Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
OGKL akan menganjurkan XPDC Trans Inas pada cuti Hari Raya Cina. Penyertaan ini dibuka kepada semua yang mempunyai minat dan kekuatan dari segi fizikal dan mental tidak kira usia dan jantina.. :D
Butiran XPDC adalah seperti berikut:
Tarikh : 18hb (malam) – 22hb Februari 2015
Lokasi : Selama, Perak.
Gred : A (mengikut penilaian OGKL)
Bilangan peserta : 16 orang
Bayaran : RM 280 (Ahli), RM 300 (Bukan Ahli)
Kos adalah termasuk pengangkutan (Car pool) KL – Selama - KL, (Lori) Selama – starting point – Selama, insuran perjalanan, guide, permit, makanan semasa XPDC, groups first aid kit, peralatan dapur & perkhemahan.
*Semua peserta diminta berkumpul di Heritage Cafe, Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada jam 9.00malam.
*Semua peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh kelab.
*Semua peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 2 botol 1.5 liter untuk kegunaan memasak dan persendirian.
*Sekiranya anda berminat sila berhubung dengan AJK kami dengan segera!
Maklumkan hanya pada AJK yang dibawah ini sahaja supaya mudah untuk memantau pendaftaran.
Zahid (FB – Fish Cake) – 012-620 3706
Haziq (FB – Arejib Kenya) – 012-942 3732
Makluman serta komitmen peserta:
Bayaran deposit RM150 diperlukan selewat-lewatnya 8 Februari 2015. Bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum 18 Februari 2015. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya membatalkan penyertaan selepas 12 Februari 2015.
Bayaran deposit/penuh boleh di bank-in kedalam akaun
MBB - 1621 0652 4710 – Norsharaini Binti Ramli (FB – Sha Ain Ramli). 012 – 620 3731.
Sila buat pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran.
Simpan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran untuk pengesahan.
TENTATIF
*Akan dimaklumkan kemudian
~KHAZANAH ALAM WAWASAN REKREASI~