logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday 28 June 2014

Program Iftar (majlis berbuka puasa) OGKL 2014


Assalammualaikum

Dijemput kepada semua para penggiat aktiviti outdoor untuk bersama dalam Program Iftar(majlis berbuka puasa) OGKL 2014. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 Julai 2014
Masa : 6.30 pm - 11.59 pm
Tempat : Teratak Kak Leha
(No 2, Jalan Kerapu 1, 17/52, Seksyen 17, 40000 Shah Alam)

https://www.google.com.my/maps/place/Jalan+Kerapu+17%2F52/@3.0461452,101.5101295,18z/data=!4m2!3m1!1s0x31cc52ba643386c1:0x5ff3ba41feb8b900

Menu Utama :
Sup Kawah Superb (nasi,bihun,kuey tiaw)
Gulai ikan keli masak lemak cili api belimbing
Daging masak kicap
Tauhu tempe
Bayaran : PERCUMA

Nota :
Sekiranya ada individu yang ingin bersedekah tidak kira dalam apa bentuk sumbangan bolehlah dirujuk pada ajk yang bertugas. ( Arejib Kenya : 0129423732)

Jika ada yang berhasrat membawa makanan, diharapkan supaya tidak membawa dalam kuantiti yang banyak atau berlebihan. Ini bagi mengelakkan pembaziran berlaku.


Tentatif

5.30 pm - Para tetamu berkumpul di Teratak Kak Leha
6.00 pm - Bacaan Yasin doa selamat dan tahlil
7.30 pm - (Maghrib) Jamuan makan
              - Solat Maghrib berjemaah
              - Sambungan jamuan makan
8.30 pm - Solat Isyak berjemaah
              - Solat Terawikh berjemaah
              - Sambungan jamuan makan
11.59 pm- Bersurai


Semoga kehadiran tuan/puan ke program ini dapat menyemarakkan lagi ukhwah antara kita dan menjayakan program ini. Inn Sha Allah.

Tuesday 24 June 2014

L14: Rinjani Revisit

Puncak Rinjani

19-23 Jun 2014, Seramai 19 orang ahli ekspedisi OGKL berjaya sampai puncak G. Rinjani.