logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday 18 March 2013

L03: Rimba Kenong

Taman Rimba Kenong

Tarikh: 17-20 Januari 2003
Tempat: Kuala Lipis, Pahang

Taman Rimba Kenong merupakan satu nama yang jarang kita dengar didalam senarai tempat-tempat menarik untuk dilawati di Malaysia terutama kepada pencinta alam semula jadi. Akan tetapi Taman Rimba Kenong adalah sebahagian dari kawasan Taman Negara Pahang yang telah di wartakan sebagai kawasan lindungan. Baru-baru ini pada 17 Januari, saya berpeluang mengikuti satu ekspedisi yang dianjurkan oleh kelab Orang Gunung Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan nama singkatan OGKL ke Taman Rimba Kenong. Ikuti seterusnya kisah pengembaraan kami ke tempat-tempat menarik di sekitar taman tersebut.

Pengembaraan kami bermula di Restoran Teratai dimana kami dikehendaki berkumpul jam 9 malam sebelum bertolak menaiki empat buah kereta. Setelah semua peserta , seramai 16 orang tiba di Restoran Teratai, kami berlepas menuju ke Raub jam 11 malam. Kami sepatutnya bertolak jam 9.30 malam tetapi tepaksa ditangguhkan sehingga jam 11 malam oleh kerana ada beberapa orang peserta yang tiba lewat dari sepatutnya.

Perjalanan ke Raub dijangka memakan masa 1 jam setengah. Kami tiba di Raub seperti yang dijangkakan iaitu jam 12.30 pagi. Setelah berhenti rehat disebuah restoran, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis yang terletak lebih kurang 65 km dari pekan Raub. Perjalanan ke Kuala Lipis agak perlahan disebabkan kerja-kerja menaikkan taraf jalan oleh Jabatan Kerja Raya yang bermula dari Raub.

Kami singgah di Balai Polis Kuala Lipis sekitar jam 1.30 pagi untuk urusan melaporkan diri. Ianya merupakan satu langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak OGKL dalam setiap ekspedisi yang mereka anjurkan. Ini untuk memastikan kehadiran mereka di kawasan Taman Rimba Kenong di ketahui oleh pihak berkuasa supaya jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak tertentu boleh dihubungi dengan segera.

Selepas senarai kesemua ahli diserahkan kepada anggota polis yang bertugas, kami meneruskan perjalanan ke Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis yang terletak lebih kurang 7 km dari pekan itu. Kami tiba di MRSM hampir jam 2 pagi. Di sini kami bertemu dengan Akmar selaku juru pandu kami sepanjang ekspedisi ini. Atas budi bicara Akmar, kami dibenarkan bermalam di kawasan MRSM sebelum meneruskan perjalanan di esok harinya. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak MRSM.


Kami bangun jam 6.30 pagi keesokkan harinya. Setelah selesai solat subuh, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Batu 9 yang terletak hanya 12 km dari sini. Sebelum menaiki bot di Kg Bt 9, kami sempat berhenti sarapan di sebuah warung berdekatan dengan jalan masuk ke jeti Kg Batu 9. Nasi lemak, kek pisang dan karipap merupakan menu utama sarapan pagi kami pada hari itu.

Selesai mengisi perut, kami bertolak ke jeti Kg Bt 9. Setelah meletakkan kereta ditempat yang agak selamat, kami menaiki bot untuk ke jeti Kampung Dusun yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan bot. Rata-rata peserta sudah pun menukar pakaian masing-masing ke pakaian “trakking”. Diwajah masing-masing terpancar semangat berkobar-kobar untuk meneroka keindahan Taman Rimab Kenong.

Tiba di Jeti Kg Dusun, yang juga dikenali dengan Kampung Kenong, kami meneruskan perjalanan ke rumah ayah Akmar. Ini menandakan permulaan pengembaraan kami ke Taman Rimba Kenong. Di rumah Akmar, kami di beri sedikit taklimat akan tentang Taman Rimba Kenong secara mendalam. Kami juga diberikan taklimat tentang pantang larang yang perlu dipatuhi semasa di kawasan ini terutama jika terserempak dengan binatang buas. Ini penting kerana terdapat banyak binatang-binatang buas seperti gajah dan harimau yang masih berkeliaran di kawasan berhampiran. Bunyi bising yang kuat seperti mercun amatlah ditegah sama sekali kerana ianya akan menganggu keharmonian kehidupan margastua di sekitar taman ini.

Setelah sedikit senaman melonggarkan otot-otot dilakukan, kami bertolak tempat pertama dalam agenda ekspedisi kami iaitu Gua Batu Tinggi yang terletak hanya 500 meter dari rumah ayah Akmar. Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 15minit. Gua Batu Tinggi terbentuk disebabkan oleh aliran sungai yang berada betul-betul dibawah batu yang besar. Sekiranya ingin meneroka gua tersebut, kami terpaksalah membawa sampan atau “kenu” bagi membolehkan mudik ke hulu menerusi sungai.

Kami hanya sempat bergambar di bahagian pintu masuk gua sahaja sebelum dibawa ke kawasan Batu Hampar. Batu hampar ini mendapat namanya kerana terdapat satu batu yang agak besar dan landai di tepi sungai seakan-akan bentuk hamparan. Mengikut cerita Akmar, sebelum paip air dipasang di kampung Dusun, penduduk sekitar, terutama kaum wanita, akan datang untuk membasuh pakaian di pagi hari. Tetapi selepas paip air di bekalkan oleh pihak kerajaan , penduduk tidak lagi menggunakan sungai untuk membasuh atau mengambil air. Fungsi batu hampar telah lupuk disebabkan oleh peredaran masa.

Kami kembali ke rumah akmar semula untuk mengambil bag yang ditinggalkan tadi sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kem Kesong yang terletak hampir 3 jam setengah perjalanan. Oleh kerana kami dijangka tiba di kem Kesong jam 1.30 tengahari, kami mengambil keputusan untuk membeli nasi bungkus di yang telah siap disediakan oleh emak akmar. Ini memudahkan kami setibanya di Kem Kesong. Sebelum tiba di kem Kesong, kami akan dibawa melawat beberapa gua yang terdapat di pertengahan jalan.

Gua pertama yang kami singgah ialah Gua Tangga. Gua ini mendapat namanya dari bentuk batu yang seakan-akan tangga yang terdapat di situ. Kami sempat bergambar beramai-ramai di atas batu tangga yang boleh memuatkan hampir 30-40 orang.

Dari Gua Tangga, kami menuju ke Gua Tangkup yang terletak hanya lebih kurang 10 minit perjalanan. Gua Tangkup ini merupakan kawasan kesukaan gajah. Gajah-gajah akan datang ke kawasan ini untuk mengeselkan badan mereka di dinding gua. Terdapat kesan-kesan geseran pada batu-batu di sekitar kawasan Gua Tangkup ini. Terdapat satu hamparan batu sebesar 25 kaki persegi dengan ketinggian hampir 8 kaki dari bawah. Untuk sampai ke bahagian hamparan itu kami terpaksa memanjat satu tangga yang diperbuat dari pokok kayu oleh penduduk tempatan.

Menurut Akmar tempat ini digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tempat tidur sekiranya mereka harus bermalam di situ. Ini untuk mengelakkan dari bahaya diancam gajah yang selalu berkeliaran di kawasan tersebut. Kedudukan yang agak tinggi itu menghalang dari gajah menghampiri mereka.

Kami meneruskan perjalanan ke gua terakhir, iaitu Gua Telahup. Gua Telahup hanyalah satu gua yang kecil. Oleh kerana tidak ada apa yang istimewa akan Gua Telahup ini, kami meneruskan perjalanan kami ke Kem Kesong. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.40 tengahari dan isyarat lapar sudahpun kedengaran, kami teruskan juga perjalanan kerana ingin cepat sampai ke kem Kesong.

Setelah melepasi dua batang sungai, Sungai Pelanduk dan Sungai Kesong, kami tiba di kem site Kesong jam 1.25 tengahari. Track yang becak dan penuh dengan pacat sedikitpun tidak melambatkan kami untuk sampai ke kem site mengikut jadual yang dirancangkan.

Setibanya di kem site, masing-masing tidak sabar membuka bekalan makanan. Tidak sampai setengah jam berikutnya, para peserta sudahpun kekenyangan dan ada yang sudah melelapkan mata tanda kepenatan. Ada beberapa peserta yang sempat mendirikan khemah untuk persediaan di malam hari. Seperti biasa Anuar, Bullet dan Yap sibuk mendirikan flysheet untuk dijadikan tempat memasak dan makan.

Kak Aishah,Illa dan Abg Rashid pula sibuk mengumpul semula bekalan makanan yang telah diagihkan kepada para peserta sebelum memulakan perjalanan pada malam sebelumnya. Setelah hampir semua bekalan dikumpul, mereka memulakan tugas menyediakan makan malam untuk para peserta.

Kami dijadualkan untuk melawat beberapa lagi gua disekitar kem site iaitu Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau. Akan tetapi, hujan telah turun dengan agak lebat pada petang itu menyebabkan aktiviti melawat gua terpaksa di tunda ke hari terakhir kami di kem Kesong. Aktiviti petang itu ditukarkan kepada aktiviti bebas oleh pihak penganjur.

Bagi peserta, masa inilah untuk mereka berehat secukupnya. Ada beberapa peserta yang mengambil kesempatan masa yang terluang untuk memancing di sungai yang berdekatan. Saya difahamkan tidak ada seekor ikan pun dapat di tangkap pada petang itu. Mungkin nasib agak kurang baik lagipun mungkin disebabkan hujan yang turun menyebabkan air sungai menjadi keruh.

Jam 7 malam, kami dipanggil untuk menikmati makan malam yang telah disediakan. Menu pada malam ini agak istimewa iaitu nasi beryani dan ayam masak merah serta acar nenas timun. Amat sukar sekali sepanjang pengelaman saya berkhemah dapat menikmati menu nasi beryani di tengah-tengah hutan belentara. Selalunya ikan sardin atau daging dalam tin menjadi hidangan saya semasa berkhemah. Syabas kepada OGKL kerana dapat menyediakan satu menu yang cukup enak di Taman Rimba Kenong ini.

Kami selesai menjamu selera jam 9 malam. Oleh kerana masa terlalu awal untuk tidur dan ingin meneruskan tradisi OGKL dalam setiap ekspedisi, kami telah mengadakan sesi suai kenal diantara para peserta. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan diri masing-masing terutama kepada ahli-ahli yang baru menyertai ekspedisi yang dianjurkan oleh OGKL.

Satu persatu ahli lama dan baru memperkenalkan diri masing-masing diselang seli dengan gelak ketawa menambahkan lagi keakraban diantara para peserta. Ini penting dalam satu-satu ekspedisi kerana tanpa semangat setia kawan, satu-satu ekspedisi itu agak sukar untuk mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.

Pukul 11 malam, hampir semua peserta sudah pun berada di dalam khemah masing-masing. Mungkin kerana kepenatan selepas berjalan hampir tiga jam setengah di siang harinya. Kami dinasihatkan untuk mendapat tidur yang secukupnya supaya dapat mengembalikan tenaga yang telah hilang. Kami difahamkan aktiviti yang akan dilakukan esok lebih mencabar dan menggunakan lebih banyak tenaga berbanding dengan hari ini.

Ahah 19 haribulan Januari, saya dikejutkan oleh bunyi bising dibahagian dapur. Jam baru saja menunjukkan pukul 6.30pagi. Setelah meninjau ke bahagian dapur, saya dapati Kak Aishah, Illa dan Abang Rashid sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Saya bergegas menunaikan solat subuh sebelum terlambat.

Jam 7.30 pagi kami dipanggil oleh Kak Aishah untuk menjamu selera. Nasi goreng dan teh panas merupakan menu sarapan pada pagi itu. Menurut kak Aishah, Abg Rashid yang goreng nasi itu, tak sangka juga Abg Rashid boleh menyediakan nasi goreng yang enak sekali. Berbanding dengan nasi goreng yang terdapat di hotel-hotel di Kuala Lumpur, saya rasa inilah yang nasi goreng yang paling enak pernah saya nikmati. Syabas Abg Rashid.

Tepat jam 8.15 pagi semua peserta telah berkumpul untuk memulakan perjalanan ke air terjun 7 tingkat yang juga dikenali dengan nama Lata Kenong. Rata-rata peserta sudah tidak sabar untuk mandi di air terjun. Fadzli Phang mengetuai senaman asas pada pagi itu bagi melonggarkan segala otot-otot yang telah keras akibat kesejukkan.

8.35 pagi, kami bertolak ke Lata Kenong yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Menurut Nizam, yang bertindak sebagai “sweeper” dibahagian belakang, laluan ke Lata Kenong agak landai untuk dua jam pertama dan akan bertukar kepada pendakian untuk 1 setengah jam berikutnya. Kami harus mendaki 3 puncak bukit sebelum sampai ke Lata Kenong. Sesuatu yang pasti kami nantikan.

Setelah hampir 1 jam setengah berjalan, kami dikejutkan oleh satu tapak kaki harimau melintasi laluan kami. Akmar yang berada di hadapan memberi isyarat supaya senyap kepada para peserta. Dari kesan bau persekitaran dan tapak kaki, akmar memberitahu bahawa harimau tersebut baru sahaja melintasi kawasan itu lebih kurang setengah jam yang lalu. Beliau menasihati kami supaya berjalan dalam keadaan yang rapat antara satu sama lain dan tidak membuat bising semasa berjalan.

Kecut perut para peserta setelah mendengar penerangan Akmar. Nahas jika kami ditakdirkan terserempak dengan harimau yang dilaporkan cedera ditikam oleh orang asli yang tinggal berdekatan dengan kawasan rimba kenong beberapa hari yang lalu. Menurut Akmar lagi harimau yang cedera akan menjadi lebih ganas dari kebiasaan.

Suasana bertukar menjadi senyap sunyi, tiada lagi gelak tawa dari para peserta. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian kepada keadaan trak yang becak Atas nasihat Akmar, kami mempercepatkan kelajuan berjalan sedikit supaya cepat sampai ke distinasi yang di tuju. Satu pengelaman yang belum pernah saya alami sepanjang mengembara di hutan.

Kami terpaksa menyeberangi beberapa anak sungai sebelum sampai ke Lata Kenong. Ada beberapa jambatan telah dihanyutkan air semasa hujan, oleh itu terpaksalah kami mengharunginya untuk ke seberang. Mujurlah airnya agak cetek, jadi kami tidak memerlukan bantuan tali untuk menyeberanginya.

Kami tiba di Lata Kenong tepat jam 12.30 tengahari. Kami mengambil keputusan untuk berehat di Lata 5 kerana kawasannya agak lapang. Seperti biasa, Abg Rashid, Kak Aishah dan Ella sibuk menyediakan makan tengahari kami. Kali ini menunya lebih istimewa iaitu bee hoon soto. Perut saya terasa cukup lapar setelah menghidu bau sup soto kak Aishah. Sudah tidak tahan rasanya.

Sementara menunggu bee hoon soto disediakan, beberapa peserta mengambil kesempatan untuk mandi di jeram tersebut. Oleh kerana tidak tahan airnya yang sejuk, saya mengambil keputusan untuk tidak mandi, sekadar merendam kaki sahaja. Ini kerana ingin mengelakkan kekejangan otot disebabkan kesejukkan.

Jam 1.30 tengahari, kami dipanggil untuk menjamu selera. Enak sekali bee hoon soto kak Aishah, jarang-jarang kita dapat makan makanan sebegini enak di tengah hutan, apatah lagi selepas berjalan hampir 3 jam setengah untuk menikmatinya. Pastinya, bee hoon soto yang paling mahal harganya yang boleh di dapati di Malaysia.

Setelah hampir 1 jam setengah berada diLata Kenong, kami berangkat pulang ke Kem Kesong. Seperti semasa datang tadi, kami bergerak dalam satu kumpulan tanpa berpecah. Akmar bertindak sebagai “ lead guide” dan Nizam pula bertindak sebagai “sweeper”. Pacat merupakan “penumpang” yang tidak diundang mengiringi kami sepanjang perjalanan pulang. Jam 5 petang semua peserta tiba di kem Kesong dengan selamatnya.

Tanpa berlengah, saya terus membersihkan diri dan menunaikan solat zohor dan asar secara jamak kerana waktu sudah hampir tamat. Dibahagian dapur, pihak urus setia sibuk menyediakan makan malam kami. Beberapa peserta dilihat sudahpun melelapkan mata mungkin kerana kepenatan yang amat sangat.

Kami dijemput untuk makan malam pada jam 8.30. Menu kali ini ialah sambal ikan bilis, telur dadar dan sup sayur. Boleh dikatakan menu yang cukup menyelerakan setelah penat berjalan sepanjang hari. Kami selesai menjamu selera sekitar jam 9.30 malam. Rata-rata peserta sudah tidak sabar untuk masuk ke khemah masing-masing.

Jam 10 malam, hampir semua peserta telahpun diulik mimpi indah. Suasana kem kesong sudahpun sunyi sepi , sekali sekala kedengaran bunyi dengkuran peserta yang kepenatan. Lampu lantern telahpun diletakkan di tempat yang stratigik supaya dapat menghalau binatang buas dari menghampiri kawasan kem site kami. Malam berlalu tanpa sebarang gangguan.

Sekali lagi saya dikejutkan oleh oleh suara Kak Aishah dari arah dapur pada pagi itu. Rupa-rupanya jam sudah pun menunjukkan pukul 7 pagi. Bergegas saya bangkit dan menunaikan solat subuh. Kalau tidak kerana Kak Asihah, saya mungkin terlepas solat subuh pada hari itu. Terima kasih Kak Aishah.

Roti pita, lempeng dan kari daging merupakan menu sarapan pagi kami pada hari itu. Seperti biasa, sayalah orang yang pertama menadahkan mess tin dan cawan sebelum kawan-kawan yang lain. Maklumlah, pepatah Inggeris ada mengatakan “ Early bird gets the best worm”. Jadi kalau nak rezeki yang terbaik kenalah bangun diawal pagi.

Kami dijadualkan untuk melawat beberapa gua disekitar kem kesong yang tidak dapat dilawati pada hari pertama kami di sini disebabkan hujan. Alhamdulillah, cuaca hari itu cukup cerah, tiada tanda-tanda hujan akan turun pada pagi itu. Sedikit taklimat dan pantang larang telah diberi oleh Akmar sebelum kami menerokai gua-gua tersebut.

Gua pertama yang akan kami terokai ialah Gua Buta. Jarak gua Buta dari kem Kenong hanya lebih kurang 500 meter, tetapi untuk sampai ke pintu gua kami terpaksa mendaki setinggi 50 meter dengan kecerungan hampir 80 darjah. Pendakian haruslah dilakukan berhati-hati kerana batu di situ agak basah dan licin. Silap haribulan, kami boleh jatuh tersungkur kebawah jika tidak berhati-hati. Sesuatu yang kami mahu elakkan.


Kami sempat bergambar beramai-ramai di pintu masuk gua sebelum meneruskan penerokaan kami. Seperti gua-gua yang lain di Malaysia, penghuni utama gua ini ialah kelawar. Kelawar yang banyak boleh dilihat bergayut di dinding gua Buta. Dan dibawahnya pula penuh dengan tahi-tahi kelawar yang hampir menutupi keseluruhan lantai gua. Bau hapak boleh di rasa sepanjang kami berada didalam gua itu.

Menurut Akmar, penduduk kampung akan datang pada masa-masa tertentu untuk mengambil tahi kelawar untuk dijadikan baja bagi tanaman mereka. Saya difahamkan, baja tahi kelawar merupakan baja semulajadi yang paling baik untuk tanaman. Padi paya dan getah merupakan tanaman komersial penduduk sekitar taman Rimba Kenong.

Ketika berada di dalam gua, kami dinasihatkan supaya tidak terlalu bising atau bermain sebarang mercun. Ini kerana, bunyi bising akan mengganggu keharmoian kelawar-kelawar yang sedang tidur. Sekiranya diganggu, kelawar-kelawar itu akan terbang berkeliaran dan akan melanggar apa saja yang berada dilaluan mereka.

Batu berbentuk gigi graham adalah antara bentuk-bentuk batu yang kami temui di dalam gua buta. Pembentukkan batu ini mungkin terjadi disebabkan oleh aliran air beribu-ribu tahun yang lampau. Mungkin juga satu masa dahulu kawasan ini merupakan sebuah sungai kerana terdapat kesan-kesan hakisan air dibahagian dindingnya. Kita berharap ada pihak universiti tempatan agar melakukan kaji selidik untuk menentukan sejarah penbentukan gua-gua di sekitar Taman Rimba Kenong untuk pengetahuan kita semua.

Setelah hampir 45 minit berada didalam Gua Buta, kami dibawa keluar melalui pintu yang lain. Menurut Akmar, sebenarnya kami telah “membelah” bukit menerusi jalan gua tadi. Sekali lagi kami terpaksa memanjat dicelah-celah batu untuk sampai kebahagian bawah bukit. Ini memperlahankan pergerakkan kami kerana batu-batu di situ berbentuk tajam seperti pisau. Tidak dapat dipastikan bagaimana batu ini boleh terbentuk sebegini rupa.

Kami menuju ke gua yang kedua iaitu Gua Harimau. Disitu terdapat sebuah batu yang berbentuk seperti seekor harimau sedang berehat ditengah-tengah gua. Agaknya dari situlah gua Harimau mendapat namanya. Terdapat juga sebilangan kecil kelawar mendiami gua harimau. Kami sempat bergambar beramai-ramai di atas batu harimau sebagai kenangan.

Gua hijau merupakan gua yang terakhir kami lawati. Untuk sampai ke gua Hijau, kami terpaksa menggunakan satu jambatan gantung merentasi sebuah sungai. Jambatan gantung tersebut agak usang dan terdapat beberapa keping papannya telahpun reput dan patah. Kami terpaksa berjalan berhati-hati semasa melaluinya untuk mengelakkan papan jamabatan itu dari patah.

Gua Hijau merupakan gua yang paling banyak kelawar berbanding dengan gua-gua disekitarnya. Dianggarkan terdapat lebih dari 5000 ekor kelawar mendiami gua hijau. Hampir keseluruhan lantai gua ditutupi oleh tahi kelawar. Kami hanya bertahan selama 10 minit didalam gua tersebut kerana tidak tahan akan baunya yang busuk.

Selepas gua hijau, kami terus menuju ke kem site tanda tamatnya penerokaan gua kami di Taman Rimba Kenong. Didalam perjalanan ke kem Kesong, kami terserempak dengan beberapa tapak kaki gajah. Saya dapat mengangarkan saiz tapak kaki itu sekitar 15inci diameter. Tidak dapat saya bayangkan betapa besarnya gajah yang melalui kawasan itu. Mungkin lebih besar dari apa yang terdapat di zoo negara.

Kami tiba di kem Kesong lebih kurang 12 tengahari. Setelah siap mengemas bag masing-masing, kami bergerak keluar ke Kg Dusun iaitu ke rumah emak Akmar. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam sekiranya kami tidak berhenti rehat di pertengahan jalan. Kebiasaannya saya akan berada dibahagian belakang semasa berjalan tetapi kali ini saya bertekad untuk berada dibahagian hadapan kumpulan. Bukan untuk berlumba tetapi sekadar menguji tahap kemampuan saya.

1.55 tengahari, kami tiba di rumah emak Akmar. Benda yang pertama kami serbu ialah peti sejuk yang terdapat di kedai emak Akmar. Air 100 Plus dan Redbull merupakan sasaran utama kami. Tidak sampai 3 minit, kesemua air tin di dalam peti sejuk itu habis dikerjakan oleh kami.

Setalah membersihkan diri dijeti Kg Dusun yang lengkap dengan bilik mandi dan tandas, kami menaiki bot ke jeti Kg Bt 9.Kali ini perjalanan memakan masa 15 minit kerana untuk sampai di jeti Bt 9 kami terpaksa melawan arus. Setiba di jeti Bt 9, kami meneruskan perjalanan ke pekan Kuala Lipis untuk makan tengahari. Maklumlah sudah pukul 2.30 petang dan perut sudahpun menghantar isyarat tanda lapar.

Kami singgah di sebuah gerai di tengah-tengah pekan Kuala Lipis. Kebetulan pula gerai tersebut menghidangkan ikan patin masak lemak cili padi. Apalagi, habis semua ikan patin kami kerjakan. Walaupun ikan patin itu adalah ikan patin sangkar tetapi rasanya cukup segar dan lemak berbanding dengan yang terdapat di Kuala Lumpur. Bertuah rasanya dapat menikmati hidangan sebegini enak.

Selesai makan tengahari, Nizam meminta izin untuk terus balik ke Kuala Lumpur kerana ada urusan keluarga yang perlu di selesaikan. Beliau berjanji untuk singgah di balai polis Kuala Lipis untuk membuat laporan bahawa kami telah selamat keluar dari Taman Rimba Kenong. Ini penting kerana jika kami tidak memberitahu mereka bahawa kami telahpun keluar dari hutan, pihak polis akan menyangka sesuatu telah terjadi pada kami. Mereka menghantar sepasukan anggota untuk mencari kami didalam hutan.

Oleh kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 4.45 petang, kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat zohor dan asar di masjid berdekatan. Selesai saja solat, kami terus bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kami berhenti sekali lagi di Genting Sempah untuk solat magrib dan makan malam. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Semoga berjumpa lagi dilain ekspedisi. Syabas OGKL

Mozaini

Thursday 14 March 2013

L03: Konvoi Hari Raya Aidil Fitri OGKL 2003



Konvoi Hari Raya Aidil Fitri OGKL 2003

Tarikh: 7 Disember 2003


Acara tradisi " Konvoi Raya OGKL" yg mengumpulkan ahli-ahli OGKL untuk saling kunjung-mengunjung ke rumah ahli-ahlinya pada hari yang dipilih didalam bulan Syawal telah dijayakan sekali lagi pada 7hb Disember 2003.

Seramai 41 orang mengambil bahagian dari awal paginya yang dimulakan dari rumah Kak Aishah di Taman Saga Ampang. Pakaian tema kali ini adalah pakaian baju melayu bersongkok bagi lelaki manakala baju kurung atau kebaya bagi wanita. Tak dapat dinafikan bahawa pakaian yang dipakai pada hari itu menambah serikan suasana acara konvoi raya kami pada kali ini. Hampir kesemuanya berpakaian tradisional. Terasa bagaikan 13 Syawal itu seperti di pagi 1 Syawal. Susah nak tengok rakan-rakan rekreasi kita ni berpakain kemas ala-ala pengantin.

Seawal jam 8.15 am Cikgu Shahar dan pasangannya Azhar Razali sudahpun tiba, sedikit pucat kerana menyangkakan mereka sudah terlewat sampai. Bagaikan sepasang pengantin baru gomannya pasangan ini. 15min kemudian Adlan, Yassir, Bullet & Lin Ton, Chedin dan yg lainnya meyusul memenuhi ruangan tetamu, bilik dan dapur rumah Kak Aishah. Janji bersarapan pagi kat situ. Kak Aishah goreng cucur-kodok panas-panas & beehoon soto. Web Master kita je yang tak berpakaian baju melayu kerana dia akan ke KLIA menjemput anak
saudaranya yang baru datang dari Sabah. Kang terkejut pulak anak saudaranya itu bila disambut oleh bapak saudaranya yang berpakaian begitu " Lain macam je pakcik aku ni ? " " Dah buang tebiat ke ?" Terima sms dari Izam - masih on the way, dari Azlan -tanya lagi open house dari kul berapa ? masih di Banggi. Mas & Rosma masih belum sampai...terlewat bangun agaknya. Roland , Ida tiga beranak, Zul Zener, Tini, Wahidah & Izam, Sham & Hanum, Moin & Ila, Sulaiman, Shuq, Fiza & Fazli 4 beranak.....siap lagi hah ? lupa dah yang lain. 

Kami memulakan gerakan konvoi kami ke rumah Zeq di Cheras baru lebih kurang jam 10.20am. Sebelum bergerak bergambar beramai-ramai.Susah nak dapat gambar disuasana berhari raya dgn serba lengkap berpakaian tradisional begitu. Kak Aishah terpaksa tangguhkan ke rumah Zeq kerana Dak Azlan tetiba muncul menaiki motor dari Bangi katanya. Terpaksalah dia beraya kat rumah kak Aishah dulu. Yang laintu bergerak dulu ke rumah Zeq. Fazidah dan Nita mengatakan mereka akan terus ke rumah Zeq sahaja begitu juga Deeno & Saf yang agak terlewat datang.

Sesampai ke rumah Zeq, Saf & Deeno dah sampai dengan konvoi yang lain. Selain kuih-muih, hidangan buah durian di sajikan pagi tu. Sendawa durianlah kami semua. Selepas bergambar grup photo, konvoi bergerak ke rumah Moin di Cheras baru. Hidangan istimewa selain hidangan hari raya adalah buah kuinin,pokok sendiri. Apa lagi penulis asyik mengupas jelah. Fiza tolong potongkan. Aduh ! maniiiishh sungguh buahnya walaupun pecah-pecah dek kerena jatuh diatas simen ketika luruhnya.

Konvoi bergerak pula ke rumah saudara Sulaiman di Bukit A Cheras baru ( Tol Cheras ). Tuan rumah ( Leman ) memakai baju melayu warna kuning. Ala-ala artis gitu ! handsome you !. Ibu Leman yang sekian lama mengunakan kerusi roda menyambut kami dengan mesra sekali. Begitu juga ayahnya yang baru saja pulang. 
Syful " Apanama" terlewat mengikuti konvoi kami di pandu-arahkan menerusi talipon saja untuk kerumah Leman. Melilau-lilau jugaklah dia mencari kami.Izza, Kamil & Hakim menyusul kemudian.

Konvoi kami selepas ini akan terus saja kerumah pasangan pengantin "Apip_Eryn ". Semua kereta diarah re-group balik di tol balakong. Brother Ayub juga join jugak konvoi kami menjadikan lebihkurang 13 buah kereta kesemuanya. 2 buah kereta & dua buah motosikal ditinggalkan dirumah Kak
Aishah.

Konvoi kami bagaikan rombongan pengantin lelaki pulak gomannya. Hampir sahaja kumpulan kompang terkeliru. Ketika kami sampai, pasangan pengantin yang dijadualkan akan sampai jam1.30 tengahari masih belum kelihatan. Jumpa Jojet yang udah hendak balik kerana ada hal lain katanya. Jumpa juga kat situ Syahrul KHG dan Zairol ( Jackel) dari Pro Sondol. Tok Gajah nampaknya tak lama lagi akan menjadi ayahlah kalau menengokkan potongan perut isterinya. Ramai kengkawan kita akan mengurangkan aktiviti rekreasi mereka setelah bertunang, berkawin atau mendapat anak. Hanya segelintir yang ber"Azam" saja dapat meneruskan aktiviti ini. Al-Condor dan Rixal yang rumah mereka tidak jauh dari sini sempat bergabung dengan kami jugak. Makanan secara buffet sudah menjadi lazim sekarang ini. Kami yang masih kekeyangan beraya tadi menambahkan isi perut kami kerana menengokan lauk-lauk yang menyelerakan.Lebih-lebih lain yang hantu acar dan sambal sotong. Goooooramm den nengokkan ! Sebulan puasa kalah juga untuk menahan diri dari makan berlebih-lebihan..he..he...

Kami beralih ke rumah Fazdli dan Fiza di Cheras Perdana dimana Fiza dah berjanji nak sediakan Lakse. Sampai kat sini semua dah " Ter-Onggeh" kata orang. Yang cari bantal pun ada. Namun keenakan bantal tidak dapat mengalahkan keenakan ice-cream yang di sajikan....siap dgn cone nya sekali. Yang tidur pun gegas bangun ! Fadzli siap beli lagi tambahan ice -cream. Rumah Fiza tahun ini beraya sakan kerana dindingnya bercat baru. Izam siap mandi apa suma. " Legaaaa..." katanya.

Di rumah Izza & Kamil yang terletak di Apartment D'Tinggian Suasana, Jalan 3/4, Bandar Tun Hussein Onn 3 orang dah lentuk, kekenyangan dan ke-ngantukkan. Mee kuah Izza tak da sapa nak usik mula, langsung saya yang mulakan dulu. Kemudiannya baru Rosma dan AL sambungkan. Hujan dah turun dah masa ini...camne nak teruskan konvoi ? Hujan tak lama lepas tu dah benti. Memula nak ke Keramat dulu tetapi atas permintaan Mas, kami ke Pulapol jalan semaraklah. Kami konvoi mengikuti jalan Loke Yew-Jalan Tun Razak. Pada
kereta yang masuk ke jalan Middle Ring-Road II siap dengan jam yang panjang lagi. Semua kenderaan yg menghala ke Utara -Selatan memenuhi jalan ini kerana penutupan Highway di Bukit Lanjan masih belum dibuka lagi.

Di depan pintu masuk Pulapol kami terpaksa menunggu hampir setengah jam kerana tuan rumah Mas & Ros masih belum sampai tersekat di MRII. Nak masuk dulu Stanby guard kata tunggu dulu sebab ada sekumpulan recruit tengah didenda ( ragging) kerana terdapat kesalahan dikalangan grup mereka. Sorang buat salah, satu grup kena denda. Sebaik Mas & Rosma, Azhar & Cikgu Shaha sampai kami terus masuk ke jalan Kedah, rumah ASP Fauzi.

Teringat ketika saya mencari spider kat sini zaman budak-budak dulu. Spider " King " akan dijadikan "Gundu" manakala spider " Mak Bond " dinyahkan. Ditengah-tengah Pulapol ini di belah oleh sebatang sungai bernama Sungai Bonos. Sg ini tempat saya menangkap ikan peacock kata orang. Dah beberapa kali saya terjatuh kat dalam sungai ini namum umur ku masih dipanjangkan. Sekarang dah bertembok sungainya. Padang kawad kelihatan disebelah kiri ketika membelokkan kereta. Tergambar di memori 128mb ku pada tahun-tahun
60'an. Inilah tempat arwah ayah sedang dijemori panasnya sang matahari /berpanasan memberikan arahan-arahan kawadnya pada sekumpulan recruit sedang aku dan sekumpulan peniaga celik waktu itu sedang menunggukan waktu rehat bagi mereka untuk menjual air dan buah. Kalau diberitahu air & buah itu semuanya kakak saya yang buat & potongkan....gerenti laris ! Ada yg kirim salam kat kakak padahal masa tu kakak saya baru darjah 5 ke 6. Kakak Celik !. Baliknya kita sampaikan salam dorang kat kakak kita tapi di
marahi pulak !

Kami solat asar di rumah Eliza yang reka bentuknya ala-ala Colonial. Disisi rumah ada landscaping yang dapat menarik beberapa peminat bunga dikalangan kami. Yang lain asyik mengadap filem hindustan di projection tv 34" ke 64" ? lupa nak ukur lak ! puaslah nengok. Yang rabun pun tunjukkan "thumb up" tanda puas. Sampai ke lubang hidung heroinnya boleh kita belek! he..he.. Sampai dua kali saya menambah mee kuah kat rumah Mas. Bukannya lapar sangat tapi biasanya walau bagaimana kenyang pun kalau bertandang kat umah orang, saya mesti usik gak. Tak banyak...sikit pun jadi. Meenya cantik je ...disimpul-simpul...seciput-ciput, memudahkan tetamu untuk mengambilnya tanpa menganggkat setinggi mungkin untuk memutuskannya. " Abg salah ambik tu !" ujar Mas yg terlihat dipinggan mee kuah saya ada telur asin. " Telur asin tu makan dengan nasi tomato". Ahhh! belasah je lah !. Izza pun ambik gak telur asin tapi yang kuning yg putihnya dak Fadzli pulak habiskan. Eloklah tu ! tak yah membazir.

Menjelang magrib kami minta bergansur dulu untuk ke rumah Azhar & Cikgu Shahar di Setiawangsa. Kereta Shuq pulak tak leh goes stand ( Reverse). Mendak dalam selut masa parking. Dek kerana ramai orang yg menganggkatnya dengan senang terlepas. Sib baik baju melayu Dak Zul tak terpercik lumut. Kalau tidak habis lah !.

Hidangan mee kuah & mee rebus disediakan oleh keluarga Azhar & Cikgu. Memang sodap ! namum perut yang kekenyangan ini hanya dapat menjamah je. Dak AL & che din dikenakan supaya memakan makanan disitu. AL minta tambah sikit.....dimasukkan NAH ! KAU ! tersipu-sipu Al nak menghabiskan.

Bergegas kami ke rumah Azhari ( Bullet) di Keramat AU5 selepas rumah cikgu. Tapai pulut hitam menjadi santapan.Yang lain sibuk membelek mountain & racing bike dak Bull. Lin asyik diusik -usik didepan ayah & ibu Bull. Majalah bukan main banyak lagi. Acara membaca la pulak gamaknya !

Puchong pulak lepas ni ! aduh dari keramat nak ke Puchong !! Konvoi mula berkurangan kerana ada yg akan balik jauh sehingga bukit sentosa & lain-lain maka Konvoi yang ada meneruskan "Azam" mereka untuk
menghabiskan rumah ahli-ahli konvoi kami. Jalan MRII sesak sehingga ke Pandan Indah. Terima sms.....ada yang tak jadi ikut !.

Tiba di Tol Awan Besar re-grup balik. Tunggu dak Bull & Lin yang masih terlekat kat jem. Sesampai je kat kami, memberikan hon langsung pecut je. Kami terkial-kial masuk gear......dia dah hilang dah. Benti kat tepi jalan. Tanya Chedin & Sham " Tau tak nak ke rumah Lin?" " Bullat dah tinggalkan kita ni ! camne ". Ikut chedin sampai ke tol Puchong. Silap simpang pulak! Saya terus je kesimpang kedua, Chedin masuk disimpang pertama...entah kemana ? Cari-cari...sampai gak kat rumah Lin Ton yang sudah bertukar menjadi rumah baru. Rumah yang lama sudah bertukar wajah sekembalinya kami dari ekspedisi Tahan pada bulan Sept lalu. Kami di hidangkan dengan ayam gorang panas-panas oleh Hanum & nenek Lin. Sekali dengan teh kaw-kaw !Kereta Chedin timbul kemudiannya dengan kereta Shuq yang mengikuti Bullet dari belakang. Bergegarlah rumah Lin dimalam-malam tu dengan hiruk-pikuk sembangan kengkawan.

Ingatkan dah tengah malam, dah tamatlah konvoi kami disitu tetapi satu lagi ajakkan Hanum untuk beraya dirumahnya tidak dapat kami hampakan. " Tak pe ke Hanum?" tanya kami. " Jomlah !"kata Hanum sungguh-sungguh. Berayalah kami lagi pd pagi 8hb Disember 2004 kat rumah Hanum. Sempat wished Izza " happy Bezday " melalui sms je.Di rumah Hanum ni yang specialnya..." tempe berlada". Mereka sekeluarga memangnya dari ushawan dan peniagaan. Dari mengushakan pembekalan ais batu ke pembekalan santan kelapa dan juga tempe. Kami berpisah disini saja setelah bersalam-salaman dengan semua anggota konvoi yang tinggal.Yassir, Azlan & Zul mengikuti saya balik ke Ampang kerana mereka park kereta & motor dirumah saya. Balik ke rumah, mereka makan soto lagi ! 2.30am baru bersurai kesemuanya. Inilah yang dikatakan " Beraya Sakan !.

" Konvoi Raya OGKL " adalah salah satu acara tahuanan rekreasi kekeluargaan yang dianjurkan selain Hari Keluarga. Dengan acara ini kami dapat mengeratkan sillatur-rahim kami, mengenal akan anggota keluarga mereka seperti ibu-bapa & adik-beradik merela. Anggota keluarga mereka akan tahu dengan siapakah anak, suami atau isteri mereka bergaul selama ini. Dengan pergi ke rumah mereka ini kita dapat gambaran yang sebenar peribadi dan cara hidup mereka. Dengan informasi tersebut kita akan cuba untuk nak adjust
mana-mana yang patut diadjustkan & akan cuba sedaya upaya agar lebih memahami / mengenali kawan @ sahabat kita itu.

Maaf dipinta kepada semua kengkawan sekira terdapat kekeliruan, mis-komunikasi, kecacatan, perbualan, perbuatan dan tingkah-laku yang tidak disenangi selama ini.Di harapkan juga acara ini dapat dikekalkan
sebagai acara tradisi OGKL oleh ahli-ahli Ogkl walaupun saya tidak lagi menerajui Kelab bagi tahun-tahun yang akan mendatang ini. Semuga kesemua ahli2 OGKL terus mengekalkan semangat kekeluarga diantara mereka.
Semuga berjaya!

Rashid

Monday 11 March 2013

L03: Ekspedisi Cir Bir


Tarikh : 6- 8/6/2003
Tempat : Gunung Yong Yap, Lasah, Perak @ XPDC "Cir Bir" 

Senarai peserta:
Fazidah - Pengarah Ekspedisi
Abdul Rashid -Urusetia 
Mohd Azhari -Urusetia 
Azlen 
Norwidawati 
Maimuna 
Norimah 
Seri Hanum 
Teng Choon Han 
HiSham Rosli 
Khairuddin Mohd Noor 
Faizal Md noor 
Yassir Ishak 
Azlan Hamzah 
Azmi Che Ei

Jumaat 6/6/2003

9.45pm
Meriah suasana depan Restoran Teratai. Sambil berkumpul seperti biasa , semua yang ada saling bertukar-tukar tengok gambar-gambar XPDC terdahulu. Cara kebetulan , sememangnya Kelab OGKL mengadakan perjumpaan mingguan di restoren itu pada setiap hari jumaat malam sabtu .Jadinya, ramai kawan-kawan yang datang untuk menghantar kami yang akan ke Gunung Yong Yap . 3 jenis kenderaan disediakan pihak penganjur untuk menampung 12 orang peserta dan 3 orang AJK -- Van Toyota , Satria dan Wira Aeroback. Selepas mengucapkan selamat berjaya dan selamat tinggal, kami pun berlepas. Cuaca elok, harapannya keadaan begini berterusan sepanjang program. Terima kasih pada yang sudi menghantar dan melambai kami malam itu.

Masuk ke lebuhraya berhampiran Rawang , kelihatan deretan kenderaan bergerak perlahan-lahan. Musim cuti sekolah, mestilah ramai yang aktif ke sana ke mari.

Van dan Satria singgah berehat dan solat di Rawang . Wira Aeroback pula oleh kerana berada di belakang sekali, 'talian' tidak berapa jelas, terus pecut ke Tapah.

Sabtu 7/6/2003

1.00am
Ketiga-tiga kenderaan bertemu semula di Tol Ipoh. Tempat tujuan seterusnya iaitu Pekan Lasah di Sungai Siput kian hampir. Mata makin layu, terlelap. Bila tersedar, sudah sampai rupanya.

2.00am
Tauke Ah Yee tidak sedar kami sudah tiba. Lambat sangat agaknya, lelaplah dulu. Mulanya peserta-peserta agak terpinga-pinga, betul ke ini tempatnya naik '4 wheel'? kerana Kg Lasah sudah terang-benderang tidak seperti dulu yang gelap gelita . Salah satu lampu kedai di situ dipasang. Betullah.

2.45am
Beg-beg gunung dan manusia disumbat sekali dalam '4 wheel'. 13 orang di belakang dan 3 orang (termasuk Ah Hee) di depan. Mula-mula rasa seronok merasa kedinginan angin pagi, tiba-tiba muka jadi masam sebab lalu trek balak. Berdiri salah, duduk pun salah. Yang berdiri lenguh, yang duduk sakit pinggul terhentak berkali-kali.

"Buluh!"

Yang berdiri kenalah tunduk. Macam ketuk ketampi pulak, tegak tunduk tegak tunduk. Suburnya pokok-pokok buluh di sepanjang jalan. Yang duduk pula asyik ditempeleng lalang dan daun-daun lebar. Kami saling memanggil nama, bukan apa, takut-takut ada yang tercicir atau terjatuh. '4 wheel' sudah berubah sifat macam 'kapal layar'.

5.00am
Tiba di padang berhadapan Sek Kebangsaan Pos Kuala Mu. Lega. Apa lagi. Tidurlah. Pihak lelaki berasak dalam bangsal yang besar sedikit daripada bangsal pihak wanita. Bangsal-bangsal didirikan sebelah-menyebelah. Beratap dan berdinding separuh diperbuat daripada daun nipah.

6.45am
Hari sudah cerah. Baru nampak suasana perkampungan orang asli. Masing-masing membersihkan diri di sungai yang mengalir di tepi kampung. Kelihatan deretan rumah-rumah di sepanjang tebing. Tidak kelihatan kelibat sesiapa pun. Masih awal.

8.30am
Sarapan pagi sudah sedia. Nasi putih, telur goreng hancur, kari daging dan hirisan timun. Kena makan banyak-banyak. Hari ini semua akan bekerja keras. Sedang menjamu selera, barulah kelihatan penghuni-penghuni kampung. Anak-anak kecil berlonggok di bawah pokok, yang dewasa berkumpul di tangga. Salah seorang daripadanya mendekati dan menegur. Bau makanan turut menarik perhatian ayam dan anjing. Kenalah jadi 'pengawal keselamatan' periuk belanga. Kalau berinjak sedikit, si anjing pasti menerkam rezeki yang terhidang.

Sambil bersarapan, Azlin dan Hanum membungkus nasi dan sambal sotong untuk makan tengahari.Timun digalaskan saja .

9.15am
Masing-masing sudah bersiap sedia. Aik! Tiada 'warming up'. Kami semua melintasi rumah-rumah orang asli di sepanjang tebing sungai. Sempatlah bergambar. Barang-barang yang dirasakan tidak perlu diangkut, ditumpangkan di salah sebuah rumah di situ.

Kami diarah berkumpul berdekatan jambatan buluh. 'Warming up' di sini rupanya. Abang Rashid mengepalai senaman ringkas sambil diiringi doa memohon keselamatan dan perlindungan. Ketua XPDC Kak Fazid memberi sedikit taklimat. Tidak lupa juga memperkenalkan 'guide' dan 'porter' Kak Muna iaitu Angah ( Menantu Mas ) dan Kamal ( anak Tok Batin )

Kemudian, seorang demi seorang meniti jambatan buluh. Kenalah begitu, kalau terlebih muatan, mungkin terjun ke bawah. Kaki-kaki gunung memang handal memanjat tapi kalau tercampak dalam air....

Di hujung jambatan sudah tersedia bukit pacak." Good Morning " biasanya panggilan para pendaki . Ada pokok nenas dan ubi kayu di kiri kanan trek. Ini mesti dusun. Pengenalan pendakian sudah menegak, mujur dalam hutan. Terlindung sedikit daripada sinar matahari.

10.15am
Berehat sebentar dekat batang balak. Letih oi! Habis sebiji buah lai. Sempat bergambar dan mengembalikan nostalgia XPDC Kerinci (bagi yang terlibatlah). Terkeluarlah segala bunyi-bunyian dan bahasa jawa.

Keluar dari kawasan hutan, bertemu dengan kawasan lereng terbuka dipenuhi balak-balak rentung. Terasa matahari bersinar terik. Habis melangkah balak-balak rentung, barulah masuk ke jalan tanah merah -- trek balak orang panggil.

Merah padam muka, panas terik . Macam-macam fesyen boleh nampak di sini. Berpayung, bertopi koboi, bercermin mata hitam, berbungkus kepala dengan tuala. Sudahlah terik, trek balak canak pulak. Sedapnya kalau dapat naik '4 wheel'. Pulak! Tadi menyumpah-menyumpah.

11.15am
'Take 5' di tepi jalan. Tiuplah angin, panas oi! Bila sambung berjalan, lega sedikit. Lalu trek yang dilindungi pokok-pokok buluh. Dari kejauhan kelihatan puncak Yong Yap diselaputi awan.

Mata sudah asyik memandang ke puncak. Laju benar ke depan. Sehelai T-shirt yang tergantung macam bendera menarik perhatian.

"Oi! Sinilah."

Bulat menjerit menunjuk simpang sebelah kiri. Alamak! Pondok I tertogok depan mata. Berkobar-kobar benar hinggakan terlajak.

12.30pm
Pondok I berupa rumah tinggi berdinding dan berlantaikan buluh, beratap nipah dan bertanggakan kayu. Masing-masing tidak melepaskan peluang meninjau-ninjau suasana di dalam yang agak sederhana besar.

Ketua XPDC mencadangkan makan tengahari di sungai sebelum Pondok II. Boleh, kami ikut saja.

Cuaca terik tadi berubah rupa. Ketika melalui trek hutan yang mendatar, hujan rintik-rintik turun sekejap. Kena menyeberang anak sungai, jangan segan-segan membasahkan kasut di sini.Kata nak makan di sungai tetapi terus saja sampai Pondok II.

1.30pm
Pondok II berupa tempat berlindung yang diperbuat daripada daun nipah. Ada beberapa orang asli sedang berehat dekat unggun asap. Si anak kecil pun ada bersama, bertinggung memerhati kami. Seorang nenek tua juga kelihatan tidak berapa sihat dan batuk-batuk. Menanyakan ubat batuk dan panadol. Sham bagikan 2 biji panadol.

Perut sudah berbunyi minta diisi. Buka bungkusan nasi dan sambal sotong. Sayang, seribu kali sayang. Separuh saja dihabiskan. Nasi sudah dilumuri minyak sambal. Tapi, Orang lain berselera, licin.

Sebelum meneruskan perjalanan, turun sebentar ke anak sungai yang terletak ke bawah sedikit. Sekitar sungai kelihatan baru ditebas.

2.00pm
Perut sudah kenyang, air botol pun sudah ditambah. Tujuan seterusnya adalah 'last water point'. Trek kali ini mudah diterangkan. Semuanya canak. Bila sudah canak, yang di sekeliling sudah tidak nampak. Asyik tengok bawah. Jadinya, nampak kaki dan tanah sajalah.

Abg Rashid mengalami kejang otot. Menurutnya beberapa hari lepas dia kena cirit-birit. Tubuh sudah kehilangan mineral, pincanglah sedikit kecergasan. Enthylchloride disembur untuk melegakan sedikit ketegangan. Kumpulan yang di hadapan dimaklumkan keadaan Abg Rashid. 3 orang peserta (Azmi, Sham dan Yassir) turun memberi bantuan.

Kami semua berkumpul dan berhenti seketika menunggu Abg Rashid naik. Ini baru 'anak Yong Yap'. Bunyi macam amaran saja. Faham-faham sendirilah. Lepas ini baru 'bapa Yong Yap'.

Pemandangan seterusnya berubah kepada pokok-pokok berlumut. Baru dapat tarik nafas dalam-dalam. Udara terasa dingin. Tiba-tiba angin bertiup agak kasar. Hujan mahu turun rupanya. Agak lebat juga, basah kuyup. Tubuh yang panas terasa sejuk. Adalah kira-kira 15 minit merentas trek dalam hujan.

5.30pm
Tiba di 'last water point'. Tempat persinggahan ini terletak di lembah. Grup pertama tiba dari jam 5.10 lagi .Di sini kami mengisi botol-botol air untuk kegunaan di puncak nanti.

Laparnya. Makanan ringan dijadikan alas perut. Biskut kering, Kulit jambu kering, nanas kering, keropok kentang kering, semualah yang kering-kering habis licin. Faizal seperti biasalah, melelapkan mata. Pedulikan orang sekeliling.

'Last Water point' terletak agak jauh ke bawah bukitsebelah kiri . Kira-kira 10 minit untuk sampai ke anak sungai yang mengalir di celah-celah bukit. Warna airnya sedikit kuning. Oleh kerana baru lepas hujan, tanah gambut di lereng agak licin, tergelincir. Sempat capai akar berhampiran tapi berduri, berlubang tapak tangan. Di seberang sana anak sungai, terdapat dinding batu yang agak tinggi diselaputi lumut hijau. Nyamuknya banyak di sini dan ganas-ganas. Hinggakan dalam mulut pun dia masuk. Ah! Telan sajalah. Payah nak menepis sebab tangan kanan jinjing karung botol, tangan kiri pegang akar.

6.45pm
Sekembali ke tempat berehat, ada yang sudah memecut ke puncak seawal jam 6.15 petang. Beban bertambah dengan 3 botol air 1.5ml. Ada yang bawa lebih berat lagi. Satu tong ! tanker. Hari semakin gelap. Lampu picit sudah siap sedia. Sudahlah treknya pacak, kena trekking malam pulak.

'Aku tak larat....' Terdengar suara mengeluh dalam gelap-gelita.

'Allah...' terdengar pulak lagi suara bila melangkau akar-akar yang berselirat di tengah jalan. Rasa nak putus urat kaki. Manalah puncak, puas sudah menyuluh ke atas. 
Tiada perasaan takut. Yang tahu cuma letih, letih dan letih. Sabar, sabar, sabar.....

8.10pm
Beberapa kali melauh orang di puncak yang sudah sampai kira-kira pukul 7.00 petang. Mana mungkin mereka mendengar orang di bawah. Bila sudah betul-betul menjejakkan kaki di puncak Yong Yap lagi kuat melauh. Pun tak dijawab. Kita menjerit depan khemah barulah disahut kembali.

'Welcome'. Akhirnya sampai juga. Hai Gunung Yong Yap, baru kutahu peritnya mendaki lereng-lerengmu.

Kawasan puncak dikelilingi pokok-pokok bonsai. Jadi, terlindung dek tiupan angin. Selepas mendirikan khemah, periuk belanga dan dapur dikeluarkan untuk masak makan malam.

Menu malam ini adalah nasi putih berlaukkan ayam masak merah, sayur kobis + lobak dan keropok sayur. Wid jadi pembantu dapur utama menunjukkan kebolehan memasak sayur campur.

Ketika sibuk-sibuk di dapur inilah, penulis bergegas mencari 'tandas'. Perut meragam. Peraturan OGKL no. 21 (rujuk glosari) terpaksa dilanggar. Oleh kerana sudah 4X cirit-birit, badan pun sudah lembik, kenalah beritahu Kak Fazid. Minta pil Chit Kit Teck Aun minum dengan air suam. Selalunya pil ini tidak pernah tinggal. Kali ini tidak dibawa atas alasan hanya semalaman. Tengok, apa sudah jadi....

11.00pm
Bulat puas memanggil semua berkumpul. Makan malam sudah siap. Terlampau letih, ada yang tidak muncul. Lena di alam sendiri.

Penulis agak ragu-ragu melihat ayam masak merah. Memang nampak sedap tapi takut nanti perut pun jadi 'sedap'. Mencegah lebih baik, jadi nasi putih makan dengan sayur dan keropok saja. Itupun hanya separuh mampu dihabiskan, tiada selera.

Selepas makan, Abg Rashid beri pula sebiji pil limotil, katanya ubat ini untuk menahan cirit-birit dan sakit perut. Cepat-cepat telan dengan air teh. Moga redalah gelora di dalam. Tengah cuci mess tin, perut meragam balik.....Mess tin dicampak ke tepi, bergegas ambil lampu suluh dan botol air. Aduh! Habis sebotol air. Esok gosok gigi pakai air embun.

Cirit-birit punya penangan, lupa medongak ke langit luas di mana bulan separuh mengambang. Tidak teringat langsung melihat panorama sekitar puncak Yong Yap di waktu malam. Masuk khemah terus tidur.

Ahad 8/6/2003

1.00pm
Terpinga-pinga dikejutkan Wid, dia pulak hendak menunaikan 'hajat'. Hati-hati berjalan, nanti 'terpijak' orang lain punya.

6.40pm
Mujur tidur lena. Tidak menggeletar, tidak terasa sejuk dan yang paling utama tidak sakit perut. Bergegas keluar, hari semakin cerah. Peluang melihat matahari terbit tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Wid, Hanum dan Lin turut serta berdiri mengadap ke Timur melihat bebola merah perlahan menjengahkan wajah. Awan-awan nun di kaki langit kelihatan seperti bongkah-bongkah bukit. Awan yang melindungi matahari pula sekejap kelihatan seperti kepala kucing, kemudian kepala itik. Masing-masing bersedia dengan kamera. Pukul 7.05 pagi, matahari pun bangun dari beradu. Cantik! Pagi ini terang, tenang, segar dan cerah.

Jom! Kita ke sebelah sana. Kita lihat banjaran Titiwangsa.

Di sebelah utara, kami menyaksikan deretan banjaran. Di sanalah peserta XPDC Trans Titiwangsa menghabiskan masa dan tenaga selama seminggu meniti banjaran melalui gunung Korbu, Gayong dan Yong Belar. Memang puas! Puas hati dapat naik Yong Yap. Betul kata Sham yang sudah ke sini buat kali ketiga. Perit tapi pemandangannya cantik. Kawasan sekitar puncaknya pun bersih dari longgokan sampah sarap.

8.20am
Ramai-ramai berkumpul di dapur sambil menyediakan sarapan pagi. Gulai kari daging berkentang sudah siap, berasap nampaknya. Cuma menanti roti nan yang berkeping-keping mesti dipanaskan dahulu. Sambil-sambil bersembang waktu pagi, kami makan lebihan keropok sayur malam tadi. 
Rupa-rupanya, sepanjang waktu tidur beramai-ramai cari 'tandas'. Semua peserta wanita kecuali ketua XPDC mengesahkan kena sakit perut. Pihak lelaki pulak hanya Faizal, Han dan Abang Rashid yang terselamat. Pada yang tidak mengaku, Tuhan melihat....

Waktu sarapan menjadi seperti sessi beramah-mesra. Kebanyakannya makan roti nan dan minum air saja. Takut menjamah gulai, nanti sakit lagi. Sambil makan, terkeluarlah cerita perihal peristiwa di awal pagi. Seorang demi seorang bergegas bangun akibat perut meragam. Azlan bilang bila disuluh sini ada lampu, suluh sana ada lampu. Penuh! Pening mencari 'tandas' yang sesuai. Ada yang sampai tidak menutup 's---', esok sajalah katanya. Boleh kenal itu engkau yang punya, sampuk seorang peserta lain. Dei! Kucing pun tahu korek dan timbus balik! Meriah benar di puncak Yong Yap dalam gelap-gelap, mujur punggung tidak bertemu punggung...oppps! Bulat puas mengejut Abang Rashid minta temankan, tidak dilayan. Katanya, dia sudah tahu ramai di luar sana.

Orang lain sibuk melayan perut sakit, ada seorang ini pula sibuk melayan perut yang lapar. Pukul 2 pagi buka tudung periuk.Kelentang-kelentung dapur berbunyi.Macam bangun sahur .

Ada beberapa pendapat menyatakan, mungkin disebabkan kari daging ketika bersarapan pagi dan juga sambal sotong yang dibungkus untuk makan tengahari kelmarin. Kena catu pil limotil kali ini.

10.45am
Selesai bersarapan, masing-masing berkemas apa yang patut. Sebelum turun, kami mengadakan sessi bergambar berkumpulan. Bendera rasmi OGKL sudah tiada, bertukar tangan dengan grup Pangrango pendaki di Indonesia tempoh hari. Jadi yang terentang adalah bendera Pangrango, Jalur Gemilang dan bendera PEACE.

Sempat juga meninjau plate nama-nama peserta XPDC tahun 2000 anjuran OGKL. Masih cantik berdiri di atas tunggul kayu di sana. Plate peserta kali ini tidak ada. Tidak mengapa.

11.00am
Selamat tinggal lebah-lebah dan lalat-lalat. Ada rezeki kami datang lagi. Perjalanan turun lebih rileks. Ada yang berhenti mengambil gambar bunga dan bukit-bukau di lembah sana. Kami akan singgah di sungai kecil antara Pondok I dan Pondok II.

12.30pm
Berhenti rehat. Itupun setelah dilauh berkali-kali. Laju benar yang di depan, bersemangat hendak keluar dari hutan. Turun bukan sebarang turun. Ketar kepala lutut melalui tebing-tebing curam.

Selepas setengah jam, perjalanan disambung semula. Geramnya tengok tebing curam. Sayupppp ke bawah. Makin lama makin jelas bunyi air. Sudah dekat! BUkan! Itu bunyi angin, jawab Kak Fazid di depan. Telinga sudah tidak boleh beza air ka angin.

Dah! Nak dekat dah. Ini, jerat babi!

Baru teringat pada jerat babi. Kelmarin buat tidak tahu, sekarang suka bila terlihat jerat yang melintang di tengah jalan. Ternampak si kecil berdiri di tepi jalan. Bila disapa, senyap. Oh! Ayahnya sedang tidur di bawah pokok sana. Ketika melintas Pondok II tidak kelihatan sesiapapun di situ. Bukan di sini, tempat berhenti di hadapan lagi.

1.45pm
Kak Fazid pantas mengeluarkan perkakas untuk masak bihun tomyam sebagai juadah makan tengahari. Semuanya cukup kecuali gas! Han suruh rendam saja dalam sungai. Alahai, sampai awal pun tidak boleh berbuat apa-apa. Tunggu sahajalah ketibaan kumpulan di belakang.

Setengah jam kemudian Abang Rashid tiba barulah boleh panaskan air. Sementara itu, ada yang mandi-manda, merendam kaki, berbual-bual, tidur dan yang ke tandas pun ada. O! Jalan laju-laju tadi sakit perut, hendak mengejar air rupanya!

Sedapnya mengadap hidangan bihun tomyam. Basah tekak dengan milo panas. Duduk beralaskan batu-batu besar yang berlonggok di sekitar sungai. Eh! Ada pula yang bersila atas batu menikmati nasi dan sambal ayam malam tadi yang dibawa turun . Makan! Jangan tak makan!

4.00pm
Peringkat terakhir seterusnya adalah melalui trek balak balik ke perkampungan orang asli di mana '4 wheel' sedia menanti. Segala jenis sampah-sarap dikumpul untuk dibawa keluar. Khazanah alam wawasan rekreasi kan! Rugi rasanya berjalan jauh untuk melihat kawasan rekreasi yang tercemar. 
Kumpulan di hadapan sudah hilang dari pandangan. Bersemangat! Penulis cuba mengejar, gagal. Kaki sudah kejang. Selepas melewati Pondok I, Abang Rashid beri Enthylchloride, sembur untuk melegakan kekejangan. Masuk ke trek balak, tiada perubahan. Kena minum air garam, barulah lega sedikit. Hendak atau tidak, beg dan isinya kena dipikul orang lain.

8.00pm
Semua selamat tiba dan berkumpul dekat '4 wheel' yang sudah menunggu kami seawal jam 5.30 petang tadi. Orang yang terakhir tiba adalah Yassir kerana dia mandi-manda di bawah jambatan buluh. Peserta paling depan tiba jam 6.30 petang.

Ketua XPDC pun khabarnya sakit dibahagian lutut ketika menghampiri perkampungan . Kena berjalan sendirian. Disebabkan berjalan agak perlahan, sekejap selepas itu dipotong oleh nenek dan kumpulan orang asli yang tengahari tadi ditemui berteduh di Pondok I. Tadi dia lambai nenek, sekarang nenek pulak lambai dia. Apapun, syukur semua selamat dan masih boleh ketawa.

8.25pm
Penduduk kampung melambai-lambai kepada kami dalam kegelapan malam. Cadangannya mahu mandi di surau Pekan Lasah. Tapi, tiada air. Kami singgah di kedai tauke Ah Yee untuk menukar pakaian bersih. Kami tidak dibenarkan mandi, kepala paip belum ditukar katanya.

Kira-kira jam 11 malam kami menuju ke sebuah restoran untuk mengisi perut sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Kesempatan itu digunakan oleh ketua XPDC untuk mengedarkan borang-borang penilaian dan pendapat mengenai XPDC Yong Yap.

Lewat tengahmalam, setelah diputuskan siapa naik kenderaan siapa kami pun memohon maaf sesama sendiri. Bagusnya, pihak penganjur hantar sampai depan tangga rumah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat samada yang terang-terang mahupun yang di belakang. Satu lagi program berjaya dianjurkan kelab OGKL. Biarpun ada sedikit kepincangan namun semuanya kembali dengan kenangan tersendiri. Mahu ke Yong Yap lagi? Tepuk dada tanya selera. 'Ada selera ka?'

GLOSARI

XPDC 'Cir Bir':
Ekspedisi Cirit-birit.

Peraturan no. 21:
Dilarang trekking atau keluar seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

Friday 8 March 2013

L03: Tragedi Gunung Liang



Tarikh: 18 - 19 April 2003
Tempat: Tanjung Malim, Perak

Jam 10 malam, rata-rata semua peserta telah pun berkumpul di hadapan Restoran Teratai di Bangunan Dayabumi Kuala Lumpur. Sementara menunggu ketibaan saudari Fazidah dan saudara Fahmi, kami diberi taklimat mengenai ekspedisi kali ini oleh Abang Rashid selaku ketua ekspedisi menggantikan saudara Fakrul Anuar yang tidak dapat mengikuti kami pada kali ini.

Tepat jam 11.05 malam kami menuju ke Tanjung Malim dan berjanji akan menunggu Fazid dan Fahmi selepas tol Tanjung Malim. Kami di jadualkan untuk berkumpul di salah sebuah restoran di Tanjung Malim kerana menantikan dua orang peserta dari Ipoh iaitu Sdr. Shahir dan Sdr. Roslan.

Setiba kami di Tanjung Malim sekitar jam 12 malam, kami terus mencari Restoran Nasi Kandar Pulau Pinang 24 jam seperti yang telah di aturkan. Di situ, sdr Shahir, sdr Roslan dan Abg Sham telah pun lama menunggu. Terpaksalah abg Rashid menjelaskan kepada mereka kenapa kami lewat tiba. Ini kerana kami terpaksa menunggu Fazid dan Fahmi yang terpaksa menyelesaikan urusan keluarga sebelum dapat bertolak ke Tanjung Malim.

Oleh kerana masa masih awal, kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di restoran sebelum meneruskan perjalanan. Hampir 45 minit kami berhenti sambil menikmati roti canai. Jam 12.45 kami bertolak ke rumah abg Sham yang terletak lebih kurang 2 km dari pekan Tanjung Malim. Abg Sham telah bermurah hati untuk membenarkan kami bermalam di rumahnya pada malam itu. Kalau tidak terpaksa kami mencari surau atau wakaf untuk melelapkan mata. Terima kasih kami ucapkan kepada Abg Sham dan isteri.

Para peserta di nasihatkan untuk mendapat tidur yang secukupnya pada malam itu kerana pendakian pada esok harinya agak mencabar. Sekiranya tidak mendapat tidur yang cukup dikhuatiri peserta akan kepenatan sebelum sampai ke camp site. Atas nasihat Abg Rashid, selaku ketua ekspedisi, lampu telah dipadamkan jam 2.00 pagi supaya tidak ada peserta yang tidak tidur pada malam itu.

19th April 2003

Pagi itu, kami dikejutkan oleh bunyi jam dinding di ruang tamu menunjukan pukul 6.00 pagi. Suasana rumah abg Sham menjadi sibuk kerana masing masing bergegas untuk menunaikan solat subuh. Seperti biasa pihak urus setia sibuk di bahagian dapur menyediakan sarapan pagi yang akan dihidangkan jam 7.00 pagi.

Nasi putih dan rendang daging merupakan menu sarapan pagi kami disamping air teh “o”. Rata-rata peserta memuji sarapan kali ini sungguh enak. Selepas makan kami bersiap untuk menyambung perjalanan ke Behrang Ulu dimana kami akan memulakan pendakian ke Gunung Liang. 8.15 pagi kami bertolak dari rumah abg Sham menuju ke Kg Sungai Dua, Behrang Ulu.

Dalam perjalanan kami telah melepasi Proton City yang terletak lebih kurang 3 km dari rumah Abg Sham. Proton City merupakan sebuah Bandar yang diwujubkan khas untuk Proton melahirkan kereta-kereta buatan Malaysia di masa akan datang. Ianya di jangka mula beroperasi pada Jun 2003.

Setelah hampir setengah jam, kami tiba di Kg Sungai Dara yang terletak lebih kurang 5km dari simpang Behrang Ulu/ Kg Slim. Disini kami terpaksa melalui jalan kampung yang agak kecil tetapi berturap. Jalan ini membawa kami melalui kebun-kebun durian orang kampong tersebut sebelum sampai di Rumah Pam Kg Sungai Dara.

Jam 8.50 pagi kami tiba di rumah pam tersebut. Setelah meletak kereta dan van di tempat yang sesuai kami mula bersiap untuk memulakan ekspedisi. Abr Sham juga ada bersama kami tetapi beliau tidak akan menyertai kami ke puncak hanya sekadar menghantar kami di Ampangan Sg Dara.

Sedang kami bersiap-siap untuk memulakan tracking, beberapa buah kereta dan van telah sampai di rumah pam tersebut menandakan bahawa sebuah lagi kumpulan akan melakukan ekspedisi ke gunung liang pada masa yang sama. Kumpulan yang seramai 30 orang itu juga dijadualkan akan ke camp site di mana kami akan bermalam pada malam nanti. Memandangkan kawasan camp site itu agak kecil, tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan kerana ingin merebut kawasan yang sesuai.

9.10 pagi kumpulan pertama memulakan perjalanan di ikuti oleh peserta-peserta lain. Kali ini Abg Rashid selaku ketua ekspedisi telah diamanahkan untuk menjadi “ Lead Guide” dan Fahmi di tugaskan sebagai “Last man” atau “ sweaper”. Kami sampai di Ampangan Sungai Dara setelah 20 minit berjalan. Tiba-tiba Salah seorang peserta, Hans, datang berlari kearah kami sambil menjerit ‘”Abg Rashid ! ada pokok tumbang, kena orang…. CEDERA!”

Kami bergegas ke tempat kejadian. Di situ tedapat sebatang pokok sebesar dua pemeluk merintangi jalan dan disebelahnya Fahmi terbaring tidak bergerak. Mukanya agak pucat menahan kesakitan. Setelah di periksa, Fahmi telah mengalami patah kaki semasa mengelak dari pokok yang tumbang itu. Beliau juga mengadu bahunya sakit dan tidak dapat digerakkan.

Cikgu telah mengarahkan supaya kami menbalut kaki Fahmi yang patah dan meletakkan kayu kecil sebagai alas supaya kecederaan tidak bertambah teruk. Kak Zaleha mengeluarkan skaf dari beg beliau untuk di jadikan anduh untuk mengikat bahu Fahmi yang mengalami kecederaan.

Abg Sham yang masih mengikuti kami telah berlari untuk mendapatkan kereta beliau. Setelah Abg Sham sampai di lokasi kemalangan, kami mengangkat Fahmi ke kereta untuk di hantar ke yang terdekat iaitu hospital Slim River. Fazidah mangambil keputusan untuk mengikut Abg Sham dan Fahmi ke hospital.

Persoalanannya sekarang adakah kami akan meneruskan perjalanan ke puncak Liang atau membatalakan sahaja ekspedisi kami. Ada beberapa peserta mencadangkan agar kami membatalkan saja ekspidesi kali ini memandangkan terdapat petanda yang kurang elok di awal pendakian.

Setelah bermesyuarat , pihak urus setia telah mengambil keputusan untuk menangguhkan ekspedisi kali ini ke satu masa yang tidak di tentukan lagi. Kami berpatah balik ke tempat letak kereta dan bersiap untuk ke Hospital Slim River untuk mengikuti perkembangan Fahmi di sana.

Kami sampai di hospital lebih kurang 11 pagi. Fahmi telah pun berada di dalam bilik kecemasan. Menurut Fazid, doctor terpaksa melakukan X-ray untuk menentukan kecederaan kaki Fahmi dan seterusnya menentukan rawatan untuk kaki tersebut.

Setelah hampir dua jam menunggu, kami masih belum dapat sebarang keputusan dari doctor. Oleh kerana terlalu lama kami mengambil keputusan untuk berehat di surau hospital. Hampir kesemua peserta telah berkampung di surau hospital. Ada yang mengambil kesempatan untuk mandi kerana surau tersebut dilengkapi dengan kemudahan bilik air yang lengkap.

Hospital Slim River merupakan hospital yang agak baru. Ianya dibina di tengah-tengah kawasan kampong slim yang terletak lebih kurang 1 km dari pekan Slim River. Penulis difahamkan walaupun agak besar dan canggih tetapi hospital tersebut mengalami kekurangan pesakit kerana populasi Slim River dan Tanjung Malim masih terlalu kecil. Mungkin hospital itu dibina untuk menampung populasi Proton City yang akan mula beroperasi pada Jun 2003.

Sepanjang tempoh menunggu hanya dua orang dibenarkan melawat Fahmi dalam satu masa. Jadi kami bergilir-gilir menemani Fahmi yang kelihatan agak sedih mengenangkan kejadian yang menimpanya. Kami sedaya upaya cuba menghiburkan beliau dan cuba menyakinkan belaiu yang kecederaannya tidak lah terlalu serius.

Jam 3.30 petang, kami telah dipanggil oleh doctor yang merawat Fahmi. Menurut doctor, Fahmi terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan semula buku lalinya yang tercabut (Dislocated) Sebatang besi terpaksa dimasukkan untuk menyokong tulang yang patah. Akan tetapi pembedahan itu tidak dapat dilakukan di hospital berkenan dan pihak hospital akan menghantar Fahmi ke Hospital Besar Ipoh.

Setalah berbincang dengan Fahmi, beliau mengambil keputusan untuk “refer” ke Subang Jaya Medical Center di Kualal Lumpur supaya senang keluarga Fahmi untuk menjaganya. Setelah Kak Leha mengadakan perbincangan dengan doctor bertugas, doctor telah bersetuju dengan cadangan kami. Tetapi kami tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan ambulan kerana terlalu jauh. Kami terpaksa membawanya sendiri.

Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menggunakan van abg Rashid sebagai kereta ambulan dan beberapa peserta terpaksa berhimpit di dalam van cikgu dan tiga buah kereta. Beg- beg kami terpaksalah di sumbat di dalam kereta-kereta dan van kerana memberi laluan kepada Fahmi yang memerlukan ruang yang agak luas di dalam van abg Rashid.

Kami bertolak dari Hospital Slim River jam 5.30 petang.Setelah menurunkan Sdr Shahir dan sdr Roslan di pekan Slim River untuk mengambil bus pulang ke Ipoh, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kelajuan yang agak perlahan.

Kami sampai di SJMC jam 7.30 malam. Sekali lagi Fahmi terpaksa menjalani pemeriksaan kerana doctor di SJMC tidak mahu mengguna pakai laporan yang kami bawa dari doctor di hospital Slim River. Maka Fahmi terpaksa menjalani X-ray sekali lagi. Terpaksalah kami menunggu lagi.

Di sini abg Rashid telah mengumumkan ekspedisi gunung liang terpaksa ditamatkan di sini, di SJMC. Pihak OGKL berjanji akan mengadakan semula ekspedisi tersebut di lain masa. Abg Rashid mengucapakan berbanyak terima kasih atas semua peserta kerana bersama-sama menolong Fahmi. Kami bersurai yang 8.00 malam itu.

Oleh kerana mahu memastikan Fahmi betul-betul selamat, saya masih menunggu di hospital bersama-sama Abg Rashid, Adnan, Fazid, Kak Leha dan beberapa peserta lain. Jam 10 malam barulah Fahmi siap menjalani pemeriksaan dan akan dihantar ke wad. Beliau dijadualkan akan menjalani perbedahan kakinya jam 12 malam itu juga. Setelah menghantar Fahmi ke wad, saya bergerak pulang ke rumah.

Sekian semoga kejadian yang menimpa ahli OGKL tidak akan melemahkan semangat kita untuk meneruskan aktiviti kita di lain masa.