logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday 19 February 2018

AGM OGKL ke 22


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat AHLI-AHLI OGKL.

Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2018 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 MAC 2018 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 9.30am – 3.00pm

*MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN*

Agenda: 
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2017
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2017
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2017/2018
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain

Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/whatsapp ke nombor di bawah.

Razman 
Tel : 017-3149540 
FB : Razman Arsad

Hadri Aswad
Tel : 012-9183949
FB : Hadri Aswad Salim

Sekian, terima kasih

Razman Bin Arsad
Setiausaha,
Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

#khazanahalamwarisanrekreasi
#2018ogkl25years
#oranggunungkualalumpur

Thursday 15 February 2018

Pendakian Gunung CHANTE(Status - Cancel)



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

KELAB ORANG GUNUNG KUALA LUMPUR ingin menjemput anda ke pendakian Mt Chante' di Gopeng, Perak.

Tarikh: 3.3.2018
Lokasi: Mt Chante' 2844 FT (876 M)
Taraf penilaian: Gred C mengikut perbincangan AJK

Oleh itu, kami ingin menjemput anda untuk bersama kami mendaki sambil menikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa.

Yuran penyertaan:
*Ahli: RM 95
*Bukan Ahli: RM 115
*Deposit: RM 50 (untuk book seat)

Kos Meliputi:
*tranport kl-gopeng-kl
*guide yg owesome
*permit perhutanan
*sarapan pagi dan makan tengah hari
*insurans perjalanan pergi dan pulang
*perkhidmatan ke starting point
*first aid
*ajk yg peramah dan segak bergaya

Peserta: 24 orang (max)
pengesahan tempat berdsarkan deposit atau bayaran penuh yg diterima terlebih dahulu) siapa cepat dia dapat...penyertaan berdasarkan penuh seat kita tutup dan tarikh tutup penyertaan pada 28.2.2018

Sila hubungi AJK yang berikut untuk pengesahan tempat dan sebarang pertanyaan:

Ana Ibnu Samad 0192673916
Sekapek Sapex 0132222834
Muhammad Nizar 0173183418
Semut Merah (Cikgu Ros) 0129644970
Khal El (Aji Khal) 0123025242

Deposit dan full payment boleh di buat ke akuan:
Mohd Shamil bin Samad
164276514169 (maybank)

#ogkl
#2018ogkl25tahun

KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI

Monday 12 February 2018

KEJOHANAN FUTSAL OGKL 2018 pada 10 Februari 2018

Alhamdulillah selesainya kejohanan futsal ogkl dengan jayanya pada 10/2/2018,16 team dari pelbagai group rekreasi bertanding merebut gelaran juara,kalah dan menang adalah adat sesuatu pertandingan yang penting ukhwah yang dapat kita jalinkan sepanjang kejohanan berlangsung,Alhamdulillah...tahniah kepada Juara kejohanan dan tahniah juga wat smua yang menyertainya,segala salah silap dan kekurangan sepanjang kejohanan kami mohon maaf dan akan cuba di perbaiki dari semasa ke sesama dan tak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua crew yg bertungkus lumus menjayakannya dan smua sponsorship yang menyumbang bg menjayakan kejohanan futsal ni.
sponsorship:
-Puncak Ventures
-MyCafe
-Moru Niago
-Waghih Collection
-Waghih Senawang
-Faqa Bundle Ficker
-D shah Servicekit



















untuk keseluruhan gambar klik sini dari kamera ijam

keputusan kejohanan:
*Johan - HACC B team.
*Naib Johan - Kepoh Hikers team.
*Ketiga -PV United team.
*Keempat -Bagak Bersaudara team.
Tahniah kepada semua pemenang 🏅🏆
sedikit perkongsian gambar2 sepanjang kejohanan berlangsung...selamat menjamu gambar 
"Khazanah Alam Warisan Rekreasi"

Tuesday 6 February 2018

Seharian di Gua Khecil dan di Bukit Kolam

Salam,

Minggu lepas ada trip ad hoc OGKL. Trip yang tiada dalam jadual tahunan tapi ada ruang untuk mengisi masa-masa luang.


Di bawah ini ada gambar-gambar peserta yang di ambil dari wassap trip.