logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday 30 September 2013

L09: Berita Ringkas 2009

Training ke Gunung Hitam
Trip pertama aka pembukaan Tahun 2009.
Dianggotai seramai 40 org. Trip yg penuh dugaan dan halangan pada para peserta yang akhirnya membuahkan kenangan manis jua. :)




BOT III di Extreme Park 
Basic Outdoor Training III (Rope Management) yang dirancang, telah berjaya dilaksanakan dengan tenaga pengajar dari Extreme Park Shah Alam, Sek13. Sekumpulan kecil ahli OGKL yang mengikuti program ini turut tidak melepaskan peluang mendaki tembok tiruan selain menimba asas pengenalan peralatan mendaki (tebing), absailing serta wall climbing. 






OGKL bersama medal - KL Towerthon 09
Ahli-ahli OGKL yang menyertai KL towerthon 2009 pada 1 Mac lalu gembira dapat menamatkan acara dan mendapat medal. Running Vest tajaan Adidas yang bewarna merah garang memang menaikkan lagi semangat.




OGKL @ Scoreboard TV3 - 31 Mac 2009
Ahli-ahli OGKL yang diundang memeriahkan program bual bicara Scoreboard TV3 menggamatkan lagi suasana di Sri Pentas.





Gng Chemendong & Belumut
Alhamdulillah syukur, satu lagi kejayaan manis telah tercatat dalam memori OGKL pada minggu lepas. peserta2 ekspedisi telah berjaya menawan dua2 puncak dalam dua hari, satu trip yang nampaknya senang pada kertas tapi mungkin sukar pada peserta2 yang melaluinya. Sampai ada yang bertanyakan, betul ke trip ni gred B hehehehe ... apa tidaknya, perjalanan ke dua gunung yg telah dipadatkan dalam dua hari. 

secara peribadinya saya merasa amat puas dgn trip ini, ini adalah kerana trip ke Gunung Belumut telah terpendam dalam hati selama setahun. dan apabila dapat berpeluang untuk pergi pada tahun ini, dapat pulak bonus tambahan satu lagi gunung iaiti Gng Chemendong. Rasa terharu juga apabila ada kawan2 dari MT yg peka dgn kehendak ahli, sob, sob : ( 

setinggi2 perhargaan saya berikan pada pengarah program, tidak lupa juga pada AJK program, abg2 guide, peserta2 yg cuma mengikuti ataupun menyumbangkan tenaga jadi 'geng penebas'. 

saat yang tidak boleh dilupakan iaitu di puncak Gng Belumut apabila salah seorg guide menunjukkan koleksi2 keratan akhbar yg memaparkan aktiviti2 ogkL. ada saya lihat keratan2 akhbar tersebut seawal seawal 
tahun 1996. boleh tengok keadaan rupa fizikal2 ahli lama masa muda/bujang dulu hehehehe. antaranya wajah & susuk tubuh Pak Presiden - Azizan




Pendaki ke Puncak 3 S, Wonosobo, Jawa Tengah 
Masa senggang antara trip Kelab, 8 orang pendaki, Apip, Eryn, Husin, Zura, Shuk, Su, CikguRosli & Amir memanjang langkah ke Wonosobo mendaki, G. Sumbing, 3371m, G. Sekunir 2605m dan G. Sunduro 3136m. Sempat juga ronda-ronda sekitar Dataran Tinggi Dieng melihat Wisata Alam dan Candi-candi Mataram. 




Cerita eksplorasi di Air Terjun Perlus 
Nak dengar cerita trip Air Terjun Perlus ye... Misteri kehilangan trekker tiba-tiba, riang-ria gedebushhh, pengalaman menangguk udang sungai memalam.




KL Marathon 2009 
Pengalaman pertama mengadap 42.195 km
seawal 230 am beri dah call aku,huhuhuh..awal nye.. aku pun bangun la dan mandi n makan nasi goreng...yum yum yum.. 
kul 3 pagi pun beri sampai ngan peja dan kitorang pun bergerak ke dataran merdeka.. hati aku berkkata betul ke ape yang aku buat ni..huhuhuhuh ..kul 4 pagi kitirang dah pun sampai kat dataran ..wah...dah ramai orang... yang paling menarik perhatian aku ade satu group xsalah aku daru kelab orang buta.. tak tau dari mana...dorang tengah tangkap gambo...perghhhhh... orang buta pun nak layan 42 km..huhuhuhuhuh..





Majlis Berbuka puasa meriah 
Majlis berbuka puasa OGKL yang diadakan di rumah Penasihat Kelab, Hjh Zaleha di Seksyen 24 Shah Alam berjalan dengan lancar dan penuh dengan kemeriahan. Lebih kurang 60 orang warga OGKL serta ahli keluarga meramaikan majlis. Selain juadah utama dari tuan rumah, sate & ayam golek dari Kelab, ahli-ahli turut membawa juadah menjamu sahabat-sahabat. 




Pendakian Gunung Liang & Tumangbatak berjaya! 
Kesakitan tu bersifat sementara...tapi kejayaan tu kekal selamanya!








OGKL ke G. Benom via Krau 
Perlawaan PERHILITAN merasmikan trail ke G. Benom melalui Rezab Perhilitan Krau sebelum dibuka untuk ekopelancongan tahun 2010 tidak disia-siakan. OGKL seramai 8 orang diikuti 2 staff perhilitan dan 2 jurupandu arah mendaki mengikut rentis Jeneris hingga ke puncak Benom. Perjalanan turun mengikut rentis Perlok dan sempat singgah di Lata Bujang sebelum menamatkan ekspedisi.

Sunday 29 September 2013

L09: Fiesta@15

Seulas Pinang
Assalamualaikum WBT & Salam Sejehtera!



Alhamdulillah fiesta@15 telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan penuh kemeriahan & warna warni!Dengan kehadiran seramai 102orang dewasa serta hampir 30orang kanak-kanak, menjadikan acara ini sebagai yang paling besar sejak penubuhan ogkl 15tahun lepas!

Crew mengucapkan setinggi penghargaan diatas sokongan semua yang menjadikan fiesta@15 ini satu kenyataan. Special thanks to all crew&marshall bertugas yg bertungkus lumus merancang, mengatur,menyusun, serta memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran fiesta@15 ini.Juga kepada penaja-penaja hadiah samada individu mahupun organisasi.

Bermula dengan treasure hunt & sukaneka di sebelah siang terus diikuti dengan pelbagai costume yang menarik ketika berlangsungnya BBQ dinner.Semuanya sempoi & sporting..memang terangkat!! :)

Acara OGKL Amazing Factor pada pagi ahad juga tak kurang hebatnya dengan menyaksikan ramai warga ogkl yang hebat(?)kecundang bila terpaksa memakan makanan yang pelik.:)Outdoor Quest di sekitar kawasan hotel telah menjadi penutup kepada sambutan 15tahun OGKL!

Kepada semua, anda telahpun menjadi pemenang bilamana anda hadir ke PD ini tanpa mengambilkira kekalahan dalam games yang disertai.Memetik kata-kata Pierre de Frédy, Baron de Coubertin iaitu pengasas kepada Sukan Olimpik Moden, "Kemenangan & kekalahan itu tidak begitu penting..yang paling penting adalah penyertaan" Kepada yang menang tahniah, kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun depan. Bagi pihak OGKL, crew menyusun sepuluh jari diatas sebarang kelemahan dan kesilapan dalam menganjurkan Fiesta@15 ini.

Salam Rekreasi,

crew@ogkl.com.my

Komen sikit ... 
memang happening OGKL fiesta@15 di PD ni. ...thank you very much jugak pada para peserta yg memang the bomb....gamat casa rochado dibuatnya. ... jangan tak caya ...kami dari no 5 ke numero UNO.... [nornita_abdul_manaf]

ANyway thanx to all, memang happening, memang pening, semua the Best !!![ahad]

happening n enjooyyyy.....[nisa]

Treasure Hunt 
Pengalaman lebih kurang 300KM dari Shah Alam ke Port Dickson melalui jalan negeri singgah di Jugra, Kota Lukut dan berakhit di Casa Rachado. Tugasan-tugasan yang diberi di beberapa checkpoint serta tulip-tulip untuk diselesaikan menguji fizikal & mental peserta-peserta.

Fiesta Costume 
Kemunculan watak-watak dalam animasi, karikatur mahupun watak filem fiksyen StarWars bukan saja mengemparkan suasana Malam Majlis Sejiwa Berdansa OGKL, pelawat-pelawat lain yang turut berada di Casa Rachado turut tak melepaskan peluang bergambar dengan watak-watak animasi pilihan masing-masing.

Aktiviti Kolam 
Waktu senggang yang ada. bukan saja anak-anak seronok di kolam renang. ahli-ahli OGKL juga tak lepaskan peluang menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Sempat pula main polo air.

Sukaneka 
Sukan apa ni! yang penting ada semangat kesukanan serta kreativiti dalam bersaing.

Sumbangan & tajaan 
Kemeriahan susasana Fiesta@15 bertambah meriah dengan pelbagai sumbangan & tajaan dari Goodies item, hadiah Treasure Hunt khas barangan adidas, hamper sukaneka, hadiah cabutan bertuah serta hadiah pakaian kostume khas dari H&I Design Creative. Semua yang hadir pulang dengan hadiah. Antara penaja hadiah, Adidas, Eiger Malaysia, Lafuma, Starbuck, TheStar Publications, ACP Megazines Pte Ltd. Tak lupa juga barangan sumbangan orang perseorangan. Semuanya menyerikan Fiesta@15.


CEO fiesta@15 
Izza Safinaz Ibrahim inilah orang besar Fiesta@15. Tak banyak komen yang didengari dari ceo program ini tapi banyak komitmen yang dikeluarkan untuk menjaya dan memastikan Fiesta@15 digerak dengan jayanya. Bekas setiausaha OGKL ini walaupun kini sibuk sebagai editor majalah cosmopolitan kepercayaan yang diberi meneraju program kelab amat dilaksanakan dengan penuh komited dari pemilihan tempat, tema, persediaan fiesta, penajaan serta pengisian aktiviti hingga fiesta@15 melabuhkan tirainya.



Thursday 19 September 2013

L09: Trans Aceh Medan - Part II

Sambungan dari Part I 


Gunung Burni Telong. Foto Shuk Abemu
Pendakian yang di dambakan...

Ketika kami sampai di Meunasah Tangsaran (surau lama), di Desa Rembune, iaitu permulaan masuk ke Gn Burni Telong matahari dah pun tegak di kepala. Selesai berjanji dengan supir untuk menjemput kami keesokan harinya kami langsung bergerak menuju ke rumah kebun milik rakan pendamping kami. Rumah ini hanya sekitar 5minit dari surau lama itu. Disini kami mula membuat persiapan untuk mendaki..ada yang solat jamak, susun semula muatan haversack, melepas hajat, di samping para ibu yang sibuk menyediakan menu tengahari - roti pita!.. barang-barang yang tak mahu dibawa langsung ditinggalkan saja di rumah pekebun sayur itu..(lupa pulak namanya..).selesai semuanya, "sedap?..lazat? ayuh kita mulakan trekking.." dengan sedikit senaman poco-poco pimpinan tok gajah serta doa dari Syuk Abemu kami mula mengorak langkah menuju ke pintu rimba.

Menjadi orang belakang selalunya ada dua kemungkinan, samada beruntung atau pun kerugian...aku berada dalam situasi yang kedua bila tiba-tiba jer terpandang ada 2 biji khemah lagi yang tak dibawa..masih berada dalam haversack. Aduhai...terpaksa la memikul khemah ni lagi..dah la beg penuh dengan berliter-liter air sebab kat kemsite & puncak tiada air. Sudahnya Amad ambil satu khemah, aku pun ambil satu..mulalah berjalan mengikuti jalur kebun sayur & ladang kopi menuju ke pintu rimba..aku, Amad, Toim serta Tengik..trek menarik, cuma bebanan tu yang tak menarik langsung..apapun, lawan tetap lawan...pelan-pelan kayuh...

Menurut Mayonk Alfinsyah selaku guide, perjalanan ke kemsite hanya kira-kira 3-4jam bergantung pada kelajuan..kiranya taklah jauh sangat dah aku optimis semua orang boleh sampai sebelum gelap. Benchmark aku untuk pendakian ke Burni Telong tentunya Shobrie..:))

Melewati pintu rimba, perjalanan semakin mencanak...kayuhan makin lama makin lemah..tapi bila terdengar sahutan dari kawan-kawan yang diatas menaikkan semula semangat. Dalam hati berkira-kira "jauh lagi ke ni..macam takde chance nak kejar Shobrie jer.." jalan je laaaa....kejap2 melepak ngan amad..take five..mata asyik tengok jam, dah berapa lama mendaki...kurang 10minit ke puncak nampak Arey turun nak membantu kot-kot ada yang dah pewai..atas pelawaan Arey aku lepaskan jugak pikulan haversack tu dari bahu...kalo tak bagi nanti takut Arey kecik hati pulak! (hahahhahaa)..dan sampai di campsite macam biasa la, seperti yang aku jangka Shorie bukan main ketawa lagi bila tengok beg aku orang lain yang tolong pikulkan....macam menang loteri gayanya...aku gelak jugak la tengok gelagat dia tu...takpe..takpe..perjalanan jauh lagi, macam2 boleh jadi! 

Beringat sebelum kena bahan...berjimat sebelum habis tenaga...

Dari campsite pemandangan Burni Telong tersergam indah depan mata. Nampak jelas jalur untuk ke puncak dengan rimbunan pohon2 bonsai serta taman edelwiess liar yang tumbuh melata. Namun pemandangan indah itu seringkali terhalang dengan kabus yang seringkali menutupi puncak gunung pada ketinggian itu. Selesai mendirikan khemah, serta persiapan diri para ajk dapur mula memasak untuk makan malam nanti. Semestinya menu istimewa untuk malam ke dua di Aceh...Sekitar jam 1730, muncul 4orang pendaki Aceh yang mempunyai tujuan sama, selesai bertegur sapa cara rakan gunung, mereka melanjutkan perjalanan ke gua kira2 sejam dari puncak Burni Telong.

Selesai makan kami teruskan malam itu dengan sessi suaikenal seperti kebiasaannya..Yang membezakan malam ini seperti malam2 lain adalah kerana ianya malam istimewa untuk rakan2 berkenal lebih mesra selain dari mengetahui lebih lanjut tentang diri masing2. Fokus malam itu terarah kepada sessi 'dari hati ke hati' jejaka dari Temerloh serta seorang gadis dari Bandar Rahman Putra. Sessi malam ini bukan setakat sessi biasa, tetapi juga terdapat elemen2 kasih sayang, cinta, serta pengharapan! Sokongan dari kawan2 lama serta baru menambahkan lagi perisa malam ini. Shobrie yang pancit bermula dengan perlahan (tu la sapa suruh gelakkan aku..), tapi bila dah panas bukan main sakan hinggakan menjadi wakil pihak lelaki..hahahaha..bukan setakat itu, kak fazid & uncle usop pun dapat gelaran baru - veteran perang...sekitar jam 2200 kami mula bersiap untuk tidur kerana akan mula mendaki seawal jam 0300am.

Menuju puncak...........

Pagi itu semua bangun dengan bersemangat untuk menawan puncak pertama di Aceh. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 0415 pagi. Memang ada sedikit tentangan pada awalnya, namun kesemuanya kelihatan bersedia dan penuh yakin untuk menakluki Burni Telong. Ketika ini bila memandang ke atas nampak cahaya headlamp yang bersusun dalam satu barisan panjang seolah-olah mendaki Gn Kinabalu. Selepas hampir sejam setengah kami sampai di gua batu. Kelihatan rakan-rakan pendaki Aceh yang berempat itu masih lagi lena diulit mimpi. Sambil menantikan rakan-rakan yang jauh di belakang, kami mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah, makan snek serta melelapkan mata. Seperti dijangka langit tak selalunya cerah...giliran Shobrie termengah-mengah sambil diawasi oleh Tok Gajah untuk sampai ke gua (hahahahaa). Uncle Usop yang diam2 ubi diletakkan di bawah pengawasan Adzmin. Disitu semuanya menarik nafas panjang sebelum bertukar ke mode kayuhan terakhir atau summit attack! Menurut Mayonk hanya kira-kira sejam dari situ kami akan sampai ke puncak Burni Telong. Perjalanannya semakin curam, namun semuanya boleh diatasi berkat keazaman. Yang menjadi halangan hanya di satu kawasan berhampiran gua dimana semua peserta perlu memanjat dan menggunakan tulang empat kerat untuk ke atas. Yang tersangkut agak lama hanya Azreen..namun atas bantuan (???? hahaha) Acong halangan ini berjaya di atasi dengan sempurna!

Alhamdulillah, kumpulan pertama OGKL tiba di puncak Burni Telong sebelum terbit matahari. Hafez atau Baby Mod melaungkan azan disini seterusnya kami menunaikan kewajipan kepada Maha Pencipta. Sungguh, tanpa kekuatan serta kesempatan yang diberiNya, nescaya kami belum tentu akan sampai kesini. Aminnn..ya Rabbal Alaminnnn...Semua selamat sampai ke puncak sekitar jam 0700. Bagaimana pemandangan dari atas ini?? Memang indah, memang mengagumkan...kami melihat kepulan awan dan kabus di bawah kami, melihat gunung2 yang berbalam balam dari kejauhan, nampak Danau Laut Tawar di sebelah Takengon juga keseluruhan Kabupaten Bener Meriah! Mungkin boleh meminjam tagline Konsert Search disini..."Berbaloi-baloi" pemandangan 360darjah dari puncak Burni Telong. Suhu sekitar 12darjah Celsius dengan tiupan angin yang kencang membuatkan semua pendaki menggigil kesejukan. Namun itu bukan halangan untuk semua bergembira di puncak dengan sessi bergambar samada secara solo, berduet mahupun berkumpulan. Hanya selepas 2jam di puncak baru kami melanjutkan perjalanan turun. Masih ada 2 gunung lagi yang perlu kami tawan - Gn Sibayak & Gn Sinabung di Medan.

Perjalanan turun merbahaya dengan trek berbatu yang boleh mengelongsor bila- bila masa.Macam tak percaya beberapa jam sebelum itu kami naik melalui trek yang sebegitu curam dan berbahaya. Merasa jugak tergelincir 2-3kali...tak seperti semasa mendaki, perjalanan turun aku, Saf, Rabia serta cewek Gainpala (lupa lak nama dia..:)) mengambil alih tempat di hadapan. Semua peserta turun ke campsite dengan selamat seterusnya menurunkan khemah serta flysheet untuk persiapan pulang ke Desa Lampahan.

Perjalanan melebihi kebiasaan......jauhnya Aceh nak ke Medan.....

Kami sampai di madrasah lama kira2 jam 1330 tengahari. Supir-supir van telahpun menunggu kami untuk menempuh perjalanan seterusnya ke Aceh. Sekitar jam 1400 kami mula bergerak meninggalkan Gn Burni Telong dengan perasaan puas. Aku terus menghubungi kenalan kami di Medan untuk mengatur pendakian berikutnya. Menurut supir, perjalanan kami ke Medan akan mengambil masa sekitar 10jam. Jesteru, selesai membayar permit atau karcis pendakian juga makan tengahari di Desa Lampahan kami meneruskan perjalanan ke Medan..sebelum itu sempat juga singgah mandi di sebuah jeram dalam perjalanan kesana. Jadi lah mandi koboi pun...asalkan tak berbau hapak dalam perjalanan 10jam!

Sampai di Lhoksuemawe sebelum gelap, kami singgah menurunkan Mayoung dan team Gainpala yang lain.Menurut Mayonk mereka akan bermalam dirumahnya sebelum kembali semula ke Banda Aceh. Walaupun kami hanya bersama mereka hanya 3hari 2malam, namun segala budi baik serta keramahan mereka membuatkan aku berazam untuk kesana lebih lama lagi satu hari nanti. :)..pendekata, orang-orang Aceh..BEST! Begitu juga pak supir yang bercerita tentang perihal dirinya masa Tsunami melanda Aceh, sungguh menyedihkan dan menginsafkan...

Perjalanan seterusnya melalui Aceh Utara, Aceh Timur sebelum memasuki Medan. Memang terasa sangat jauhnya perjalanan kami ke Medan. Boleh dikatakan semua peserta terjaga, tidur, terjaga, tidur dan terjaga namun destinasi masih lagi jauh dari yang disangka. Memang Trans Aceh-Medan ini bukan tantangan pada pendakian, namun lebih kepada perjalanan menaiki van. Tiada keraguan tentang itu - that's the journey beyond the limits! Yang pasti kami sampai di Kota Panton Labu, Aceh untuk makan malam sebelum meneruskan lagi perjalanan. Dek risau kena sembelih oleh tuan kedai/restoran yang curang dalam urusan, rata-rata mengambil keputusan untuk makan ikut selera serta berpecah dari kumpulan. Aku, Shobrie, Saf dan Adzmin sempat minum dan makan di sebuah restoran yang sama begitu juga Nisa dan Azreen yang nampak berselera berselang meja. Begitupun, tak sama enaknya dengan apa yang selalu kita makan disini....;)

Sedang asyik melayan laluan berliku, sempit mahupun lebar ke Medan, aku sempat bersms dengan kenalan di Medan untuk menguruskan penginapan kami disana yang dijangka sampai sekitar jam 0100 atau 0200 pagi. Dalam perjalanan juga beberapa kali van kami ditahan oleh pihak berkuasa memandangkan van itu datang dari Aceh dan dikatakan terkeluar dari laluan yang sepatutnya.. namun sekali lagi 'wang pelinciran' menjadikan perjalanan ini lancar...:)) Alhamdulillah setelah lebih 10jam berada dalam van kami sampai dengan selamat ke Labana Inn, Medan...

p/s nama serta watak yang disebutkan adalah benar semata2...cuma mungkin berlaku sedikit kekeliruan dlm menamakan watak-watak tersebut..almaklumlah..dah dekat sebulan baru nak mengarang semula...
Salam mesra,

-deeno-


Tuesday 17 September 2013

L09: Trans Aceh Medan - Part I


Gunung Burni Telong. Foto Arey
Ulasan Ketua Ekspedisi 

Harini baru berkesempatan nak menulis  berkenaan trip Trans Aceh-Medan ni... rasanya semua dah pun tengok gambar-gambar dari sana, dengar coretan-coretan dari kawan yang pergi separuh mahupun full...:)

Secara peribadinya, saya sebagai ketua ekspedisi nak ucapkan tahniah serta berbanyak terima kasih atas sokongan semua yang menjadikan xpdc ni satu kenyataan. Tahniah kepada semua peserta yang mampu mengikut rentak samba, rentak kalut, rentak techno, rentak dangdut, rentak rock & macam-macam lagi rentak ketika ekspedisi ini dijalankan. Tanpa anda semua pasti trip ini tak sukses seperti adanya! :)

Perjalanan TAM ini penuh dengan ujian... bermula hari berangkat yang dilewatkan oleh pembatalan penerbangan, ditambah lagi dengan flight delayed, semuanya menjadi rencah ekspedisi kali ini. Namun satu persatu ujian (?) dihadapi dengan tenang, & penuh bersedia oleh para peserta & organizer (mungkin semua ujian ini sekadar menguji pengalaman & tindakan...Wallahualam)

Sampai di Aceh di sambut team Gainpala yang pernah berhubungan dan mendampingi Kak Leha semasa lawatan yang lalu. Walau kenal tak berapa lama, namun cepat menjadi mesra. 4 orang peserta yang sampai sehari lebih awal via Penang (shobrie, uncle usop, adzmin & taha) bersama 3-4 anak-anak Gainpala arRaniry girang menyambut kami di Airport Iskandar Muda Banda Aceh.

Di Aceh kami menginsafi akan kebesaran yang Maha Esa... melihat kepada kesan kemusnahan Banda Aceh ketika  Tsunami 2004, menambahkan iman tentang kewujudan satu kuasa yang maha hebat dari Sang Pencipta planet ini. Melihat Masjid Raya (Baiturrahman) yang tetap utuh ketika tsunami meranapkan seluruh bandar, kapal kargo yang mendarat 5km dari pantai, serta bot nelayan yang tersangkut di bumbung rumah menghadirkan satu perasaan teruja yang amat sangat... Ya Allah! Hebatnya pukulan tsunami ini... sampai begini sekali jadinya... penghujungnya hanya kata-kata, ' Subhanallah'..'MasyaAllah'.."Allahuakbar".

Kesempatan yang kami ada begitu terhad, 1/2 hari naik memusing Banda Aceh pastinya tak cukup. Apapun tetap bersyukur, dapat jugak jejak kaki kesana & melihat sisa-sisa tsunami. Malam kami solat jamak taqdim di Masjid Raya sebelum pulang ke sekretariat Gainpala. Sempat jugak beli pack dinner + durian Aceh untuk santapan malam. 

Jam 22:00, van yang nak membawa kami ke Takengon sampai di Sekretariat. Selesai loading barang kami terus menuju ke terminal van di Banda Aceh. Disebabkan pak supir tak berani letakkan beg di atas bumbung van, kami terpaksa berhimpit-himpit. Tapi setakat setengah jam mungkin ok, lebih dari itu sure ada yang KO...hehehe...kat situ kami di uji lagi, team OGKL 27 orang, pak supir 6 orang (campur yang co pilot), team Gainpala pengiring 7 orang. Jumlah kesemuanya 40 orang... aduhhh... mana nak muat ni... kapasiti satu van =12org, 3 van = 36 orang, tak termasuk haversack yang kalau ditotalkan akan menjadi 20org! :)

Saranan dari rakan disana, satu row duduk 4 orang...atau tambah lagi satu van.....2-2 options terpaksa di reject memandangkan perjalanan yang akan mengambil masa sekitar 7 jam ini selain akan meningkatkan budget. Keputusan yang nampak mudah tetapi sukar terpaksa dibuat "saya tak kisah berapa ramai yang nak ikut ke Burni Telong, tapi tolong pastikan untuk team OGKL, 1 row = 3 orang bagi tujuan keselesaan. Noktah! " Bergelut dengan situasi sukar, 3 rakan disana terpaksa di rehatkan oleh ketua Gainpala, Mayoung Alfin Syah. Yang jadi co-pilot terpaksa tidur di atas haversack peserta...

Jam 23:30 kami mula perjalanan dari Aceh & tiba di Kabupaten Bener Meriah, 6 atau 7 jam kemudian. Berhenti di hot springs sementara menunggu siang untuk ke kaki Gunung Burni Telong. Kena air panas yang menyegarkan kami meneruskan perjalanan ke Kota Takengon kira2 sejam++ dari situ untuk melihat Laut Tawar... seumpama ke tasik kenyir, begitulah pemandangan indah yang ada di Takengon, bezanya di sini ditepi danaunya ada sebuah kota yang padat dengan bangunan & penduduk. Sempat kami melihat sekitar wisata di Laut Tawar (masuk gua pun ada..) sebelum kembali ke Lampahan untuk pendakian Gn Burni Telong. Dari jauh sudah terlihat Gn Burni Telong yang nampak tajam & bergigi2 bentuknya...memang nampak gunung itu seakan ada kesan terbakar dari jauh!

sambung... Part II



-deeno-

Tuesday 10 September 2013

L09: Cerita Gunung Rajah


Cerita Ringkas 

Jumaat 19 Jun 09
- 11mlm :  Perjalanan ke Bentong bermula setelah pembahagian kereta di hadapan Restoren YZ, KL.

Sabtu 20 Jun 09
- 1pg : Rombongan tiba di perkarangan Air Terjun Chamang.

- 2pg : Kami memulakan perjalanan ke trek balak ( semua berjalan sambil menguap mungkin ada yg berjalan sambil tutup mata... ada sessi mengurangkan berat beg peserta kerana bekalan peribadi, susu kotaknya yang banyak...hehehhe siapa? cik Salasiah... dia yang pertama kali bertreking boleh dimaafkan... Langkah demi langkah seterusnya masing-masing menunjukkan tanda-tanda tak berdaya berjalan macam-macam kekesalan... heheheh tapi tetap tegar meneruskan perjalanan..)

- 6pg : Kesemua pendaki tiba di Lata Naning ( ada yang terus baring melelapkan mata dan ada yang terus menyiapkan sarapan pagi lantas menyiapkan sekali menu tengahari... 2 orang tukang masak yang tak tidur 24 jam dan hampir 24 jam... yang lain dapat lelapkan mata ada yang terdampar diatas batu dan ada yang lena di dalam hayunan hammock... setelah dikejutkan untuk bersarapan... masing-masing bersiap untuk teruskan perjalanan)

- 2ptg : Kami terus melangkah menghayun kaki ke Kem Hijau ( sedang melangkah terjumpa seorang jejaka dari kumpulan lain sedang berhenti untuk turun. Dia yang keseorangan... ditanya hendak kemana lalu jawabnya "nak amik first aid" maka di biarkan... hampir separuh perjalanan terjumpa pula 2 orang gadis yang sedang melepaskan lelah... ditanya kenapa lalu jawabnya "nak turun balik kaki sakit" masing-masing berkata sesama sendiri mengapa dibiarkan tanpa sweeper? lantas jejaka OGKL yang bujang mahupun sudah berkahwin mengajak mereka terus naik bersama...)

- 4ptg : Tiba di Kem Hijau ( setelah kata sepakat diambil maka kami bermalam di sini... macam-macam cadangan diberikan untuk keselesaan bersama... akhirnya 2 gadis yang ditinggal kan oleh kumpulannya datang bertandang bersama kami dan diterima sebagai ahli homestay... maka sume bermesra... jejaka yang sakit terus segar dan bersiap dengan penuh segak berbaju "tuck-in"...)

- 6ptg : Acara makan malam disediakan & sesi beramah-mesra ( sebelum makan dimulakan dengan aktiviti perkenalan oleh pengacara amy...masing-masing berwajah ceria dan gembira)

- 8mlm : Semua bersiap untuk tidur bagi mengembalikan tenaga.
- 3pg : peserta dikejutkan dengan bunyi mercun ( sarapan disiapkan dan masing-masing bersiap sedia untuk menawan puncak)

- 4am : Kami memulakan perjalanan dalam gelap lagi sejuk ( ada yang tersasar... perjalanan ke puncak mencabar mental di pagi hari...tapi semangat tegar meneruskan langkah)

- 7pg : tiba di puncak ( masing-masing selamat sampai termasuk peserta homestay... mereka sampai ke puncak tanpa berjumpa rakan sepasukan... mungkin seronok bersama kami)
- 8am : turun ke Kem Hijau untuk bersiap-siap ke Lata Naning.

- 12tgh : tiba di Lata Naning ( menyiapkan makan tengahari... lepas makan acara terjun tiruk beramai-ramai oleh peserta lelaki... macam-macam ragam)
- 3ptg : masing-masing bersiap untuk pulang ( kaki dihayun walaupun berat... melangkah dengan laju supaya dapat mengejar mereka didepan)

- 6ptg : Sampai di Air Terjun Chamang (sambil bergossip bersama Ayong, kami terus melangkah hingga sedikit tersasar ke laluan keluar sebenar... nasib masing-masing berasa mungkin terlepas dr laluan... berpatah balik sambil terdengar pekikkan guide dr jauh "patah balik...nak pergi bersiar-siar ker atau tak puas lagi nak bertreking"...difikirkan kami saja yang tersasar... rupa-rupanya kumpulan terawal juga terus tersasar sampai ke pintu pagar... masing-masing tergelak... jawapan pelbagai "makan angin, buka trek baru, saja nak bawa tunjuk jalan lama"...peserta terakhir Amy & Abg Jjusz masih tak sampai... sedangkan mereka tak jauh dr laluan keluar...amad segera mencari... rupanya mereka juga tersasar sampai ke pintu pagar... akibat masuk malam sume tak perasan di mana pintu masuknya... hanya riben merah kecil yang diikat pada sebatang kayu sebagai tanda..manakan perasan bila suma keletihan)

- 8pg : masing-masing pulang dengan seribu kenangan walaupun dalam kepayahan...

* masa hanyalah anggaran pencerita

Nisa



Tuesday 3 September 2013

L09: Laporan G. Cantik-G.Centuk Topo Reading Class


Cerita Sikit 

Salam Rekreasi;

Alhamdulillah program terakhir sebelum bulan ramadhan ini berjaya dilaksanakan walau tarikh asal terpaksa ditunda.

Jam 10 pagi ahli-ahli mula berkumpul di Restoren Teratai, Dayabumi, KL, konvoi bergerak ke BOH Plantation. Jam 3 semua sampai di BOH-MNS Field Study Center. Lepas pekena welcome drink jam 4:15 ptg pendaki-pendaki mula trekking melalui pohon-pohon teh. Yang kejar puncak sekejap aja dah sampai di sempadan hutan. Yang suka layan panorama yang cantik, kena pula cuaca tidak berkabus, layan berfoto aja, ditambah pula selingan atas kepala, kapal terbang ala-ala zaman perang dunia kedua asik melintas aja. pergh!.

Laluan hutan G. Cantik nampak seperti dah lama tak ada kumpulan yang masuk. Tebas bagi mudah sikit lebih-lebih lagi buat adik A'afia Amra, 2 tahun & kakaknya Ayra Adeena 5 tahun. 20 minit termasuk menebas dah sampai puncak. kalau tak tebas 10 minit nie. Sesekali bergilir pengasuh melayan dan adakalanya mengendong anak berdua ni. Terima Kasih.

Lepas G. Cantik ke G. Centuk pula. Mossy forest pula puncak dia. Tak jumpa pun tanda trigo di puncak ni. Kawasan puncak penuh belumut. Ada beberapa ahli yang cuba dapatkan kepastian dengan membesarkan radius. Sahih tiada puncak lain. Lepas official declare puncak. Bergambar beramai-ramai termasuk si Combi, anjing pengiring. Pulang hari dah masuk senja. Yang awal dapat sampai sebelum gelap. yang belakang dekat jam 8 kabarnya.



Sekali lagi kejutan budaya. Water heater guna gas memasak disediakan di kamar mandian. Pandai-pandailah masing-masing gunakannya. Lepas pakai pakaian malam. berkumpul di Conferance room. Ketua memasak dan pembantu dah sibuk di dapur conferance room. Tunggu makan malam sempat juga layan foto-foto siang tadi dari kamera Azad.

Nasi ayam jadi santapan makan malam kami. Suhu dalam bilik sekitar 21 darjah celcius tak berapa menyejukkan kami. Suasana malam dihanggatkan lagi dengan senda-gurau. Cik Sasky,20 atau nama Melayu dia Saskiah, gadis berbangsa Inggeris kerakyaan Hong Kong ini agak kurang berbicara dan nampak kesejukan serta selubung dengan gebar.

Jam 10:40 kelas asas membaca peta topo dimulakan. Taaruf atau sessi memperkenal diri secara ringkas jadi agenda pertama. Apip memulakan kuliah terus diajukan pelbagai soalan ingin tahu dari ahli-ahli yang ada. Sedangkan silibus belum habis lagi.

Hampir jam 12 malam kelas masih lagi hangat. Bagus perhatian, tumpuan dan minat yang ditunjukkan. Tekak terasa kering. Minuman malam dan biskut disaji semasa kelas berehat. Kelas malam diteruskan untuk pelajar-pelajar sudah berusia, yang kurang berminat diberi ruang untuk pergi tidur. Majoriti masih lagi mahu dihabiskan kuliah walau jadual esok jam 8 pagi nak mula praktikal mendaki ke G. Beluat.

Kuliah diteruskan hingga habis silibus jam 1 pagi. Semangat pelajar-pelajar untuk meneruskan lagi kelas amat memberansangkan. Latihan teori diberi bagi menduga, membiasakan dan sebagai latihan buat pelajar. Jam 2 pagi baru kelas tamat selepas semua jawapan latihan dibincangkan satu-persatu walau tenaga pengajar menawarkan untuk membincangkan jawapan yang musykil sahaja. Jarak G. Centuk dari G. Cantik 50m sahaja, beginilah jawapan dari pelajar-pelajar, tak lari dari puncak yang dideclare siangnya. Tiada kesangsian lagi.

Pagi di tengah ladang teh, Lembah Bertam memang seronok, lebih-lebih lagi kurang kabus. Yang nak berfoto sempat mendaki lagi ke ladang teh. Yang tidur tak ingat-ingat dekat jam 10 baru muncul. Sarapan pagi yang tersedia dah sejuk baru semua datang menjamah.

10:15 pagi mula ke G. Beluat. Pelajar-pelajar masih belum menonjolkan diri untuk mengepalai praktikal. Menaiki kereta kami bergerak ke arah G. Beluat. Dari jalan berturap ke jalan tidak berturap. Lajak lagi ke jalan tanah merah sejauh yang mungkin.

Masih diladang teh jam 11:20 pagi mula mendaki kemudian tembus kembali ke jalan berturap di atas ladang teh. Dari jam 12 tgh, sambil berjalan sambil berfoto, lebih -lebih lagi foto kapal terbang yang semakin dekat terbang di atas kepala. Tengahari baru sampai di G. Beluat. Sekali lagi terpegun bila berada di landasan kapal terbang di atas gunung. Proses bergambar cukup lama.

Titik puncak sebenar tak dapat dijejak memandangkan ada tak cukup masa. Jangkaan 1 jam paling laju untuk ke puncak yang kelihatan dari denai berhampiran landasan kapal terbang. Puas bergambar di landasan dan kapal terbang. Sempat juga berbual dengan pemandu yang berhenti rehat makan tengahari.

Langkah pulang ke kereta agak laju. ada yang berlari. ada yang berjalan. Jam 2:50 ptg sampai ke BOH-MNS FSC kembali. Mandi dan kemas barang. Majlis penutup yang ringkas. 3:40 ptg bersurai.

-Apip Embi-

Monday 2 September 2013

L09: Air Terjun Perlus

Cerita Sikit 

Salam

Nak dengar cerita trip Air Terjun Perlus ye...

Ok begini kisahnya.

Seawal jam 8.30pagi, kami berkumpul di port biasa Batu 18, Hulu Langat, Selangor. Semua perserta tiba sebelum jam 9.30pagi. Masing-masing ambil sarapan sambil metunggu nasi goreng tapau untuk tengahari nanti. Kesemuanyer ada 14 orang peserta termasuk seorang rakan lama yang sekarang terlalu sibuk dengan basikalnya iaitu encik Tauuteeeeeeeekk@Acong.

Selesai membuat pembayaran masok di Pos Ranjer, kami mengemas peralatan serta bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai rintangan. “SEAWAL” jam 11.30pg, baru kami memulakan langkah. 15 minit kemudian, kami masuk ke simpang belah kanan. Treknyer sangat luas tapi...

Trip kali ni sememangnya sangat santai. Kami boleh melepak selama sejam setengah di tepi sungai yang berhampiran dengan simpang belah kanan tadi. Trek tidak dijumpai. Encik Guide @ Pak Sheikh sambil ditemani oleh penebas tegar iaitu Encik Amy & Kudin pun pergi menjalankan tugas. Setelah puas mereka mencari akhirnya memutuskan untuk melalui jalan mencanak seberang sungai kemsait santai kami. Layan kembang kempis hidung selama 10 minit *huh!!*

Kemudian kami lalui lereng-lereng bukit & akhirnya berjumpa trek lapang yang dipenuhi lalang & resam. Aku menyanyi kegirangan lalalalaa... sebab trek ni memang betul & penah aku lalui 5 tahun lalu. Amy pulak kata salah sebab dulu dia pergi tahun 2007 lalu trek lain. Hanya aku, Ida & Pak Sheikh aja yang kata betul. Sedang seronok berjalan tiba-tiba gerabak depan sekali iaitu encik Kudin hilang dari pandangan sambil diiringi bunyi “gedebuuuuukkk”. Aduuuuyaii encik Kudin telah terjatuh dalam lubang besar setinggi dia. Kalau aku jatuh confirm semua pening nak cari & angkat naik semula. ahakss!!

Selepas itu kami melangkah secara berhati-hati akan tetapi kejadian “gedebukk” berulang kembali. Kali ni encik guide kita pula yang kena ahahaaaaaaaa. Jalan punya jalan akhirnya kami tiba di dam. Disebabkan mereka tidak membenarkan kami masuk melalui jalan gate depan, kami terpaksa meredah selama 3 jam untuk sampai di dam yang sepatutnya hanya 15 minit aja uhuhuhuu.

Perjalanan melalui jalan tar diteruskan di bawah panas terik matahari *aduyaii rentong*. Kami sempat merehatkan diri di satu “kelong” bot sambil membelanda air syedap yg ada.. erkk glup!! *ada 2 org umat yg belanda, nama dirahsiakan*.

Tepat jam 3.30pm kami meneruskan perjalanan. Kali ni trek agak redup sambil menikmati keindahan dam di belah kiri. Sejam setengah perjalanan kami tiba di starting point. Giler canak woooo00oo.. kali ni memang takde ampun punyer. Menonggek serta memanjat menggunakan kuku & menahan menggunakan dagu terjadi *ada??*. Trek kejam ni dilalui selama +-30 minit, selepas itu treknyer landai & tidak terlalu kejam.

Kami tiba kemsait pada jam 6.30 ptg. Memasing teruja melihat ketinggian Air Terjun Perlus dan tanpa membuang masa terus gedebuuuuuuuuuuushhhh secara berjemaah. Dulu, ada port untuk di tiruk tapi kali ni tiada lagi. Tiada lagi tempat yang begitu dalam. Aku yang bersaiz comel masih boleh jejak di bumi yang nyata tapi dengan keadaan terjingkit-jingkit laa.. ahakss!

Seperti biasa, selepas makan malam sesi suaikenal dimulakan. Yang menariknya trip kali ni adalah sesi perbincangan topik pemakanan serta topik yang bersangkut-paut dengan kimia. Bahan rujukan kami adalah 2 rakan baru (bukan ahli) iaitu encik Azly & Hafiz (pelajar UM jurusan Kimia) serta cik Tasha (lecturer IKBN Alor Gajah Melaka). Pelbagai pertanyaan serta kemusykilan yang ditanya & banyak benda yang kami pelajari. Tapi paling takleh blah bila encik Hadri bertanya “Kenapa perempuan ngidam?” Nak tau apa jawapannya?? Cuba fikirkan… *wink2*

Perbincangan ditutup jam 12 tengah malam dan nelayan tegar pun memulakan langkahnyer. Tanpa disangka ramai yg terjebak tertonggeng-tonggeng, terbongkok-bongkok.. Apa yg mereka buat?? Jawapannya... mereka termasuk aku sedang berusaha menangkap udang daaa... ahaahhaaaaa.. Hasilnya amat lumayan yek kengkawan. Tak percaya?? Tunggu gambarnyer nanti. Malam tu ramai yang tidur lewat gara-gara teruja teruja menangkap udang.

Menu pagi adalah cucur udang ikan bilis beserta nasi briyani goreng & ikan tengas goreng garing *nyum nyuuuuuuuumm.. daaaaaaaapp!!*

Sebelum meninggalkan air terjun kami gedebushh secara berjemaah serta mengambil gambar kenangan.

Gerak turun dari kemsait +- 1pm dan tiba di dam jam 3pm. Berehat sebentar di kelong bot serta membelanda rakit pusing dam. Jam 3.30 petang gerak keluar melaui gate Syabas.

Selesai membersihkan badan kami bergerak berjemaah ke Kajang bagi sesi makan sate 170 pucuk (daging, ayam, pewot & rusa). Cik Tasha yg belanja, bukan kami yang mengepaw dia tau tapi atas kerelaannyer. Semoga murah rezeki dia. Amin!!

Kesimpulannyer trip ni saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat besh, sape tak pegi memang rugi mampuuuuuuihhh. Betui tak Kak sabmarine@flinestone?? Ahakss!!

Nota: Sila berikan tepukan gemuruh pada encik Guide @ Pak Sheikh kerna inilah kali pertama dia sampai awal dan tidak lari dari waktu2 yg tidak sepatutnyer.. Tahniah!! *clap clap clappp*

sekian..