Ekspedisi Air Terjun Pelangi
Tarikh : 21-22 Jun 2003
Tempat : Sg. Lembing, Pahang
Terletak lebih kurang 300km dari Kuala Lumpur, Air Terjun Sungai Lembing merupakan destinasi pelancongan yang kurang popular di kalangan penduduk Malaysia. Mungkin kerana terletak di kawasan yang agak terpencil dan sukar untuk dilawati menyebabkan ia kurang dikunjungi oleh para pencinta alam semulajadi.
Baru-baru ini pada 21hb Jun, Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur berpeluang menjelajah air terjun Pelangi sebagai salah satu aktiviti mereka sepanjang tahun 2003. Saya mengambil kesempatan mengikuti ekspedisi OGKL yang diketuai olah Kak Aishah.
Selalunya kami akan berkumpul di Restoran Teratai di Kuala Lumpur sebelum memulakan sebarang ekspedisi tetapi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya di pagi Sabtu, pihak penganjur telah menukar tempat pertemuan di Station Putra Gombak.
Jam 8.30 pagi kami dikehendaki berkumpul di tempat yang diarahkan. Seramai 16 peserta dijadualkan akan mengikuti ekspedisi kali ini, iaitu 7 orang peserta perempuan dan 9 orang peserta lelaki. Setengah jam kemudian hampir semua peserta telah pun sampai di kawasan letak kereta station Putra. Kami difahamkan oleh Kak Aishah bahawa salah seorang peserta dari Pinang saudara Zairol tidak dapat mengikuti kami kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.
Jam 9.15 pagi , kami masih lagi menunggu seorang peserta lagi iaitu Jayaraj yang masih belum muncul. Setelah Kak Aishah menalipon rumah Jayaraj, kami di beritahu bahawa beliau tidak dapat mengikuti ekspedisi kali ini kerana telah mengalami demam panas. Agaknya mungkin masih tidur jadi beliau lupa untuk memberitahu kami lebih awal.
9.30 pagi, kami bertolak ke Kuantan menaiki dua buah kereta dan satu van. Saya di tugaskan mengetuai konvoi tersebut sehingga ke Maran, dimana kami dijadualkan untuk berhenti makan tengahari di sini. Perjalanan ke Maran memakan masa hampir 2 jam setengah dari Kuala Lumpur.
12.00 tengah hari, kami berhenti di gerai berhadapan dengan Majlis Pembandaran Maran untuk makan tengah hari. Pihak urusetia, mengambil kesempatan di sini untuk membeli beberapa barang keperluan yang masih belum cukup. Dianataranya ialah sebiji buah tembikai. Tetapi setelah ditanya dengan makcik menjual itu, tembikai ini datang dari Kuala Lumpur. Mungkin kalau dibeli di KL agak murah sedikit.
Setengah jam kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kuantan jam 12.30. Setelah hampir 2 jam melalui jalan yang berliku, kami sampai di pekan Gambang. Disepanjang jalan terdapat kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur yang menghubungkan Lebuh Raya Karak dan Kuantan giat di jalankan. Ianya dijangka siap pada awal tahun 2007. Setelah siap perjalanan dari karak akan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja berbanding dengan 4 jam sekarang.
Lebih kurang 13km dari pekan Gambang, kami membelok ke arah Pekan Panching yang terletak 33km dari Kuantan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2.00 petang. Setengah jam kemudian kami melepasi pekan Panching. Pekannya agak kecil hanya terdapat beberapa deretan kedai dan sebuah sekolah. Terdapat juga Poliklinik kesihatan kerajaan yang pada pendapat saya masih baru berpandukan bentuk binaannya. Terasa bertuah menjadi penduduk Malaysia kerana walaupun berada dipendalaman tetapi masih lagi dapat menikmati kemudahan kesihatan yang di sediakan secara percuma oleh kerajaan.
2.45 petang kami tiba di Pekan Sg Lembing yang terletak lebih kurang 14km dari pekan Panching. Rata-rata penduduk di sini adalah berbangsa melayu dan cina. Dua deretan kedai papan 2 tingkat yang sudah agak usang menjadi nadi kepada pekan disini. Disinilah tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan harian mereka. Kedai makan cina terletak bersebelahan dengan kedai makan yang diusahakan oleh orang melayu. Ini melambangkan keharmonian penduduk di kawasan ini walaupun berlainan bangsa. Sesuatu yang boleh kita ambil ikhtibar.
Terdapat sebuah muzium Sg Lembing di hujung pekan, tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan kami menangguhkan dulu lawatan ke muzium tersebut. Rata-rata penduduk di sini adalah petani yang mengusahakan ladang berhampiran. Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil tananam utama pekan Sg Lembing. Menurut salah seorang penduduk tempatan, hasil pertanian ini selalunya dipasarkan di Kuantan yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari sini.
Terdapat juga beberapa kolam air tawar yang di usahakan oleh kaum cina di sekitar pekan. Ikan patin merupakan ikan yang selalu diternak memandangkan permintaan yang mengalakkan di pasaran tempatan terutama di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur dan Kuantan.
See Kong, toukey kedai makan, telah pun menunggu kami seawal jam 2.00 petang lagi. Beliau akan menguruskan pengangkutan kami ke kem site pada petang itu. Rata-rata peserta sudah tidak sabar untuk menaiki pacuan empat roda untuk ke kem site kerana ianya tentu akan menyeronokan. Pada sangkaan saya kami menaiki Ford Ranger atau Mitsubishi Storm, akan tetapi sangkaan saya meleset sekali. Tidak sampai pun 5 minit See Kong datang dengan membawa lori 1 tan untuk dijadikan kenderaan kami pada petang itu.
Menurut See kong perjalanan akan memakan masa lebih kurang 45 minit. Pada mulanya kami tidak ambil peduli sangat kerana manyangka 45 minit adalah terlalu singkat. Tetapi setelah 15 minit di goncang lori 1 tan yang “short absorbernya” tidaklah selembut pacuan 4 roda yang selalu kami naik, 45 minit merupakan satu jangka masa yang terlalu lama. Berdiri tak kena duduk lagi tak kena. Habis satu badan kami kepenatan kerana di goncang dek lori See Kong.
Sebelum bertolak, See Kong telah meminta salah seorang dari kami membawa motosikalnya kerana dia mahu meninggalkan saja lorinya itu di kem site. Mungkin dengan cara itu dia dapat menjimatkan minyak lori. Bagi kami adalah lebih baik kerana jika apa-apa berlaku kami boleh menggunakan lori tersebut untuk keluar mendapatkan bantuan.
Roland telah pun memberi kata setuju untuk membawa motosikal tersebut kerana ingin melepaskan gian. Sudah lama tidak menunggang motosikal katanya. Mungkin kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, Leman mengambil keputusan untuk membonceng dengan Roland. Mampukah motosikal yang setengah abad umurnya itu membawa mereka dengan selamat, sama-sama kita tunggu.
Ditengah perjalanan kami melalui kawasan perkelahan yang cukup cantik. Terdapat beberapa chalet yang tidak terurus. Mungkin akibat kurang sambutan, maka perniagaan berasaskan perlancongan kurang berdaya maju di sini. Walauapapun kita berharap pihak berkenaan melakukan sesuatu untuk memajukan perlancongan ecotourism disini.
Sakit buntut sudah tidak tertahan lagi, kami cuma mampu berdoa agar cepat sampai saja. Bertuah Roland dan Leman kerana amat selesa di atas motosikal screambler See Kong. Sekali tengok macam filem Ali setan lagaknya. Terutama Leman cukup bergaya dengan cermin mata hitam ala tahun 80annya.
Kami sampai di kem site lebih kurang jam 3.45 petang. Terdapat beberapa kumpulan telah pun berada di situ. Kami difahamkan mereka adalah dari Majlis Pembandaran Kuantan yang mengadakan program bina semangat untuk pekerja baru mereka.
Setelah memilih lokasi yang sesuai See Kong meninggalkan kami dengan lorinya. Jam 4.15petang fly sheet dan 5 biji khemah siap didirikan. Sebaik saja ground sheet dihamparkan, Kak Aishah dan rakan-rakan mulalah sibuk menyediakan minum petang kami. Teh, ubi rebus dan cucur kodok dicicah dengan sambal ikan bilis merupakan menu minum petang kami pada kali ini.
Sementara menunggu minum petang siap, saya mengambil keputusan untuk mandi di sungai yang berdekatan dan terus menunaikan solat jamak Zohor dan Asar sekali. Tidak dapat dipastikan apa nama sungai tersebut tetapi ianya akan bercantum menjadi Sungai Lembing, mungkin Sg “Anak Lembing”.
7.30 petang minum petang siap untuk dijamah oleh para peserta. Masing-masing sudah tidak sabar untuk makan kerana kali terakhir kami makan ialah pada pukul 12 tengahari semasa berhenti di Maran. Perut sudah berkeroncong, apa lagi ubi rebus lah yang kami terkam dahulu.
Kali terakhir saya menikhmati hidangan ubi rebus ialah 18 tahun yang lalu semasa berada di kampung. Kalau sina ubi rebus ini cukup popular di makan semasa musim tengkujuh. Ianya cukup enak dicicah gula dan dimakan bersama air kopi panas. Bubur jagung pun ada . Bubur tu saya tak pasti sapa yang buat tapi sedap, sambil makan sambil jerami, race & colek... sedar-sedar 3 gelas habis... sedapppppp tuuuuu......
Lepas minum petang Kak Aishah dan rakan-rakan sibuk pula menyediakan makan malam. Saya tak tahu samada masih ada ruang untuk nasi beryani dan ayam kurma lagi di dalam perut. Terasa cukup kenyang. Mungkin ini agaknya di namakan ekspedisi bersantai OGKL. Kalau kebiasaan kami tidak dapat menikmati makanan yang banyak sebegini kerana sibuk trecking tapi kali ini makan merupakan aktiviti utama kami pada ekspedisi ini.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, kami sudahpun siap menjamah makan malam. Terdapat beberapa peserta yang tidak mahu menjamah makan malam mereka kerana sudah kekenyangan dengan ubi rebus tadi. Walau apa pun rata-rata peserta memuji keenakkan masakan Kak Aishah. “kalau buka restoran gerenti laku gila” itulah antara komen peserta selepas menikhmati nasi beryani Kak Aishah.
Sesi suai kenal diteruskan sebagai acara tradisi kelab OGKL pada malam pertama ekspedisi. Ini adalah untuk mengeratkan lagi silatulrahim diantara ahli lama dan ahli baru. Kesemua peserta menperkenalan diri masing-masing, ada yang diketogerikan “orang lama” dalam aktiviti lasak ini dan ada juga “orang baru”. Maka kami bertukar-tukar pengelamanlah pada malam itu sambil berjenaka.
Hujan!.. tapi syukur kerana hujan tidaklah selebat mana. Berapa peserta perempuan masuk kedalam khemah kerana sudah tidak tahan mengantuk. Kalau selalunya saya akan tidur di dalam khemah tetapi kali ini saya mengambil keputusan untuk tidur di bawah fly sheet sahaja kerana ingin mencuba pengelaman baru.
Ternyata keputusan yang saya ambil itu tidak salah kerana walaupun hujan telah turun tetapi keadan cuaca agak panas pada malam itu. Ramai yang bersungut kerana tak tahan panas. Oleh kerana panas, saya tidur beralaskan ground mat sahaja, sleeping beg tolak tepi dululah jawabnya.
Jam 6.00 pagi, saya dikejutlah dengan suara orang mengaji Al Quran pada pagi itu. Panik sekejap, maklumlah surau yang berdekatanpun terletak lebih kurang 10km dari situ. Dari manakah datangnya suara itu? Selepas diamati betul-betul, rupa-rupanya suara orang mengaji itu datang dari radio Leman yang hanya dapat menerima siaran IKIM sahaja. Barulah lega rasanya.
Selepas solat subuh, saya sambung tidur semula maklumlah tak tahu apa nak buat.
7.30 pagi terdengar dari dapur Kak Aishah dan Abang Rashid sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Menu pagi ni ialah nasi goreng dan teh ‘O’ sahaja.
8.30 pagi kami dipanggil untuk menjamu selera. Habis saja makan, kami bersiap untuk ke Air terjun Pelangi, aktiviti utama ekspedisi kali ini. Tepat jam 9.30 pagi, setelah menyimpan beg kami di dalam lori See Kong, Kami bertolak ke air terjun.
Perjalanan dijangka akan mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Kami difahamkan trak agak landai, hanya menyusuri sungai kecil sahaja. Rata-rata peserta mengambil keputusan untuk memakai sandal sahaja termasuklah saya. Oleh kerana diberitahu bahawa terdapat banyak pacat di sepanjang perjalanan, saya bertindak memakai stokin pacat sebagai persediaan awal melawan pacat-pacat yang dahagakan darah manusia itu.
Setengah jam berjalan kami sampai ke trak berbatu-batu tanda kami sudah menghampiri air terjun. Perjalanan menjadi perlahan sedikit kerana batu-batu di situ agak licin di selaputi embun pagi yang masih basah. Jika tidak berhati-hati, kaki akan menjadi mangsa dek batu-batu yang tajam itu.
Tepat jam 10.15 pagi, kami akhirnya menjejak kai di Air Terjun Pelangi. Ketinggian air terjun itu dianggarkan setinggi 150 meter atau lebih kurang 40 tingkat bangunan, setinggi bangunan daya bumi yang menjadi tempat berkumpul Kelab OGKL setiap hari jumaat. Oleh kerana terbentuk dari sebuah sungai yang kecil, air terjun menjadi pecahan kecil seperti air hujan sebelum sampai di bawah. Jika kita berdiri betul-betul di bawah air terjun ianya seperti berada di dalam hujan renyai-renyai sahaja.
Penomena ini menyebabkan kolam yang berada dibawah air terjun ini tidaklah dalam sangat, hanyalah sedalam 6 meter pada anggaran saya. Air terjun ini mungkin terbentuk beribu-ribu tahun yang lalu berdasarkan bentuk batu-batu yang terdapat di situ. Batu jenis granite mendominasi kawasan persekitaran kerana bentuknya tajam dan agak keras berbanding dengan batu kapur.
Melihat keadan sekeliling mengingatkan saya filem Jurasic Park yang cukup popular sedikit masa dahulu kerana air terjun ini terletak di dalam curam yang tinggi dan dikelilingi oleh batu membentuk lubang besar. Sebuah helicopter kecil mungkin dapat melakukan pendaratan di kawasan bawah air terjun ini.
Sekiranya matahari bersinar dengan terang kita akan dapat melihat pelangi yang terjadi disebabkan percikkan dari air terjun tadi. Itu sebabnya air terjunini di namakan Air Terjun Pelangi. Oleh kerana cuaca pada pagi itu agak mendung, pelangi tidak terbentuk kerana kekurangan cahaya matahari.
Setelah penat mandi-manda kami disajikan dengan Bee Hoon Soto Ayam untuk makan tengahari kami. Ianya salah satu masakan istimewa Kak Aishah. Disamping teh kami juga dihidangkan dengan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Sayalah orang beriya-iya supaya tembikai itu di potong kerana orang yang ditugaskan untuk membawa tembikai itu naik ke air terjun adalah saya. Agak berat tugas itu, dahlah berat ianya hendaklah dibawa secara berhati-hati kerana sekiranya jatuh tembikai itu akan pecah berderai.
Walau apa pun tembikai itu selamat kami kerjakan, syukur kerana saya tak perlu membawanya balik ke kem site semula. Kami bergerak keluar dari air terjun jam 2.30 petang. Perjalanan keluar agak laju kerana batu-batu di situ telahpun kering jadi kami tidak perlu berhati-hati seperti semasa datang tadi.
3.15 petang kami sampai di kem site. See Kong telah pun menunggu kami seawal jam 2.30 lagi. Tanpa berlengah, kami cepat-cepat mengemaskan baranag-barang ke atas lori. Kami difahamkan akan terus keluar ke Pekan Sg Lembing dan akan singgah mandi di surau pekan tersebut. Leman mengambil keputusan untuk mengikuti kami menaiki lori, meninggalkan Roland bersama motosikalnya.. kesian Roland, Ali Setan telah kehilangan gang menunggang.
Di tengah perjalanan keluar kami singgah di kolam air panas yang terdapat di situ. Terdapat dua buah kolam, satunya agak besar dan berlumpur dan satu lagi agak kecil sahaja. Ianya dibina bersebelahan antara satu sama lain. Semasa kami tiba terdapat beberapa orang pengunjung yang sedang berendam didalam kolam yang kecil. Kolam yang besar itu tidak sesuai untuk dimasukki kerana dipenuhi Lumpur sulfur yang agak kurang menyenangkan baunya.
10 minit disitu, kami meneruskan perjalanan keluar ke pekan. Sampai saja disurau kami terus ke bilik air yang terletak dibelakang bangunan. Bilik airnya agak kecil tapi sudah cukup untuk kami membersih badan.
Setelah selesai menunaikan solat zohor dan asar secara jamak. Kami terus ke tempat letak kereta dihadapan kedai See Kong. Atas nasihat See Kong, kami ke Muzium Sg Lembing yang terletak dihujung pekan kerana menurut beliau kalau tak pergi agak rugi kerana tidak dapat mengetahui sejarah pekan Sg Lembing yang sedikit masa dahulu yang cukup terkenal dengan pemberontakan penduduk tempatan menentang inggeris.
Tetapi agak malang kerana muzium itu ditutup pada hari ahad, mungkin kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang. Kami terus keluar meninggalakan pekan Sg Lembing dengan berat hati. Kalau boleh mahu lagi tinggal disini barang sehari dua. Bolehlah menjelajah lagi pekan ini, tetapi mengenangkan besok kena kerja terpaksalah kami pulang ke Kuala Lumpur.
Kami tiba di Kuala Lumpur jam 11.30malam setelah berhenti makan malam di Maran sekitar jam 8.00 tadi. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kami berpecah menuju kerumah masing-masing.
Sekian terima kasih.

0 comments:
Post a Comment