logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 22 February 2013

L02: Konvoi Raya

Konvoi Raya OGKL 2002

Setelah dua minggu hari raya aidilfitri di sambut oleh umat islam dan telah menjadi lazimnya masyarakat di malaysia membuat rumah terbuka untuk menjemput rakan – rakan dan saudara –mara mereka ke rumah untuk menjamu selera. Maka dengan ini kelab ogkl mengambil kesempatan, membuat satu program tahunan yang dinamakan Konvoi Hari Raya. Konvoi tahun ini sungguh amat menggalakkan kerana ramai ahli turut menyertai kami berbanding tahun – tahun sebelumnya.

Konvoi tahun ini menjadikan rumah abg rashid dan kak aishah tempat berkumpul sebelum meneruskan ke rumah- rumah yang lain. banyak makanan yang telah disediakan oleh kak aishah seperti bihun goreng,nasi goreng kampung, nasi impit beserta kuah kacang, rendang ayam dan sagu gula melaka sebagai pencuci mulut. Lebih kurang jam 10 pagi semuanya dah sampai dan dengan tidak membuang masa lagi kami pun terus ke meja hidangan untuk makan tanpa disuruh oleh tuan rumah. Selesai makan dan berbual – bual, konvoi kami pun meminta diri untuk ke rumah seterusnya diikuti tuan rumah sekeluarga.

Rumah bekas presiden dan setiausaha kelab ogkl yang terletak di cheras perdana menjadi kunjungan kedua konvoi kali ini. Kamil, Izza dan anknya Hakim sudah menunggu di muka pintu untuk menyambut kedatangan konvoi kami. Hidngan yang telah tersedia di atas meja terus saja dijamah apabila tuan rumah sudah menjemput untuk tidak melambatkan lagi perjalanan konvoi kami. Sedang asyik menonton astro dan menjamah makanan, datang pulak si Rosma dan Mas untuk turut menyertai kami. Konvoi kami meneruskan lagi untuk rumah yang ketiga di cheras baru iaitu rumah Leman. Menu kali ini leman dan keluarga telah menyediakan Kue Teow goreng,mee goreng dan beberpa jenis kuih – muih. Kedatangan konvoi kami sebanyak lapan buah kereta telah menyebabkan kesesakan parking di kawasan rumah leman walau bagaimanapun ia dapat di atasi. Kami terus mengisi ruang perut kami dengan makanan yang disediakan. Sambil makan dan berbual – bual,Illa,ajk kebajikan kelab telah membuat kutipan duit untuk perkahwinan azhar dan cikgu sahar.

Rumah pengantin azhar dan cikgu sahar yang terletak di keramat AU2,menjdi kunjungan keempat untuk konvoi kami . Azhar dan cikgu sahar merupakan salah satu pasangan yang telah ditemukan jodoh di dalam kelab. Beliau juga merupakan bekas ajk kelab. Kunjungan konvoi kami ke persandingan beliau telah memeriahkan lagi majlis,setelah makan lauk pengantin dan bergambar kenang – kenangan ,kami terpaksa mengundur diri untuk ke rumah seterusnya, seabelum kami beredar kelab telah memberi, hadiah sumbangan dari rakan – rakan. Destinasi kami masih lagi di keramat tapi AU5,rumah Bullet. Di sini semua masih lagi dalam keadaan kekenyangan jadi beliau hanya menyediakan air the `o’ panas sebagai basahan tekak,di sini konvoi mengambil kesempatan untk menunaikan solat zuhur dan membuang khazanah di dalam perut.

Rumah zaki yang berada di pasar keramat menjadi destinasi seterusnya, menu keropok lekor yang di goreng oleh emak beliau memang sesuai untuk santapan minum petang kami. Di sini konvoi kami mula berkurangan apabila beberpa orang tidak dapat terus menyertai kami kerana ada urusan masing – masing. Di rumah zaki kami tidak boleh berada lama memandangkan banyak lagi rumah yang hendak di kunjungi. Konvoi kami bergerak ke pulapol,di mana rumah mas berada di dalam kawasannya. Sebelum masuk ke kawasan pulapol setiap pemandu terpaksa meninggalkan kad pengenalan di bilik pengawal. .(leceh betul.!!). Di rumah mas kami hanya makan kuih – kuih raya kerana ibubapa beliau tiada di rumah lagi pun kami masih lagi kekenyangan. Disni kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat asar. semasa hendak pulang,ibubapa beliau pun tiba sempatlah kami berkenal – kenalan dengan mereka.

Konvoi bergerak ke subang jaya untuk ke rumah naib presiden kami,Cik fazidah. Di rumah beliau ,emaknya sedang masak untuk hidangan makan malam kami.Menu sotong berlada,ayam masak lomak dan sayur goreng kobis campur cendawan, sungguh menyelerakan. Rumah ini merupakan konvoi terakhir kami untuk kali ini, sedang asyik menjamu selera dan berbual – bual kami tidak menyedari jam hampir 10 malam dan konvoi kami pun bersurai setelah bersalam – salaman dan bergambar. Selesai semua acara ada diantara kami mengambil kesempatan untuk bermain bowling di summit usj dan kami semua bersurai keti jam menunjukkan hampir jam 3 pagi.

Sekian sahaja untuk konvoi kali ini dan kelab mengucapkan terima kasih kepada merekayang telah meluangkan masa untuk menjayakan program kali ini. Di samping itu juga kita dapat merpatkan lagi ukhkuwah sesama kita,semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa.

Peserta : abg rashid, kak aisha, nurdiyana, nadiah, nabila, mat nor (nestle ), zambri (grafix ), fauziah (bookworm ), Leman (blur ), Fazid, izza dan kamil serta anak, fizza dan anak, fadzli (mitsui ), abboy dan erin, zaki, adlan, rosma, mas, fakhrul , johari dan shima serta anak,Illa dan muin,kak nani dan anak, bullet dan azharios de sauza.

0 comments:

Post a Comment