logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday 24 April 2019

Ekspedisi Gunung Berantai 2019

Salam hujung minggu dan salam rekreasi.

Alhamdulillah. Tarikh 20 April 2019 semalam, Kelab OGKL telah berjaya menamatkan Ekspedisi Gunung Berantai yang terletak di Maran, Pahang. Trip daypack yang disertai oleh seramai 15 orang ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berjaya ditamatkan pada jam 5.00 petang.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kami. Salam perkenalan kepada kenalan baru dan salam ukhuwah kepada kenalan lama. Semoga silaturrahim yang terjalin kekal selamanya.
Info:
1. Gunung Berantai (770 mdpl) yang terletak di Maran Pahang ini memerlukan permit mendaki yang boleh dimohon di Pejabat Hutan Daerah Temerloh. Bayaran RM10 dikenakan untuk setiap peserta.
2. Bagi peserta yang ingin bermalam sebelum pagi pendakian, anda boleh bermalam di Masjid Sultan Ahmad Shah (Bandar Jengka), Masjid Kg Jara, (Maran) atau Masjid Kuala Sentul (Maran).

Sedikit ringkasan aktiviti:
Aktiviti pendakian kali ini telah diketuai oleh jurupandu arah daripada PMGM iaitu saudara Fendi. Perjalanan dimulakan pada jam 9.00 pagi melalui sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Jara. Di sepanjang trail ke puncak, kami disajikan dengan keunikan formasi batuan yang membentuk bukit, keindahan pokok-pokok yang tumbuh serta burung-burung yang terdapat di hutan ini. Antara yang sering kelihatan ke sana ke mari adalah spesis enggang.
Laluan untuk ke puncak pula ada yang boleh dikira mudah kerana sedikit landai dan ada juga yang dikategorikan sebagai sukar kerana memerlukan peserta mendaki tebing batuan menggunakan tali. Terdapat juga pemandangan menarik di sepanjang trail yang boleh peserta rakamkan sebagai kenangan.
Tepat jam 1.15 tengahari, semua peserta tiba di puncak Gunung Berantai. Kesemua peserta kemudiannya menikmati makan tengahari sertai bergambar kenangan sebelum bergerak turun pada jam 2.15 petang. Tepat jam 5.00 petang, ke semua peserta telah selamat tiba di starting point. Alhamdulillah, tiada sebarang rekod kecederaan dialami oleh mana-mana peserta.
Kesemua peserta kemudiannya bergerak ke Masjid Kuala Sentul bagi tujuan membersihkan diri sebelum ke RNR Temerloh bagi misi #patintempoyak untuk makan malam. Selesai makan malam, kesemua peserta bergerak pulang ke rumah masing-masing. Semoga berjumpa di lain aktiviti.
Special kredit kami tujukan kepada :
1. Pejabat Hutan Daerah Temerloh
2. Jurupandu arah , Saudara Fendi Muhamad Afandi Mat Lias daripada PMGM
3. Peserta-peserta ekspedisi
- Abg Mizi, Abg Othman Naim, Zulfa, Pakteh, K. Rohaiza, K Eija, Kak Sue & Amra
4. Sahabat AJK OGKL 2019 yang membantu sebelum, semasa dan selepas aktiviti berlangsung
- Azizan (KP), Khal, Kem, Cikgu Ros, Shahru & Nanu




0 comments:

Post a Comment