LAPORAN PROGRAM PENDAKIAN OGKL KE BUKIT BOYAN, BATANG KALI PADA 15 FEBRUARI 2025
.
RUMUSAN
.
Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan satu program pendakian yang telah disertai oleh 6 orang peserta termasuk 1 AJK di Bukit Boyan, Batang Kali, Selangor pada 15 Februari 2025 yang lepas.
.
Semua peserta berkumpul di Parking Taman Eko Rimba Sg Sendat sebelum memulakan pendakian. Laluan balak dan dusun Orang Asli yang berliku mengambil masa 2 jam untuk sampai ke CP Pondok Orang Asli. Sejurus tiba di CP Pondok Orang Asli, peserta berehat sebelum sambung perjalanan. Selepas menyambung perjalanan, peserta melalui beberapa checkpoint seperti Big Rock 1, Big Rock 2, Kem Simpang, CP Misi, dan CP Batu sebelum sampai ke Puncak Bukit Boyan.
.
Di antara checkpoint tersebut, peserta menempuh kira-kira 7 pokok tumbang di atas trek dan ini telah menyebabkan Malim dan peserta untuk mengubah Haluan dan menyebabkan kelewatan yang ketara untuk sampai ke puncak.
.
Pada pukul 3:45pm, peserta terakhir OGKL berjaya sampai ke Puncak Bukit Boyan. Kemudian peserta berehat sehingga 4:30pm untuk memulakan perjalanan turun atas makluman Malim.
.
Untuk perjalanan turun, peserta OGKL menempuh hujan lebat selama 4 jam dan berjaya sampai ke CP Pondok Orang Asli pada 10:20pm dan tepat jam 1:25am, peserta terakhir OGKL ditemani oleh Sweeper/KP tiba di Parking Taman Eko Rimba Sg Sendat dan ini menandakan kesemua peserta OGKL berjaya mencapai matlamat utama iaitu mendaki ke puncak dan keluar dengan selamat.
.
Pihak OGKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi menyertai program kali ini. Ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada Ketua Program dan AJK-AJK yang terlibat bagi merealisaikan program kali ini.
.
0 comments:
Post a Comment