Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua!
OGKL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan AJK yang terlibat kerana sudi sertai dan sama-sama menjayakan trip OGKL Gunung Milung 2024 di Kampung Kuala Sat, Kuala Tahan, Pahang kelmarin.
Tak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Komuniti Kg Kuala Sat yg sangat mengalukan kedatangan kami dan sangat ramah, rezeki kami juga dijamukan buah-buahan tempatan dan juadah makan malam sebelum kami pulang ke destinasi masing2 kelmarin, terima kasih jg kepada abg2 bot dan abg2 guide kami dr (Komuniti Kuala Sat)...En Khamry (Pengerusi Komuniti Kuala Sat), En. Duan dan Abelong yang sentiasa menjaga kami spnjg xpdc dan sentiasa berkongsi ilmu tentang flora dan fauna yg terdapat di trek pendakian milung...pelbagai xtvt boleh di buat di Taman Negara Kuala Sat...boleh follow FB(Taman Negara Kuala Sat) untuk info lanjut.
Mari Follow rapat ig (@orang.gunung.kuala.lumpur ) dan fb ( Orang Gunung Kuala Lumpur) sebab kelab OGKL akan ada lagi trip2 yg mendatang. dan tidak lupa juga, saya minta tolong kepada sesiapa yang share story and ada post gambar di social media, mohon tag ig/fb kami ya.
Semoga kita berjumpa di trip akan datang. Jalinan pendaki ini kita teruskan insha'Allah.
Amir Abidin (Ketua XPDC)
"Khazanah alam warisan rekreasi"
0 comments:
Post a Comment