logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday, 23 January 2018

Dramatik Kayak di Sungai Perak

Salam,

Video kompilasi dari Angah Belantara

Permulaan tahun 2018 semasa kebanyakan hutan di Malaysia masih ditutup, OGKL merancang mengadakan acara kayak di Sungai Perak. Seramai 26 orang peserta dketuai oleh Jay(Jalil) mengikuti acara ini. Kami berehat di D' Tebin Bota iaitu tempat rekreasi yang diusahakan oleh abang Ayien Carlos dan rakan-rakannya yang merupakan salah seorang pegawai perhilitan Perak dan juga sebagai juru pandu kami.

Pukul 8.40 pagi kami menaiki pacuan 4 roda ke Dataran Sayong di Kuala Kangsar. Selepas sampai dan mengeluarkan 13 kayak dari lori serta taklimat berkenaan perjalanan yang terlewat satu jam dari jadual asal. Kami bergerak menyusuri arus deras Sungai Perak. Ada yang awal-awal terbalik kayak kerana over comfident. 

Di awal perjalanan, abang Ayien ade menerangkan kedudukan-kedudukan seperti Masjid Ubudiah dan makam diraja serta Gunung Bubu yang tertetak lurus sungai, 

Asal nya sekitar 50 km perjalanan tetapi setelah dihitung semula menjadi 63.3 km. Memang akan patah tangan dan kulit berkala-kala bagi yang tidak bersedia dari segi fizikal dan menutup kulit.

Kami ditemani oleh seorang pengkayak solo yang menjalani latihan di sini.

Sekitar pukul 2 petang kami tiba di jeti kecil di Manong untuk makan tengahari, rehat dan solat.

Hujan mula turun lebat petanda air akan deras dan kami perlu berhati-hati.

Apa yang membimbangkan adalah kebanyakan peserta tidak membawa lampu headlamp. Selepas hujan reda, kami beberapa kali berkumpul untuk bersama-sama sampai ke D'Tebin Bota. Laluan sungai kali ini lebih berliku dan sebelum sampai ke Manong tadi. 

Kami menempuh 2 jambatan dan tiba di Parit sekitar pukul 6.30 petang. Nampak gayanya hari akan gelap tak lama lagi. Dan masing-masing berkayak rapat-rapat supaya tidak berpecah dan berpisah jauh. Kata abang Ayien , Sungai Perak ada sedalam 25 kaki  dan sangat lebar. Beliau juga memberitahu sekiranya nampak jambatan di Bota maka kami sudah tiba di D'Tebin Bota di kanan nya. 

Apa pun tidak jauh dari tempat penamat, beberapa kayak telah memasuki benteng pasir lalu kayak tenggelam. Syukur kami selamat dan beberapa peserta berenang di tepi dan ada yang meneruskan perjalanan. 

Kami pun meneruskan perjalanan ke D'Tebin Bota dan bermalam di sana. Acara sudah tamat sebaik tiba di sini,

Keesokan nya pada yang kehilangan barang, abang Ayien segera mencari di tepi-tepi sungai dan berjaya menjumpai mana yang dapat sahaja, Selepas semua siap, kami pun pulang menuju ke haluan masing-masing.

Dibawah adalah gambar-gambar rawak sekitar acara kayak.

Di D''Tebin Bota
Petang  
rehat dan bergambar 


kejadian berlanggar

rehat dan post mortem 













bersama penaja kayak iaitu puncak ventures sdn bhd  
  















laluan yang diredah sepanjang 63.3 km









0 comments:

Post a Comment