1.Mohd Shukri Bin Ghazali
2.Mohamad Sofian Bin Adul Wahab
3.Rohaiza Binti Zakaria
4.Habsah Binti Harun
5.Tee Kong Tiong
6.Othman Bin Abu Naim
7.Juliana Binti Mohamad
8.Barath A/L Munasamy
9.Zahid Bi Abdul Aziz
AJK
1.Rosmawati Binti Hamzah
2.Ahmad Qois Bin Zawawi
3.Azizan Bin Azman
1.Rosmawati Binti Hamzah
2.Ahmad Qois Bin Zawawi
3.Azizan Bin Azman
Jurupandu Arah
1.Mohd Khalili Bin Zakaria
2.Muhamad Nizar Bin Shawal Hamid
1.Mohd Khalili Bin Zakaria
2.Muhamad Nizar Bin Shawal Hamid
Laporan Gerah Bieh
Bilah
Kami berkumpul di LRT Gombak seperti biasa dan bergerak pada
pukul 10.30 malam dan tiba di rumah parok di Perluk 3 pada awal pagi bersamaan
1 hb februari 2019. Keadaan jalan yang jem seperti biasa pada hari perayaan
terutama raya cina sudah dijangkakan.
Selepas menyusun ration pada pukul 3 pagi, kenderaan powil pun sampai pukul 4 pagi dan
bergerak masuk ke kampung orang asli Pos Kemar. Kami tiba pada pukul 8.15 pagi.
Walaupun terdapat sedikit masalah makanan, tapi kami dapat mengatasi masalah
tersebut. Tanpa membuang masa, AJK terus menerangkan aturcara serta bacaan doa
selamat. Pukul 9.15 pagi pun kami mula bergerak. Kami tiba di Kem simpang Y
pada pukul 11 pagi . Di hampir setiap sejam sekali kami berhenti di check point
tertentu menunggu rakan di belakang maklumlah kurang tidur dan ada beberapa
peserta baru pertama kali berhadapan trip yang panjang ini. Sekitar pukul 12.15 tengahari, kami tiba di Kem Kulim untuk
rehat sebelum menyambung perjalanan sehingga ke Kem Agek dan tiba pukul 5.30
petang. Penat seharian lalu kami memasang khemah di sini utk makan malam dan
tidur. Dengar cita kem ini ada kena sondol oleh dan hujan sebelum ini tapi
alhamdullillah kem tiada masalah.
Hari ke2
Hari ini kami bangun seawal 3 pagi untuk memulakan trekking.
Hampir 2 jam barulah kami berjalan secara daypack lalu berhenti seketika untuk
solat subuh. Sepatutnya kami ke Kem Kunyit tapi laluan sudah ditutup. Tidak
lama kemudian kami tiba di Kem Perodua , Selepas sarapan pagi kami menyambung
semula pukul 8.10 pagi sehingga ke Kem
Sarsi pada tengahari. Khal cuba mencari waterpoint yang tidak jauh cuma 100
meter turun tapi tak perlu ambil air kerana sudah ambil di Kem Perodua.
Kami tiba di puncak Gunung Gerah pada pukul 4.30 petang.
Selepas sessi bergambar, kami ke puncak Gunung Bieh pada pukul 6.45 petang.
Kami meneruskan perjalanan ke puncak Gunung bilah pada pukul 10.30 malam. Selepas bergambar, kami ke Kem
Sarsi sekitar pukul 4.00 pagi. Hari ini seharian selama 24 jam kami berjalan
untuk 3 gunung.
Hari ke 3
Setelah bekerja keras dari Kem Sarsi kami bergerak lewat
pada pukul 11 pagi sehingga ke Kem Perodua pada pukul 3.20 pagi. Selepas solat
dan rehat, kami berjalan sehingga ke Kem
Agek pada pukul 6.45 petang lalu rehat.
Hari ke 4
Hari ini dari Kem Agek seawal pukul 10 pagi kami tiba ke Kem
Y pada pukul 2 petang. Selepas makan tengahari dan solat, kami menyambung
perjalanan lalu tiba di tempat menunggu powil pada pukul 5.45 petang.. Selepas menaik powil, kami tiba
di rumah parok pada pukul 9.00 malam. Bagi peserta wanita ditempatkan di rumah
Parok mana lelaki di homestay berdekatan.
Hari ke5
Pukul 11.00 pagi barulah kami bergerak pulang ke haluan
masing-masing. Alhamdulillah.. Semua line up GBB dan AJK lain selamat smpai di
rumah sebelum kul 8 malam.
Sekian
0 comments:
Post a Comment