logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday 28 December 2019

Minda Trivia 26 Dec 2019

#MINDATRIVIA 26 DISEMBER 2019
Salah satu fakta yang mungkin anda belum ketahui mengenai jambatan gantung di Gunung Kinabalu.

Thursday 26 December 2019

Minda Trivia 24 Dec 2019

#MINDATRIVIA 24 DISEMBER 2019
Pernahkan anda melihat serangga ni?

Sunday 15 December 2019

Kalendar Aktiviti OGKL 2020





Saturday 14 December 2019

Minda Trivia 12 Dec 2019

#MINDATRIVIA 12 DISEMBER 2019
Pelbagai kegunaan parang tapi tahukah anda kegunaannya bagi setiap bahagian? Jom baca lebih lanjut ðŸ—¡️

Thursday 12 December 2019

Minda Trivia 10 Dec 2019

#MINDATRIVIA 10 DISEMBER 2019
Tahukah anda kebaikan keladi candik?? Bukan pohon biasa tapi ada jugak keperluannya.. Jomm baca trivia menarik mengenainya..

Monday 9 December 2019

XPDC Gunung Berembun + Telapak Buruk

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak kelab OGKL ingin menjemput tuan-puan ke pendakian:

Lokasi: Jelebu, Negeri Sembilan
Tarikh: 18 Januari 2020
Berkumpul di LRT Gombak jam 10.30pm (17 Januari 2020)
Harga trip: RM35(Ahli) RM45(Belum Ahli)

Whatsapp AJK bertugas sekarang di 0173044325

http://wassap.my/0173044325/OGKLBerembunTP
http://wassap.my/0173044325/OGKLBerembunTP
http://wassap.my/0173044325/OGKLBerembunTP

Kos Meliputi:
-Sarapan dan Lunchpack
-Jurupanduarah
-First Aid
-Permit


XPDC Trans Payung + Gunung Banang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak kelab OGKL ingin menjemput tuan-puan ke pendakian:
XPDC Trans Payung + Gunung Banang
Lokasi: Batu Pahat, Johor
Tarikh: 4 Januari 2020
Harga trip: RM60(Ahli) RM70(Belum Ahli)
Whatsapp AJK bertugas sekarang di 013-7565451 (Azim)
Kos Meliputi:
-Sarapan dan Lunchpack
-Jurupanduarah
-First Aid
*Khazanah Alam Warisan Rekreasi*

Saturday 7 December 2019

Minda Trivia 5 Dec 2019

#MINDATRIVIA 5 DISEMBER 2019
Tahukah anda apa itu stesen penyegitigaan.. Ayuh baca lebih lanjut mengenainya ⛰️

Thursday 5 December 2019

Minda Trivia 4 Dec 2019

#MINDATRIVIA 4 DISEMBER 2019
Bila mendaki secara pasti berkhemah.. Apakah itu berkhemah? Jom ketahuinya dengan #mindatrivia arini.. psstt nak cakap ni kalendar OGKL bakal dikeluarkan xlama lagi.. teruskan bersama kami ðŸ’ªðŸ’ª

Tuesday 3 December 2019

Family Day OGKL 2019

Berlangsung di Teratak Riveview di Tanjung Malim.


















Sunday 1 December 2019

Trans Sri Menanti OGKL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak kelab OGKL ingin menjemput tuan-puan ke pendakian Trans Sri Menanti, yang melewati 7 puncak kesemuanya, 2 buah gunung dan 5 bukit di mukim Sri Menanti. :

Lokasi: Sri Menanti, Negeri Sembilan
Tarikh: 28-29 Disember 2019
Berkumpul di LRT Gombak jam 10.30pm (27 Disember 2019)

Harga trip: RM120 (Ahli) RM130 (Belum Ahli)

Whatsapp AJK bertugas sekarang di 0173044325

http://wassap.my/0173044325/OGKLTransSriMenanti
http://wassap.my/0173044325/OGKLTransSriMenanti
http://wassap.my/0173044325/OGKLTransSriMenanti

Kos Meliputi:
-Carpool (KL - Sri Menanti -KL)
-Insurans Perjalanan
-Makanan Sepanjang Ekspedisi
-Peralatan Perkhemahan
-Jurupanduarah
-First Aid
-Permit

Khazanah Alam Warisan Rekreasi

Wednesday 20 November 2019

Minda Trivia 19 Nov 2019

#MINDATRIVIA 19 NOVEMBER 2019
Ayuh sesama kita mengasingkan sisa makanan serta barang yang boleh dikitar semula menggunakan tong kitar semula yg digunakan.. moga maafaatnya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang ðŸ’ªðŸ’ª



Tuesday 12 November 2019

XPDC Lawit Batil

EKSPEDISI LAWIT BATIL Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dengan kerjasama Kelab Gagau Kemaman (KGK)
25-28 Oktober 2019
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang akhirnya diizinkanNya untuk melihat dan menjejak kaki ke Gunung Lawit dan Gunung Batil. Biarpun bukan puncak tertinggi, tetapi Gunung Lawit merupakan gunung yang bernama tertinggi di Terengganu. Ia merupakan impian bagi beberapa insan yang berjiwa halus dan yang mencari kelainan. Ianya tidak mudah dijejaki dan perjalanan yang agak sukar memberi cabaran kepada Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dan Kelab Gagau Kemaman (KGK) untuk menganjurkan misi ini bersama pada tarikh 25-28 Oktober 2019.

4 hari bersama-sama di dalam belantara ditempuhi dengan sabar dan tabah. Bersabar dengan diri sendiri dan juga trek yang kadang-kadang menguji ketahanan fizikal diri. Semua peserta sangat komited dan proaktif. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Yang berilmu tak lokek berkongsi sesama rakan-rakan. Yang sentiasa riang gembira tak kira masa tanpa jemu menjadi penghibur di kala penat lelah berjalan, mendaki dan kadang-kadang berguling. Semuanya tunggak kejayaan trip kali ini.
Saya mewakili kelab OGKL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama teraju utama KGK Encik Hamdan Azmi serta penunjuk arah iaitu Encik Effendi, Ropi, Roy, Ijat serta Hazim. Terima kasih juga kepada semua AJK; yang bertugas Jant, Ajib, Ijam dan Parok, juga AJK yang membantu pengurusan sebelum trip. Trip ini membawa seribu makna serta pengalaman baru pada kami selaku AJK. Banyak ilmu yang dapat dipelajari, banyak kawan yang dapat dikenali. Semoga jalinan ukhwah diteruskan dengan restu Ilahi.
Terima Kasih Daun Keladi,
Semoga Kita Berjumpa Lagi

TEAM LAWIT BATIL OGKL-KGK 2019
1. Hamdan
2. Bakhtiar
3. Nik Fakhri
4. El Jed
5. Husamuddin
6. Hafiz
7. Sani
8. Farhana
9. Fahmi
10. Hasnain
11. Azman
12. Nazri
13. Hairul
14. Intan
15. Fairuz
16. Asyikin
17. Syafiq
18. Jimmy
19. Hazan
20. Habsah
21. Amy
22. Yuen
23. Khoo
24. Jason
25. Alan
26. Wani
27. Simon
28. Julie
29. Amra
30. Parok
31. Ijam
32. Haziq
33. Jant
34. Rose
35. Hazim
36. Izzat
37. Roy
38. Ropi
39. Effendi