Adakalanya kita akan berada didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengembara yang terlatih harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan dan tahu bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan dan berkemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut. Apabila sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maksiima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup. Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita. Kita perlu sedar, keperluan ikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang-undang asas untuk ikhtiar hidup.
KETAKUTAN
Antara perkara yang anda akan hadapi ialah perasaan takut dan ini adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah seperti berikut:
a. Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,
b. Takut disebabkan ketidak selesaan,
c. Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.
Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan. Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa. Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tidak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Jika kita tidak takut dan berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan baik dan selamat.
UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP
Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:
a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.
b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.
c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.
KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)
Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai. Kit Ikhtiar Hidup ini mengandungi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Dicadangkan pengisian setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:
a. Ubat-Ubatan
(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)
(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )
(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)
(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit
(v). 1 X Tiub krem luka
(vi). Flavin
(vii). 1 X Gulung pembalut luka.
( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)
b. Makanan.
(i). 1 X Peket Holicks talets
(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.
(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.
c. Barangan Kegunaan Am.
(i). 5 meter tali
(ii). 5 ela Tali pancing
(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis)
(iv). 1 X pemetik api.
(v). 1 X Batang lilin kecil
(vi). 1 X Kit penapisan air
(vii) 1 X Cermin Kecil
(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.
(ix). 1 X compass kecil
(x). 1 X gergaji dawai
(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek
(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.
PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI
Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berhubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka. Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut:
a. Yang Harus Di Buat
(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri.
(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik.
(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin)
(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat.
(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-apa barang kepunyaan Orang Asli.
b. Yang Tidak Harus Di Buat
(i) Jangan ketawa atau memperolok – olokkan adat atau tabiat mereka walaupun ianya Nampak macam ganjil.
(ii) Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin.
(iii) Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat mereka mandi.
(iv) Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu.
(v) Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak benarkannya.
(vi) Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan perjanjian adalah penting.
(vii) Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan dapat bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda dan menghilangkan diri.
(viii) Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”.
(ix) Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak ketiga.
(x) Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu.
(xi) Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai.
(xii) Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah.
(xiii) Jangan sentuh orang asli di kepala mereka.
(xiv) Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan Orang Asli.
(xv) Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan burung kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang buruk. Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah sentiasa berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan bersama mereka.
TENTANG MAKANAN
Ikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalanan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan keadaan. Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-birit dan muntah-muntah.
Makanan dari Haiwan
Semua makanan dari haiwan seperti burung-burung dan telurnya, katak, ular, cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan. Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling kawasan terdapat makanan, ubatan dan racun dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakannya. Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walaubagimana pun untuk membuat permerhatian ini agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia. Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga umbut. Untuk hidup, kita harus tahu apakah tumbuhan termasuk buahnya yang boleh di makan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah di makan. Ujian untuk memastikan samada sesuatu tumbuhan itu perlu dilakukan bagi mengetahui ianya boleh dimakan atau tidak. Ujian-ujian ini mugkin di rasakan tidak perlu dilakukan atau Nampak macam lucu. Tetapi sesiapa yang tidak mengikut salah satu dari peringkat yang ditetapikan, akan menerima risikonya dan mungkin akan menghadapi masalah yang besar. Dinasihatkan anda menghafal peringkat-peringkat ujian ini, dan cubalah mengikut peringkat-peringkat yang akan diterangkan dibawah ini. Ujian ini adalah ujian biasa untuk tumbuh-tumbuhan. Lakukan ujian berasingan bagi daunnya, ujian berasingan bagi ubi/akarnya, ujian untuk buahnya dan seterusnya.
Ujian Pertama – Cium
Ambil beberapa helai daun tumbuhan berkenaan, sentuh akannya dengan berhati-hati, dan pecah/hancurkannya dengan dua jari. Jika terdapat bau seperti buah badam atau buah peach (dalam bahas Ingeris dipanggil “peachy-almond smell”), ia mennujukkan dengan jelas daun tersebut mengandungi asid prussic yang sangat beracun. Untuk keselamatan adalah lebih baik membuangkannya sahaja kerana masih banyak tu Mbuhan-tumbuhan yang lain masih ada.
Ujian Kedua – Kesan gatal/terbakar pada kulit
Sekiranya ujian pertama diatas Berjaya, mulalah dengan ujian kedua. Cara menjalankan ujian kedua ini adalah dengan menyapu perlahan-lahan atau gentilkan sedikit air/getah/lendir dari bahan yang hendak di uji di bahagian bawah diantara ketiak dan sikuai. Bagi tumbuhan yang mempunyi sedikit air/kelembaban, hancurkan dan lumatkannya dengan atau tanpa air sehingga ianya memjadi seperti lendir dan berair. Tunggu selama 3-5 minit. Sekiranya terdapat sebarang kemerahan atau alahan atau gatal atau rasa terbakar kepada kulit, adalah wajar tumbuhan itu di elakkan untuk sementara waktu tetapi hendaklah membuat catitan secara mental atau bertulis supaya tumbuhan tersebut boleh di uji semula pada masa akan datang jika perlu atau masa mengizinkan.
Ujian Ketiga – Kesan pada bibir, mulut dan lidah.
Jika tidak terdapat apa-apa keradangan/ gatal atau kemerahan pada kulit semasa ujian kedua diatas, teruskan ujian ketiga. Sekiranya belaku sebarang keradangan di rasai, hentikan terus ujian ini:
a. Letakkan sedikit bahan yang di uji tadi secara berhati-hati pada bibir. Tunggu 30-60 saat untuk melihat samaada belaku sebarang radangan kulit bibir.
b. Letakkan sedikit bahan yang di uji secara berhati-hati di antara gusi dan bibir/pipi. Jangan kena pada lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi.
c. Letakkan sedikit bahan ujian tadi secara berhati-hati di hujung lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Sekiranya tidak terdapat sebarang keradangan, dengan berhati-hati kulum bahan tadi dan mula kunyah perlahan-lahan tanpa menelannya.
d. Semasa menguyah, tunggu terhadap keasan-kesan berikut:
(1). Rasa pahit (menujukkan keracunan jenis alkaline)
(2). Rasa keradangan atau bengkak /pedih lidah atau tekak.
(3). Apa-apa tindakan yang tidak selesa yang lain Anda perlu menilai dengan teliti dalam menentukan perbezaan diantara keradangan dan asid biasa atau rasa kelat. Contohnya getah buah mangga dan buah gajus mempunyai bahan asid yang kuat dan boleh membakarkan kulit tetapi masih boleh di makan. Melalui pengalaman sahaja membolehkan anda dapat membuat keputusan yang baik.
Ujian Keempat – Menelan.
Jika tidak terdapat apa-apa kesan radang atau reaksi yang tidak menyenangkan, ujian seterusnya ialah untuk makan jumlah yang sikit, kemudian tunggu untuk apa-apa reaksi. Bahagian tumbuhan yang hendak di uji seharusnya di rebus dahulu jika anda mempunyai peralatannya. Jika tiada peralatan, anda boleh guna batang buluh untuk rebus. Rebuslah tumbuhan tersebut dengan air yang banyak, sehingga ia betul-betul masak. Simpan air rebusan untuk ujian yang berasingan. Dengan cara merebus akan menawarkan segala keracunan yang bahaya. Merebus juga boleh membuat sesuatu tumbuhan boleh dimakan jika ianya tidak boleh di makan secara mentah seperti ubi kayu atau umbut kelapa atau nibong. Apabilah mana-mana bahagian tumbuhan telah di uji, rebus dan dibuktikan boleh di makan, uji semula cara mentah. Pastinya hasil ujian sebegini akan mendatangkan faedah. Makan tumbuhan yang telah di rebus itu sesuap sahaja dan jika terpaksa makan mentah makan jumlah yang lebih sedikit sahaja. Setelah makan sesuap tunggu selama empat jam dan perhatikan kepada kesan-kesan berikut:
a. Kesan melecur di mulut, lidah dan tekak.
b. Bersendawa secara berterusan
c. Pening dan muntah-muntah
d. Sakit perut dan kesan sakit-sakit badan.
e. Selepas beberapa jam, samaada terasa sakit memulas di bahagian bawah perut. Semasa menunggu, adalah tidak wajar untuk makan atau minum benda-benda lain. Jika terdapat kesan-kesan sakit diatas, minum lah air suam atau panas seberapa banyak yang boleh. Dan cuba muntahkan dengan paksa.
Ujian Kelima – Makan untuk kenyang
Sekiranya tidak terdapat apa-apa reaksi dari ujian keempat, ulangi ujian tersebut dengan menambahkan kuantitinya setiap jangka masa , empat jam sebanyak lima atau enam kali. Jika bahan tumbuhan ini telah lulus ujian ini anda boleh lah memakan tumbuhan ini dengan kuantiti yang lebih.
Kesilapan dalam menguji
Sekiranya anda sakit perut disebabkan kesilapan menguji, cara yang paling mudah untuk melegakan diri adalah dengan cara meminum air suam atau panas dengan banyak dan tahan makan untuk beberapa jam. Amaran Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian:
a. Jangan sekali-kali memendekkan ujian diatas. Ini adalah merbahaya.
b. Jangan anggap jika burung atau beberapa jenis haiwan boleh makan tumbuhan itu manusia pon boleh.
c. Belajar peraturan ujian makanan.
d. Jika was-was, jangan makan.
e. Ingat, apa monyet makan, anda boleh makan. Sepertimana yang diperkatakan dari mula tadi, ilmu ikhtiar hidup ini amat luas hanya. Tidak boleh diperlajari dari membaca sahaja. Ianya memerlukan latihan amali
Oleh Maj Mior Rosli
PN PPMWPKL
0 comments:
Post a Comment