logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday, 3 January 2026

📢 Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 2025 – Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL),

.
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 2025 Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur akan diadakan seperti berikut:
.
📅
 Tarikh : 17 Januari 2026 (Sabtu)
⏰
 Masa : 9:00 pagi – 1:00 petang
📍
Lokasi : Dewan Orang Ramai Taman Sri Raya,Ampang Jaya,Selangor.
.
.
Agenda Mesyuarat:
1️⃣
 Membincangkan aktiviti kelab sepanjang sesi 2025
2️⃣
 Membentangkan laporan kewangan kelab sesi 2025
3️⃣
 Melakukan pelantikan jawatankuasa bagi sesi 2026/2027
4️⃣
 Merancang dan membincangkan aktiviti kelab untuk sesi 2026/2027
5️⃣
 Membincangkan perkara-perkara lain yang berbangkit.
.
Untuk AGM kali ni,kelab ingin memberikan sedikit cenderahati kepada ahli2 yang hadir di AGM nanti...yaitu ahli2 yang menghadiri AGM dan memperbaharui keahlian tahunan sebanyak RM20 akan menerima sehelai baju sublimation ekslusif dari OGKL...baju itu akan di edarkan pada hari AGM OGKL nanti...
(Khas buat yang hadir AGM OGKL sahaja)
tarikh tutup untuk mengesahkan kehadiran dan membuat pembayaran pembaharuan keahlian tahunan kelab sebelum....
7 Januari 2026.
di sini di sertakan sekali google form kehadiran dan untuk pembayaran pembaharuan yuran tahunan dan saiz baju yg di ingini....jadi sahkanlah kehadiran anda di AGM OGKL ye....ada Doorgift dan cabutan bertuah juga di sediakan buat ahli2 yg bertuah yg hadir ke AGM OGKL nanti....jadi marilah kitaaaa
😃
.
.
Kehadiran semua ahli amatlah dihargai bagi memastikan kejayaan mesyuarat ini...mudah-mudahan..inshaAllah
.

0 comments:

Post a Comment