logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday 31 July 2013

L07: Berita Pendek 2007

Ziarah Anak Yatim Darul Fikrah
Program ini diketuai Sdr. Zaini bersama keluarga dan ahli-ahli OGKL meluangkan masa melawat anak-anak yatim Darul Fikrah, Rawang. Sumbangan-sumbangan berupa bahan-bahan masakan, pakaian dan ampaian baju telah disalaurkan terus sempena lawatan ini. Satu majlis berzanji dan marhaban dari ibu-ibu tunggal serta persembahan nasyid dari anak-anak yatim Darul Fikrah menyerikan lawatan kami.




Kenangan di Pine Tree Hill - Twin Peak
"Pendakian pertama ku umpama macam malam pertama bagi anak dara... sakit tapi sedap dikenang. Huhu.. geng ogkl memang best sangat... memang santai betul. Terima kasih kepada semua otai-otai yang tetap bersabar memberi sokongan moral, bagi pinjam tongkat, tolong tolak bontot aku. Tak sangka diriku ditipu hidup-hidup sebanyak beratus kali dalam dua hari... asyik nak sampai dah.. nak sampai dah... rupanya nak sampai tempat mencanak. Kepada semua yang banyak kuat menipu, aku maafkan kau... Hehehe... maaf ler Nie Feng.. aku dah tahap nazak waktu kau memandu.
Hoooreeeyyy dua puncak dalam satu masa!!!
Insyaallah aku akan join korang lagi dgn persiapan yang lebih mantap" shahrul imran - firsttime hiker.



PowerBar turut menaja AGM OGKL
Power Bar Malaysia / Nestle Products Sdn Bhd sedia menaja product keluaran terbaru mereka Thriple Threat dan beberapa barangan dalam goodies bag bagi ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat agung tahunan Kelab OGKL.



T. Ravichandran (wira Everest)  berkongsi lagi tips di AGM OGKL
Ucapan perasmian dari wira negara Mr. Ravi turut disertakan dengan perkongsian pengalaman dan tip-tip pendakian di Everest, juga kata-kata semangat. "Pendaki gunung tropika adalah orang yang lebih lasak dan lebih mencabar dari pendaki gunung salji seperti Everest" tegas beliau. Beliau juga turut mempamerkan climb gear yang dipakai untuk ekspedisi everest sebagai pendedahan buat ahli-ahli OGKL. Tak terlepas ramai yang mencuba memperaga.




AGM 2007 OGKL

Kemeriahan terserlah, Kehadiran sangat menggalakkan.Tambahan kehadiran 2 org Wira Everest iaitu Mr Ravi & Muqarabbin sebagai tetamu kehormat, Serta Wira Bunga Buah OGKL iaitu Mr Fairos eheheeeeeeee..
Godies bag sangat menerujakan,Sponser: Adidas, Gastby, 100+, Powerbar, F & N dan Salina Fuad (Majalah Health).. Meeting serta diskusi mantap.

Makanan cukup menyelerakan sambil makan boleh layan slide show program OGKL 2006 hasil susunan abg Jumat Majid + Siti Zabedah dan juga Jus (peralatan utk slide show) + gambar2 ikhlas dari warga2 OGKL. Turut diadakan kutipan amal utk mangsa gempa bumi di Padang Indonesia. Gunung gunung jugak jgn lupa kepada mereka yang memerlukan bantuan
Terima kasih kepada yang hadir..
Korang semua memang best!
Catatan: Setiausaha baru OGKL - niena cute




RAMBO "First Blood" donate
A blood donation event was held by OGKL at Blood Bank in Jln. Tun Razak on Saturday, 24th Mac 2007.
The participants are:
( * denotes the blood donater)
1) Hairul Maybank*
2) Chikong
3) Pak Ali *
4) Pak Ali girlfriend
5) Maiza*
6) Atie
7) Shasha Sandha* - celebrity of the day !
8) Yeop*
9) Jusrizal*
10)Eina sweeper @ gamble
11) Nina spy
12) Hafiz a.k.a. Baby *
13) Yap *
14) Myself (pakcikayoo)
I was obstructed from donate my blood, due to safety reason as just came back from Bangkok Thailand on Friday night. There's was some case which participant can't donate their blood due to health reason, i.e: not enough blood, less "iron" content in their body, insufficient body weight (BMI) or just recovered from dangerous disease.

Anyway, such amount of 8 pain or equal to 3.6liter of blood was donated by OGKLian that day. Thanks for their courage (against fear factor of "blood o phobia" hahaha...)

" SAVE LIFE by DONATE BLOOD ". Please spread this all over the community ...
by Azizan Bin Zolkipli



Paintball Hutan OGKL


Berlansung pada 29hb Julai 2007 di Sungai Pisang. Element alam dijadikan nature bunker agak lain dari kebiasaan.



MoU OGKL - Yellowstone Sdn Bhd (LAFUMA)

Kelab Orang Gunung KL (OGKL) telah memasuki fasa baru dalam penganjuran program outdoor, melalui usahasama yang telah dijalinkan antara OGKL-Yellowstone Sdn Bhd pada bulan Julai lalu. Yellowstone Sdn Bhd merupakan syarikat yang baru ditubuhkan dan mengkhusus dalam pengedaran barangan outdoor serta telah mendapat hak pengedaran eksklusif bagi pengedaran barangan jenama Lafuma di negara ini. Lafuma merupakan jenama barangan outdoor dari Perancis dan telah menjadi peneraju barangan outdoor disana semenjak tahun 1930-an. 

MoU yang telah ditandatangani ini membuktikan bahawa OGKL telah mula mendapat perhatian dan pengiktirafan dari pihak luar melalui aktiviti serta program yang telah dijalankan semenjak tahun 1993 lagi. Kedua-dua pihak,(OGKL dan Yellowstone Sdn Bhd), akan mewujudkan jalinan kerjasama bagi faedah bersama dalam mempromosikan barangan outdoor yang berkualiti kepada ahli OGKL serta Malaysia keseluruhannya.Beberapa perkara yang telah digariskan dalam MoU tersebut antaranya; 








Monday 29 July 2013

L07: AGM OGKL ke 11, 2007

Mesyuarat Agung ke-11, 2007

Majlis Mesyuarat Agung ke-11 Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur yang diadakan di Bilik Merbok, Majlis Sukan Negara berjalan dengan lancar. Barisan kepimpinan OGKL yang penggal 2006/2007 diberi mandat untuk terus memimpin kelab.  Namun setiausaha kelab, Pn Zarida menarik diri atas sebab-sebab kekangan komitmen dan diambil alih oleh Cik Sarina setelah bersaing mendapat undian terbanyak. Kerusi ajk-ajk 2006/2007 yang tidak hadir diganti oleh muka-muka yang turut meyakinkan.

Ucapan Presiden

Assalamualaikum WBT.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya bertemu lagi kita dlm AGM OGKL untuk tahun ini.

OGKL memasuki tahun ke14 bermula penubuhannya pada tahun 1993.Banyak pengalaman pahit manis yg telah dilakar sepanjang 14tahun menjadi satu kelab yang menaungi rakan2 rekreasi di KL yang meminati xtvt luar (outdoor).

Dari mendaki gunung, berakit, WWR, menggua, berkhemah dan lain2 xtvt, ogkl ternyata telah berjaya menjadi satu platform yg menyatukan peminat rekreasi berlainan latar belakang, bangsa,agama dan status.Disaat banyak persatuan,kelab serta kumpulan2 rekreasi yg wujud sezaman dgn Ogkl yang kebanyakkan telah berkubur atau tidak aktif, OGKL dilihat masih lagi relevan dgn persekitaran rekreasi pada hari ni & berada dalam 'kelas' yang tersendiri. Tanpa asas kukuh yang telah ditanamkan pada masa penubuhannya, serta sikap toleransi & kerjasama warga ogkl dari dulu hingga kini, tidak mungkin ogkl akan terus bertahan hingga ke hari ini. Bak kata pepatah "untuk memulakan sesuatu itu adalah lebih mudah berbanding untuk menerus & mengekalkannya"

OGKL telah pun memasuki fasa baru sejak penubuhannya.Program2 yang dirancang bukan hanya berlegar disekitar Malaysia, tetapi juga telah menjangkau ke Indonesia, dan Nepal.Pada tahun2 yang lepas, OGKL telahpun mengatur trip ke EBC, Gn Merapi-Singgalang, Gn Daik, Gn Kerinci dan lain2 lagi. Walaupun kurang mendapat pembiayaan dari pihak JBSWP, namun atas inisiatif & minat serta komitmen, para AJK & ahli OGKL telah berjaya meneroka peluang2 untuk berekreasi di lokasi2 baru yang sesuai dgn masa,belanja & keluarga.

Seiring dengan peningkatan & perubahan teknologi, kelab OGKL telah mara setapak lagi dengan adanya lawan web kelab:www.ogkl.com.my sebagai wadah utk ahli serta penggiat rekreasi utk saling mendapat maklumat & manfaat dlm dunia tanpa sempadan. Kewujudan mailinglist juga berperanan besar dlm mengukuhkan hubungan dan interaksi sesama ahli.Semoga sesuatu yg bermanfaat seperti ini akan berterusan selamanya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua AJK OGKL yang telah bertungkus lumus merencana serta merealisasikan setiap program yg dirancangkan.Tanpa sedikit masa, & tenaga yang dicurahkan, nescaya rancangan hanya tinggal rancangan tanpa pelaksaan.Untuk ahli OGKL, sokongan dari anda semua merupakan pencetus semangat utk kami merangka & meneroka program2 yg akan menjadi sejarah manis buat kita semua! 

Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari bagi pihak JawatanKuasa OGKL tahun 2006 andaikata tersalah kata & perilaku sepanjang kami menjalankan amanah ahli & kelab.Sebagai tanda ingatan, hayatilah kata2 hikmat ini "jangan tanya apa yang kelab telah sumbangkan untuk kita, tetapi tanya diri kita apa yang telah kita sumbangkan utk kesinambungan kelab yang kita sayangi"

Salam Rekreasi,
Deeno


Saturday 27 July 2013

L07: Ekspedisi Transtitiwangsa V2 Reverse

G. Yong Belar - G. Gayong - G. Korbu - G. Yong Yap

senarai peserta seramai 24 orang... 
16 orang POLIKU 
1 orang peserta OGKL 
6 orang AJK OGKL 
1 orang guide merangkap AJK.

11HB OGOS 2007 (Sabtu)

4.00 pm         
Menaiki bas dari Puduraya ke Cameron Highlands. Kami dimaklumkan bas telah setengah jam menunggu kami. Pihak OGKL berjaya memujuk pemandu bas agar tunggu sehingga kami tiba. Namun masih ada seorang lagi peserta dari Muar yang tak kunjung tiba. Peserta telah tiba tetapi menunggu ditempat yang salah. Pemandu tidak mahu tunggu lagi dan mula bertolak. Salah seorang dari krew OGKL bertindak mencari peserta tersebut dengan motosikal dan meminta bas untuk tunggu mereka di Tol Pudu. 

 Dapat berita seorang lagi peserta Ahmad terpaksa membantu kawannya yang kemalangan jalanraya di lebuhraya Utara Selatan. Kami dimaklumkan beliau akan pergi sendiri. 

9.00 pm         
Tiba di stesen bas Tanah Rata, Cameron Highlands. Mengikut perancangan kami akan naik sebuah lori ‘pick up’ membawa kami terus ke tapak perkhemahan pada hari itu. Mujur ada pihak yang sudi membantu untuk membawa kami dengan menggunakan bas. 

 10.00 pm       
Singgah makan di Brinchang dan membeli keperluan terakhir sebelum masuk ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan untuk mengumpul barangan yang hendak ditinggalkan dan tidak dibawa sepanjang XPDC.

12.30 am       
Tiba di simpang masuk ke tapak perkhemahan dalam kegalapan tanpa lampu jalanraya. Kami diarahkan untuk menurunkan barang dari bas. Dapat maklumat yang kami sebenarnya berada di simpang masuk yang salah. Kami naikkan semula segala barang tanpa soal jawab dalam keadaaan terpinga-pinga memandangkan tidak seorang pun di antara kami yang pernah tiba di tapak perkhemahan .

1.00 am          
Tiba di simpang yang sebenarnya, kali ni ada lampu jalan yang menerangi jalan semasa kami memindahkan barang dari bas ke lori ‘pick up’. Sebahagian peserta dihantar terlebih dahulu sementara kami yang lain menunggu di bawah lampu jalan dalam kesejukan, Sebehagian dari kami membayangkan yang kami akan mula trekking pada pagi itu, jadi ada yang telah berpakaian untuk trekking dengan seluar pendek dan ala kadar.

2.30 am          
Ahmad menyertai kami , kini lengkap lah kumpulan kami seramai 16 orang , 6 orang krew OGKL dan 1 orang juru pandu. Tidak lama kemudian lori pick up yang menhantar kumpulan yang pertama telah kembali dan kami mula bertolak ke tapak perkhemahan . Perjalanan melalui kebun sayur, jalan agak teruk dan kami terpaksa berpegang pada pelang besi lori dan sekali sekala menundukkan kepala mengelak daripada ranting dan dahan pokok mengenai kami. Kami dimaklumkan yang jalan masuk sengaja tidak dibaiki bagi mengelak ada lori masuk dan mencuri sayur pekebun.

3.15 am          
Tiba di tapak perkhemahan Blue Valley di Empangan TNB. Khemah telah siap dipasang, mata dan badan terasa amat mengantuk dan letih. Aku pun terlelap.

12hb Ogos 2007 (Ahad)

6.30 am          
Kami dibangunkan dan diarahkan untuk bersiap. Pihak OGKL sedang sibuk menyediakan makanan pagi dan bekalan makan tengahari semasa perjalanan. Ini merupakan hari pertama XPDC ini. Kami mula diagihkan barang makanan yang akan digunakan sepanjang XPDC mencabar ini. Kebanyakan peserta agak terkejut dengan kuantiti barang yang di bawa, tapi tidak bagi aku. Anggaran aku tidak kurang dari 20 kg yang harus digalas untuk hari pertama ini.

Sarapan pagi kami dihidangkan dengan nasi putih dan sambal ikan bilis. Kami turut dibekalkan dengan roti kebab untuk makan tengahari di pertengahan perjalanan.

9.15 am          
Fuad selaku jurupandu memberi taklimat perjalanan pada hari ini. Perjalanan dijangka akan mengambil masa selama 8 jam, ini bermakna kami akan tiba pada waktu malam. Para peserta mendengar dengan harapan dapat merancang strategi dan persiapan mental sebelum mula mendaki.

Fahmi selaku Ketua Program memberi kata-kata aluan dan memperkenalkan ahli krew OGKL yang akan membantu sepanjang XPDC mencabar ini. Mereka terdiri dari Yasser, Adzmin, Ah Chong , Ahmad, Abi dan Muzammil,

Dengan ucapan Bismillahirrahmannirahim dan solawat atas Nabi Junjungan S.A.W kami memulakan perjalanan. Ujian pertama,  kami terpaksa melayan anak tangga sebanyak 258 anak tangga. Kemudian trek seterusnya agak landai dengan meniti di atas batang paip PVC yang agak berselirat dan licin. Langkah di atur dengan berhati-hati. Khuatir kaki tersepit di antara batang paip yang boleh membuat kami jatuh dengan beban yang berat di bahu.

1.30 pm         
Kami tiba di Kem Tudung Periuk . Salah satu dari sumber air, di situ kami berhenti rehat untuk makan tengahari roti kebab yang dibekalkan pagi tadi. Perut yang lapar membuatkan roti kebab lenyap sekejap sahaja. Perjalanan diteruskan lagi ke Kem Kasut.

6.00 pm         
Kami telah berjalan lebih dari 3 jam, laluan mula mendaki dan lebih tenaga perlu dikerah untuk melepasi bukit-bukit yang ada. Di wajah peserta jelas tergambar wajah keletihan dan lesu memandangkan rehat yang tidak cukup hari yang sebelumnya, Tiba di Kem Kasut punca air terakhir. Kami di minta untuk membawa sebotol besar air untuk kegunaan OGKL memasak di Puncak Gunung Yong Belar. Hari mulai gelap,’ head lamp’ telah kami keluarkan semasa berhenti rehat di Kem Kasut. Bahu mulai terasa sakit akibat haversack kami yang terlalu berat. Pendakian pada waktu malam amat berbeza senarionya. Ini kerana laluan kami tidak kelihatan dan kami tidak dapat menjangka berapa jauhkah lagi perjalanan. Kami hanya mampu bersabar dan terus melangkah dengan harapan puncak Gunung Yong Belar hanya di sebalik pokok besar itu sahaja. Sesekali terdengar suara menjerit dengan harapan rakan yang telah tiba di puncak akan menyahut panggilan kami. Ini bertujuan kami dapat menjangka berapa jauhkah lagi laluan ini akan berakhir.

8.30 pm         
Setelah berhempas pulas hampir seharian akhirnya kami tiba juga di Puncak Gunung Yong Belar. Gara-gara keletihan yang amat sangat, tidak ada sambutan yang di buat. Fikiran kami hanya rasa bersyukur selamat tiba di tapak perkhemahan, ini bermakna perjalanan kami untuk hari itu telah berakhir. Perserta yang telah tibda dari awal ada yang sedang tidur di dalam khemah. Makan malam itu kami disajikan dengan ayam masak merah dan sayur campur, kami makan dengan amat berselera. Esok belum pasti.

13hb Ogos 2007 (Isnin)

6.30 am          
Pagi ini kami bangun dengan semangat baru. Cuaca pagi itu sangat baik. Kami boleh lihat dengan jelas laluan yang akan kami lalui pada hari- hari akan datang. Kami dimaklumkan perjalanan pada hari ini lebih mencabar berbanding semalam. Sarapan pagi kami disajikan dengan roti canai dan kuah dal serta ayam masak merah pada ketinggian 7156 kaki. Terasa betul suasana rumah bila tiba waktu makan . Ini kerana kami tetap makan seperti di rumah walaupun berada di tengah-tengah hutan belantara.

10.15 am       
Perjalanan hari ini diteruskan lagi ke Kem Junction pada ketinggian 6796 kaki. Menurut Fuad perjalanan akan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Kem H2O dan 3 jam ke Kem Junction. Puncak Gunung Yong Belar kami tinggalkan untuk destinasi yang seterusnya. Perjalanan mula sedikit menuruni ke lembah dan melalui Kem Kuali (punca air) yang hanya mengambil masa 20 min dari puncak Yong Belar. Selepas Kem Kuali laluan mula mendaki. Sekali sekala perjalanan kami terhenti apabila kulit dan telinga kami tersangkut duri. 

2.40 pm         
Hujan turun renyai-renyai dan kemudian agak lebat. 

3.30 pm         
Tiba di puncak H2O. Puncak H20 hanyalah sebuah kawasan seluas 2 meter persegi, Sekitarnya dipenuhi dengan semak belukar.

4.15 pm         
Tiba di kem H2O. Hujan masih turun renyai-renyai. Masa 4 jam yang di beritahu sebelum ini sebenarnya mengambil masa 6 jam. Masa yang diberikan sebenarnya mengikut kelajuan dan stamina jurupandu, bagi kami yang stamina tidak seberapa perlu tambah 2 jam dari masa yang diberi.

Perbincangan dibuat samada hendak meneruskan perjalanan ke Kem Junction atau bermalam sahaja di Kem H2O. Fuad turut memaklumkan yang ada laluan yang merbahaya dalam keadaan licin jika perjalanan diteruskan. Aku turut melihat prestasi peserta yang dibelakang. Aku menjangkakan yang mereka tidak akan tiba pada jam 7.00 malam. Memandangkan seorang peserta sudah mula menunjukkan rasa putus asa dan menyesal kerana mengikut XPDC kali ini. Atas factor keselamatan aku membuat keputusan untuk bermalam sahaja di Kem H2O.

5.50 pm         
Masih ada lagi peserta yang belum sampai, selesai solat asar aku meminta Noh dan Zaid untuk menghantar bantuan.

7.10 pm         
Noh dan Zaid tiba bersama haversack 2 peserta. Aku dimaklumkan yang mereka belum tiba lagi di Puncak H20. Ini bermakna mereka terlalu jauh lagi dari tapak perkhemahan. Dalam usaha membantu peserta yang lewat, mereka terlupa meninggalkan ‘head lamp’ kepada mereka. Syahrin dan Hafiz sudi menghantar head lamp , memandangkan Noh kelihatan amat letih. Zaid turut sama walaupun telah di larang, kerana aku khuatir akan menjejaskan beliau keesokkan harinya.

8.45 pm         
Syahrin dan Hafiz tiba bersama peserta yang dibelakang sekali. Kami difahamkan beliau sudah putus asa dan ingin pulang. Mujur berjaya ditenangkan oleh pihak OGKL. Perkara sebegini merupakan lumrah bagi yang tidak biasa aktiviti lasak.

14hb Ogos 2007 (Selasa)

6.15 am          
Seawal jam 6 pagi kami telah dibangunkan dan diarahkan untuk bersiap dengan segera. Ini kerana perjalanan hari ini lebih jauh berbanding hari sebelumnya. Apatah lagi sasaran semalam untuk tiba di Kem Junction tidak kesampaian apabila terdapat peserta yang tiba lewat di tapak perkhemahan. Ini bermakna perjalanan hari ini berganda bagi mengejar masa yang telah terbuang pada hari yang sebelumnya.

Setelah berbincang, barang seorang peserta yang sering lewat telah diagihkan kepada Noh,Syahrin,Hafiz dan Zaid. Tindakan sebegini dengan harapan akan membuat peserta tersebut mampu bergerak lebih pantas. Peserta tersebut hanya membawa “sleeping beg” dan “ground mat” sahaja.

8.50 am          
Kami meneruskan perjalanan hari ini ke Kem Junction. Awal-awal lagi dah mula mendaki dengan laluan yang agak pacak. Laluan adakalanya terpaksa meniti akar kayu licin gara-gara hujan semalam dan juga di bawahnya gaung yang agak dalam. Kami melangkah dengan hati-hati dan memastikan terlebih dahulu dahan pokok yang dipegang benar-benar kuat dan bukannya dahan reput.

9.40 am          
Kami tiba di punca air terakhir. Peserta mula mengisi botol-botol kosong untuk digunakan semasa memasak malam nanti. Noh , Zaid , Syahrin dan Hafiz berpakat untuk bergilir-gilir membawa air 10 liter. Kontena berisi air 10 liter dilketakkan di dalam beg Noh dan setiap 30 minit mereka akan menukar beg. Ini tidak termasuk sebotol besar air yang diwajibkan oleh setiap peserta. Perjalanan mereka nampak ceria meski pun berat apabila mereka trekking laksana sedang kawad kaki dengan arahan “kiri, kanan, kiri”. 

12.57 pm       
Kami tiba di puncak Junction. Makan tengahari kami pada hari itu mee hoon goreng yang telah dibekalkan sebelum perjalanan. Puncak Junction merupakan tapak perkhemahan pada hari itu. Kami diarahkan untuk bersiap bagi meneruskan lagi perjalanan ke Gunung Gayong dan Gunung Korbu. Kami hanya perlu membawa air minuman, makanan ringan , “head lamp” dan baju hujan.

3.00 pm         
Kami bertolak ke Gunung Gayong. Perjalanan kami dimulakan dengan trek yang menuruni selama 2 jam sehingga kami tiba di punca air terakhir. Fikiran aku mulai terdetik , ini merupakan laluan yang sama sekembali dari Puncak Korbu nanti. Laluan kami melalui kawasan berbuluh kecil dan terdapat buluh yang berjuntaian yang akan membahayakan peserta sekembalinya dari Puncak Korbu nanti sekiranya di waktu malam. Tangan aku mematahkan buluh yang tercapai dek tangan aku.

5.00 pm         
Kami tiba di Kem Cerek yang merupakan punca air terakhir sebelum ke Gunung Gayong dan Gunung Korbu. Perjalanan ke sumber air mengambil masa 20 minit menuruni ke lembah dan 45 minit untuk kembali semula ke Kem Cerek.

5.33 pm         
Aku mengarahkan peserta wanita untuk jalan terlebih dahulu tanpa menunggu peserta lelaki sampai dari mengambil air. Laluan kembali mendaki setelah menuruni 2 jam sebelumnya. Kami tiba di satu kawasan lapang yang kami sangkakan Puncak Gayong tapi tiada papan tanda menandakan yang ia puncak Gayong. Apa yang ada hanyalah sekeping plet besi tertulis “PROTON” dan juga butiran lain yang kami sendiri tidak faham, lalu kami namakan puncak itu sebagai puncak Proton sebagai rujukan kami sahaja.

6.12 pm         
Langsung tidak terasa perjalanan kami, kami telah tiba di Puncak Gunung Gayong. Setelah bergambar bersama ‘banner’ dan bendera PKS kami meneruskan perjalanan ke Gunung Korbu. Sebelum bertolak Fuad bertanya 2 kali sama ada hendak meneruskan perjalanan ke Gunung Korbu atau tidak. Dari wajahnya aku dapat baca seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari kami. “Gunung Korbu salah satu dari agenda utama kami, kenapa pula kami tidak pergi, apatah lagi Korbu sudah terbentang di hadapan mata”, jelas ku.

6.50 pm         
Dari Puncak Gunung Gayong kami menggunakan jalan yang sama dan tiba semula ke puncak Proton , di situ sekali lagi Fuad bertanya, “Betul ke cikgu nak pergi?” “Yes”, jawabku ringkas sahaja tanpa ingin memikirkan sesuatu yang negative walaupun naluri mulai berdetik. Setengah jam trekking hari mulai hujan beserta angin. Sebilangan  peserta mula mengeluarkan baju hujan masing-masing. Tapi aku tidak, walaupun rasa sejuk mula menggigit tapi fikiran aku waktu itu tidak lain focus terhadap ke puncak Korbu semata-mata. Waktu itu kami bergerak dalam kumpulan kecil seramai empat orang, Aku, Noh, Irwan dan Khai. TIbda di satu ketika aku benar- benar tidak tahan dengan sejuknya di Banjaran Titiwangsa. Waktu itu baru baju hujan pakai buang aku sarung. Itu pun hanya dapat mengurangkan sedikit rasa sejuk. Disebabkan keadaan yang amat sejuk itu membuat kan aku cepat merasa putus asa kerana perjalanan di dalam gelap tanpa mengetahui jauhkah lagi lebih menguji kesabaran kami.

Dalam curahan hujan dan kegelapan malam kami mendengar laungan rakan yang berada di hadapan diikuti dengan suluhan lampu picit. Semangat kami sedikit pulih dengan anggapan yang kami tidak jauh lagi dari puncak Gunung Korbu. Namun, laluan kami sekejap mendaki dan sekejap menuruni lurah, malah laungan kami kali ini kini tidak berjawab membuatkan semangat kami semakin menipis.

9.10 pm         
Di saat rasa kecewa dan putus asa mulai menguasai diri kami, kami melihat ada suara orang di hadapan dan suluhan lampu picit. Kami tiba di puncak Gunung Korbu dalam hujan. Rakan-rakan yang tiba awal sedang duduk mengelilingi lilin masak yang dibakar untuk memanaskan badan. Laungan ‘Allahu Akbar’ bergema dalam kegelapan dan hujan yang masih lagi tidak mahu berhenti. Rasa syukur yang amat sangat sebaik kami tiba di puncak Korbu. 

9.55 pm         
Walaupun belum puas berada di puncak Korbu , tapi disebabkan rasa sejuk dan khuatir ada dikalangan peserta akan diserang ‘hyperthermia’ dan kejang otot kami membuat keputusan untuk mulai menuruni puncak Korbu dan kembali ke Puncak Junction (tapak perkhemahan). 

Kami bergerak dalam barisan yang panjang dalam kegelapan. Sekali sekala peserta dibelakang meminta untuk berhenti rehat. Dalam fikiran aku sekarang seandainya berhenti akan membuatkan mereka lebih mengantuk dan akan tidur, lebih buruk lagi pengsan. Perjalanan pada waktu malam lebih mengambil masa berbanding hari cerah. Dalam gelap dapat aku tahu rasa letih dan kelaparan yang amat sangat serta mengantuk dikalangan peserta. Perjalanan kami diteruskan lagi tanpa sebarang bunyi dan suara, sejam trekking hujan telah berhenti tapi angin masih bertiup.

Terlintas dalam fikiran aku, aku percaya kumpulan yang di hadapan pastinya telah masuk khemah dan tidur akibat keletihan yang amat sangat. Satu soalan yang terlintas ialah “Siapa akan menghantar bantuan ?”, sedangkan individu yang sebelum ini banyak membantu ada bersama-sama kami waktu itu. Lalu aku membuat kjeputusan dengan Noh, “kita mesti speed dan tinggalkan mereka” Ini bertujuan untuk kami membuat persiapan setibanya mereka di Kem Junction. Aku meninggalkan sedikit kismis buat 2 peserta wanita yang sudah tidak bermaya.

Aku dan Noh meneruskan lagi perjalanan. Sesekali kami keliru dengan laluan yang di tanda oleh Fuad. Mujur tindakan aku mematahkan buluh di awal perjalanan dapat dijadikan panduan , ini kerana ada antara buluh yang tidak dapat dipatahkan.

4.15 am          
Aku tiba di Puncak Junction dan memaklumkan pada Fahmi keadaan 2 peserta wanita yang sudah tidak bermaya dan terpaksa dipapah.

5.00 am          
Zaid tiba untuk meminta bantuan. Pihak OGKL menyediakan air panas dan sedikit biskut untuk diberikan kepada 2 peserta wanita. Zaid memaklumkan sebaik saya meninggalkan mereka, salah seorang peserta wanita telah pengsan. Mereka telah bertindak memasang unggun api untuk memanaskan badannya. Tidak lama kemudian pihak OGKL yang bertindak sebagai ‘Sweeper’ telah tiba dan menghulurkan bantuan dengan memberikan ‘power bar’ dan buah kurma kepada para peserta. Selesai makan Zaid turun semula untuk menghantar air panas dan biskut.

5.55 am          
Kumpulan terakhir tiba. Benarlah seperti yang dikatakan keadaan 2 peserta wanita tersebut amat tidak bermaya dan terpaksa di papah oleh 2 peserta lelaki lain. Syukur Alhamdulillah semua selamat tiba. Selesai solat subuh kami tidur bagai seorang bayi pagi itu.

15hb Ogos 2007 (Rabu)

12.00 pm       
Buat pertama kalinya dalam XPDC kali ini kami bangun agak lewat. Keadaan agak sunyi tanpa suara melainkan suara dari pihak OGKL yang sibuk memasak di khemah mereka. Pihak OGKL memberi kelonggaran kami pada hari itu memandangkan kami telah kena penangan Banjaran Titiwangsa yang agak teruk pada awal pagi sebelumnya.

2.15 pm         
Bertolak ke Kem Agas.

2.55 pm         
Berhenti di Puncak Anak Junction.

6.30 pm         
Tiba di Kem Agas pada ketinggian 1500 meter. Terdapat anak sungai yang mengalir . Dalam kegembiraan Saufi memaklumkan tapak perkhemahan yang sebenar perlu melepasi 3 buah bukit lagi. Jadi aku membuat keputusan untuk tidak berhenti. 30 minit berjalan baru tiba di tapak perkhemahan. Rasa terubat dengan air setelah sebelum ini air agak terbatas. Namun di Camp site kali ini , tapak agak terhad. Malam itu aku tidur sambil kaki aku menahan akar pokok bagi mengelak daripada aku berguling ke dalam anak sungai. Aku mandi buat pertama kali setelah 4 hari di dalam hutan. Kesejukannya tidak tergambar. Setiap kali aku menyiram pasti aku tercungap akibat kesejukan yang terlampau. Diibaratkan mencurah satu beg air bercampur ais ke badan aku.  

16hb Ogos 2007 (Khamis)

6.15 am          
Setelah mendapat rehat yang mencukupi dan perjalanan yang sebelumnya tidak begitu menduga fizikal dan mental kami. Perjalanan hari ini adalah lebih mencabar kerana perjalanan kami telah lari dari perancangan asal. Fahmi memaklumkan yang kami perlu kerja lebih keras untuk memastikan XPDC ini mengikut perancangan asal. Dalam erti kata lain perjalanan hari ini akan menuntut kami untuk ‘OT’ (overtime), itulah istilah yang digunakan oleh OGKL.Ini bermakna perjalanan hari ini paling jauh dan mencabar berbanding hari-hari sebelumnya. Sasaran hari ini ialah Puncak Kambing.

Untuk itu bagi menjamin kelancaran perjalanan seorang peserta wanita telah diagihkan barangnya dikalangan peserta lelaki lain, malah begnya turut diikat bersama beg Noh. Dia hanya perlu  membawa badannya sahaja. Seorang lagi peserta wanita hanya perlu membawa beg berisi ‘sleeping beg’ dan makanan ringan sahaja.

8.22 am          
Mulai trekking. Perjalanan hari ini benar-benar menguji kesabaran kami. Manakan tidak , banyak laluan hari ini menuntut kami untuk merangkak malah adakalanya meniarap. Bayangkan dengan beg yang berat dan besar di belakang kita terpaksa mengimbangi badan daripada tersangkut dahan-dahan pokok yang terdapat sepanjang laluan. Aktiviti merangkak dan meniarap mengambil masa 30 minit. Rentak kami agak terikat dan terkongkong akibat laluan sebegitu. Ada masanya aku mulai rasa bosan yang amat sangat kerana terpaksa membongkok berkali-kali dan membuat aku menjerit melepaskan kegeraman.

9.40 am          
Kami tiba di Bonsai Tengah. Laluan yang awalnya tadi menguji kesabaran, kini melalui kawasan berbuluh kecil. Bonsai Tengah hanyalah sebuah kawasan kecil yang terbuka. Terasa seronoknya apabila dapat merasai pancaran matahari setelah dibelenggu kesejukan semalaman tadi.

12.10 pm       
Perjalanan aku terhenti apabila terdengar suara mereka yang dihadapan. Dari suara dan riuh mereka dapat digambarkan betapa gembiranya. Aku tertanya samada telah sampai ke Puncak Kambing, tapi aku cepat berfikir yang perjalanan kami hanya baru 4 jam. Beberapa langkah berikutnya barulah terjawab mereka telah tiba di Puncak View. Salah satu puncak sangat cantik , aku berdiri di puncak yang lain dan dihadapan aku jelas kelihatan peserta dihadapan berada dipuncak yang lain . Kedudukan mereka aku anggarkan hanya 100 meter. Bayangkan sahaja satu puncak yang tinggi seluas kurang 2 meter persegi dan dikeliling oleh gaung yang sayup mata memandang. Hanya kelihatan tubuh-tubuh kecil yang bertenggek di puncak tersebut. Indahnya ala ini.

Untuk kepuncak tersebut kami perlu menuruni laluan bertali yang menegak. Kemudian dengan berhati-hati melalui laluan berbatu dan berakar. Aku terfikir kalau helicopter NURI sebesar itu pun sukar dicari, apatah lagi tubuh kami yang kecil. SubhanAllah, mintak dijauhkan segala mala petaka. Berada diPuncak View mengubat sedikit kesengsaraan kami setelah berada di dalam hutan beberapa hari ini. Semangat kami semakin berkobar-kobar untuk meneruskan lagi perjalanan. Setelah kami mengambil gambar dan video dari beberapa sudut menarik, Puncak View setinggi 5906 kaki kami tinggalkan dengan hati yang amat berat.

1.20 pm         
Kami tiba di Kem DGU. Campsite yang sepatutnya kami bermalam jika mengikut perancangan asal. Seorang peserta wanita mengadu seluruh tapak kaki nya sakit. Bila kami periksa, kesemua jarinya telah membengkak (blister) termasuklah kedua-dua tumit. Rawatan awal diberikan dengan membalut jari –jarinya dengan handyplast dan Noh memberikan sepasang stoking yang baru dan kering untuk ditukar. 

2.44 pm         
Tiba di Bonsai Semak pada ketinggian 6050 kaki. Aku hanya berhenti seketika untuk mengambil gambar dan video dan kemudian meneruskan perjalanan. Perjalanan sedikit menuruni lurah dan kemudian kembali mendaki untuk tiba di Puncak Belumut.

5.00 pm         
Kami tiba di Puncak Belumut. Perjalanan diteruskan lagi dengan kali ini laluan kami lebih banyak menurun berbanding tadi. Ini kerana kami difahamkan yang perjalanan kami akan melalui punca air terakhir sebelum tiba ke Puncak Kambing. Ini bermakna setiap punca air pasti melalui lurah atau lembah gunung.

6.00 pm         
Tiba di Kem Kacang. Kelihatan beberapa peserta sedang berbual kosong dan berlawak jenaka bagi meredakan ketegangan dan kepenatan. Stetelah berhenti rehat selama 30 minit aku meneruskan lagi perjalanan. Perjalanan kali ini keseluruhannya mendaki dan sangat jauh. Timbul persoalan bilakah penghujungnya laluan pacak ini. Dalam kesunyian, yang terdengar hanya bunyi angin suasana dipecahkan dengan suara ‘Uncle’ yang menjerit akibat laluan yang menguji kesabaran. Waktu itu aku berjalan seorang diri , cerita dari salah seorang peserta yang terserempak dengan tapak ‘maybank’ membuatkan aku teruskan sahaja pendakian tanpa henti. Rasa penat dan lenguh kaki tidak lagi aku hiraukan apabila rasa takut menguasai kepenatan. Nafas yang pada mulanya pendek kini semakin laju seiring jantung yang kencang mengepam darah keseluruh tubuh. Tiada lagi peluh yang mengalir akibat suhu yang mulai dingin.

Dalam keletihan terdengar sahutan lotong di lembah seolah mentertawakan kami.Tidak lama aku berjalan kelihatan Cie dan Wahida dan kami berpakat untuk tidak berpisah. 

9.00 pm         
Disaat kepenatan mulai menguasai diri suluhan lampu picit yang betul-betul dihadapan kami memberitahu yang kami telah tiba di Puncak Kambing. Tapak perkhemahan kali ini lebih terhad berbanding sebelum ini. Tapak khemah  aku berbonggol dan berlubang tapi aku lupakan soal keselesaan asalkan mata ini dapat ku pejam.

17hb Ogos 2007 (Jumaat)

9.43 am          
Setelah sarapan pagi kami meluangkan masa ke Gng Tok Nenek yang perjalanannya hanya mengambil masa 15 minit. Gunung Tok Nenek yang sebelum ini ku lihat sayup dari Puncak Gunung Yong Belar kini  betul-betul dihadapan kami. Menurut OGKL gunung ini turut dipanggil sebagai ‘Chair and Table’, ini kerana fizikal dan formasi batu di puncak Gunung Tok Nenek menyerupai kerusi dan meja. Keadaan dipuncak seperti di Puncak View tapi lebih luas. Kami tidak dapat lama kerana sasaran hari ini ke puncak terakhir iaitu Gunung Yong Yap. Hari ini aku bertekad untuk tiba sebelum hari gelap memandangkan hari ini hari terakhir di dalam hutan.

Kami bertekad untuk bermalam di puncak Yong Yap walaupun telah diberitahu punca air terpaksa menuruni ke lembah yang perjalanannya hamper 1 jam menurun dan perjalanan balik tentu sahaja berganda akibat terpaksa mendaki. Mujurlah Noh, Syahrin , Zaid dan hafiz sanggup memikul tugas berat itu untuk mengambil air bagi kegunaan yang lain. 36 liter air berjaya di bawa dari punca air oleh mereka berempat.

11.00 am       
Tiba di Puncak Kayong yang perjalanannya hanya mengambil masa 10 minit dari Puncak Kambing. Dihadapan kami terbentang Gunung Yong Yap yang berbentuk pyramid dan dapat aku bayangkan bagaimana laluan yang bakal kami tempuhi. Untuk sampai ke Gunung Yong Yap kami perlu melepasi beberapa bukit dan gunung yang lain terlebih dahulu sebelum pendakian sebenar.

11.50 am       
Tiba di Kem Lopak. Aku membuat keputusan untuk tidak berhenti mengambil air untuk menjimatkan tenaga. Bekalan air peribadi aku untuk hari ini telah aku bawa dari Kem Kacang lagi. Sekali lagi aku mulai jalan seorang diri.

1.40 pm         
Tiba di Puncak Bubu pada ketinggian 6476 kaki, tapak perkhemahan di sini lebih luas berbanding di Puncak Kambing. Aku hanya berhenti untuk mengambil beberapa keeping gambar dan video.

2.30 pm         
Berhenti makan di satu kawasan lapang setelah menuruni Puncak Bubu. Mee hoon tomyam menjadi habuan kami sebagai pengalas perut. Jam 3.15 petang aku meneruskan lagi perjalanan ke puncak terakhir kami.

5.20 pm         
Benarlah seperti telahan aku sebelum ini keadaan bentuk Yong Yap seperti pyramid  kali ini sekali lagi menguji kekuatan mental aku. Perjalanan yang dekat terasa kembali menjauh apabila laluannya berliku seolah melencong dari laluan kepuncak gunung Yong Yap. Sesekali aku terpaksa merangkak di bawah akar pokok yang gelap dan terdapat lubang hitam yang besar di bawah pokok. Terasa benar seperti ada ‘mata’ yang melihat aku.

Akhirnya syukur alhamdulillah aku tiba juga di Puncak Gunung Yong Yap sebelum hari gelap seperti aku sasarkan. Tapi suasana yang berkabus tebal menghalang aku dari melihat pemandangan yang menarik seperti yang dicanangkan oleh OGKL. Takpalah , dengan izin Allah S.W.T tidak ada yang dapat mengubah hakikat yang aku dah sampai ke puncak Gunung Yong Yap dengan selamatnya .

Selepas makan malam, kelihatan peserta yang membuat unggun api menyanyi seakan meraikan kejayaan dan XPDC ini telah berakhir. Malah ada yang mula berterima kasih sesame sendiri atas bantuan selama XPDC ini. Aku sekadar duduk dalam khemah dan bersiap untuk tidur , memandangkan perjalanan esok masih terlalu jauh. XPDC ini belum lagi berakhir…..Malam itu kami tidur pada ketinggian 7110 kaki dari paras laut.

18hb Ogos 2007 (Sabtu)

6.30 am          
Suasana pagi dan pemandangan tidak berubah. Keadaan masih berkabus tebal. Kami tidak mampu melihat apa-apa dari puncak Gunung Yong Yap.

1030 am        
Perjalanan hari ini kami difahamkan akan melalui perjalanan menuruni ke lembah sungai dan sangat jauh. Mulai turun dari puncak Yong Yap. Pada permulaan pergerakan aku, Noh dan Afdal agak perlahan, memandangkan terdapat laluan yang perlu melalui akar pokok dan merangkak. Semakin kami menuruni ke lembah, keadaan poko yang pada awalnya tadi dingin dan sangat berlumut semakin lama kelihatan pokok besar dan laluannya semakin meluas. Ini membolehkan kami bertiga untuk berlari sambil menuruni ke lembah. Pergerakan kami menjadi semakin laju dan berjaya mengejar kumpulan yang dihadapan.

Sayup terdengar bunyi jeram,rindunya aku untuk bermandian dan membersihkan diri. Rasa dingin jeram sudah mulai terasa. Akhirnya kami melalui 2 anak sungai yang bersatu menjadi satu untuk laluan seterusnya. Laluan seterusnya agak landai dan sedikit menurun.

3.00 pm         
Kami tiba di Kem Kereta. Buat pertama kalinya aku dapat mengejar Fuad dan kumpulan peserta yang paling depan. Kami difahamkan perjalanan akan mengambil masa lagi 3 jam.untuk sampai ke Pos RIngit.

6.00 pm         
Setelah berjalan tanpa mengetahui jauhkah lagi dan melalui lebih 25 anak sungai yang jernih melalui trek balak (paling aku benci) dengan berselipar akhirnya kami tiba di Pos RIngit . Kedatangan kami disambut beberapa anak orang asli yang bermain di titi sungai terakhir. Aku cuba merapati mereka dengan memberi mereka baki ‘chewing gum’ dan asam kepada mereka. Seronok melihat gelagat mereka merebut makanan. 

8.00 pm 
Kumpulan terakhir tiba dengan bantuan 4WD. Kemudian kami di bawa ke Kem Sungai Pauh tempat di mana kami bermalam. Menaiki belakang 4WD satu pengalaman yang amat merisaukan dengan pemandunya langsung tidak memikirkan keadaan kami dibelakang yang huru hara cuba mengimbangi badan akibat kenderaan yang dipacu sangat laju melalui jalan yang berliku.

12.00 am       
Tiba di tapak perkhemahan Sg Pauh kami disambut OGKL yang mula berkumpul dari tengahari lagi. Selepas makan malam kami tidur dalam kesejukan. Malam terakhir tidur di khemah.

19hb Ogos 2007 (Ahad)

6.15 am          
Aku terjaga dengan tiupan wisel oleh kumpulan murid sekolah yang berkhemah berhampiran kami. Kalau sebelum ini aku hanya membersihkan diri dengan ‘wet tissue’ Damia (anak kedua berusia 9 bulan) hari ini aku mandi untuk kali ke dua sepanjang XPDC ini

10.45 am       
Majlis Penutupan yang di pengerusikan sendiri oleh  Presiden OGKL , Dino. Masing-masing diberi peluang untuk bercerita sedikit pengalaman sepanjang XPDC ini. Kami dimaklumkan bahawa kami merupakan kumpulan pertama yang menggunakan laluan TNB DAM-Yong Belar-Gayong-Korbu-Yong Yap-Pos Ringit.

11.30 am       
Meluangkan masa di Pekan Brinchang membeli tanda mata untuk di bawa pulang.

1.15 pm         
Kami menaiki bas dari Tanah Rata pulang ke Kuala Lumpur

5.20 pm         
Tiba di Stesen Puduraya. Setelah bersalam-salaman antara satu sama lain di situ kami berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Rumusan

            Perjalanan kali ini benar-benar menjangkau dari apa yang aku harapkan. Bak kata tajuk sebuah lagu “Tak Tercapai Akal mu”. Kejutan demi kejutan perjalanan ini telah bermula sebelum  XPDC lagi, dengan beberapa ujian yang sememangnya tidak dirancang, peserta yang diharapkan akan membantu tetapi tidak akibat kecederaan dan keperluan peribadi yang kurang menambahkan lagi elemen-elemen cabaran perjalanan kali ini. Setiap hari setelah tiba di camp site ‘Uncle’ pasti memarahi Fuad. Antara keluhannya “Siapa yang buat trek?”, “Kenapa perjalanan 6 jam dikatakan 3 jam?”, “Lain kali kalau nak aku datang lagi, siapkan jalan tar?” dan pelbagai lagi. Aku masih merasa agak lega kerana masih ada beberapa peserta yang sanggup berkorban demi keselesaan orang lain. Individu-individu ini yang membakar semangat aku untuk terus aktif walau usia ku semakin meningkat dalam merancang aktiviti besar dan lebih mencabar di masa akan datang. Benarlah seperti kata Fuad jangan samakan Reverse Titiwangsa V2.0 dengan gunung yang terletak di dalam Taman Negara. Ini kerana laluannya tidak dijaga dan akan mulai bersemak dan ditutupi semula setelah beberapa ketika tidak dilalui.

            Buat pihak OGKL ini kali ketiga kalian membantu aku secara peribadi, dan buat kali yang entah keberapa, terima kasih atas segalanya. Semuga kerjasama ini akan berterusan dan mampu melahirkan lebih ramai aktivis rekreasi di masa depan. Reverse Trans Titiwangsa V2.0 kini menduduki carta teratas dalam diari rekreasi aku. Banjaran Titiwangsa! Kami, kalau tidak pun aku akan kembali satu hari nanti.

En Hishamuddin,
Penasihat 
Kelab Kembara Politeknik Kuching Sarawak



Thursday 25 July 2013

L07: Ekspedisi G. Rinjani - G. Agung :: Part II

Ceritera XPDC Gng Rinjani (3726M) & Gng Agung (3014M) : Part II

Salam Semua,
Seperti yang dijanjikan..bahagian kedua (part II) xpdc Rinjani-Agung sebagai bahan bacaan untuk warga ogkl & xkresma yang belum berpeluang kesana. Juga untuk bacaan rakan-rakan yang selalu mengulor...hehehe

-deeno-

1hb Mei 2007

Pagi ini kami mengatur lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Lombok. Setelah bersarapan roti bakar (pada yang awal saja yah!), kami terus dibawa melawat ketempat-tempat menarik sekitar Mataram-Lombok. Memandangkan Lombok terletak di bahagian timur Bali, pelancongan disini masih lagi kurang berbanding tempat-tempat lain. 

Penduduk disini kebanyakkan terdiri dari suku Sasak dan majoriti penduduk nya beragama Islam. Sehinggakan masjid begitu ketara disana dan ada diantaranya berselang hanya beberapa puluh meter! Pulau 1000 masjid begitulah menurut salah seorang guide kami. Disebabkan masa yang terhad kami hanya sempat ke mengambil angin di tepi jeti, melawat Taman Narmada (miniature kepada Gn Rinjani), ke toko outdoor (Eiger), kedai kaos serta toko yang menjual madu asli serta ole-ole asli Lombok. Banyak toko yang tutup memandangkan hari itu Hari Buruh & Wesak Day.

Kami juga sempat menyaksikan tunjuk perasaan menuntut hak-hak yang lebih baik untuk buruh sekitar kota Mataram. Pulang ke hotel kami terus membuat persiapan untuk pulang ke Bali. Ketika ini ramai yang dah membayangkan untuk tidak turut serta ke Gn Agung sekiranya masih dijadualkan mendaki pada malam itu. Capek pak!! Hahaha

Menyedari hal ini AJK seperti biasa akan membuat pindaan jadual demi keselesaan peserta. Chewah! Jam 4.30pm kami menaiki feri untuk pulang ke Bali. Memang sedih untuk berpisah dengan rakan-rakan guide disana kerana masing-masing dapat merasakan ukhuwah yang makin menebal antara kami. Namun perpisahan adalah sesuatu yang pasti untuk satu-satu pertemuan! Sayonara Mataram-Lombok, kota yang terkenal dengan slogan Patut Patuh Patju. InsyaAllah ketemu di tahun-tahun akan datang. Di atas feri masing-masing melayan perasaan dan berbual di atas dek menghadap matahari terbenam. Memang cantik scenery petang itu tapi di hati masing-masing muladok pikir apa nak jadi pulak

Perjalanan 5jam diatas feri bagai tak terasa bila masing-masing asyik bercerita tentang pengalaman di Lombok.. Dan antara yang menjadi mangsa interview petang itu pastinya jejaka idaman Malaya; Pak Hussain yang mula digosipkan dengan seseorang. Hehehe

Paling menarik di atas feri sebelum sampai ke Bali pastinya misteri kehilangan nasi bungkus Sifu. Macam dalam cerita CSI, Sifu ditemani Abg Dafi dan Rudy mula menyiasat tentang misteri kehilangan nasi bungkus yang diletakkan di atas meja. Yang jadi suspek tak lain tak bukan, peserta yang kuat makan; Eddie Oh. Apapun memang tiada bukti yang mengaitkan Eddie dengan kejadian itu. Sudahnya Sifu terus tertanya-tanya

Sampai di jeti Padang Bai sekitar jam 9.30pm. Dari sini kami di bawa ke Pantai Kuta untuk menginap di Gora Beach Inn. Di dalam van yang aku naiki mula kecoh tentang kehilangan kasut adidas Tangent seorang lagi orang lama; Abg Dafi. Sebenarnya kasut tu ada dan aku mengarahkan Azmin & Fairos untuk menjaganya, kerana ketika sampai di jeti dia terus saja meninggalkan kasutnya di kelompok haversack peserta lain. Aku dan Ramli yang sebelah dia ada atas van ketawa dalam hati bila tiba-tiba Pak! Sebentar pak, boleh patah balik ke jeti tak?! Ada barang tertinggal kata Abg Dafi. Pak Supir yang terkejut terus aje membrek tapi negatif jawapannya Feri dah berlepas semula pak? aku pun apalagi terus kasi tambah pressure pada Abg Dafi..Walaupun dia pasrah, namun aku tahu dalam hatinya memberontak kerana kasut tu baru 2-3kali pakai! Sudahnya sepanjang 2 jam perjalanan Abg Dafi senyap aje tak seperti selalu. Hahaha (Sori bang..gurau-gurau jer..hehehe)

Gora Beach In terletak di tengah-tengah kemeriahan kota Pantai Kuta di bahagian Legian, kira-kira 7minit perjalanan dari monumen pengeboman Bali. Tempat ini memang happening! Jam 12-1am masih lagi rancak walaupun toko-toko perniaagaan telah pun ditutup.Hiruk-pikuk hanya kedengaran dari kafe-kafe yang terdapat dikiri-kanan jalan.

Selesai check-in, sedang aku, Paie dan Arey berbincang untuk perjalanan seterusnya, Faizul turun ke lobi dengan backpack serta pakaian mendaki. Mulanya dia beritahu kami dia tak dapat ikut ke Gn Batur kerana nak terus ambil feri ke Banyuwangi. Mulanya kami tak perasan apa yang dia bualkan, sampailah satu ketika dia tanya mana nak letak barang-barang saya malam ni?? Sebab kitakan tak tidur di bilik aku pun tanya, Engko nak kemana pulak malam ni??, Kitakan naik Gn Agung malam nikata Faizul..Alamak ni dah kes miscommunication la ni..Hahaha? Naya sungguh Faizul, Wakenabeb!!! Hahaha

Balik kebilik ramai yang dah pewai tapi aku tetap juga nak keluar malam tu menghirup udara segar di Pantai Kuta. Arey dan Paei awal-awal dah tinggalkan aku..Nasib baik waktu nak keluar bilik Sifu rela hati nak ikut aku. Jam dah pukul 2am. Sementara nak tunggu Champion League; Chelsea vs Liverpool best jugak jalan-jalan kat pantai Kuta. Di Kuta aku dan Sifu melepak di McD 24hr. Layan borak tentang diri masing-masing sambil layan bola. Lepas 1st half terus saja berjalan menyusuri jalan di tepi Pantai Kuta. Malang sungguh pagi tu, dah 30minit berjalan aku dan Sifu tersasar dari kawasan hotel. Naya sungguh! Nak tak nak terpaksa ambil teksi?jam dah pukul 4.30am. Mau kemana pak?? tanya supir..Terus saja ke monumen bombing..kata aku Hahaha..Lebur jugak Rp15k

2hb Mei 2007 (Catatan sumbangan Arry)

Pagi yang damai bangun pagi, breakfast roti bakar seterusnya mutar-mutar ke destinasi menarik sekitar Bali. Pagi itu yang jadi bahan pastinya Fairos dan Ramli yang dah mula bertukar rupa. Kulit mengelupas kesan sunburn di Rinjani. Pagi itu juga Abg Dafi mula gembira bila kasutnya dipulangkan kembali..Hehehe

Tempat pertama kami tuju pagi ini ialah Dreamland Beach yang terletak di Jimbaran. Tempat ini bakal dibangunkan sebagai Kuta II sedikit masa lagi. Pembinaannya sedang rancak berjalan. Pantai ini terkenal sebagai destinasi sukan luncur untuk penggemar luncur air atau surfng. Ombaknya yang besar serta airnya yang hijau kebiruan memang memukau mata yang memandang. Selesai berfoto terus saja kami menuju ke destinasi seterusnya; toko Eiger. Abg Deeno yang mendapat kiriman dari rakan-rakan semenanjung memang tak menang tangan membeli disini. Semua dia nak capai..

Selesai di toko-toko outdoor terus saja kami menuju ke Tanah Lot untuk menikmati sunset disana. Pura pemujaan leluhur untuk penganut agama Hindu Kuno ini terletak betul-betul di tepi laut dan terdapat tempat menikmati pemandangan indah dari atas tebing yang menghadap matahari terbenam.. very nice! Sambil mengunyah kerepek ubi dan menghirup air kelapa muda jari tidak putus-putus mengklik kamera. Tidak kurang juga yang giat berposing di hadapan lensa. Yelah..bukan selalu dapat merakam permandangan seperti ini.

Setelah tepat jam 7.30, kami berkumpul semula dihadapan pintu masuk Tanah Lot. Perut masing-masing sudah mula berkeroncong minta diisi. Hanya satu warung yang kelihatan masih terang benderang. Kami menikmati makan malam kami seperti kebanyakan hari2 lain iaitu sajian nasik padang. Tapi mataku terbeliak setelah bil diberi. Hampir Rp 21,000 (RM 8++) setiap orang untuk sepinggan nasi padang dan lauk pauk. Mak aihhh! Boleh tahan mahal!.

Hati berdebar-debar sepanjang perjalanan pulang ke Kuta. Satu lagi misi besar masih perlu dicapai. Satu lagi cabaran masih menanti. Kami dinasihati guide Triman agar merehatkan diri selagi masih boleh kerana kurang dari 3 jam kami akan memulakan perjalanan ke Gunung Agung pula. Yaaa..gunung kedua yang bakal ditawan oleh pendaki-pendaki degil OGKL pada ekspedisi kali ini. Gunung Agung yang terletak di timur Pulau Bali mempunyai ketinggian 3014m dikatakan gunung yang sangat suci bagi kepercayaan masyarakat Hindu di Bali.

Gunung yang menempatkan ibu segala pura di Besakih. Kekerapan upacara keagamaan yang diadakan di puncak itu membuatkan gunung itu begitu dipelihara oleh masyarakat setempat. Setelah mengadakan survey, hanya seramai 20 orang pendaki yang masih mampu meneruskan perjuangan walaupun seharian suntuk penat bershopping tetapi itu bukanlah satu halangan untuk tidak meneruskan misi. Ada yang berkata, Gng Agung ni tak sesusah Gng Rinjani sekitar 4 jam je dah boleh sampai ke puncak. Dalam hati sempat la nak tengok sunrise kali ni. Wahhhh gumbira sungguh hati ini!!! Kami tiba di Besakih, sekitar jam 11.50 malam daripada Kuta.

3hb Mei 2007 (Catatan sumbangan Arry)

 Setelah mendengar briefing daripada pegawai bertugas yang menjaga pos masuk dan juga guide Triman, tepat jam 12.30 am, kami pun memulakan pendakian. Kumpulan kami disambut dengan salakan achong (anjing2) yang ada disekitar pura selama 10 minit di awal perjalanan. Kasik ucapan good luck kot. Walaupun keadaan gelap pada malam itu tapi kami masih mampu melihat samar-samar keadaan sekeliling kerana malam tu bulan agak terang. Suasana sunyi,, hanya kedengaran tapak-tapak kaki yang melangkah yang seiring dengan bunyi nafas yang macam Seladang. Sunyi sangat seolah-olah setiap orang takut nak bersuara pulak. Mungkin jugak sebab sebelum gerak tu kami dah kena warning kononnya Gng Agung ni keras.

 Senyap punya senyap, rupa-rupanya sudah sejam kami berjalan tanpa henti. Laju pulak tu. Takde sapa pun mintak nak rehat, takde sapa pun yang mengeluh penat. Sehinggalah Arey yang pada masa itu berada dihadapan sekali mintak semua berhenti ambik nafas kejap. Nampaknya Pak Arey pun tau penat.. Masa tu barulah ada suara yang berbunyi dah sejam kita jalan ni, takde sapa yang berani mintak take five. barulah peserta lain turut ketawa. Eddie Oh memang ketawa paling tak puashati.. hahaha.. 

 Akan tetapi kederat Uncle Appa seperti di recharge 100% maksimum apabila dia tetap meneruskan perjalanannya. Bukan setakat peserta paling depan, bahkan guide Triman pun ditinggalkannya! Setelah hampir 10 minit berhenti, kami pun meneruskan perjalanan. Bayang atau cahaya headlamp Uncle Appa langsung sudah tidak kelihatan. Power betul uncle nih... Rungut aku dalam hati. Trek setakat ini tidak ada langsung yang datar atau menurun. Memang dia bagi kaw-kaw punya. Mencanak sampai sudah. Dan trek nya setakat ini seperti hutan di Malaysia, berakar dan masih mempunyai banyak pohon yang jarang-jarang terdiri dari pokok pine.


Setelah hampir ke pukul 3am, terngiang-ngiang pesanan AJK, kita makan tepat pukul 3am sewaktu memberikan bekalan nasik padang kepada setiap pendaki sebelum bertolak. Perut dah makin menyanyi. Kesejukan pun dah macam terkurung kat dalam tulang. dahhh..nak berenti jugak..nak makan! aku bersuara. Carik dulu port best. Oleh kerana keadaan trek yang mencanak itu, kami terpaksa duduk berderet sepanjang trek. Pada masa itu juga, barisan pendaki sudah terpecah. Di belakang sekali ada Abg Dafi, Hairul.

Nasik padang dengan lauk sayur rebus dan ayam goreng jadi sarapan dinihari kami. Selesai sudah sarapan kami, perjalanan harus diteruskan. Aduh, makin canak jalan ni. Tak kasik chance langsung! Ketika itu pokok-pokok disekeliling sudah mula jarang-jarang dan kecil (bonsai). Pemandangan waktu malam Pulau Bali sudah bisa dilihat di sebelah kanan kami. Cantik sungguh, sayup-sayup kelihatan lampu-lampu kecil di celahan ranting-ranting pokok. Kami bernasib baik kerana angin tak begitu kencang. Tapi sejuknya ya ampun!

Tiba-tiba kami dikejutkan melalui W/T dari Abg Dafi yang memberitahu berita kurang gembira daripada orang belakang. Hairul terjatuh! Jatuh dalam gaung pulak tu. Nasib baik gaung tak dalam sangat. Tapi dek kerana semangat kental lagi waja..(Wira Benom lah katakan).  Hairol merangkak semula kembali ke trek. Mungkin kerana terlalu mengantuk. Syukur tiada kecederaan yang serius.


Perjalanan terhenti seketika bagi mengerjakan solat subuh. Nasib baik ada kawasan yang agak lapang dan tak begitu mencanak. Ada yang mengambil peluang ini untuk terbongkang kejap. Hehh siapa tu? Kalau tak silap Kak Gabby.. Mungkin mimpi sesuatu yang indah kot.. hehehe.. Tapi bukan boleh tidur lama pun sejuuuuuuuuuuk.

Kami meneruskan lagi perjalanan. Tanah sudah mula berpasir dan berbatu besar. Panjat dan terus panjat lagi seperti tiada kesudahan jer.. asyik-asyik kene tipu dengan permatang. Sampai jer atas sikit, ada lagi yang tinggi,. Wakenabeb betul!! Dah la kena tipu kata 4 jam..ni dah nak masuk 5 jam setengah dah nih. Tak nampak bayang puncak langsung. Langit sudah mula kelihatan sedikit cerah. Tona Merah oren biru putih yang begitu menawan. Confirm tak sempat tengok sunrise. Hmmm takpela janji sampai puncak. 

Kami tiba di kawasan batu-batu besar yang kelihatan seperti dinding graffiti. Dipenuhi dengan artwork-artwork yang agak mencemar keaslian batu itu sendiri. Setiap lima langkah, pasti kepala mendongak keatas dengan harapan puncak semakin hampir. Kami terserempak dengan beberapa pendaki lain yang dalam perjalanan turun. Kata mereka, sudah ada 3 pendaki yang hampir ke puncak. Wahh pastinya Uncle Appa salah seorang itu. Tapi ada juga seorang pendaki mat salleh yang tak sampai ke puncak sebab tak lagi berdaya meneruskan perjalanan.Aduh mental pulak.

Kaki terus melangkah. Setiap langkah yang itu sangat berharga. Setapak demi setapak bagaikan begitu berat sekali. Keadaan muka bumi yang berbatu kini membuatkan tenaga digunakan berlipat ganda demi melawan graviti dan mendaki dengan ketinggian 45 darjah. Pada ketika ini, mata mudah sekali terasa mengantuk. Perjalanan melepasi batu-batu beralur itu terasa macam forever. Bila ternampak puncak dihadapan, jangan sekali terpedaya. Itu adalah puncak tipu semata-mata. 

Bila aku tiba di satu puncak yang agak tinggi, puncak sebenar Gunung Agung sudah bisa dilihat. Terdapat 3 figure sedang berdiri di puncak itu. Tetapi sebelum boleh sampai ke puncak tu, terdapat hampir 4 puncak tipu. Aduh, mencanak sungguh nak sampai ke puncak ni. Jalan sudah mula licin dan berpasir. Kiri kanan kini cerun yang tinggi. Perjalanan harus diteruskan. Biarlah lambat pun. 50 meter sebelum puncak kedengaran teman-teman lain menjerit-jerit memberi sokongan. Tepat pada pukul 8.30 pagi, kaki ini berjaya menapak di puncak Gng Agung. Alhamdulillah. 

Sampai juga akhirnya walaupun perjalanan naik memakan masa hampir 8.5jam. Segala keletihan pada masa itu bagai hilang bila terlihat betapa indahnya keadaan disekeliling apabila berada di puncak tertinggi Pulau Bali. Gunung Batur dan Gng Abang yang berada di sebelah kiri boleh dilihat dengan jelasnya. Alhamdulillah sekali lagi bagi peluang yang diberi untuk melihat keindahan yang tidak terkata ini. Awan yang cerah, cuaca yang sempurna, a simple yet perfect combination. Aku di sua air kemenangan. Nikmatnya tak terkata! 

Bermula lah sessi fotografi. Macam-macam pose yang kami buat. risau jugak sebab puncak Agung tu tak besar mana. Takut nanti ada yang jadi mangsa sacrifice je. Eddie Oh dan Pak Ali juga sibuk merakam video untuk kenang-kenangan. Dah macam nak masuk dokumentari Cina bila Eddie beri komen. Dari jauh terlihat beberapa lagi peserta lain yang asyik melayan trek ke puncak. Abg Dafi sampai dengan muka yang betul-betul kepenatan. Siap sujud syukur tuu. 

Sebelum tu dengar jugak dari peserta lain mengatakan Abg Dafi cuba ajak yang lain untuk berpatah balik. Tapi semua tak makan saman dan pujukan. Hati batu, jiwa keras, memang degil! ..Kira-kira, peserta yang sampai sudah 19orang maknanya ada sorang lagi di belakang. Dari jauh nampak baju kuning, siapa lagi kalau bukan hero Maybank. Sorakan diberi kepada Hairul yang berjaya juga sampai walaupun dah tergolek dalam semak masa di kaki Agung. Memang hati degil betul. Selamat sudah kesemua peserta tiba di puncak. Sesuatu yang patut dibanggakan.

Setelah beberapa lama berposing dan beratus-ratus kali ambik gambar, tepat jam 10.45am tiba masanya untuk merempuh rintangan terakhir. Going back down. Yang best nya sebab kita seiring dengan gravity. Yang tak bestnya sebab lutut kita kena kerja extra keras. Mukabumi yang sangat cerun, berpasir dan licin menyebabkan kami terpaksa berhati-hati agar tidak tergelincir. Penurunan kali ini lebih licin daripada Gng Rinjani. Walaupun banyak alur tetapi tetap asyik nak terjatuh. Perjalanan turun amat-amat meletihkan. Tambahan pula bila tengok kawan-kawan lain dan aku sendiri dengan kuku dan lutut yang dah menjerit-jerit minta berhenti. Psycho jugak bila dah lihat dengan jelas trek yang kita lalu masa nak naik. Masa malam tak nampak apa, ni dah cerah ya Allah, macam ni ke kita naik tadi?

Bekalan air dah makin sikit. Lutut dah macam nak terburai.. perut pun serabut. bila berhenti rehat je, mata mesti nak tertutup. Mana taknya, semalaman tak tidur. Balik-balik shopping jer pegi naik gunung. Tak ke kerja gila namanya? Tapi perjalanan harus diteruskan. Aku berada dibelakang dah mula risau bila menjadi peserta terakhir sekali. Namun Guide Triman dan Pak Presiden setia menjadi sweeper di belakang. Kecederaan kuku menambahkan kelambatan pada pace yang sudah sememangnya lambat. 

Hati girang bila nampak ada lagi yang sedang berehat. Achong dan Hairul kata Kak Gabby ada dihadapan. Dalam hati terdetik heheh..kalau dapat potong dia pun ok gak ni memang betul dia tak jauh dari kami. Mungkin dia pun tengah sakit kuku kot. The moment Kak Gabby and the gang nampak kelibat kami, dia memecut selagi mau. Macam baru makan 4 ketul Powerbar! Ni bukan slow sebab sakit ni. slow sebab memang sengaja rupanya. Hampa hatiku nampaknya kena la tulis report untuk gunung Agung ni.

Aduh! jauh sungguh perjalanan balik ni. Dah sengal-sengal satu badan. Beberapa kali dah terjatuh dan tergelincir. tapi tak nampak pun Pura-pura yang ada kat bawah tu. Jalaaaaaaaaan lagi..aduhh.

Pada pukul 4.40, kami tiba juga akhirnya. Macam nak melompat bila dah start nampak pura yang tinggi tu. Sempat juga ambik gambar dua tiga snap walaupun penat nya Tuhan saja yang tau. Kami kumpulan terakhir yang tiba. Yang lain ada yang dah siap mandi dah. Bagi kumpulan yang tidak mendaki, mereka dah ada di Besakih daripada 12.30 pm lagi. Yela, mula-mula ingat 4 jam naik, 4 jam turun. Ini dah double ni! Tapi apa2 pun kami semua selamat naik dan turun gunung Agung. MISI TERCAPAI! YESSSS! Akhirnya aku telah menjadi sebahagian daripada sejarah OGKL di Ekspedisi Rinjani-Agung!!!

Tiba masanya untuk mengisi perut. Perut yang dibiar menyanyi daripada pagi tadi lagi. Santapan terakhir kami pada 14 jam yang lalu sudah tidak ada makna lagi. kata Pak Presiden, nak makan besar malam ni. Setelah semua nya selesai membersihkan diri, kami pun bertolak dari Besakih. Bestnya dapat rehatkan kaki. Masing-masing terlena kepenatan, yang tinggal cuma gelak ketawa kumpulan yang tidak mendaki. Yelah, kudrat kami dah tinggal 0.5% je.

Sementelah semua letih dan penat termasuk AJK, kami tak sedar bila kami sampai di sebuah restoran, kalau tak silap Restoran Natrabu (restoran mahal tu..). Disitu berlaku sedikit kekeliruan, kerana semua supir mengangkakan kami akan makan di situ sedangkan mereka di beritahu untuk mencari restoran berhampiran hotel kami menginap. 

Apapun setelah berjaya mengatasi masalah kekeliruan yang timbul, kami makan malam dengan penuh semangat di sebuah restoran Nasi Padang berhampiran airport. Di depan hidangan superb malam tu membuatkan kami makan macam tak ingat dunia. Lauk padang yang mantap dengan paru goreng, sambal lada hijau, rendang daging dan ayam, ayam goreng dan banyak lagi. Selera sungguh malam tu. Maklumlah, setelah penat mendaki, mesti la nak recharge tenaga.Makan malam ditaja oleh kelab pulak tu..hehehe

Kami pulang ke hotel setelah selesai menjamu selera. Mata automatic tertutup bila kepala menyentuh bantal.zzzzzzzzzzz

4hb Mei 2007 (kembali semula ke catatan aku..:)

Suatu pagi yang indah..misi dah selesai setelah hampir 8 hari bertarung dengan perasaan, sakit, seronok, bengang, semuanya ada. Kaki meronta-ronta minta dibelai. Mungkin spa tempat terbaik untuk dikunjungi hari ni..  Mana mungkin dong!!

Seperti dirancang, pagi ini kami akan pergi membeli-belah di Pasar Sukawati sebelum bertolak ke airport Denpasar. Awal pagi kami semua sedia menunggu di depan monumen pengeboman Bali. Sambil menunggu kenderaan sempat jugak bergambar kenang-kenangan beramai-ramai.

Selesai memuatkan semua barangan dalam kenderaan kami terus menuju ke Pasar Galuh yang lebih awal dibuka. Menurut pak supir Pasar Sukawati buka sekitar jam 9.30pm dan tempatnya tidak berapa jauh dari Pasar Galuh. Di Galuh berbagai pakaian serta cenderahati dijual disitu. Walau harganya agak mahal namun setiap seorang dari kami diberikan sticker untuk mendapatkan 50% diskaun untuk setiap barang yang dijual. Sempat la membeli kain ela buat isteri tercinta untuk buat baju raya nanti..

Di Pasar Sukawati AJK menetapkan masa dalam 1jam sahaja untuk ber shopping. Dalam hati aku merungut jugak kerana singkat sangat namun demi mengejar flight yang dijadualkan pada jam 2.25pm kami terpaksa jugak menurut perintah! J. Memang menarik shopping disini, segala macam jenis barang ada.Murah bangat! Tapi yang tak berapa bestnya bila ramai sangat peminta sedekah serta penjual bergerak yang asyik memaksa kami membeli jam, spek dan lain-lain barangan dengan tak pernah jemu.

Selesai ber shopping kami meneruskan perjalanan menuju ke airport. Jangkaan dalam 1.5jam baru sampai ke sana. Dalam perjalanan 2 buah angkutan terpisah dengan angkutan yang kami naiki. Menurut kata pak supir kami, 2 angkutan lain singgah untuk makan sate kambing di gerai tepi jalan. Sampai di airport sekitar jam 1.15pm. Nak check-in tak boleh lagi kerana rakan-rakan lain masih belum sampai. Nak tak nak terpaksa tunggu sehingga kumpulan lain sampai sekitar jam 1.45pm. Aku dah mula membebel kerana kelewatan ini.Semuanya gara-gara peserta yang tak mengikut arahan. Apapun yang lain terselamat.

Bila semua dah sampai terus bergegas ke kaunter check-in. Semuanya gara-gara  sate kambing.. Di kaunter Airasia kami bernasib baik kerana untuk penyimpanan bagasi dah hampir ditutup. Setelah petugas Airasia selesai check-in untuk semua 22 orang kami terpaksa berlari-lari anak ke kaunter imigresen dan seterusnya berlari masuk ke dalam flight. Fuhhhh!! Syukur semuanya selamat masuk ke dalam dan kami merupakan kumpulan terakhir masuk.. Disebabkan kelam-kabut juga aku tak sempat nak melambai rakan-rakan yang masih tinggal di Bali untuk menaiki flight sebelah malam dan keesokkan hari; Arey, Pak Alie, Faizul, Arry, Mia dan Fid.

Selamat tinggal Bali, selamat tinggal Lombok, selamat tinggal Puncak Agung & Rinjani InsyaAllah panjang umur & murah rezeki aku pasti akan kesana lagi!

Hampir 3 jam penerbangan kami sampai di LCCT. Syukur alhamdulillah.. Disini kami mengadakan majlis penutup dan pemberian sijil Gng Rinjani kepada peserta. Semua peserta juga diberi peluang untuk memberikan ucapan ringkas yang menggambarkan tentang perasaan, pandangan serta komen untuk ekpedisi kali ini. Disini kami bersalaman, bermaafan serta belajar untuk menghargai setiap kenangan pahit dan manis sepanjang berada diperantauan! Tiba masanya bergerak kedestinasi masing-masing! Kita jumpa di lain ekspedisi ya

  - deeno -