logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Thursday, 19 September 2013

L09: Trans Aceh Medan - Part II

Sambungan dari Part I 


Gunung Burni Telong. Foto Shuk Abemu
Pendakian yang di dambakan...

Ketika kami sampai di Meunasah Tangsaran (surau lama), di Desa Rembune, iaitu permulaan masuk ke Gn Burni Telong matahari dah pun tegak di kepala. Selesai berjanji dengan supir untuk menjemput kami keesokan harinya kami langsung bergerak menuju ke rumah kebun milik rakan pendamping kami. Rumah ini hanya sekitar 5minit dari surau lama itu. Disini kami mula membuat persiapan untuk mendaki..ada yang solat jamak, susun semula muatan haversack, melepas hajat, di samping para ibu yang sibuk menyediakan menu tengahari - roti pita!.. barang-barang yang tak mahu dibawa langsung ditinggalkan saja di rumah pekebun sayur itu..(lupa pulak namanya..).selesai semuanya, "sedap?..lazat? ayuh kita mulakan trekking.." dengan sedikit senaman poco-poco pimpinan tok gajah serta doa dari Syuk Abemu kami mula mengorak langkah menuju ke pintu rimba.

Menjadi orang belakang selalunya ada dua kemungkinan, samada beruntung atau pun kerugian...aku berada dalam situasi yang kedua bila tiba-tiba jer terpandang ada 2 biji khemah lagi yang tak dibawa..masih berada dalam haversack. Aduhai...terpaksa la memikul khemah ni lagi..dah la beg penuh dengan berliter-liter air sebab kat kemsite & puncak tiada air. Sudahnya Amad ambil satu khemah, aku pun ambil satu..mulalah berjalan mengikuti jalur kebun sayur & ladang kopi menuju ke pintu rimba..aku, Amad, Toim serta Tengik..trek menarik, cuma bebanan tu yang tak menarik langsung..apapun, lawan tetap lawan...pelan-pelan kayuh...

Menurut Mayonk Alfinsyah selaku guide, perjalanan ke kemsite hanya kira-kira 3-4jam bergantung pada kelajuan..kiranya taklah jauh sangat dah aku optimis semua orang boleh sampai sebelum gelap. Benchmark aku untuk pendakian ke Burni Telong tentunya Shobrie..:))

Melewati pintu rimba, perjalanan semakin mencanak...kayuhan makin lama makin lemah..tapi bila terdengar sahutan dari kawan-kawan yang diatas menaikkan semula semangat. Dalam hati berkira-kira "jauh lagi ke ni..macam takde chance nak kejar Shobrie jer.." jalan je laaaa....kejap2 melepak ngan amad..take five..mata asyik tengok jam, dah berapa lama mendaki...kurang 10minit ke puncak nampak Arey turun nak membantu kot-kot ada yang dah pewai..atas pelawaan Arey aku lepaskan jugak pikulan haversack tu dari bahu...kalo tak bagi nanti takut Arey kecik hati pulak! (hahahhahaa)..dan sampai di campsite macam biasa la, seperti yang aku jangka Shorie bukan main ketawa lagi bila tengok beg aku orang lain yang tolong pikulkan....macam menang loteri gayanya...aku gelak jugak la tengok gelagat dia tu...takpe..takpe..perjalanan jauh lagi, macam2 boleh jadi! 

Beringat sebelum kena bahan...berjimat sebelum habis tenaga...

Dari campsite pemandangan Burni Telong tersergam indah depan mata. Nampak jelas jalur untuk ke puncak dengan rimbunan pohon2 bonsai serta taman edelwiess liar yang tumbuh melata. Namun pemandangan indah itu seringkali terhalang dengan kabus yang seringkali menutupi puncak gunung pada ketinggian itu. Selesai mendirikan khemah, serta persiapan diri para ajk dapur mula memasak untuk makan malam nanti. Semestinya menu istimewa untuk malam ke dua di Aceh...Sekitar jam 1730, muncul 4orang pendaki Aceh yang mempunyai tujuan sama, selesai bertegur sapa cara rakan gunung, mereka melanjutkan perjalanan ke gua kira2 sejam dari puncak Burni Telong.

Selesai makan kami teruskan malam itu dengan sessi suaikenal seperti kebiasaannya..Yang membezakan malam ini seperti malam2 lain adalah kerana ianya malam istimewa untuk rakan2 berkenal lebih mesra selain dari mengetahui lebih lanjut tentang diri masing2. Fokus malam itu terarah kepada sessi 'dari hati ke hati' jejaka dari Temerloh serta seorang gadis dari Bandar Rahman Putra. Sessi malam ini bukan setakat sessi biasa, tetapi juga terdapat elemen2 kasih sayang, cinta, serta pengharapan! Sokongan dari kawan2 lama serta baru menambahkan lagi perisa malam ini. Shobrie yang pancit bermula dengan perlahan (tu la sapa suruh gelakkan aku..), tapi bila dah panas bukan main sakan hinggakan menjadi wakil pihak lelaki..hahahaha..bukan setakat itu, kak fazid & uncle usop pun dapat gelaran baru - veteran perang...sekitar jam 2200 kami mula bersiap untuk tidur kerana akan mula mendaki seawal jam 0300am.

Menuju puncak...........

Pagi itu semua bangun dengan bersemangat untuk menawan puncak pertama di Aceh. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 0415 pagi. Memang ada sedikit tentangan pada awalnya, namun kesemuanya kelihatan bersedia dan penuh yakin untuk menakluki Burni Telong. Ketika ini bila memandang ke atas nampak cahaya headlamp yang bersusun dalam satu barisan panjang seolah-olah mendaki Gn Kinabalu. Selepas hampir sejam setengah kami sampai di gua batu. Kelihatan rakan-rakan pendaki Aceh yang berempat itu masih lagi lena diulit mimpi. Sambil menantikan rakan-rakan yang jauh di belakang, kami mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah, makan snek serta melelapkan mata. Seperti dijangka langit tak selalunya cerah...giliran Shobrie termengah-mengah sambil diawasi oleh Tok Gajah untuk sampai ke gua (hahahahaa). Uncle Usop yang diam2 ubi diletakkan di bawah pengawasan Adzmin. Disitu semuanya menarik nafas panjang sebelum bertukar ke mode kayuhan terakhir atau summit attack! Menurut Mayonk hanya kira-kira sejam dari situ kami akan sampai ke puncak Burni Telong. Perjalanannya semakin curam, namun semuanya boleh diatasi berkat keazaman. Yang menjadi halangan hanya di satu kawasan berhampiran gua dimana semua peserta perlu memanjat dan menggunakan tulang empat kerat untuk ke atas. Yang tersangkut agak lama hanya Azreen..namun atas bantuan (???? hahaha) Acong halangan ini berjaya di atasi dengan sempurna!

Alhamdulillah, kumpulan pertama OGKL tiba di puncak Burni Telong sebelum terbit matahari. Hafez atau Baby Mod melaungkan azan disini seterusnya kami menunaikan kewajipan kepada Maha Pencipta. Sungguh, tanpa kekuatan serta kesempatan yang diberiNya, nescaya kami belum tentu akan sampai kesini. Aminnn..ya Rabbal Alaminnnn...Semua selamat sampai ke puncak sekitar jam 0700. Bagaimana pemandangan dari atas ini?? Memang indah, memang mengagumkan...kami melihat kepulan awan dan kabus di bawah kami, melihat gunung2 yang berbalam balam dari kejauhan, nampak Danau Laut Tawar di sebelah Takengon juga keseluruhan Kabupaten Bener Meriah! Mungkin boleh meminjam tagline Konsert Search disini..."Berbaloi-baloi" pemandangan 360darjah dari puncak Burni Telong. Suhu sekitar 12darjah Celsius dengan tiupan angin yang kencang membuatkan semua pendaki menggigil kesejukan. Namun itu bukan halangan untuk semua bergembira di puncak dengan sessi bergambar samada secara solo, berduet mahupun berkumpulan. Hanya selepas 2jam di puncak baru kami melanjutkan perjalanan turun. Masih ada 2 gunung lagi yang perlu kami tawan - Gn Sibayak & Gn Sinabung di Medan.

Perjalanan turun merbahaya dengan trek berbatu yang boleh mengelongsor bila- bila masa.Macam tak percaya beberapa jam sebelum itu kami naik melalui trek yang sebegitu curam dan berbahaya. Merasa jugak tergelincir 2-3kali...tak seperti semasa mendaki, perjalanan turun aku, Saf, Rabia serta cewek Gainpala (lupa lak nama dia..:)) mengambil alih tempat di hadapan. Semua peserta turun ke campsite dengan selamat seterusnya menurunkan khemah serta flysheet untuk persiapan pulang ke Desa Lampahan.

Perjalanan melebihi kebiasaan......jauhnya Aceh nak ke Medan.....

Kami sampai di madrasah lama kira2 jam 1330 tengahari. Supir-supir van telahpun menunggu kami untuk menempuh perjalanan seterusnya ke Aceh. Sekitar jam 1400 kami mula bergerak meninggalkan Gn Burni Telong dengan perasaan puas. Aku terus menghubungi kenalan kami di Medan untuk mengatur pendakian berikutnya. Menurut supir, perjalanan kami ke Medan akan mengambil masa sekitar 10jam. Jesteru, selesai membayar permit atau karcis pendakian juga makan tengahari di Desa Lampahan kami meneruskan perjalanan ke Medan..sebelum itu sempat juga singgah mandi di sebuah jeram dalam perjalanan kesana. Jadi lah mandi koboi pun...asalkan tak berbau hapak dalam perjalanan 10jam!

Sampai di Lhoksuemawe sebelum gelap, kami singgah menurunkan Mayoung dan team Gainpala yang lain.Menurut Mayonk mereka akan bermalam dirumahnya sebelum kembali semula ke Banda Aceh. Walaupun kami hanya bersama mereka hanya 3hari 2malam, namun segala budi baik serta keramahan mereka membuatkan aku berazam untuk kesana lebih lama lagi satu hari nanti. :)..pendekata, orang-orang Aceh..BEST! Begitu juga pak supir yang bercerita tentang perihal dirinya masa Tsunami melanda Aceh, sungguh menyedihkan dan menginsafkan...

Perjalanan seterusnya melalui Aceh Utara, Aceh Timur sebelum memasuki Medan. Memang terasa sangat jauhnya perjalanan kami ke Medan. Boleh dikatakan semua peserta terjaga, tidur, terjaga, tidur dan terjaga namun destinasi masih lagi jauh dari yang disangka. Memang Trans Aceh-Medan ini bukan tantangan pada pendakian, namun lebih kepada perjalanan menaiki van. Tiada keraguan tentang itu - that's the journey beyond the limits! Yang pasti kami sampai di Kota Panton Labu, Aceh untuk makan malam sebelum meneruskan lagi perjalanan. Dek risau kena sembelih oleh tuan kedai/restoran yang curang dalam urusan, rata-rata mengambil keputusan untuk makan ikut selera serta berpecah dari kumpulan. Aku, Shobrie, Saf dan Adzmin sempat minum dan makan di sebuah restoran yang sama begitu juga Nisa dan Azreen yang nampak berselera berselang meja. Begitupun, tak sama enaknya dengan apa yang selalu kita makan disini....;)

Sedang asyik melayan laluan berliku, sempit mahupun lebar ke Medan, aku sempat bersms dengan kenalan di Medan untuk menguruskan penginapan kami disana yang dijangka sampai sekitar jam 0100 atau 0200 pagi. Dalam perjalanan juga beberapa kali van kami ditahan oleh pihak berkuasa memandangkan van itu datang dari Aceh dan dikatakan terkeluar dari laluan yang sepatutnya.. namun sekali lagi 'wang pelinciran' menjadikan perjalanan ini lancar...:)) Alhamdulillah setelah lebih 10jam berada dalam van kami sampai dengan selamat ke Labana Inn, Medan...

p/s nama serta watak yang disebutkan adalah benar semata2...cuma mungkin berlaku sedikit kekeliruan dlm menamakan watak-watak tersebut..almaklumlah..dah dekat sebulan baru nak mengarang semula...
Salam mesra,

-deeno-


0 comments:

Post a Comment