulanya penempatan-penempatan dan akhirnya membentuk tamadun-tamadun agung seperti Kedah Tua, Sungai Batu(500 tahun sebelum masehi), Beruas, Gangga Negara, Melaka, Maya, Gangges, Mesopotamia, Indus, Mesir Kuno di sungai Nil, Hwang Ho, Irrawadi, Mekong dan banyak lagi.
Jika ada rakan-rakan yang mahu turut berkongsi, bolehlah diberikan maklumat kepada barisan AJK bagi sesi 2019/2020.
“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)
0 comments:
Post a Comment