logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Thursday 10 October 2013

OGKL


Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) adalah sebuah pertubuhan / kelab berdaftar dengan No. Pendaftaran 1726/93 WP OGKL berpusat di kawasan Kuala Lumpur. OGKL didaftarkan secara rasmi pada 10 Oktober 1993. 

Pada asal penubuhannya adalah gabungan daripada beberapa kumpulan para pendaki disekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka ini bergabung dan akhirnya menubuhkan sebuah kelab dikenali sebagai Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur atau nama ringkasnya OGKL.

Kelab mempunyai akaun bank kelab di Maybank Wisma Hangsam Kuala Lumpur dengan nama Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Kelab ini menjalankan aktiviti rekreasi yang banyak tertumpu kepada aktiviti pendakian gunung. Selain daripada itu, kelab ini juga terlibat dalam aktiviti kayak, white water rafting, berbasikal, caving, dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain, serta dalam aktiviti sosial yang menghimpunkan ahli-ahli dan bukan ahli.

Untuk memudahkan anda mengenali dan menjadi ahli Kelab OGKL,
Jika saudara/i tinggal di sekitar KL & selangor, sila datang ke perjumpaan mingguan OGKL.

Tempat :
 Restoran Heritage Station
( Heritage Cafe)
 Stesen Keretapi Kuala Lumpur 
Jln Hishamuddin, Kuala Lumpur
(Berhampiran Masjid Negara)

Hari : Pada setiap Jumaat malam Sabtu
Masa : Jam 10:30 malam keatas - 12 malam.   p/s Bukan ahli juga dijemput hadir. Kecuali Waktu Program Kelab sedang berlansung & Hari Pelepasan Am

Penyertaan Program OGKL dibuka buat ahli dan bukan ahli. Notis program akan dimaklumkan melalui Media Sosial (FB Kelab), Web atau semasa perjumpaan mingguan/program OGKL.

0 comments:

Post a Comment