logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday 29 April 2020

MInda Trivia 29 April 2020

Langkah perjagaan diri sepanjang Covid-19
PKP Covid-19 di Malaysia telah masuk ke fasa ke 4 sekarang,seperti yang kita semua telah sedia maklum graf peratusan kes telah menunjukkan penurunan kes terbaharu dan peningkatan kes yang telah sembuh,ianya adalah keputusan yang positif buat negara kita buat masa sekarang.Malaysia sedang dalam proses pemulihan sekarang untuk memutuskan rantaian covid-19 di seluruh negara...
Bersamalah kita sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan yang telah pihak KKM keluarkan walaupun kes telah berkurangan dan sentiasa peka untuk menjaga kesihatan kita supaya negara kita dapat bebas dari covid-19 satu hari nanti...inshaAllah
MALAYSIA BOLEH🇲🇾


Thursday 23 April 2020

Selamat Menyambut bulan Ramadhan

Tibanya bulan keampunan yang dinanti-nantikan smua umat islam pada tahun ini. Alhamdulillah kita diberi peluang bersua dgn bulan ramadhan skali lagi walaupun dalam waktu yang getir ini.

Sedikit sederhana suasana bulan puasa tahun ini namun tidak menghalang kita dari memaksimakan ibadah dan amal kebaikan.

Ramadan yang penuh kemuliaan ini semoga ibadah yang dilakukan mendapat keredhaan-Nya serta ganjaran dunia akhirat kelak. In shaa Allah ✨

Selamat berpuasa dan Ramadhan Kareem. .

#ogkl
#oranggunungkualalumpur
#khazanahalamwarisanrekreasi 
#salamramadan
#StayAtHome
#kitajagakita

Wednesday 22 April 2020

Minda Trivia 23 April 2020

Minda Trivia kembali lagi ! Dalam waktu pandemik ini kami ingin berkongsi sedikit info mengenai virus Covid-19. Yang penting kebersihan diri, penjarakan sosial dan kekal berada di rumah. Semoga semua berada dalam keadaan selamat dan sejahtera 🏡


Tempatan Jualan Amal Covid-19

Assalammualaikum & Salam Pergunungan. 

Penularan wabak pandemik COVID-19 telah merebak kesuluruh dunia termasuk negara Malaysia, ramai yang terjejas dari segi ekonomi akibat limitasi Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang bermula dari 18 Mac lalu.
Sejajar dengan itu pihak Kelab telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu jualan amal baju sublimation bercorak batik dan tulisan jawi. Untuk makluman, SEMUA keuntungan jualan tersebut akan disumbangkan kepada individu-individu yang terkesan sepanjang (PKP).

Semoga usaha ini mendapat kerahmatan dariNya serta didoakan  segala urusan anda dipermudahkan serta murah rezeki.

Tidur siang beralas bantal,
Tidak berbaju berkain pelekat,
Jika kita hidup saling beramal,
Nescaya hidup mendapat berkat.

Untuk tempahan sila click borang online dibawah. 

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada mana-mana AJK.

KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI



Tuesday 21 April 2020

*22 APRIL HARI BUMI SEDUNIA*

Ketika masyarakat dunia dilanda wabak kini,
Bumi sedang pulih dengan semula jadinya.
Air semakin jernih,
pokok menghijau semakin melebat,
Dan haiwan kembali ke habitat.
Dan Bumi, sedang tumbuh sihat.

Wednesday 15 April 2020

OGKL Throwback Series: Trans Payung & Gunung Banang ⛰

Alhamdulillah, OGKL telah membuka tirai tahun 2020 dengan mengadakan pendakian di selatan tanah air iaitu Negeri Johor atau dikenali dalam kalangan netizen sebagai JDT.
Trip kali ini dikategorikan santai tetapi padu! Mana tidaknya, selepas pendakian seawal pagi ke Bukit Payung di Parit Raja, pendakian yang disertai 3 orang ajk kelab dan 13 orang peserta meneruskan cabaran pendakian ke Gunung Banang yang terletak berdekatan bandar Batu Pahat. Dengan mengunakan khidmat saudara Sem'z Juon sebagai jurupandu, peserta terakhir berjaya tiba di kaki Gunung Banang lebih kurang pada pukul 4 petang.
Keadaan trail untuk kedua-dua lokasi boleh dikira sebagai santai dan sangat sesuai untuk pemula. Ambil mood tahun baru orang kata. Tiada punca air di kedua-dua jalur pendakian dan mengambil masa selama 3-4 jam untuk diselesaikan.
Selain dari aktiviti pendakian ini, peserta juga telah mengambil peluang ini untuk turut mencuba juadah istimewa di Batu Pahat. Antara kedai makan yang sempat disinggahi termasuklah Asam Pedas Ibu dan Mee Racun Tulang. Namun agak kecewa, kerana niat untuk bersantai melihat matahari terbenam di Pantai Minyak Beku seusai ekspedisi tidak dapat diteruskan kerana kedai telah pun tutup.
Secara keseluruhannya, para peserta amat gembira dengan ekspedisi kali ini. Masakan tidak, trip santai dan makan sedap adalah impian setiap pendaki. 😂