Gunung Angus OGKL
8 februari 2020
Gunung Angus OGKL (8.2.2020)
Alhamdulillah, kami dari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur seramai 24 orang termasuk guide berjaya sampai ke puncak Gunung Angus dengan selamat.
Perjalanan menaiki pacuan 4 roda yang mampu meredah jauh hingga menghampiri permatang gunung mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Dari situ kami meneruskan ke puncak.
Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, kami dihiburkan dengan muzik hutan yang indah. Lantai hutannya amat selesa untuk kaki melangkah. Sedar tidak sedar dalam masa 3 jam kami sudah sampai di puncak.
Perjalanan turun ke kaki gunung pula mengambil masa 1jam setengah. Rezeki kami dipermudahkan lagi apabila pacuan 4 roda yang kami naiki menemukan jalan singkat ke jalan besar. Hanya 1jam sahaja kami habiskan untuk keluar dan tiba di masjid.
Ringkasan:
Jumaat 7.2.2020
11:30 pm (Jumaat) bertolak dari LRT Gombak
Sabtu 8.2.2020
2:00 am Tiba di Masjid At Taqwa, Felda Kota Gelanggi 2
7:40 am Bertolak ke starting point
10:00 am Tiba di starting point
1:00 pm Tiba di puncak Gunung Angus
3:00 pm Turun
4:40 pm Menaiki 4x4 ke masjid
5:50 pm Tiba di masjid
7:30 pm Bersurai
TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada:
Semua peserta Gunung Angus OGKL.
AJK yang memberi sokongan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas trip.
Pejabat Hutan Daerah Jerantut.
Pacuan 4roda Jerantut.
Masjid At-Taqwa Felda Kota Gelanggi 2.
Kerjasama yang tak berbelah bagi dari semua pihak saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH.
Saya sebagai Ketua Program kali ini memohon maaf atas segala kekurangan dalam anjuran program kali ini.
Semoga Kita Berjumpa Lagi.
Khazanah Alam Warisan Rekreasi
0 comments:
Post a Comment