Peserta
1. Khairul Nizam(ijam selaku KP),
2. Amir Abidin Bin Md Bashah
3. Gazali Safri@Pak Teh,
4. Roslan Bin Che Mei@Che Lan
5. Roslee Bin Musa
6. Besek Sarina Binti Bachok
6. Besek Sarina Binti Bachok
7. Suraya Binti Wan Mohamed Yusof
8. Mohd Azhari Bin Ahmad
9. Azlen Binti Anuar
10.Syairah Diyana Binti Malek(tidak meneruskan perjalanan kerana masalah penerbangan)
Salam,
Gunung Talamau hanya lah tertinggi di Kabupaten Pasaman Barat, tidak nama besar seperti gunung-gunung berstatus 7 submit tapi tentangan nya tetap ada.
Kami tiba awal seawal 11.10 pagi
di Bandara Minangkabau. Sekitar 30 minit menunggu Yogi iaitu guide kami pun
sampai lalu membawa kami keluar dari bandara. Ada 3 mobil di mana 1 darinya hanya mengisi beg@tas.
Sekitar 1.40 tengahari kami berhenti dan makan nasi padang di tepi laut melalui
jalan pintas. Dalam masa yang sama mobil akan berhenti membeli barang keperluan
dan singgah solat juga serta membeli pulsa. Selanjutnya mobil berhenti rehat
lagi pada pukul 7.15 malam untuk makan malam nasi padang lagi tapi exclusif
sedikit. Jam 10 malam baru kami sampai di basecamp Talamau, Desa Pinaga.
Kata Yogi kami perlu berjalan
lagi 2 jam untuk ke starting point tapi sebenarnya biar esok sahaja kerana
sudah penat mengharungi 8 jam dalam mobil. Kami kemudian masuk ke basecamp
Talamau dan bertemu dengn ayah Andri yang merupakan orang perantara naik Gunung
Talamau.
Hari ke 2 seawal 6 pagi kami sudah solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan. Agak menariknya di sini bilik air atau kamar kecil nya di bawah adalah kolam air tapi untuk membuang air besar harus turun ke longkang atau tempat terbuka jadi disarankan untuk membuat bagi yang tidak biasa adalah waktu malam takut kena intai.
Jam 8 pagi kami bersarapan lontong
yang dibeil oleh Yogi da kru-krunya. Antara nama-nama kru Yogi adalah Rizki,
Nget. Antri dan Rahmat@mamat. Mereka semua muda-muda dan kurus-kurus.
Jam 8.20 pagi kami bergerak naik lori kebun selama 3 kilometer di ketinggian bawah lagi iaitu 230 mdpl. Kami dapat melihat tanaman-tanaman seperti jagung di kiri serta pemandangan puncak Talamau di kiri.
Tiba di starting point pada pukul
8.45 pagi kami mula berjalan. Perjalanan tanah merah menyusuri sungai kecil dan
trek memacak terus. Sebelum sampai ke Pos1 Harimau Campo, ada 2 laluan bertali
harus naik. Jam 9.20 pagi kami sampai di Pos 1 Harimau Campo berketinggian 710
mdpl. Bulat dan Lin tidak dapat meneruskan perjalanan kerana masalah kesihatan
lalu turun.
Perjalanan ke Pos 2 Rindu Alam
atas kertas adalah 3 jam. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti beberapa
kali. Yogi awalnya ada bersama kami manakala krunya kadang-kadang ada. Hanya
Antri yang meneman kami di depan. Ada satu ketika kami hamper sampai di Pos 2
Rindu Alam tanpa kru Yogi. Jadi kami yang awal menunggu pun terlena ke dunia
lain. Rasa lama tertidur sehingga Antri sampai dan memberitahu kam tidur
sebelah Pos2 Rindu Alam sambal menunjukkan signboard Rindu Alam dalam 40 meter
sahaja.
Jadi pukul 2.15 petang kami
sampai di Pos 2 Rindu Alam bertinggian 1100
mdpl dan menunggu kru-kru Yogi sampai. Kata Ijam kami harus tidur di Pos 3 Bumi
Sarasah supaya esok dapat sampai awal di puncak. Selepas menunggu tidak juga
sampai kerana kami mahu makan tengahari takut lambat dan dengarnya mahu dimasak
dahulu nasi dan lauknya. Hanya Antri yang turun dan naik mengambil tas-tas
besar mereka al maklum kami sekarang pendaki pelancong.
Untuk ke Pos 3 Bumi Sarasah
dengan beg besar kami perlu 3 jam lagi jadi dijangkakan akan gelap untuk sampai
ke sana jadi bila kru-kru Yogi masih belum kelihatan maka kami buat keputusan untuk
bermalam di Pos 2 Rindu lam sahaja. Sebelum gelap, kami sudah siap makan
beberapa kali.
Untuk malam ni, kemah di bentang
dan tak perlu buka pagi esok kerana kami ada satu malam lagi di sini. Jadi esok
kami dijangka bekerja keras untuk sampai ke puncak dan tiba sebaik gelap.
Hari ke 3 ini ramai bangun pagi
sebab sudah tidur awal. Yogi tidak naik dan hanya menyediakan makanan sahaja.
Seawal jam 7.08 pagi selepas sarapan
sikit indomie goreng dan sup, kami bergerak daypack menuju ke puncak. Katanya 3
jam dari sini tapi kami sampai awal 9.40 pagi di Pos 3 Bumi Sarasah pada
ketinggian 1800 mdpl.
Setelah rehat 20 minit dan
bergambar, kami meneruskan perjalanan dan pada 1.20 tengahari kami sampai di
Pos 4 Paninjauan pada ketinggian 2500 mdpl. Dalam perjalanan ke sini ada
pokok-pokok besar sebagai tanda aras untuk sampai. Che Lan di belakang sudah
nampak kepenatan tapi dapat sampai juga.
Setelah puas melayan batu-batu
dan menaik memacak tinggi, baru lah kami tiba di padang Sirinjano pukul 3
petang. Di padang ini ada 13 telaga atau tasik iaitu telaga Putri Sangka Bulan,
Telaga Tapian Sutan Bagindo, Telaga Putri Mambang Surau, Telaga Siuntuang
Sudah, Telaga Puti Bungsu, Telaga Rajo Dewa, Telaga Satwa, Telaga Lumuik, Telaga
Biru ,Telaga Mandeh Rubiah, Telaga Mambang Langik, Telaga Cindua Mato dan
Telaga Bulan Perindu. Tapi dari bawah nampak 2 telaga dan dari atas ada 3.
Tidak jauh dari padang ini di kiri nya dan dari jauh atas nya ada kubah dan
itulah puncak Gunung Talamau.
Sebaik tiba di telaga pertama,
kami bergambar dan berjalan sebelum rehat sebentar di pinggir Pos 5 Rajawali
Putih di ketinggian 2750 mdpl. Selepas solat dan makan sikit lagi indomie dan masak air kopi,
kami bergerak ke atas pukul 5 petang melalui signboard Pos 5 Rajawali Putih
Pukul 5.30 petang baru lah kami sampai
di puncak Trimartha(yang berketinggian 2982 mdpl. kelihatan puncak Beirut kubah masjid tegak berdiri di
puncak ini tanpa bendera Indonesia.
Setelah bergambar dan ucapan kami
turun ke bawah semula selepas sejam. Kadang-kadang ada kabus menutup
pemandangan telaga serta kelihatan Gunung Sago, Marapi, Singgalang serta
Tandikat di disana. Kata Ijam Yogi akan tunggu kami di Pos 3 Bumi Sarasah
dengan nasi dan lauk terhidang sama.
Semasa sampai di Pos 4 Paninjauan,
kaim rehat semula. Apapun 8.34 malam kami sampai di Pos 3 Bumi Sarasah tapi kelibat Yogi
tidak kelihatan. Che Lan kelihatan mengantuk dan asyik bertanya kemah sebelum
tiba di Pos 3 lagi. Apa pun kami perlu lagi 3 jam untuk tiba di Pos 2 Rindu
Alam. Rakan-rakan di depan terpaksa berhenti dan menunggu sejam atau 2 jam
untuk semua berkumpul.
Kami sampai di Pos 2 Rindu Alam
pada pukul 1 pagi. Ada yang mengantuk lalu tidur tanpa menjamah makanan. Ada
yang termenung kepenatan dan ada yang lapar terus makan nasi yang hanya berlaukkan
sardin. Untuk esok kata Ijam kami boleh mula lewat dari biasa kerana ramai yang
penat.
Hari ke 4, kami bangun lewat dari biasa. Sekitar 8
pagi kami bersarapan pecal@mee sanggul kuah kacang cair. Jam 10.40 pagi baru
kami turun ke Pos 1 Harimau Campo. Apa pun perjalanan turun agak lantai dan 2.10
petang kami sudah sampai.Sambil menunggu Yogi sampai, kami meneruskan
perjalanan turun. Hujan sudah turun lebat selepas kami menyusuri sungai.
Sehingga jam 3.45 petang barulah kami sampai di tempat naik lori. Hanya
setengah jam sampai di basecamp, kami bersiap dan solat. Kami dapat bergambar
di pintu gerbang dan singgah makan Bakso Yanto 25 minit selepas basecamp.
Malam nya kami lalu di laluan
kelok 44 dan tiba di Bukittinggi untuk bermalam dan bertemu Bulat dan Lin di
sana. Oleh kerana da yang lapar kami keluar menuju ke jam gadang dan makan pagi
di jambatan pah peh sebelum pulang ke Hotel Kartini iaitu hotel 3 bintang.
Hari ke 5, selepas sarapan
lontong, kami meronda pekan bukittinggi.
Hari ini adalah hari cuti iaitu 1 mei jadi di Bukittinggi atau mungkinseluruh
Indonesia meraikan hari buruh dnegan berjalan-jalan di luar. Kami menuju ke Jam
Gadang untuk bergambar dan ke pasar untuk membeli cenderahati. Tidak lama
kemudian semua pulang ke hotel untuk bersiap menuju ke padang. Tapi kami ada
singgah di satu kawasan untuk membeli jajan. Pukul 2.20 petang mobil tiba di
Bandara Minangkabau. Sekian sahaja trip OGKL ke Gunung Talamau. Jumpa lagi di trip lain.
0 comments:
Post a Comment