Salam ,
Sebaik bermulanya awal tahun baru, Orang Gunung Kuala Lumpur tanpa berlengah terus memulakan kayuhan pertama di hujung minggu dengan langkahan ke Gunung Pasir.
Gunung Pasir yang terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan berkongsi satu banjaran dengan Gunung Jono dan Bukit Sangkar Puyoh. Gunung Pasir terletak di Hutan Simpan Senaling Inas dan sebarang urusan permit boleh singgah di pejabat Kuala Pilah. Ia juga terletak di kampung yang mempunyai nama yang sama.
Seramai 29 orang peserta termasuk beberapa AJK atau ahli jawatan kuasa bergerak dari LRT Gombak menuju ke Masjid Tuanku Muawir sebagai transit bermalam. Pekan kecil bandar diraja ini terang benderang di waktu malam termasuk masjid ini.
Selepas solat subuh, program yang diketuai oleh Nuraliani atau Kuak dan jurupandu Muhammad Afandi Mat Lias bermula dengan kami bergerak ke starting point dalam 15 minit perjalanan.
Laluan kami menyusuri beberapa kolam ternak udang sebelum meletakkan kereta. Tepat jam 9.30 pagi selepas taklimat serta doa selamat, kami bergerak masuk ke hutan.
Laluan awal menaik sedikit sebelum di beri terus memacak. Ada masa ada kawasan rata tapi tidak lama. Kami berehat menunggu rakan-rakan belakang sebelum laluan menurun di separuh perjalanan.
Agak di luar jangkaan gunung yang rendah ini memberi tentang yang agak sengit. Ada beberapa peserta yang sudah keletihan dan terkrem seketika namun kami memberi semangat untuk meneruskan perjalanan.
video dari najib
Tanpa berlengah kami menjamah makan tengahari seperti yang ditetapkan dan bagi yang membawa dapur dan air, kami menghirup kopi panas. Syukur peserta terakhir selamat tiba di puncak walaupun rasa sakit-sakit krem datang.
Selepas solat kami pun bergambar beramai-ramai sebelum turun. Sepanjang turun ini ada yang jatuh dan sedikit perlahan sebelum tiba di tempat letak kereta sebelum pukul 6 petang.
Gunung Pasir ada menyimpan kisah menarik nya di sini. Kata sahabat kami , untuk pertabalan di raja perlu melalui satu laluan khas dan bersidang di sana. Apa pun bukan kisah ini sahaja tapi ada lagi kisah-kisah mistik yang disimpan apabila memasuki hutan ini. Yang tahu hanya mereka yang terpilih sahaja. Wallahualam.
Sebelum pulang kami singgah makan malam di satu kedai tomyam di simpang ke lebuhraya Lekas dan terletak tidak jauh dari Ijan Roti John.
Semoga kami bertemu di lain trip dan sentiasa sehat untuk beriadah dan beribadah.
Wasalam.
Mintak gpx
ReplyDeleteBoleh bagi gpx file?
ReplyDelete