logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday 22 March 2020

Koleksi Video OGKL 2020


Gunung Angus Oleh Faizal FBK

Tuesday 17 March 2020

Carta Organisasi Kelab Sessi 2020-2021


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sehubungan dengan kelangsungan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur yang ke-24, pada 8 Mac yang lalu, berikut adalah barisan Majlis Tertinggi, AJK Utama dan AJK Sokongan (yang telah dilantik secara bersama oleh pihak MT) untuk mengemudi gerak kerja kelab bagi penggal 2020/2021.
Penasihat: Zainudin Lot (Deeno)


Pengerusi: Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini (Zul)
Naib Pengerusi: Rosmawati Hamzah (Cikgu Ros)
Setiausaha: Mohamad Alif Mu'adz Amrus (Alep)
Bendahari: Mustafa Kamal Saedon(Kem)

AJK Utama:
Mohd Khalili Zakaria (Khal) FB: Khal El
Mohd Khairul Nizam Ismail (Ijam)
Khairunnisa Binti Muhammad (N.)
Siti Fatimah Binti Meskam (Times) FB: Times Bayek
Muhammad Azim Bin A Jalil (Ajim) FB: Azim Jalil

AJK Sokongan:
Mohamad Sofian Abdul Wahab (Parok)
Mazrizal Bin Mohd Tajuddin (JantRock)
FB: Jant Rock
Jumiati Binti Jasuri (Mia) FB: Mia Jasuri
Habsah Binti Harun (Habsah) FB: Habsah Harun
Muhammad Syahmi Shamshun Baharin (Mente)

Juruaudit 1: Nurfarhana Amiruldin (Hana)
Juruaudit 2: Nor Faira Mokhtar FB: FeeRa MokHtar

Webmaster: Amir Abidin FB: Amir Abidin
Tahniah bagi semua yang terpilih. Semoga diberi izinNya untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi sebuah organisasi yang bakal diwarisi sampai bila-bila.
Diharap kita dapat bekerjasama untuk membawa kelab ke dimensi yang lebih luas di samping menjadi gedung ilmu dalam arena pergunungan dan pengembaraan.
Khazanah Alam Warisan Rekreasi

Monday 16 March 2020

PENANGGUHAN PROGRAM ANJURAN OGKL

Assalamualaikum w.r.t.
Dukacita dimaklumkan, selaras dengan Arahan Khas Berhubung Penularan Wabak Corona Virus (COVID-19) yang dikeluarkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), semua program anjuran Kelab terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Senarai program yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Ekspedisi G. Yong Yap via Gepeh Hilir 21-22 Mac 2020
PIC: Khalili
2. Ekspedisi G. Chondong
4-5 April 2020
PIC: Cikgu Ros
3. Sambutan Raya 13 Jun 2020
4. Ekspedisi G. Sarut
27-28 Jun 2020
PIC: Qois
Kenyataan Media pihak ROS adalah seperti yang dilampirkan.
Sekian, terima kasih.
Mohamad Alif Mu’adz Amrus
Setiausaha
Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur



Tuesday 10 March 2020

GUNUNG CHONDONG, Sungai Siput, Perak


4-5 April 2020 (Sabtu-Ahad)
Bertolak dr KL (3 April, 10:30malam)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Orang Gunung Kuala Lumpur berbesar hati menjemput anda bersama-sama merintis kembali G. Chondong, Sg Siput. Alami keindahan alam menghijau, melalui air terjun tersembunyi dan rasai pengalaman river treking.

Kategori : Rintis

Setiap penyertaan dikenakan bayaran:
RM195 AHLI
RM215 BELUM AHLI

Bayaran termasuk:
Permit,
Carpool (KL-Sg Siput-KL) ,
Insurans perjalanan,
Pacuan 4 roda,
Ration (2h1m),
Guide,
Basic First Aid,
Fly&Ground,
Pengurusan.

Bayaran deposit sebanyak RM100 ke akaun
Maybank Berhad
157139641644
Rosmawati Binti Hamzah

Bayaran penuh perlu diselesaikan sebelum atau pada 25 Mac 2020.

Sila hubungi AJK bertugas untuk maklumat lanjut.
Rose : 0129644970
Alep : 0132004820
Times: 0127409590

Monday 9 March 2020

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke 24

Assalamualaikum dan salam rekreasi buat semua.
Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat agung tahunan kelab kali ke 24 pada tarikh 8 Mac 2020 bertempat di Insitut Sosial Malaysia.
Jutaan terima kasih pada semua ahli lama dan ahli baru yang sudi memberi masa dihujung minggu, mengorbankan masa, memberi komitmen yang tinggi atas dasar sedar dan faham akan kelestarian dan kesinambungan perjalanan kelab dalam dunia rekreasi. Syukur masih ada yang ambil kisah dan cakna dengan perkembangan kelab.
Syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya, mesyuarat dapat dijalan dengan suasana kekeluargaan dan harmoni. Terima kasih kepada sumbangan tenaga, masa dan wang kepada AJK sesi 2019/2020. Jasa kalian kepada kelab tiada nilainya. Tidak lupa juga pada Abg Deeno sebagai penasihat kelab yang banyak meberi bimbingan dan nasihat dalam melancarkan perjalanan kelab. Terima kasih abg deeno.Diharapkan terus menyokong kelab dalam apa jua situasi dan konsep memberi adalah lebih baik dari menerima seharusnya tersemat di hati kalian.
Akhir sekali, tahniah pada semua barisan AJK yang baru dilantik. Tunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Janganlah anggap tanggungjawab yang diberi sebagai beban sebaliknya galas tanggungjawab ini sebagai fardu kifayah yang perlu dilakukan dengan hati yang tulus dan ikhlas.
Berikut ialah senarai nama barisan AJK Kelab bagi sesi 2020/2021:
Pengerusi : Ahmad Zulfadli Bin Ahmad Husaini (Zul)
Naib Pengerusi: Rosmawati Binti Hamzah (Ros)
Setiausaha : Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus (Alep)
Bendahari : Mustafa Kamal Bin Saedon (Kem)
AJK : Mohd Khairul Nizam Bin Ismail (Ijam)
: Mohd Khalili Bin Zakaria (Khal)
: Muhammad Azim Bin A Jalil (Ajim)
: Khairunnisa Binti Muhammad (N.)
: Siti Fatimah Binti Meskam (Times)