logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday, 24 March 2025

Sambutan Berbuka Puasa di Putrajaya

Assalamualaikum & Salam Rekreasi...

Alhamdulillah dengan izin dari-Nya, Kelab OGKL telah berjaya mengadakan Program Iftar secara Potluck untuk tahun 2025 bersamaan 1446 Hijriah. Program ini telah diadakan pada 22 Mac 2025 (Sabtu) bertempat di Grandstand Kompleks Sukan Air Putrajaya, Persint 6. Hampir 40 orang ahli Kelab bersama ahli keluarga telah menghadiri Program Iftar kali ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli otai dan lejen yang sudi hadir ke program kali ini, Kak Zaleha, Abg Murdhafi, Che Din dan Abg Amir.
Majlis dimulakan dengan persiapan penyediaan kawasan dan juadah berbuka. Peserta dihidangkan dengan pelbagai juadah berbuka seperti ayam golek, murtabak, beehun sup, tembikai dan kuih muih. Tepat jam 7.25pm semua peserta berbuka dengan menjamu selera dengan juadah yang dihidangkan. Peserta meneruskan program dengan menunaikan solat Mahgrib dan kemudiannya menyempurnakan Solat Isyak & Solat Terawih 8 Rakaat & Witir secara berjemaah...selesai berjemaah di sambung pula sesi moreh sehingga lewat malam...Alhamdulillah.
Dikesempatan ini Kelab OGKL ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung. Akhir kata, selamat menunaikan Ibadah Puasa & semoga ibadah kita sentiasa diberkati Allah.

0 comments:

Post a Comment