logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday, 16 February 2019

Annual General Meeting - AGM kali ke 23


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat AHLI-AHLI OGKL.

Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM kali ke 23). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2019 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 MAC 2019 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 9.30am – 3.00pm

MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN

Agenda:
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2018
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2018
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2019/2020
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain

Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/whatsapp ke nombor di bawah.

Rosmawati Hamzah
Tel : 012-9644970
FB : Rose Hamzah

Abdul Jalil Abdul Hamid
Tel : 012-6863831
FB : Jay Hamid

Sekian, terima kasih

Rosmawati Hamzah
Setiausaha,
Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

#khazanahalamwarisanrekreasi
#oranggunungkualalumpur

0 comments:

Post a Comment