logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday, 18 July 2026

 *Batu Bujang Lelo : Kalau Tak Scam Tak Sah!*

Cabaran aktiviti Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) diteruskan lagi di Batu Bujang Lelo, Sungai Talan Kuala Pilah Negeri Sembilan. En Along Akina merupakan ketua kampung sungai talan & pengasas yang membuka laluan batu bujang lelo dilantik untuk memandu kami seramai 35 peserta yang terdiri daripada 28 dewasa  dan 7 kanak-kanak untuk kali ini.


Dengan jarak lebih kurang 800 meter, peserta mula berjalan kaki dari masjid sungai talan ke starting point. Sebetulnya, meletak kenderaan di bahu jalan yang sempit berdekatan pondok daftar dibenarkan berbanding perlu berjalan kaki jauh dari masjid. Lantas mendegar maklumat ini, rata-rata peserta terus memarahi KP kerana sengaja membuli peserta supaya berjalan jauh. Begitulah, kalau tak scam tak de cerita untuk diceritakan ke anak cucu nanti. 😁😁


Sebilangan peserta ada yang buat load carrying training ke puncak untuk trip CBL anjuran OGKL pada 24 Julai 2026. Walaupun ketinggian Batu Bujang Lelo setaraf bukit, gambaran keseluruhan trek pendakian adalah pacak dari awal sampai akhir. Pun begitu, semua tahap pendaki dari yang tidak fit sehingga fit boleh mendaki di trek ini kerana ia amat sesuai untuk semua lapisan tahap pendaki.


Menarik untuk diterokai disini adalah keunikan batu di puncak & batu yang bertindih antara satu sama lain yang membentuk seakan gua. Kami berpeluang untuk meneroka setiap keunikan di Batu Bujang Lelo menjadikan setiap pendakian ada cerita tersendiri.


Selesai mendaki, agenda diteruskan lagi menuju ke Jeram Tengkek untuk merehatkan kaki & badan sambil berendam merasai kesegaran air sungai yang mengalir. Sedikit kekecewaan untuk kami bergambar dan berendam di puncak air terjun Tengkek kerana ada aktiviti abseiling dilakukan. Terpesona dengan cara orang asli membakar tanpa menggunakan jaring, KP sempat beramah mesra bersama orang asli dari Kampung Orang Asli Puting, Segamat Johor yang berkelah di Jeram Tengkek.


Terima kasih kepada Along Akina selaku local guide OGKL pada ekspedisi kali ini kerana menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Bahkan berkongsi pengalaman hidup & maklumat tambahan mengenai hutan dan dunia hiking. 


Untuk Aus (Ketua Program) & krew yang bertugas (Bella,Korap), terima kasih kerana sudi anjurkan pendakian mesra lapisan tahap pendaki ke Batu Bujang Lelo. Untuk kesemua peserta.Tahniah & Syabas!!


*Next Trip – Gunung Alai photoshoot trip 15/8/2026 on x on?*😁😁


Kelab juga bersedia menerima ekspedisi peribadi untuk diuruskan.

Berminat dengan ekspedisi anjuran kelab? Jom ikuti kami di media sosial:


📢Facebook Group

https://www.facebook.com/share/g/19QbNL7b1z/


📢Whatsapp Group

https://chat.whatsapp.com/F64SwjMGbZmB7dh4Tyxman?s=cl&p=a&ilr=1


📢Telegram

https://t.me/OrangGunungKL


📢Tik Tok

https://www.tiktok.com/@ogkl_1993?_r=1&_t=ZS-97yY5DcdWJp


📢Instagram

https://www.instagram.com/orang.gunung.kuala.lumpur?igsh=NG5oZGM4YXF1M3E2






















Wednesday, 28 January 2026

🏸BADMINTON OGKL KEMBALI LAGI TAHUN 2026🏸

 Aktiviti-Aktiviti Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) tahun 2026 dimulakan dengan acara Jom Main Badminton OGKL yang telah berlangsung pada Hari Isnin 26 Januari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

.

Acara Badminton OGKL Edisi Januari 2026 ini mendapat sambutan seramai 25 orang maksimum peserta yang terdiri daripada Peserta Ahli dan Peserta Awam. OGKL membuka gelanggang badminton selama 4 jam bermula jam 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam.

.

Infiniti terima kasih yang tak terhingga angkanya kepada Semua Peserta, Barisan AJK-AJK, Ahli OGKL & Bukan Ahli, Para Penonton & Penyokong yang sudi hadir dan setia sertai hingga acara tamat tengah malam. 

 .

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Assalamualaikum dan Salam Kesukanan Badminton OGKL 🏸 

.

📍Nantikan Iklan Baharu Jom Main Badminton Edisi April 2026🤗

.

📝Najib Razak (Ketua Program Badminton OGKL)

.

#KhazanahAlamWarisanRekreasi

#BadmintonOGKL

#OrangGunungKualaLumpur




Sekian








Friday, 23 January 2026

AGM KELAB OGKL 2026

Alhamdulillah,Pada 17 Januari 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) yang ke-30. Dalam mesyuarat ini, barisan Majlis Tertinggi (MT) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi penggal 2026/2027 telah dilantik secara rasmi untuk mengemudi gerak kerja serta aktiviti kelab bagi tahun mendatang.


BARISAN KEPIMPINAN OGKL 2026/2027

MAJLIS TERTINGGI (MT)

1. Pengerusi: Mohamad Sofian Abdul Wahab (Parok)

2. Naib Pengerusi: Amir Abidin bin Md Bashah (Amir)

3. Setiausaha: Muhamad Azim Bin A Jalil (Ajim)

4. Bendahari: Wahyu Sutrisno Putra Bin Madenan (Lambong)


BARISAN AJK

1. Muhammad Najib Bin Abdul Razak (Najib Razak)

2. Mihammad Firdaus Bin Abdul Halim(Aus)

3. Mohd Khairul Nizam Bin Ismail (Ijam)

4. Mohd Irsyaduddin Bin Ruslan(Korup)

5. Aina Syazana Binti Zainal(Aina)


JURUAUDIT

1. Khairuddin Bin Mohd Nor(Che Din)

2. Izzah Humaira Binti Mohd Nazri(Ombak)


Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan AJK penggal lepas atas dedikasi dan usaha yang telah dicurahkan dalam menggerakkan pelbagai aktiviti kelab. Jasa kalian amat dihargai dan diharapkan terus menjadi inspirasi serta pemudah cara bagi barisan kepimpinan baharu.


Tahniah dan syabas kepada semua yang telah dilantik! Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab serta menjadi platform untuk memperkasa minat dan pengalaman dalam dunia rekreasi.


“Khazanah Alam Warisan Rekreasi”


#AGMOGKLke30

#oranggunungkualalumpur

#khazanahalamwarisanrekreasi

Sekian

Wednesday, 7 January 2026

🏸SESI KE-12 JOM MAIN BADMINTON KELAB ORANG GUNUNG KUALA LUMPUR (OGKL) :: JANUARI 2026🏸

 .

LOKASI :
DEWAN SERBAGUNA AIR PANAS, JALAN AYER PUSING, SETAPAK
.
TARIKH :
26 JANUARI 2026 (ISNIN)
.
MASA:
8.00pm - 12.00am (4 jam)
.
BILANGAN GELANGGANG:
3
.
MAKSIMUM PESERTA:
25 Orang
.
BAYARAN:
- Ahli : RM 15
- Bukan Ahli : RM 20
.
LEVEL PLAYER:
Beginner / Medium Intermediate
.
JENIS SHUTTLE:
RSL / Ling Mei
.
APA ANDA DAPAT?
🍔
Burger Ramly Ayam/Daging/Benjo
🥖
Roti Krim Gardenia Durian/Strawberi
🌶️
Roti Gardenia Puaz Sambal Bilis
🍫
Coklat
🧃
Air Kotak
💦
Air Mineral
.
Berminat nak bermain atau sekadar bersuai kenal dengan geng-geng gunung? Boleh hubungi KETUA PROGRAM berikut:
☎️
Najib Razak : wasap.my/60124733217
.

Saturday, 3 January 2026

📢 Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 2025 – Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL),

.
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 2025 Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur akan diadakan seperti berikut:
.
📅
 Tarikh : 17 Januari 2026 (Sabtu)
⏰
 Masa : 9:00 pagi – 1:00 petang
📍
Lokasi : Dewan Orang Ramai Taman Sri Raya,Ampang Jaya,Selangor.
.
.
Agenda Mesyuarat:
1️⃣
 Membincangkan aktiviti kelab sepanjang sesi 2025
2️⃣
 Membentangkan laporan kewangan kelab sesi 2025
3️⃣
 Melakukan pelantikan jawatankuasa bagi sesi 2026/2027
4️⃣
 Merancang dan membincangkan aktiviti kelab untuk sesi 2026/2027
5️⃣
 Membincangkan perkara-perkara lain yang berbangkit.
.
Untuk AGM kali ni,kelab ingin memberikan sedikit cenderahati kepada ahli2 yang hadir di AGM nanti...yaitu ahli2 yang menghadiri AGM dan memperbaharui keahlian tahunan sebanyak RM20 akan menerima sehelai baju sublimation ekslusif dari OGKL...baju itu akan di edarkan pada hari AGM OGKL nanti...
(Khas buat yang hadir AGM OGKL sahaja)
tarikh tutup untuk mengesahkan kehadiran dan membuat pembayaran pembaharuan keahlian tahunan kelab sebelum....
7 Januari 2026.
di sini di sertakan sekali google form kehadiran dan untuk pembayaran pembaharuan yuran tahunan dan saiz baju yg di ingini....jadi sahkanlah kehadiran anda di AGM OGKL ye....ada Doorgift dan cabutan bertuah juga di sediakan buat ahli2 yg bertuah yg hadir ke AGM OGKL nanti....jadi marilah kitaaaa
😃
.
.
Kehadiran semua ahli amatlah dihargai bagi memastikan kejayaan mesyuarat ini...mudah-mudahan..inshaAllah
.