logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, 24 May 2016

Minda Environmentalist 7



Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Dianggarkan bahawa 50,000 spesis haiwan dan tumbuhan hutan hujan tropika PUPUS setiap tahun. Angka itu bersamaan 137 spesis setiap satu hari, atau 6 spesis setiap satu jam.

- Minda Environmentalist -

Saturday, 30 April 2016

Minda Environmentalist 6


Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Setiap tahun, negara2 berstatus maju dan membangun (termasuk Malaysia) membazirkan sejumlah 222 million tan sisa makanan yg dilonggokkan di pusat2 pelupusan sampah. Jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah jika kita ingin memproses makanan untuk keseluruhan benua Afrika, tidak termasuk negara2 yg sedang berperang.

- Minda Environmentalist -

Sunday, 28 February 2016

Minda Environmentalist 5


Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Setiap tahun, negara2 berstatus maju dan membangun (termasuk Malaysia) membazirkan sejumlah 222 million tan sisa makanan yg dilonggokkan di pusat2 pelupusan sampah. Jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah jika kita ingin memproses makanan untuk keseluruhan benua Afrika, tidak termasuk negara2 yg sedang berperang.

- Minda Environmentalist -

Sunday, 31 January 2016

Minda Environmentalist 3


Assalamualaikum & Salam sejahtera

97% drpd jumlah air di Bumi adalah air masin lautan dan 2% lagi adalah ais beku yg trperangkap di kutub dan glasier. Hanya 0.003% shj adalah air tawar semulajadi yg mnjadi sumber hidup utama manusia sejagat. Namun lebih separuh drpd 0.003% trsebut sudah pun tercemar.

- Minda Environmentalist -

Wednesday, 20 January 2016

Ogkl Roadtrip ke Krabi & Hiking Naga Peak, Thailand.


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Tahun baru 2016 bakal tiba tidak lama lagi...dengan ini Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) ingin menjemput untuk menyertai program Roadtrip Ke Krabi & Hiking Naga Peak, Thailand...

Berikut adalah butiran aktiviti :-

Tarikh : 04hb (mlm) - 08hb Feb 2016 (Chinese New Year)
Lokasi : Krabi, Thailand
Peserta : 16 orang minimum & 20 orang maximum.
(pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)

Tarikh tutup : 31 Januari 2016

Bayaran :
Rm 500 (ahli)
Rm 550 (bukan ahli)
Deposit : Rm250
BAYARAN MELIPUTI
- Pengangkutan kereta KL - KRABI - KL
- Insurans Perjalanan
- Insurans Daftar kereta
- Permit aktiviti
- Emerald pool
- Penginapan
- Island Hopping
- Snorkeling

BAYARAN TIDAK TERMASUK
- Makanan sepanjang trip
- Shopping

Sebarang perkara boleh berurusan dengan AJK :-

1. Ijam - 018-2023079 / FB Mohd Khairul Nizam
2. Man - 017-3149540 / FB Razman Arsad

Bayaran deposit atau penuh boleh dibuat ke dalam akaun:

MAYBANK
114478062715
MOHD KHAIRUL NIZAM
Sila sahkan pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran dan maklumkan kepada AJK yang bertugas sekiranya sudah membuat bayaran dan simpan resit untuk pengesahan.

**Tentatif program akan dimaklumkan kemudian

Sekian, Terima kasih


AGM OGKL ke-20 2016



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat AHLI-AHLI OGKL.

Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2016 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 MAC 2016 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 12.00pm – 5.30pm

Agenda:
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2015
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2015
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2016/2017
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain

Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/email/whatsapp ke nombor di bawah.

Razman –
Tel : 017-3149540
FB : Razman Arsad
Email: g_man2877@yahoo.com


Hadiah misteri menanti AHLI bertuah yang hadir!! Jangan lepaskan peluang ini!!


PickItUp Sungai Pisang oleh OGKL & #pickitup Initiative



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bersempena kempen yg diterajui oleh #pickitup Initiative, kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) berbesar hati menyambut baik kempen tersebut dengan penganjuran program pembersihan #pickitupSelangor di Air Terjun Sungai Pisang, Gombak.
Berikut adalah butiran program;

Tarikh : Ahad, 21 Feb 2016
Masa : 8 AM
Tempat : Air Terjun Sungai Pisang
Butiran Program : TBA (Secara kasarnya, program pembersihan akan bermula dari Pusat Rekreasi Alang Sedayu, dan sepanjang trek hingga ke Air Terjun Sungai Pisang.)
Penyertaan : Terbuka
Kos : Tiada bayaran (Makan & Minum adalah tanggungan sendiri)
Peralatan : Tali, Plastik & Guni Sampah akan dibekalkan.

Sila berhubung dengan AJK bertugas untuk penyertaan.
AJK :
1. Zul (FB - Zulfadli Ahmad Husaini; 017 6162894)
2. Hadri (FB - Hadri Aswad Salim; 012 9183949)

Ini adalah satu langkah yang kecil, berpaksikan niat yang besar. Semoga usaha sekecil ini dapat membina kekuatan untuk diteruskan pada skala yang lebih besar nanti, demi memelihara dan memulihara warisan semulajadi dunia, serta menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar kepada para penggiat rekreasi.

#pickitup #pickitupSelangor #ogkl

Minda Environmentalist 2


Assalamualaikum & salam sejahtera

Bayangkan anda menempuh perjalanan penuh ranjau ribuan kilometer selama berbulan2, dan sebaik shj tiba, sedang dlm kepenatan, anda dapati destinasi anda sebenarnya sudah musnah, dan anda kehilangan sumber makanan, tpt brteduh dn tpt mmbesarkn anak2. Musibah itulah yg sdg melanda lebih 300 spesis burung migrasi dunia hari ini.

- Minda Environmentalist -


Tuesday, 12 January 2016

Minda Environmentalist

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Secara purata, 2000 batang pokok ditebang setiap satu minit di hutan Amazon sahaja. Jumlah tersebut bersamaan dengan keluasan 7 padang bola setiap satu minit. Jumlah itu masih belum diambil kira penebangan hutan tropika di seluruh dunia.

- Minda Environmentalist -