logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday 24 May 2017

Laporan Gunung Irong


Tarikh 19 Mei 2017 – 21 Mei 2017
Tahap Kesukaran : Dari A ke A++(Hardcore dan Extreme)
Ketua Program Sharu
AJK Bertugas
1. Djan Rock(Guide)
2. Cikgu Ros
3. Jay Hamid
Antara peserta
1) Saiful                         
2) Pak Teh  
3) Amir
4) Eija Don
5) Faizal FBK
6) Times
7) Zulfahimy
8) Haji Azam
9) Azie
10) Harith
11) Fairuz
12) Faris
13) Lydia
14) Poba
15) Par
16) Wan Batik
17)  Farhana
18) Hisam


Gunung ini terletak di Kota Gelanggi 2. 


Dari Masjid kami menaiki 2 pacuan 4 roda mengharungi  3 jam perjalanan sebelum berhenti di permulaan trek. 


Pacuan 4 roda berhenti beberapa kali kerana perjalanannya sangat jauh dan berdebu. 


Setibanya di satu kawasan tanah merah, kami diberi taklimat oleh guide iaitu Djan Rock berkenaan jarak dan tahap kesukaran gunung ini. Selepas makan tengahari pukul 12.30 kami bergerak . Pada awalnya laluan adalah terbuka tapi menaik di sepanjang trek.


Terdapat beberapa batu dinding dan kami berhenti di satu batu dinding yang terdapat LWP iaitu puncak air terakhir sebelum naik ke puncak kerana laluan menaiknya sempit. Selepas masing-masing mengumpulkan air serta membawa beg naik ke atas menggunakan tali, kami meneruskan perjalanan selama 2jam ke puncak.


Puncak Gunung Irong tidak luas kerana hanya mampu memuatkan seramai 25 orang tapi menyediakn pemandangan banjaran gunung yang cukup indah.


Semasa memasak makan malam , sessi takruf diteruskan dan dalam masa sama Pak Teh menceritakan pekerjaan nya iaitu pengurut tradisional dan harith menjadi bahan ujikaji dia.


Esok nya selepas sarapan, kami bermula seawal pukul 9.40 pagi dan tiba di starting point pukul 1 tengahari. 


Pacuan 4 roda tiba lewat dan kami bersiap untuk pulang selepas makan di tepi masjid.



Ucapan dari KP

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi di atas nikmat kesihatan dan kelapangan yang dipinjamkan kepada kita semua. Di kesempatan ini ingin kami merakamkan jutaan tahniah kepada semua AJK OGKL dan juga peserta Ekspidisi Gunung Irong OGKL 2017 yang telah dijalankan pada 20-21 May yang lepas. Semua perancangan berjalan dengan rapi.

Perasaan seronok trip ini dek kerana kehadiran kami di masjid Kota Gelannggi 2 di sambut baik oleh masyarakat setempat. Bermula daripada siak masjid waktu subuh, sehinggalah trip ini berakhir, layanan dan sapaan dari mereka membuatkan kehadiran kami tidak terasing.
kompilasi trip kali ni :

1. abg 4wd kacak dan laju nak mampus bawak offroad
2. trek yang memacak sepanjang pendakian (tanak ingat dah)
3. waterpoint dr sumber air celahan batu
4. bantuan tali untuk climbing untuk meneruskan perjalaan
5. puncak yang berbeirut dan view marbeles (untung kau nyah drone operator pun join.kikiki)
6. semestinya gabungan line up orang lama ogkl dan peserta yang saling meghormati dan happening.

Nak tahu lebih lanjut, kena nikmati sendiri la ye.😂
Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Salam ramadhan almubarak kepada semua. Moga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik untuk kita.

Yang Benar,
Shahruizwan Ibnu Sharudin
Ketua Program
Ekspidisi Gunung Irong OGKL 2017

Sekian 

Info Gunung Irong


Gunung Irong(1190 meter) bersebelahan Banjaran Tahan dari arah Kota Gelanggi , Jerantut Pahang


Ekspedisi OGKL selama 2 hari bermula di Masjid Kota Gelanggi 2. Perjalanan selama 3 jam memasuki laluan balak yang jika disambung lagi boleh masuk ke negeri Terengganu. 


Selepas mengharungi 2 sungai, pacuan 4 roda berhenti dikawasan lapang.



Perjalanan selama 3 jam melalui beberapa dinding batu sehingga berhenti di satu dinding batu yang terdapat laluan air. 

batu dinding

Air yang turun dari atas berpisah menjadi beberapa tiitisan kecil betul-betul di laluan. Untuk mengumpul air supaya dapat mencapai sehingga maksima, letakkan daun yang memiliki ruas yang besar supaya air yang mengalir bersatu di satu tempat dan dapat berkumpul menjadi banyak.biar pun lambat penuh. 

laluan dari arah belakang

Manakala di sebelahnya adalah laluan ke atas yang sempit jadi perlu kan bantuan tali untuk menaikkan beg dan menggunakan tali untuk mengurangkan risiko peserta terjatuh.

Batu dinding... laluan di mana para pendaki perlu mendaki di atas tebing lereng batuan dan di kanan jurang... beg pendaki perlu di naikkan berasingan dengan bantuan tali...

suasana di puncak Gunung Irong

Meneruskan perjalanan ke puncak lagi 1 ke 1 setengah jam. Oleh kerana bentuk Gunung Irong adalah separuh bulat, maka perjalanan dijangka menaik sahaja dan kurang tempat berenti. Laluan masih baru dan bagi penebas amat sesuai untuk menerokai laluan ini. 

pemandangan pagi 

Di puncak Gunung Irong, kita dapat mellihat banjaran Tahan, Gunung Lerek serta sekitarnya. Gunung ini memiliki pemandangan 360 darjah tapi pokok-pokok agak tinggi jugak. Di puncak juga boleh memuatkan kurang 25 orang dan puncak nya dikelilingi jurang-jurang yang dalam.   


Sekian

Catatan oleh penulis Amir Abidin serta gambar dari Faizal FBK dan Jalil Hamid(Jay)



Tuesday 16 May 2017

OGKL IFTAR 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera


OGKL dengan berbesar hati menjemput semua tidak kira ahli atau bukan, tua atau muda, bujang atau berkeluarga, ke Majlis Iftar OGKL pada Ramadhan 1438H.


Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 3 Jun 2017 (Sabtu)
Masa : 6:30 pm -11:55 pm
Tempat : Nurfarm Agro, batu 12, Hulu Langat(tempat sama macam tahun lepas)



Tema Pakaian: Tradisional


*Tiada bayaran dikenakan
**Juadah berbuka akan disediakan dan para tetamu tidak perlu membawa makanan.

Bersempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah kita berkumpul untuk mengeratkan lagi ukhwah dan tali sillaturrahim sesama kita...Sambil kita beriftar, berterawih dpt juga kita berjumpa dan berkumpul dgn sahabat-sahabat lama dan baru sambil menghayati keindahan ramadhan dan syawal yg akan tiba nanti,inshaAllah...Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan segala amalan kita diterima Allah SWT. In Shaa Allah.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi AJK2 kami:

*Jay@Jay hamid - (012-6863831)
*Cikgu Ros@Rosmawati Hamzah - (012-9644970)
*Parok@Mohd Suffian - (012-6410472)

Saturday 6 May 2017

XPDC Gunung Rayu

Tarikh : 29 April – 1 Mei 2017
Tahap Kesukaran : A++ (Hardcore& Extreme)
Ketua Program : Cikgu Ros
AJK Bertugas
1. Cikgu Ros 
2. Khal (Guide)
3. Ijam
Peserta 
1.Apip
2 Uncle Tee
3 Thahar
4 Azam
5 Hisam
6 Faiz
7Farhana
8 Nasrul
9 Khairil
10 Rohaiza
11 Azizan
12 Faizal


Gunung terletak di laluan Gunung Batu Putih. Keadaan hutannya adalah jenis Ericaceous iaitu terdapat spesis pokok yang berskala kecil, bengkok dan rendah seperti pokok Kelat dan Periuk Kera serta rumput-rumput resam, paku pakis dan lumut.

Kaim berkumpul di Masjid Al-Mukmin di Batu 3, Tapah. Pukul 7.30 4wd datang untuk ke Empayang Pos Musoh.

Secara ringkas nya perjalanan ke puncak adalah melalui 3 kem iaitu  Bukit Kem Siam, Kem Permatang dan ke kemsite bermalam selama 12 jam di Kem Takung Air. Terdapat juga laluan sungai di sini yang perlu perserta tempohi.


Hari pertama kami bermula pukul 8.45 pagi selama 4 jam menuju ke Air Terjun Pos Musoh. Selepas rehat, solat jamak dan makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Puncak Bukit Kem Siam dan ke Kem Permatang Siam.


Kami bergerak ke puncak air terakhir dan mengambil air untuk kegunaan selama 2 hari. Selepas solat jamak perjalanan di teruskan selepas jam 8 selama 45 minit ke Kem Takung Air. Keadaan kemsite tidak rata dimana penuh lumut. 


Pada hari berikutnya sebelum bergerak kami dihidangkan pemandangan pagi yang menarik. Untuk hari ini kami harus berjalan selama 12 jam 35 minit lagi untuk pulang semula ke kemsite


Laluan hari ini banyak menebas serta banyak laluan sudah banyak tertutup. Antara halangan adalah banyak pokok resam,  pohon buluh kecil, pokok pakis dan pokok duri.

Kurang 2 jam kami tiba di Bukit Berapit 2. Selepas berkumpul kami meneruskan perjalanan selama 1 jam 10 minit. Dalam perjalanan, terdapat simpang ke Gunung Ara tapi tak sempat atas kekangan masa. Penebas-penebas di depan bekerja keras untuk menebas terutama di trek berhampiran puncak-puncak bukit tipu. Kami tiba di Bukit Berapit 1 pada pukul 10:40am dan rehat.


Kami meneruskan perjalanan selama 3 jam 30 minit dengan perjalanan turun dan turun naik. Perjalanan trek ini dengan jelas kelihatan Gunung Batu Puteh dan Gunung Batu Bujang di sebelah kanan semasa menuju ke puncak Gunung Rayu.


Setelah lama berjalan, barulah kami tiba di puncak sebenar iaitu puncak Gunung Rayu pada pukul 2.40 petang pada ketinggian 1903 meter. Memang tak larat nak kira puncak tipu sebab terlalu banyak. Di puncak ini tiada beirut.


Setelah lama berehat, makan tengahari dan solat jamak serta bergambar puas-puas sampai rasa berbaloi kerana susahnya nak sampai ke puncak ini. Kami tiba semula di kem Takung Air pada pukul 8.15 malam

Pada hari terakhir kami bergerak pukul 9 pagi. Kami tiba di air terjun Pos Musoh selepas 3 jam trekking. Air sungai yang mengalir sangat deras dan warna airnya keruh mungkin telah melalui kepala air. Selepas bergerak ke air terjun Pudina dan melepasi simpang dalam 200 meter kami rehat sebentar.

Kami tiba semula di Empangan Pos Musoh pada pukul 4.50 petang. Jarak peserta terakhir sampai tiba pun cuma 30 minit sahaja.


Malang bagi kami kerana jalan keluar terputus kerana terdapat tanah runtuh di pertengahan jalan dari pecan tapah ke Pos Musoh sehingga 4wd tidak dapat masuk. Kami mencari bantuan dari penduduk kampong berdekatan untuk dihantar ke lokasi tanah runtuh dan membawa peserta keluar. Pukul 8.20 malam kami berjaya mendapatkan 4wd milik salah seorang penduduk Pos Musoh iaitu  abang Kamal.

Sejam setengah perjalanan baru lah kami selamat tiba di Masjid Al-Mukmin. Kami mula bergerak pukang ke ke lokasi masing-masing dalam lewat tengahari malam. Sekian sahaja catatan dari saya.

Catatan asal oleh Ketua Program iaitu Cikgu Rosmawati dan semua gambar dari Kong Tiong Tee@Uncle T.

Wednesday 3 May 2017

Info Gunung Rayu(1903 meter)

Gunung Rayu (1903m) di Banjaran Titiwangsa, hampir dengan G. Batu Puteh, Tapah.


Ekspedisi OGKL selama 3 hari bermula dari Masjid Al-Mukmin, Batu 3 Jalan Pahang (Tapah - Tanah Rata). Menyusur masuk ke arah Pos Musoh sejauh hampir 25KM dengan pacuan 4 roda di jalan berturap sehingga ke Intake Pos Musoh (intake ke-3) hampir dengan kampung Woh, perkampugan Asli Semai. Beberapa perkampungan Orang Asli kami lintas.

lakaran oleh Apip

Titik mula pendakian sebenarnya sama dengan pendakian Trans Batu (G.Batu Puteh - G.Batu Bujang). 10 minit dari intake ada jambatan buluh yang perlu dilintas. Dari sini trek ke G. Rayu berbeza dengan trek Trans Batu. Trek kebun dan trek melereng tepi bukit jadi cabaran.


2 1/2 jam ke 3 jam dari jambatan buluh perlu lintas sungai besar yang berjeram. Awas air deras bila hujan dihulu. Trek dari sungai besar pacak sedikit sehingga bertemu permatang putus. Permatang putus ke Bukit Siam mendaki lebih kurang sejam. Dari Bukit Siam turun dan mendaki semula ke Kem Permatang Siam juga lebih kuran 1 1/2 jam. Kem Permatang Siam ke sumber air (LWP) trail pendakian yang panjang, walau trek tak samapai lutut bertemu dagu tapi ambil masa 2 jam.



LWP adalah anak sungai, perlu turun dari permatang tapi taklah sampai macam nak terbunuh (ingat Air terjun nak terbunuh G. Batu Puteh). Deru Air boleh dengan jelas dari permatang. Perlu pikul air untuk 2 hari ke kemsite.




Kemsite 400 meter dari LWP, kami ambil masa 2 jam mendaki malam. Kemsite boleh muat 15 - 20 orang. Kemsite baru dibesarkan sebab kami 15 orang pendaki. Agas mengalukan kedatangan kami. Kemsite agak terlindung dari angin dan dikelilingi pokok berkayu. Ada satu tapak besar 1 khemah dikelilingi pokok buluh gunung. Kemsite ditengah permatang sebenarnya.


Kemsite ke rabung Bukit Berapit II, 1/2 jam mendaki jumpa simpang ke G.Ara. Rabung ke G. Rayu adalah sempadan Perak-Pahang. Terus mendaki ke Bukit Berapit 2. Puncak Bukit Berapit II jelas nampak G. Bujang dan G. Batu Puteh. G. Kak terlindung. Bukit Berapit II ke Bukit Berapit I trek turun lebih 100 meter dan mendaki semula.


Bukit Berapit II ke Puncak G. Rayu, hutan berlumut. Trek turun naik turun naik sampai 5 puncak tipu. 5 minit sebelum puncak G. Rayu ada satu kawasan belumut yang agak mengkagumkan kami. Sepanjang hutan belumut dah indah sebenarnya.



Puncak G. Rayu tertutup dengan pokok-pokok kayu yang berlumut.



Kawasan puncak agak besar dan seperti berada ditengah-tengah permatang rabung. 7 jam daypack dari kemsite ke puncak G. Rayu (temasuk menebas) dan kembali 3 jam (dah tak menebas)


Secara keseluruhannya, trip ni agak menarik bagi yang rindu cabaran trans dan belum extreme Tiada trek balak lama. Mungkin suatu hari dapat diwujudkan trans (K. Woh - Batu Puteh - G. Rayu - G. Ara - Bt 8)

puncak Gunung Rayu

Catatan oleh penulis Apip Che Embi serta gambar dari Faizal FBK