*Final - Pengumuman Akhir Pertukaran Lokasi* bagi
*Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL)*
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa pihak jawatankuasa OGKL akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 selaras dengan Fasal 7 Klausa 7.4 Perlembagaan Pertubuhan Kelab. Oleh itu, semua ahli dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut dengan butiran berikut:
Tarikh: 22 Februari 2025 - Sabtu
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang (3 jam)
Agenda Mesyuarat:
Membincangkan aktiviti kelab sepanjang sesi 2024/2025.
Membentangkan laporan kewangan kelab sesi 2024/2025.
Melakukan pelantikan jawatankuasa bagi sesi 2025/2026.
Merancang dan membincangkan aktiviti kelab untuk sesi 2025/2026.
Membincangkan perkara-perkara lain yang berbangkit.
Kehadiran semua ahli amatlah dihargai bagi memastikan kejayaan mesyuarat ini...mudah-mudahan..inshaAllah.







0 comments:
Post a Comment